Waktu – waktu terluang selalunya mulut mesti terasa nak makan kunyah – kunyah kan? Ialah buat sedap mulut orang cakap. Kebiasaannya kita sendiri akan cari kerepek kan nak makan, sebab itu makanan yang paling senang nak dapat. Kerepek yang sedia ada seperti kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek bawang dan sebagainya.
Kerepek Buah Rangup Kudapan Terkini Masyarakat
Anda pernah rasa tidak chip kerepek buah? Tidak pernah bukan? Mungkin ada yang pernah rasa tapi tidak semua. Apa kata kita ubah sedikit, dari makan kerepek ubi atau sebagainya kepada kerepek buah rangup. Ia malahan lagi sedap dari kerepek yang selalu anda makan.
Bukan setakat rasa sedap sahaja tau, tetapi anda dapat rasa 100% keaslian buah tersebut mahupun dalam keadaan seperti kerepek. Syarikat mMoon Chip Kerepek Buah Rangup adalah syarikat pertama yang mengeluarkan produk serta idea untuk menjadikan buah sebagai kerepek adalah syarikat yang terbaik di pasaran tanpa menggunakan bahan pengawit di dalam makanan yang dihasilkan.
Keistimewaan mMoon Chip Kerepek Buah Rangup Tanpa Bahan Pengawet
Di antara keistimewaan mMoon Chip Kerepek Buah Rangup adalah, penggunaaan teknik pengorengan vakum yang mengurangkan kadar penggunaan minyak dan mengekalkan rasa buah tersebut agar kekal lama. Tiada bahan pengawit yang digunakan malahan mendapat sijil halal daripada pihak JAKIM dan MeSTI.
Jenis Produk Yang Dikeluarkan Oleh mMoon Chip Kerepek Buah Rangup
Produk yang dihasilkan oleh mMoon Chip Kerepek Buah Rangup adalah 100% buah – buahan tempatan. Kerana apa? Kerana buah – buahan ini amat digemari oleh para pembeli. Tidak mudah untuk memiliki sesetengah buah – buahan ini, kerana buah – buahan ini berbuah mengikut musim. Kadar harga dan pasaran terhadap sesetengah buah – buahan ini amatlah tinggi sehinggakan syarikat mMoon Chip Kerepek Buah Rangup terbaik di pasaran.
Antara Produk Yang dihasilkan Oleh mMoon Chip Kerepek Buah Rangup Adalah:
- Nangka
- Cendawan
- Betik
- Nenas
- Mangga
- Rock melon
- Epal
Harga Pasaran / Jualan Ditetapkan Oleh mMoon Chip Kerepek Buah Rangup
Kerepek selalu mahal kan harga dia. Sebab apa mahal? Sebab salah satunya nak buat susah dan rumit, nak dapat buah itu sendiri pun kena mencari dekat pembekal buah – buahan. Itu pun ikut nasib. Harga chip kerepek rangup yang ditetapkan oleh syarikat mMoon Chip adalah RM8.90 sahaja. Murah bukan? Jadi tidak salah kalau pembeli akan sentiasa repeat order bila makanan yang dihasilkan sedap namun harga yang diberikan juga murah dan berpatutan. Untuk semua jenis chip kerepek tau harganya RM8.90!! Pelanggan happy sebab rasa chip kerepek buah dah la sedap dan harga yang sangat murah!!
Cara Penghasilan / Pemprosesan Daripada mMoon Chip Kerepek Buah Rangup
Nak buat kerepek memang senang. Tapi nak kekalkan rasa dan juga cara pembuatannya itu sedikit rumit. Syarikat mMoon Chip Kerepek Buah Rangup mengunakan teknik penggorengan vakum. Teknik ini adalah cara alternatif yang lain, selain menggoreng dengan minyak yang banyak. Kerana ia bagi mengekalkan rasa buah itu sendiri tanpa menggunakan bahan pengawit.
Lihat Cara Menghasilkan Kerepek Buah Rangup mMoon:
- Buah dibersihkan dan dipotong halus.
- Buah dimasukkan kepada mesin penggorengan vakum untuk dijadikan kerepek buah. Ia digoreng pada suhu yang rendah untuk mengekalkan khasiat buah dan mengurangkan risiko penghasilan carcinogen acrylamide. Kemudian ia akan mengalami proses nyah-minyak. Kerepek buah menjadi sangat ringan selepas air, angin dan minyak dikeluarkan daripada buah melalui proses penggorengan vakum. Selain itu, bentuk, dan rasa buah dapat dikekalkan dalam bentuk kerepek. TIADA perasa, pengawet atau pewarna tambahan.
- Buah ditimbang dan paketkan.
Kelebihan mMoon Chip Kerepek Buah Rangup
Ada sebab kenapa syarikat mMoon Chip memilih buah – buahan tempatan sebagai produk mereka. Setiap buah – buahan yang dipilih semestinya mengandungi beberapa khasiat.
Buah Betik
- Daun buah betik digunakan untuk merawat penyakit demam denggi.
- Anti penuaan yang mengandungi vitamin A dan C, dan mengekalkan kulit yang sihat yang bertindak sebagai anti oksigen.
- Mengelakkan asthma, kanser.
Buah Nangka
- Buah nangka dapat mengurangkan risiko sakit jantung.
- Kandungan nutrisi kalium didalam buah nangka.
- Mengurangkan masalah strok.
Jadi tidak mustahil kenapa syarikat mMoon Chip memilih buahan tempatan sebagai produk mereka.
Pengeluar Terbesar Syarikat Pengedar mMoon Chip Ke Serata Dunia
Melebarkan sayap perniagaan ke syarikat – syarikat pengedar yang lain menjadi tujuan utama bagi mempromosikan produk jualan yang dihasilkan. Syarikat mMoon Chip melebarkan sayap mereka kepada pusat jualan seperti pusat membeli – belah AEON, Dubai, Jeddah dan Korean MOU. dengan cara ini, produk yang dikeluarkan dapat dikenali ramai. Berharap dapat menjadi produk yang terbaik di pasaran.
Menyertai Ekspo HalalFest Untuk Memperluaskan Lagi Pasaran Pada Masyarakat
Ekspo Halalfest 2014 Hingga 2017 Yang Disertai Oleh mMoon Chip Kerepek Buah Rangup.
Memperkenalkan serta mempromosikan produk yang dihasilkan oleh mMoon Chip Kerepek Buah Rangup di dalam ekspo mahupun pusat jualan di Halalfest adalah satu langkah yang berjaya. Dengan ini pelanggan dapat mengenali produk tersebut dengan lebih lanjut. Dapat membeli dengan harga yang murah dan bertemu dengan pengasas utama mMoon Chip Kerepek Buah Ranggup. Syarikat mMoon Chip telah mengikuti Halalfest ini dari tahun 2014 hingga 2017 dan seterusya.
Testimoni / Maklum Balas Daripada Pembeli
Sekali cuba, pasti nak lagi! Setiap maklum balas diterima amat dititikberatkan. Ini kerana, syarikat mMoon Chip Kerepek Buah Rangup mementingkan kepuasan para pelanggan mereka serta hasil produk yang dikeluarkan. Pelanggan happy, mMoon Chip lagi happy!
Nak Rasa Keenakkan mMoon Chip? Beli Sekarang!
Sebarang pertanyaan mahupun soalan, anda boleh menghubungi nombor yang tertera. Hubungi mereka melalui website, facebook dan instagram dan lokasi perniagaan yang disertakan. Dah cuba pasti teringat – ingat.
MMOON CHIP | KEREPEK BUAH RANGUP VIRAL
Hotline: Tekan untuk telefon (019-2205836) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: mMOON Chips
Instagram: @mMOON.chips
Website: www.inanglobal.my
Lokasi:
35-B, Tingkat 2 Blok 4, Pusat Perniagaan Worldwide, Jalan Karate 13/47, Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor