Insurans
May 16, 2018, 9:15am

Mengapa Anda Sering Sakit Tekak


  •  
  •  
  •  
  •  

Sakit tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak dikenali sebagai ‘pharyngitis’ jika ia membabitkan bahagian farinks dan ‘tonsillitis’ jika membabitkan kedua-dua bahagian tonsil. Apabila membabitkan kedua-dua bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagai ‘pharyngotonsillitis’.

Mengapa Anda Sering Sakit Tekak Inflamasi

Farinks adalah sebahagian tekak yang terletak di antara mulut dan peti larinks atau suara. Ia selalunya dikaitkan dengan selesema biasa atau influenza. Biasanya, ia sembuh tanpa komplikasi tetapi di dalam sesetengah kes, ia berkembang menjadi penyakit serius.

Jom baca lagi punca sakit tekak.

1. Jangkitan Bakteria

Tips Mengapa Anda Sering Sakit Tekak

Biasanya disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu. Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin.

Jangkitan bakteria  streptococcal membawa komplikasi demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang. Bakteria lain yang boleh menyebabkan sakit tekak adalah gonorea, iaitu sejenis jangkitan kelamin.

Selain itu, kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari, bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.

2. Tonsilitis

Mengapa Anda Sering Sakit Tekak Berjangkit

Tonsilitis adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.

Antara gejala tonsilitis ialah:

  • Tekak bengkak dan merah
  • Ada tompokan putih pada tonsil
  • Sakit tonsil
  • Sukar atau sakit untuk menelan
  • Sakit kepala
  • Demam dan menggigil
  • Hilang suara
  • Sakit perut
  • Mulut berbau

3. Measles

Sering Sakit Tekak Tompok

Penyakit campak (measles) juga boleh menyebabkan sakit tekak pada sesetengah keadaan. Bernafas melalui mulut boleh menyebabkan tekak kering dan menyakitkan.

4. Kanser

Mengapa Anda Sering Sakit Tekak Bengkak

Yang sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak, kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga. Lelaki yang didiagnosis dengan kanser esophageal mengalami rasa sakit ketika menelan makanan/minuman. Kadang-kadang anda rasa ada sesuatu tersekat di kerongkong. Dapatkan nasihat doktor kerana pada saat ini mungkin esofagus anda sudah menjadi sempit atau ada tumor dalam kerongkong.

5. Limfa Bengkak

Petua Mengapa Sakit Tekak

Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).

6. Kurang Minum Air Putih

 Sakit Tekak Air

Jika mulut terasa kering, elak minum air manis untuk atasi masalah kering.Sebaliknya, amalkan minum air kosong kerana ia memastikan mulut sentiasa dalam keadaan lembap.

7. Diet Tak Seimbang

 Sakit Tekak Makanan Ringan

Pemakanan yang tidak sihat juga boleh menyebabkan tekak terkesan. Oleh itu, pemakanan amat penting bagi memastikan setiap organ berfungsi dengan baik dan efektif.

JANGAN AMBIL MUDAH!

Jika dibiarkan tanpa rawatan, tonsil yang bengkak boleh menghalang laluan udara dan menyukarkan pernafasan. Ini akan menyebabkan apnea tidur (kerap terjaga ketika tidur) dan beberapa masalah kesihatan lain. Malah, jika tidak rawat tonsilitis juga boleh mengakibatkan pengumpulan nanah di antara tonsil dan tisu lembut di sekelilingnya (lelangit lembut). Nanah ini boleh merebak memasuki salur darah, ke leher atau dada; bagaimanapun kes seperti ini jarang berlaku. Sesetengah jenis bakteria Streptokokal menyebabkan tonsilitis mengakibatkan keradangan buah pinggang (nefritis) atau demam reumatik iaitu keadaan serius yang memberi kesan buruk kepada jantung, sendi, sistem saraf dan kulit.

Kita Hendaklah Sentiasa Amalkan :

  • Kerap minum air suam
  • Kerap berkumur – kumur dengan air garam
  • Elakkan minuman yang bergas/berwarna
  • Banyakkan makan buah – buahan terutama yang mengandungi Vitamin C
  • Gunakan ubat kumur untuk tekak (lozenges)

Selain daripada menjaga kesihatan anda juga boleh mendapatkan medical card agar anda sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Memandangkan sejak akhir-akhir ini oleh kerana alam sekitar yang tercemar dengan radikal bebas, ramai yang senang diserang penyakit kronik.

Dengan adanya AXA eMedic Online Medical Card anda tidak perlu risau lagi!

 Sakit Tekak Perubatan

Ini akan membantu anda untuk menyelesaikan bebanan anda. Memperkenalkan AXA eMedic, insurans perubatan dalam talian secara kendiri yang pertama di Malaysia yang dibuat khas untuk milenium, dari hanya RM32 sebulan! Hanya tunjukkan kad e-perubatan anda untuk kemasukan hospital tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan kecederaan.

Antara kelebihan AXA eMedic Online Card adalah, ia menanggung:

  • Untuk cas kemudahan bilik rawatan
  • Kos hospital dan pembedahan
  • Rawatan pesakit luar
Sila layari laman sesawang https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview untuk maklumat lebih lanjut.
Berminat untuk dapatkan Medical Card?

Klik butang dibawah SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Berminat untuk dapatkan Medical Card?

Klik butang dibawah SEKARANG!