Insurans
May 19, 2018, 9:40am

Mengapa Anda Mengalami Sakit Telinga


Sakit telinga merupakan suatu bentuk kesakitan, rasa perit atau ketidakselesaan pada telinga. Sakit ini  boleh terjadi secara tiba-tiba atau perlahan-lahan. Tahap kesakitan yang ditanggung akibat sakit telinga memang berlainan pada setiap individu, bergantung pada tahap keseriusan penyakit

Mengapa Anda Mengalami Sakit Telinga Inflamasi

Bagi orang dewasa, sakit ini mungkin disebabkan kerana gangguan atau keadaan di bahagian tubuh lain yang melarat ke telinga. Ini disebabkan ada banyak saraf atau jaringan ikat yang saling berkait dengan struktur kepala dan leher. Sakit di bahagian telinga ketika menalan makanan biasanya terjadi disebabkan saluran eustachius yang tersumbat, sakit tekak atau radang sinus.

Manakala kesakitan di bahagian telinga pada kanak-kanak pula, kemungkinan besar di sebabkan oleh infeksi telinga tengah. Infeksi telinga tengah pada kanak-kanak sering disertai dengan infeksi saluran pernafasan seperti selesema.

Apakah Penyebab Sakit Telinga?

Penyebab sakit telinga boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:

1. Bahagian luar telinga

Mengapa Anda Mengalami Sakit Telinga Tepi

  • Heliks dan aurikuler membentuk bahagian luar bagi tulang rawan telinga dan bahagian ini boleh mendapat inflamasi atau dijangkiti. Jangkitan boleh terjadi dengan pelbagai sebab termasuklah:
  • Jangkitan kulit atau selulitis
  • Selaran matahari / “sunburn”
  • Irritasi kulit yang kronik seperti dermatitis atopik
  • Trauma – aurikuler yang tercedera adalah kecederaan yang biasa selepas bertumbuk atau bergaduh. Apabila darah beku terbentuk, ia akan berasa amat sakit dan menyebabkan kerosakan pada tulang rawan telinga
  • Saluran telinga juga boleh menjadi punca kepada sakit yang disebabkan oleh jangkitan atau trauma, antara contohnya ialah:
  • Gangguan terhadap lapisan kulit yang menyelaputi saluran telinga yang mungkin disebabkan oleh trauma yang kecil seperti cuba untuk membuang tahi telinga dengan menggunakan putik kapas atau objek yang tajam. Ini akan menyebabkan gesekan di kulit yang boleh dijangkiti oleh kuman.
  • ‘Swimmer’s ear’ – radang yang disebabkan oleh air yang bertakung atau tersimpan di saluran telinga. Suasana yang gelap, lembap dan haba di dalam telinga boleh menarik perhatian bakteria dan membawa kepada jangkitan.
  • Tahi telinga yang terlalu banyak
  • Objek asing yang tersumbat di telinga seperti manik atau kacang

2. Bahagian Tengah Telinga

Mengapa Anda Mengalami Sakit Telinga Tengah

Bahagian tengah telinga dipisahkan daripada saluran telinga melalui gegendang telinga. Di sinilah lokasi komponen-komponen dan saraf-saraf yang terlibat dalam pendengaran. Ia adalah ruang yang tertutup dan apa-apa yang meningkatkan tekanan di bahagian ini akan menyebabkan sakit:

  • Jangkitan di bahagian tengah telinga adalah penyebab kepada ‘otitis media’ terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Ia adalah disebabkan oleh bakteria atau virus yang menjangkiti cecair tetap yang berada di bahagian tengah telinga.
  • Jangkitan gegendang telinga

3. Bahagian Dalam Telinga

Mengapa Anda Mengalami Sakit Telinga Dalam

Bahagian ini adalah kawasan di mana sistem ‘labyrinth’ akan menghantar mesej kepada otak untuk membantu dari segi keseimbangan. Proses radang di bahagian ini dikaitkan dengan berpinar-pinar atau pening, tidak semestinya sakit sahaja.

4. Tahi Telinga Keras

Mengapa Anda Mengalami Sakit Telinga Keras

Selalunya tahi telinga boleh dikeluarkan dengan sendirinya daripada telinga. Ibubapa hanya perlu mengelap tahi yang berada pada luar lubang telinga. Akan tetapi, jika proses tersebut terganggu ataupun telinga tersebut selalu dikorek, ia akan menyebabkan proses tersebut tidak dapat berjalan dengan sempurna dan tahi telinga akan terkumpul di dalam lubang.

Tahi telinga yang keras ini kadang-kadang menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa. Ia juga boleh menyebabkan telinga rasa tersumbat dan deria pendengaran telinga akan berkurangan.

Cubaan untuk mengeluarkan tahi telinga keras ini menggunakan putik kapas hanya akan menolak tahi telinga tersebut lebih ke dalam. Ia mungkin akan menyebabkan luka di bahagian telinga, rasa gatal dan jangkitan kuman dikawasan tersebut.

Anda boleh merawatnya dengan menggunakan beberapa titik ‘baby oil‘ yang berfungsi untuk melembutkan tahi telinga tersebut dan telinga itu sendiri akan mengeluarkannya secara automatik dengan menggunakan pergerakan ‘cilia‘(rambut halus) pada dinding lubang telinga.

Jika masih tidak boleh, berjumpa dengan doktor supaya mereka boleh mengeluarkannya secara manual. Selalunya di klinik kesihatan ataupun klinik swasta, mereka akan menggunakan picagari untuk menyembur dalam lubang telinga dengan harapan ia boleh tertolak keluar. Jika masih gagal, pesakit akan rujuk ke doktor pakar supaya tahi telinga tersebut boleh disedut menggunakan alat khas.

5. Tekanan Udara

Punca Mengapa Anda Mengalami Sakit Telinga

Tekanan udara perlu disamakan dikedua-dua telinga agar ia dapat berfungsi dengan baik. Salur yang terlibat adalah tiub eustachian yang mengawal keluar masuk udara. Jika ia tersumbat, ia akan mengganggu dan tekanan udara tidak dapat disamakan diantara kedua-dua telinga.

Perubahan ketinggian dengan cepat seperti naik lif, naik kapal terbang, naik bukit menggunakan kereta akan menyebabkan tekanan dalam telinga berubah dengan cepat. Perkara ini akan menyebabkan kesakitan di bahagian telinga.

7. Jangkitan Kuman

Mengapa Anda Mengalami Sakit Telinga Kuman

Ketika mana seseorang itu selesema, mengalami resdung ataupun jangkitan sinus, ia akan menyebabkan tiub eustachian tersumbat. Bukan sahaja itu, ia akan menyebabkan terkumpulnya cecair di dalam bahagian tengah telinga dan menyebabkan jangkitan kuman di bahagian tersebut juga.

Istilah perubatan bagi perkara ini adalah Otitis media. Ia merupakan salah satu penyebab utama kepada masalah sakit telinga.

8. Penyakit lain yang boleh menyebabkan sakit telinga

Kadang kala terdapat sakit lain yang menyebabkan telinga juga berasa sakit seperti sakit gigi. Ini disebabkan saraf yang bersambung di bahagian muka dan leher adalah sangat berdekatan antara satu sama lain. Ini akan menyebabkan kesakitan dibahagian lain muka akan menyebabkan bahagian lain juga sakit. Sebagai contoh sakit gigi, tetapi telinga juga merasa sakit sedangkan pada ketika itu telinga tidak mempunyai apa-apa masalah.

Perkara ini boleh disebabkan:

  • Sakit tekak: Sakit tekak yang melampau disebabkan tonsilitis ataupun pharyngitis boleh menyebabkan sakit telinga
  • Jangkitan kuman dibahagian gigi yang menyebabkan gigi sakit
  • Keradangan sendi Temporomandibular. Sendi temporomandibular adalah sendi rahang yang berfungsi untuk membenarkan pergerakan mulut. Kesakitan bahagian telinga boleh disebabkan

Selain daripada langkah pencegahan, anda juga boleh bersiap sedia dengan mendapatakan medical card. Medical card amat penting sekiranya, anda diserang penyakit secara tiba-tiba. Sekursng-kurangnya anda tidak akan terbeban denga kos rawatan yang tinggi.

Dengan adanya AXA eMedic Online Medical Card anda tidak perlu risau lagi!

Mengapa Anda Mengalami Sakit Telinga AXA

Ini akan membantu anda untuk menyelesaikan bebanan anda. Memperkenalkan AXA eMedic, insurans perubatan dalam talian secara kendiri yang pertama di Malaysia yang dibuat khas untuk milenium, dari hanya RM32 sebulan! Hanya tunjukkan kad e-perubatan anda untuk kemasukan hospital tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan kecederaan.

Antara kelebihan AXA eMedic Online Card adalah, ia menanggung:

  • Untuk caj kemudahan bilik rawatan
  • Kos hospital dan pembedahan
  • Rawatan pesakit luar

Sila layari laman sesawang https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview untuk maklumat lebih lanjut.

Nak dapatkan Medical Card?

Klik butang dibawah SEKARANG!

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Nak dapatkan Medical Card?

Klik butang dibawah SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Nak dapatkan Medical Card?

Klik butang dibawah SEKARANG!