Review
Dec 17, 2017, 11:06am

Mencari Peluang Perniagaan Dan Sokongan Yang Mantap?


  •  
  •  
  •  
  •  
peluang-perniagaan-secara-dropship-maryjardin

Realiti perniagaan di internet tidak semudah yang disangka. Anda perlu lengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Tahukah anda terdapat pelbagai bentuk perniagaan yang anda boleh lakukan secara online. 3 daripadanya adalah paling banyak diceburi oleh ramai usahawan iaitu, affiliate marketing, dropship dan content creation. Affiliate marketing biasanya berkaitan dengan produk digital dan dropship pula, lebih kepada produk fizikal. Content creation pula lebih kepada pengiklanan dan penajaan.

Antara ketiga-tiga bidang perniagaan tersebut, dropship lebih banyak di ceburi oleh individu-individu yang berminat untuk menambahkan pendapatan secara online. Ini kerana ia kurang teknikal jika dibandingkan dengan affiliate marketing dan content creation. Oleh hal demikian, jika anda berminat untuk menjana pendapatan di internet, amat digalakkan anda bermula dengan dropship. Sebabnya, ia sangat mudah untuk dilakukan, ia tidak perlu kemahiran teknikal seperti pengetahuan asas dalam pengatucaraan HTML dan sebagainya dan ia boleh dimulakan dengan segera. Banyak lagi sebab kenapa bermula dengan dropship, tetapi cukuplah dengan tiga sebab yang dinyatakan diatas.

Apa Itu Dropship?

model-bisnes-dropship

Secara amnya, dropship adalah satu model perniagaan dimana anda tidak perlu menyimpan stok, hanya perlu melakukan promosi, menerima, menempah dan membayar harga kos kepada syarikat yang telah anda daftar. Anda menjana keuntungan atas perbezaan antara harga kos dan harga jual yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Keuntungan yang diperolehi biasanya bermula dari RM10 ke atas dan ada yang mencecah RM100, bergantung kepada jenis produk dan harga premiumnya.

Anda tidak perlu risau mengenai stok produk, inventori, pengurusana, pembungkusan dan penghantaran. Semuanya akan diuruskan oleh syarikat. Model dropship sesuai untuk individu yang tidak mempunyai modal yang besar. Malah, anda boleh bermula tanpa modal dan menggunakan wang dari pelanggan untuk membuat tempahan dan pembelian.

Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Memulakan Perniagaan Dropship.

kemahiran-ejen-dropship

Sebagai permulaan, anda memerlukan kemahiran menjual kepada pelanggan. Anda perlu tahu setiap pekara mengenai produk yang anda jual supaya mudah untuk menjawab soalan dari bakal pembeli dan memberikan arahan kaedah pembayaran.

Kemahiran seterusnya yang anda perlukan adalah kebolehan untuk menulis ayat-ayat memukau untuk tarik perhatian pelanggan. Bergantung kepada strategi promosi anda, jika anda menggunakan pelantar Facebook untuk melakukan promosi, maka anda perlu mahir untuk menulis status-status yang dapat menarik pelanggan dan bakal pembeli.

whatsapp-urusan-perniagaan

Selain itu, anda menerlukan pengetahuan yang mendalam mengenai industri yang berkaitan dengan produk yang anda jual. Lebih banyak maklumat yang tahu, lebih mudah untuk anda melakukan penulisan yang dapat membantu meningkatkan keyakinan pembeli kepada anda.

Apa yang dinyatakan adalah sebahagian daripada kemahiran yang diperlukan untuk mula bisnes dropship. Banyak lagi yang perlu anda tahu dan belajar jika anda mahu jadi seorang dropshipper yang berjaya.

Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Dropshipper Yang Berjaya

menjadi-dropship-berjaya

Pertama sekali, anda perlu hadir seminar, kelas atau bengkel pemasaran secara online untuk belajar selok-belok pemasaran online. Amat digalakkan anda hadir dan timba ilmu pemasaran daripada pakar-pakar jika anda tidak pernah melakukan pemasaran online. Boleh sahaja jika anda tidak mahu hadir lebih-lebih lagi yang seminar berbayar. Jika anda rasakan anda boleh belajar dari sumber-sumber percuma, maka silakan. Tiada halangan.  Tetapi jangan terkejut jika anda bakal kerugian masa dan beratus-ratus, malah beribu-ribu ringgit nanti.

Tidak ada jalan pintas untuk menjadi seorang dropshipper berjaya dan kaya dalam sekelip mata. Majoriti dropshipper yang berjaya adalah mereka yang mempunyai mentor atau guru yang dapat membimbing kearah jalan yang betul, lurus dan pantas. Mentor-mentor ini akan memberikan panduan berdasarkan pengalaman mereka yang luas supaya anda dapat mengelakkan kesilapan-kesilapan yang sentiasa dilakukan oleh usahawan baru.

perjalanan-agen-dropship

Sertai kumpulan-kumpulan whatsapp, telegram atau apa-apa sahaja group yang berkaitan dengan produk yang anda jual. Ini kerana kebanyakkan group-group tersebut akan membantu dan membimbing anda dengan tips-tips untuk melakukan promosi. Group-group seperti ini tidak kedekut dengan ilmu mereka dan biasanya sangat supportive. Contohnya, anda adalah dropshipper bagi syarikat D’herbas yang menjual produk kesihatan, maka cari group berkenaan dan join. Anda akan menimba pelbagai strategi, tips dan teknik-teknik berkesan untuk mempromosikan produk dari group tersebut.

Banyak lagi perkara yang menentukan kejayaan. Walaubagaimanapun, yang dinyatakan diatas adalah keperluan asas bagi yang baru bermula iaitu, hadir seminar, dapatkan mentor dan sertai group.

Peluang Perniagaan Dan Sokongan Yang Mantap

perniagaan-dengan-mary-jardin

Secara ringkasnya, anda sudah tahu apakah itu dropship, kemahiran yang diperlukan, dan bagaimana untuk berjaya. Langkah seterusnya adalah mencari peluang perniagaan dropship yang dapat memenuhi keperluan kemahiran dan kejayaan anda. Sudah semestinya anda perlukan bimbingan untuk Fast track kejayaan anda menjana jualan pertama.

Percayalah, tanpa bimbingan dari mereka yang berpengalaman, anda dijamin akan mengambil masa yang panjang. Rata-rata dropshippers yang baru nak bermula akan gagal dan mengalah dalam masa 30 hari yang pertama. Mereka merasakan usaha yang dilakukan tidak berbaloi sedangkan, hakikatnya mereka tidak tahu kaedah yang betul untuk melakukan promosi.

strategi-menjadi-dropship-berjaya

Terdapat langkah-langkah yang perlu dilakukan supaya anda mudah menjual. Dan langkah-langkah tersebut tidak akan anda ketahui jika anda masih baru. Ia akan mengambil masa berbulan-bulan, berpuluh-puluh percubaan dan kegagalan untuk belajar selok-belok dan strategi menjual yang berkesan jika anda tidak mendapatkan bimbingan.

Realitinya, tidak semua program dropship akan memberikan kejayaan. Anda perlu cari syarikat yang menawarkan program dropship yang dapat memberikan bimbingan dan sokongan yang berkesan. Jika anda salah pilih, anda bukan sahaja membuang masa, malah yang anda lakukan adalah sia-sia. Lebih-lebih lagi jika anda mengeluarkan modal untuk melakukan pengiklanan.

peluang-perniagaan dan sokongan-mantap

Oleh hal demikian, daripada beribu-ribu program dropship dan peluang menjadi agen, Tim BeautifulMaryJardin dapat membantu anda fastrack kejayaan dan mengelakkan anda dari terjerumus ke arah kegagalan, melalui program dropship Mary Jardin. Mary Jardin adalah produk berasaskan kesihatan dan kecantikan kulit. Produk kecantikan kulit ini adalah antara produk kecantikan yang mendapat sambutan yang menggalakkan dan mudah untuk dijual dengan bimbingan yang betul.

Kenapa Anda Perlu Bersama Tim Beautiful Mary Jardin

team-maryjardin

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, anda perlukan mentor dan menyertai kumpulan yang dapat membimbing anda melakukan jualan pertama dan jualan yang akan menyusul sehingga anda mahir untuk bergerak sendiri, malah membantu agen-agen yang baru dalam group.

Apabila anda menyertai BeautifulMaryJardin, anda akan menerima banyak manfaat yang dapat membantu kejayaan anda. Bermula dengan Kelas Marketing dan Produk Online secara percuma. Ilmu terpenting sekali yang anda akan belajar adalah mengenai produk. Jika anda tidak kenal produk dan kegunaannya, maka anda akan gagal. Ia adalah kunci pertama yang akan membantu menghasilkan jualan.

maklumat-dan-manfaat-produk-mary-jardin

Dari situ, barulah anda akan belajar mengenai marketing dan cara untuk melakukan promosi produk-produk Mary Jardin. Anda akan didedahkan kepada teknik-teknik, strategi dan tips-tips menjual.

Bersama dengan BeautifulMaryJardin, anda akan belajar mengenai copywriting. Copywriting secara amnya bermaksud surat jualan. Hakikatnya, ia adalah cara-cara untuk menulis artikel, blogpost, status update, atau apa-apa sahaja teks dengan tujuan untuk mendidik bakal pelanggan dan menyaknikan mereka kearah melakukan pembelian. Tanpa ilmu copywriting, penulisan anda tidak bermakna dan hanya sia-sia.

Dalam mempromosikan sesuatu produk,iklan,  gambar dan grafik memainkan peranan. Ia adalah antara alat terpenting untuk membantu melakukan promosi. Oleh hal demikian, anda tidak perlu fikir iklan, gambar atau apa sahaja grafik yang sesuai  kerana BeautifulMaryJardin telah sediakan semuanya untuk anda. Begitu juga testimoni-testimoni pelanggan. Semuanya telah dikumpul untuk anda gunakan sebagai alat bantuan promosi.

testimoni-dikumpul-untuk-kegunaan-ejen-lain

Produk Mary Jardin terbukti berkesan dengan testimoni demi testimoni yang diterima. Ia bukan sahaja produk kecantikan untuk wanita, malah sesuai digunakan oleh lelaki. Produk ini diformulasikan oleh doktor  perubatan yang pakar dalam bidan g kecantikan kulit menggunakan bahan semulajadi dan organik. Ia produk berkualiti dan dijamin selamat.

Selain bantuan dan sokongan dari kumpulan BeautifulMaryJardin, anda juga berpeluang untuk mendapatkan bimbingan secara personal coaching dengan mentor-mentor yang berjaya.  Seperti yang dinyatakan sebelum ini, untuk fastrack dan melonjakkan kejayaan anda.

Apa Tugas Anda Setelah Menyertai Beautiful Mary Jardin

tugas-selepas-menjadi-ejen-dropship

Tugas anda telah dipermudahkan dan hanya perlu laksanakan 3 perkara. Pertama, Anda perlu melakukan promosi di FB personal di Group-group mengikut panduan yang diberikan secara konsisten. Kejayaan tidak datang dalam satu malam. Jika anda mengimpikan kejayaan dalam masa yang singkat tanpa perlu berusaha, BeautifulMaryJardin bukan untuk anda.

Kedua, apabila terdapat tempahan, anda hanya perlu menempah melalui saluran yang disediakan. Selebihnya, urusan pengeposan dan penghantaran akan diuruskan oleh Mary Jardin. Setelah dipos, anda akan menerima tracking number untuk diserahkan kepada pembeli. Ketiga, usaha anda telah dibayar dan menjana keuntungan setelah anda berjaya mendapat jualan. Semudah itu.

Testimoni Mereka Yang Menyertai Beautiful Mary Jardin

testimoni-ejen-dropship-maryjardin

Ia bukan kata-kata kosong. BeautifulMaryJardin telah buktikan dengan kejayaan agen-agen yang rata-rata bermula dengan tangan yang kosong. Dari zero menjadi hero. Baca testimoni-testimoni mereka sebagai motivasi untuk anda.

“Mengenali Mary Jardin pada seawal usia dilahirkan, saya mencabar diri buat pertama kali untuk mencuba ZERO COST MARKETING yang diajar oleh Dr Maryam. Kejayaan membuat jualan sehingga 5 angka itu sesuatu yang amat membanggakan. ILMU dan MENTOR yang TERBAIK menjadi teras kejayaan dalam perniagaan saya”

Rukiah (Facebook: Rukiah Ali) Master Stokis Melaka

peluang-perniagaan dan sokongan-mantap padu

“Bila sertai MJ, MJ lah satu satunya yang bagi ilmu yang boleh dipraktis dari peringkat Zero. Dari awal bermula sebagai agent sampai la jadi stokis lepas 2 bulan dan jadi Master Stokis dalam masa sekejap je, sentiasa rasa ilu mencurah-curah diberikan”

Amirah (Facebook: Amirah Abdul Razak) Master Stokis KL

“Dahulu saya tak pernah terfikir untuk menjadi usahawan online kerana saya hanyalah seorang peniaga secara kecil-kecilan pada musim perayaan sahaja. Saya anggap mustahil untuk saya mencapai income sebanyak 4 angka, namun dalam Mary Jardin tiada istilah mustahil. Dari zero ke hero, saya gembira dengan pencapaian diri saya bersama team Mary Jardin”

Ili (Facebook: Ili Zarifah) Master Stokis Johor Bharu

mencari peluang-perniagaan

“Selama ni join bisnes online tak pernahnya nak untung. Tak balik modal pun. Tapi dengan Mary Jardin Alhamdulillah dah dapat income beribu ringgit. Sebab MJ betul2 guide semua agent dari zero to hero”

Yusrina (Facebook: Yusrina Yusuff) Master Stokis Perlis

“Bermula dengan sales 2 angka, kini saya mencapai sales 6 angka HANYA DARI RUMAH! ZERO COST BUSINESS? It is definitely possible! Alhamdulillah thank you Mary Jardin!”

DD (Facebook: Khadijah Lukman) Master Stokis Kelantan

Bagaimana Hendak Menjadi Agen Mary Jardin Dan Menjadi Sebahagian dari Keluarga Beautiful Mary Jardin

cara-menjadi-ejen-dropship-maryjardin

Jom ulas semula apa yang akan dapat. Apabila anda menyertai Mary Jardin melalui BeautifulMaryJardin, anda akan dapat :

  • Bantuan sokongan 24/7,
  • Bahan iklan, gambar,  testimoni dan alat bantuan lain,
  • Bimbingan dari Mentor
  • Kelas dan seminar secara online Percuma.

Tidak ada alasan lagi kenapa anda tidak menyertai BeautifulMaryJardin. Jika anda komited untuk menyertai, BeautifulMaryJardin komited untuk membimbing kejayaan anda. Hubungi Puan Ili Zarifah di 0176200861 sekarang untuk membina empayar perniagaan anda hari ini!

kerja part time di rumah bersama puan ili zarifah

Puan Ili Zarifah, Master Stokis Mary Jardin Johor

PUAN ILI ZARIFAH | MASTER STOKIS MARYJARDIN JOHOR

Hubungi: Tekan untuk telefon (0176200861) | Tekan untuk WhatsApp