Umum
Dec 26, 2011, 4:48pm

Memori Kenangan Tahun 2011


  •  
  •  
  •  
  •  

26 Disember 2011 kita semua sudah berada pada minggu terakhir bagi Tahun 2011. InsyaAllah ahad ini kita semua berada pada tahun yang baru iaitu 2012. Dalam satu tahun 2011 bersamaan 365hari mesti banyak memori-memori yang kita ciptakan dan kenangan-kenangan yang kita tidak dapat lupakan.

Perjalanan 2011 aku sangat banyak kenangan jika dibandingkan dengan tahun 2010 sebelumnya. Kenapa aku cakap macam ini? Sebab pada tahun 2011 aku mula belajar berada di perantauan. Aku mula belajar tinggal di asrama. Belajar puasa di asrama. Belajar beli tiket bas sebulan sebelum raya dan pelbagai lagi kenangan lagi yang aku ciptakan untuk tahun 2011 ini.

Jika aku nak huraikan satu per satu sudah pasti tidak cukup untuk satu entri Memori Kenangan Tahun 2011. Tapi disini aku mahu tatapkan buat peribadi aku bagi masa-masa mendatang. Memori kenangan yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila adalah bersama si dia. Gadis yang aku dambakan mungkin. Aku Anak Kuat.

Semoga Allah hadirkan dia buat aku…

Dan kenyataan aku dalam entri ini sangat berat tahu.. 2011 Bermula Aku Tekad Dan Berazam !

Terkadang bila aku tilik sendirian. Aku seperti mahu padam segala rasa dan kenangan 2011… ;'( Kerana aku takut akan 2012. Doa aku.  Semoga 2012 Allah hadirkan aku seorang peneman yang memahami akan aku itu sudah cukup. 🙂