Review
Mar 21, 2018, 12:52am

Medical Card Takaful Great Eastern Adalah Pelan Perlindungan Terbaik


  •  
  •  
  •  
  •  

Kad perubatan adalah kad yang memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan terbaik di hospital swasta secara tanpa tunai dengan syarat anda membayar premium. Memiliki medical card sama pentingnya seperti memiliki insurans kenderaan motor.

kenapa perlu ada medical card great eastern

Yang menjadi perbezaannya Medical Card tidak di wajibkan pihak bank kerana mereka tiada kepentingan ke atas diri kita berlainan dengan insurans kenderaan. Jadi siapa yang berkepentingan kepada diri kita? Tiada orang lain yang berkepentingan melainkan diri kita sendiri serta orang terdekat seperti isteri dan anak-anak.

Cara – Cara Menggunakan Medical Card

Jika anda memiliki medical card anda wajib ambil tahu serba sedikit bagaimana hendak menggunakan medical card tersebut. Antara tips menggunakan medical card ialah;

Kenal Pasti Penyakit

penyakit yang dilindungi oleh medical card great eastern

Ini perlu untuk orang yang baru membeli polisi dan terus nak gunakan medical card. Sebabnya setiap penyakit ada Waiting Period tersendiri. Sekiranya kemalangan, anda boleh terus menggunakan medical card tanpa ada masalah. Untuk demam dan appendix, selepas sebulan anda dah boleh gunakan. Penyakit-penyakit yang lain perlu tunggu selepas 4 bulan tempoh menunggu. Oleh itu, kenal pasti terlebih dahulu.

Pergi Terus Ke Emergency

gunakan medical card dengan cara yang betul

Apa jua jenis penyakit, doktor yang berada di emergency akan check dan diagnose penyakit anda sebelum dibenarkan untuk admit.

Pastikan Medical Card Ada Bersama

pastikan anda sentiasa membawa medical card untuk urusan penghospitalan

Sekiranya tiada dengan anda, jangan risau, hanya perlu berikan nombor kad pengenalan dan syarikat takaful anda kepada kaunter pendaftaran.

Report Awal Dari Pihak Hospital

laporan dari hospital diperlukan untuk mengesahkan penyakit adalah dilindungi oleh syarikat takaful

Pihak hospital perlu menghantar report yang lengkap kepada syarikat insurans. Syarikat insurans akan menganalisa kes dan memberi maklum balas berkenaan dengan status GL. Dalam proses ini yang memerlukan agent untuk mempercepatkan GL approval. Anda kena call pihak insurans untuk pastikan mereka dah terima report dari doktor.

Discharge

proses discaj yang perlu diketahui

Sebelum Discharge keluar dari hospital, dapatkan;

  • Discharge summary
  • Original Final Bill
  • Medical Certificate
  • All the report

Ini untuk memudahkan urusan permohonan Elaun Hospital dan sekiranya perlu buat apa-apa jenis claim.

Medical Card Takaful Great Eastern Adalah Pelan Perlindungan Terbaik

Great Eastern Takaful Berhad (GETB) ialah syarikat usaha sama antara i Great Capital Holdings Sdn Bhd (i-Great), anak syarikat Great Eastern Holdings Limited dan Koperasi Tentera (M) Berhad. Dilancarkan pada tahun 2010, GETB telah menerima pakai pendekatan Takaful Untuk Semua, menjadikan pelanggan dan keperluan mereka sebagai tumpuan utama.

medical card great eastern takaful

Great Eastern Takaful Berhad mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri takaful dengan memenangi anugerah ‘Pengendali Takaful Baru Terbaik’ pada tahun 2011, ‘Institusi Baru Islam Terbaik’ pada tahun 2012 dan ‘Pengendali Takaful Terbaik’ pada tahun 2013 oleh Islamic Business & Finance terkenal yang berpangkalan di Dubai. Dengan visi membuka jalan untuk kehidupan yang hebat dan ceria: Takaful untuk anda & saya, Great Eastern Takaful Berhad terus gah sebagai peneraju takaful terbaik. Selain itu, Great Eastern Takaful Berhad juga melindungi keperluan anda dengan produk yang menarik dan berpatutan, alami saat-saat bermakna bersama mereka; mereka menepati janji-janji mereka, sepanjang masa dan untuk menjadi rakan terpilih untuk semua pihak berkepentingan dengan menarik dan membangunkan bakat beretika.

11 Sebab Great Eastern Takaful Menjadi Pilihan Pertama Anda

1) Kos Yang Rendah Dengan Had Tahunan Yang Lebih Tinggi

penggunaan medical card untuk kes perubatan dan pembedahan

Dengan caruman bulan RM200, Great Eastern boleh memberikan medical card untuk Room & Board bernilai RM200 dengan Manfaat Hilang Nyawa yang lebih tinggi iaitu RM100,000 (termasuk RM2,000 Khairat Kematian). Dapat pula RM50,000 coverage untuk 36 jenis Penyakit Kritikal yang mana boleh claim awal walaupun penyakit belum kritikal kerana ada manfaat Early Payout Critical Care.

2) Co-Takaful Yang Rendah

pelan medical card great eastern

Co-Takaful bermakna sejumlah bil rawatan perlu dibayar kepada pihak hospital dan yang selebihnya akan ditanggung oleh syarikat takaful. Di dalam Great Eastern Takaful, anda hanya perlu membayar co-takaful minimum sebanyak 10% daripada jumlah bil dan maksimum RM 500, mana yang lebih rendah. Terdapat juga syarikat takaful yang tidak mengenakan co-takaful, yang mana bil rawatan ditanggung 100% oleh syarikat takaful tersebut, tetapi had tahunan yang ditawarkan biasanya lebih rendah daripada apa yang Great Eastern Takaful tawarkan.

3) Manfaat Tuntutan Bagi Penyakit Kritikal Peringkat Awal (Early Payout Critical Care Benefit)

imbuhan awal untuk penyakit kritikal di bawah great eastern

Senaraikan syarikat takaful mana yang sudi memberi manfaat tuntutan bagi penyakit kritikal di peringkat awal? Pastinya anda jawab tiada. Great Eastern Takaful adalah satu-satunya yang menawarkan manfaat bagi tuntutan penyakit peringkat awal.

4) Tiada Kos Perlu Ditambah Untuk Dapatkan Coverage Medical Card Sehingga Umur 80 Tahun

coverage had umur untuk medical card sehingga 80 tahun

Satu lagi perbezaan yang orang tak berapa nampak adalah Great Eastern Takaful punyai medical card terus melindungi pemegang polisi sehingga umur 80 sedangkan dengan syarikat takaful yang lain pencarum terpaksa menambah lagi caruman bulanan yang RM200 itu untuk naikkan perlindungan medical card hingga umur 80 tahun. Tiada tambahan lain perlu dilakukan di Great Eastern.

5)  Pemindahan Organ, Rawatan Dialisis serta Kanser Turut Ditanggung

tanggungan untuk pesakit dialisis kanser dan pemindahan organ

Kos pemindahan organ oleh sebab sakit yang ditanggung dan bukannya untuk pendermaan organ kepada orang lain turut ditanggung tertakluk kepada had tahunan. Untuk rawatan kanser serta dialisis buah pinggang bagi pesakit luar juga turut ditanggung oleh medical card Great Eastern Takaful yang turut tertakluk kepada had tahunan.

6) Cash-Value Yang Lebih Tinggi Nilainya

cash value dalam medical card great eastern

Projected cash value yang boleh dikeluarkan pada usia bersara iaitu 55 tahun, Great Eastern Takaful memberikan yang jauh lebih tinggi dari pesaing! Pelan takaful – investment link akan memberikan anda cash value atas pelaburan yang dibuat daripada sebahagian daripada caruman bulanan pelanggan setelah ditolak pelbagai caj. Oleh kerana Great Eastern Takaful mempunyai caj yang rendah, maka secara relatifnya pelanggan akan mendapat lebih cash value.

7) Kos Tabarru’ Yang Murah dan Lebih Berpatutan

kos tabarru dalam great eastern paling rendah

Kos tabarru’ merupakan kos sebenar yang perlu dibayar oleh peserta takaful untuk melindungi diri untuk tujuan perubatan. Untuk pengetahuan anda, kos tabarru’ yang dikenakan oleh Great Eastern takaful adalah antara yang terendah jika hendak dibandingkan dengan syarikat takaful yang lain.

8) RM 10,000 Bagi Tuntutan Kematian Akibat Kemalangan

manfaat kematian yang tinggi untuk kes kematian

Setiap pemegang polisi daripada Great Eastern Takaful secara automatik akan diberikan manfaat kematian akibat kemalangan yang bernilai RM 10,000 jika memegang polisi medical card yang bernilai RM 100, manakala manfaat yang bernilai RM 15,000 bagi yang memegang polisi medical card yang bernilai RM 200.

9) Ujian Diagnosis dan Rundingan Pakar Sebelum dan Selepas Kemasukan Wad

ujian rundingan dan diagnosis untuk kes penghospitalan

Antara kelebihan yang ramai orang tak sedar ialah, Great Eastern Takaful memberi kelebihan kepada pemegang medical card iaitu tempoh 60 hari sebelum kemasukan wad bagi membuat ujian diagnosis serta rundingan pakar serta tempoh 90 hari rawatan selepas keluar dari hospital. Tempoh masa yang diberikan agak banyak berbanding dengan syarikat takaful lain yang hanya memberi tempoh 30 hari rawatan sebelum kemasukan wad dan ada juga syarikat takaful yang memberi manfaat rawatan dalam tempoh 30 hari selepas keluar dari wad.

10) Medical Card Kalis Inflasi

medical card takaful kalis inflasi

Ciri tambahan pada Medical Card Greast Eastern Takaful adalah kenaikan Had Bilik Penginapan Setiap 3 tahun secara automatik samada ada tuntutan atau sebaliknya. Sekiranya anda menyertai pelan bilik penginapan RM200 sekarang, had ini akan dinaikkan sehingga 100% iaitu RM400 dalam masa 30 tahun! Inilah yang dinamakan kalis inflasi, kerana dalam masa 30 tahun lagi, kemungkinan besar tiada lagi bilik penginapan berharga RM200 dan untuk upgrade pakej medical card pastinya akan bertambah bayaran sumbangan setiap bulan. Inilah kehebatan Medical Card Great Eastern Takaful berbanding takaful operator yang lain.

11) Car Assistance Programme

kemudahan towing percuma untuk peserta takaful great eastern

Antara kelebihan yang tiada di dalam medical card daripada syarikat takaful yang lain. Setiap pemegang medical card Great Eastern Takaful akan mendapat sticker untuk dilekatkan di cermin kereta yang mana seandainya kereta anda rosak, anda akan mendapat towing kereta secara percuma yang berjarak 60 km dari tempat kejadian ke bengkel yang terdekat.

Testimoni Pemegang Medical Card Great Eastern Takaful

Client 1 – Puan Mieda ( Claim kemalangan ) dari Sungai Buluh

Saya membeli medical card Takaful Great Eastern untuk anak lelaki saya pada December 2016. Tidak sampai 2 bulan anak saya mengalami kemalangan jalan raya. Anak saya menaiki motosikal dan melanggar tiang elektrik dan mengalami kecederaan di bahagian mulut dan gigi. 2 batang gigi anak saya patah dan bibir atas koyak akibat kemalangan. Saya membawa anak saya ke hospital sungai buloh tetapi malangnya hospital tidak boleh memberikan rawatan dan menyuruh saya membawa anak saya ke hospital atau klinik pakar yang lain. Saya pun membawa anak saya ke klinik pakar gigi yang berdekatan. Anak saya mendapat rawatan sebanyak 12 jahitan di bibir atas dan 2 batang gigi dicabut kerana telah patah. Setelah mendapatkan rawatan saya merujuk kepada Agent Takaful saya untuk mendapatkan maklumat penggunaan kad perubatan anak saya. Agent takaful saya memberitahu detail tentang penggunaan kad perubatan takaful untuk kemalangan. kita boleh menggunakan minimum 3000 untuk mendapatkan rawatan kemalangan kecemasan pesakit luar sekiranya tidak dimasukkan . Kita hanya perlu membayar dahulu bil yang ada dan kemudian membuat claim. Caranya sangat mudah kerana saya hanya perlu mengisi 1 borang yang Agent saya sediakan dan melampirkan semua invoice dan bil klinik yang ada berserta bil-bil rawatan susulan yang diterima. Kurang dari 2 minggu claim saya sudah diterima dan wang terus dikredikan ke dalam akaun saya. Saya sangat berasa gembira kerana tidak perlu membuat banyak kerja untuk membuat claim dan sangat berpuas hati dengan cara Agent Takaful saya memberikan servis yang sangat professional.

testimoni pengguna great eastern takaful

Client 2 – Puan Siti dari Rawang

Saya telah membeli medical card kira-kira setahun yang lalu untuk anak lelaki saya. Pada bulan lepas, anak lelaki saya jatuh akibat bermain basikal lalu patah tulang bahu. Saya telah membawa anak lelaki saya ke KPJ Rawang untuk rawatan segera dan dimasukkan ke wad selama 5 hari. Perbelanjaan hospital yang hamper RM18 ribu telah ditanggung sepenuhnya oleh Great Eastern Takaful. Syukur sangat kerana dengan adanya medical kad ni, saya tidak perlu mengeluarkan wang sendiri untuk rawatan sebanyak itu.

financial advisor untuk great eastern takaful

Bagaimana Cara Untuk Mohon Medical Card Great Eastern?

Untuk maklumat lanjut tentang pelan yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful dan membuat proposal permohonan, sila hubungi En. Ahmad Faiz menerusi nombor telefon yang tertera. Jika anda ingin menjadi seorang perunding kewangan Great Eastern juga boleh menghubungi beliau.

EN AHMAD FAIZ | FINANCIAL ADVISOR GREAT EASTERN TAKAFUL Hubungi: Tekan untuk telefon (018 2107803) | Tekan untuk WhatsApp

Alamat: VGT Consultancy Services (002556231-X) Cheras Business Centre, Kuala Lumpur

Jom dapatkan info lanjut tentang Medical card Great Eastern Takaful SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom dapatkan info lanjut tentang Medical card Great Eastern Takaful SEKARANG!