Islam
Aug 8, 2012, 12:21pm

Malam Lailatul Qadar – Lebih Baik Daripada Seribu Bulan


  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

MasyaAllah, Kini kita semua sudah berada di fasa yang ketiga Ramadhan, Iaitu Fasa Pembebasan dari Api Neraka. Lebih kurang lagi 10 hari sahaja lagi untuk kita merebut ganjaran yang berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ini. Mari kita semak Amalan di Bulan Ramadhan yang boleh kita lakukan untuk mengapai Redha Allah. InsyaAllah

PH ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca blog.hariz tentang Malam Lailatul – Qadar Lebih Baik Daripada Seribu Bulan. Sebenarnya entri ini telah dilepaskan pada 1 September 2010 dan diedit semula untuk “refresh” pengetahuan kita tentang Malam Lailatul Qadar.. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. “Dimalam itu (Lailatul Qadar) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya: “Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu bulan ” (Al Qadar : 1-5)

Ertinya menghidupkan Malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya: “Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu ” (HR. Bukhari (4/217) dan Muslim (759))

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: Maksudnya:

“Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. ” (Muslim (1174)

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya:

“Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. ” (Bukhari (4/225) dan Muslim (1169))

Disunnahkan utk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. Bersabda :

“Ucapkanlah Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yg meminta ampunan maka ampunilah aku.” (HR. Tirmidzi (3760) Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah sanad shahih)

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

1. Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya

Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)

1. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik , Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.

2. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.

Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.

3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)

Rasulullah SAW bersabda:

Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.

Hendaknya memperbanyak membaca doa pada Lailatul Qadar:

Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:

“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:

Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. HR Ibnu Majah, no. 3982.

4. Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.

Formula Malam Lailatul Qadar

Menurut Formula Malam Lailatul Qadar oleh Imam Ghazali Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari : [1] Ahad @ Rabu – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadhan; [2] Isnin – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-21 Ramadhan; [3] Selasa @Jumaat – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-27 Ramadhan; [4] Khamis – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-25 [5] Sabtu – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-23

Wallahulam bissawab…  Marilah kita merebutlah 10 malam terakhir ramadhan.. Jangan lupa rujuk Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar. Sesungguhnya belum tentu ada untuk kita ramadhan yang akan datang..