Review
Jun 4, 2017, 2:50am

Makanan Sedap Di Penang – Breakfast Warung Adik & Abang


Bagi pengemar makanan, Pulau Pinang semestinya bukanlah destinasi yang asing lagi. Nasi kandar dan Passembor adalah menu utama apabila tiba di Pulau Pinang. Bagaimana pula dengan menu sarapan? Jika ke Pulau Pinang, mamak sudah pasti menjadi pilihan mudah untuk bersarapan. Inginkan kelainan, mencari sesuatu yang ringkas dan sedap untuk sarapan, jom ke Warung Adik & Abang. InshaAllah merupakan makanan sedap di penang untuk breakfast.

Makanan Sedap Di Penang Untuk Keluarga

Warung Adik & Abang, mula beroperasi sejak 2011 dan waktu beroperasi hanyalah  dari pukul 6.00am sehingga 11.00am, menjadikan ia lokasi yang amat sesuai untuk menikmati sarapan dan juga brunch! Bertempat di Kampung Pertama, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia. Lokasi warung ini dapat dicari menggunakan aplikasi maps dan waze. 

Makanan Sedap Di Penang Yang Anda Perlu Cuba !

Warung Makanan Sedap Di Penang Yang Murah

Pelbagai menu menarik disajikan disini tetapi yang sering menjadi tumpuan ramai  adalah Roti Benggali Telur Goyang dan Nasi Lemak Lauk Pilih.

Roti Benggali Makanan Sedap Di Penang

Keistimewaan menu Roti Benggali Telur Goyang ini adalah telur separuh masak yang dipecahkan di atas roti benggali bakar. Di panggil telur goyang kerana anda dapat melihat telur separuh masak itu bergoyang goyang sebelum sampai ke meja anda dan sudah pasti ia akan memancing selera anda untuk merasainya. Menu ringkas dan tidak terlalu berat sesuai bagi mereka yang ingin menjaga badan. Anda juga boleh merasa bersarapan dengan menu ala barat.

Nasi Lemak Makanan Sedap Di Penang

Jangan lupa untuk mencuba nasi lemak lauk pilih. Keenakan nasi lemak yang asli dan pelbagai jenis lauk pauk yang boleh dijadikan pilihan tambahan pasti dapat memenuhi selera anda. Antara lauk pilihan adalah sambal sotong kering dan juga paru goreng. Terdapat banyak lagi menu menu menarik untuk dicuba.

Nasi Lemak Merupakan Makanan Sedap Di Penang

Nasi lemak lauk pilih, keenakan sambalnya sering diperkatakan oleh pengunjung. Jangan lupa untuk merasainya sendiri. Anda juga boleh memilih pelbagai jenis lauk didalam satu hidangan. Nama pon lauk pilih.. Jadi bersesuaian dengan pilihan individu mahukan sejenis lauk atau lebih dari itu untuk satu hidangan anda. Yang pasti nasi lemak lauk pilihan ini patut anda cuba kerana sambalnya yang meletup jadi tidak hairanlah jika ramai yang sanggup beratur untuk mendapatkannya.

Makanan Sedap Di Penang Antaranya Adalah Omelet

Haa.. ini pula adalah gambar bagi menu set omelet & bread. Set ini dihidangkan dengan 2keping roti benggali dan omelet. Bagi mereka yang inginkan sarapan yang ringan tetapi mengenyangkan boleh lah mencubanya.

 Makanan Sedap Di Penang Untuk Minuman Teh O Lemon

Untuk minuman pula terdapat pelbagai jenis minuman yang boleh anda dapati di sini. Salah satunya Teh O panas + lemon. Namun, yang sering menjadi pilihan pengunjung disini adalah Teh Tarik. Teh tarik yang pekat ditambahkan dengan sepinggan nasi lemak ataupun roti telur goyang fuh! Sudah pasti membuatkan sarapan anda menjadi begitu nikmat. Tak percaya? Meh datang sini dan nikmatinya sendri.

Makanan Yang Paling Sedap di Penang

Selain dari roti benggali telur goyang.. Anda juga boleh memilih menu roti yang lain. Antaranya Roti benggali salut telur istimewa. Pasti ada yang menyamakan menu ini dengan roti telur bukan? Tidak sama sekali.. Seperti nama menu yang diberikan roti benggali salut telur istimewa pastilah roti ini tidak sama seperti yang anda sangkakan. Roti ini dihidangkan dengan sos istimewa yang pasti anda tidak akan dapat di mana mana warung.

tempat makanan sedap di penang

Dua gambar diatas adalah gambar bagi menu Roti benggali + telur hancur + kacang panggang(gambar kiri) dan Scrambled egg + baby sosej & roti. Terdapat banyak lagi pilihan menu untuk anda di sini. Selain dari roti dan nasi lemak lauk pilih terdapat juga menu bihun dan mee goreng.  Harga hidangan? Jangan risau semua hidangan boleh didapati dengan harga Rm 5.00 dan ke bawah. Oleh itu, jangan terkejut jika melihat Warung Adik&Abang ini dipenuhi dengan pengunjung lain ya, walaupun hanya beroperasi di waktu pagi tetapi hidangan yang sedap dengan harga yang berbaloi dan berpatutan telah menjadikan warung ini tumpuan ramai.

Breakfast Makanan Sedap di Penang

Bukti Warung Ini Tempat Makanan Sedap Di Penang

makanan sedap di penang

 

tempat makan sedap di penang

Nak lebih banyak terus tekan di link ekslusif berikut melihat checkin warung adik & abang 

Dapatkan Makanan Sedap Di Penang Warung Adik & Abang SEKARANG !

Menarik bukan? Konsep penyajian makanan yang santai sesuai dengan suasana dan nama warung yang diberikan Warung Adik & Abang. Pasti anda merasa seperti bersarapan di rumah. Yang membezakan hanyalah suasana sekeliling dan oh! Tiada tv yang menemani anda sekiranya anda gemar bersarapan sambil menonton. Apa pun pasti kan Warung Adik & Abang ini menjadi lokasi wajib untuk anda bersarapan jika sampai disini ya.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi melalui WhatsApp atau melayari facebook mereka seperti di bawah :

Jom buat tempahan Makanan SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Warung Adik & Abang, Kampung Pertama, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

   
Jom buat tempahan Makanan SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom buat tempahan Makanan SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: