Review
Apr 6, 2018, 9:48am

Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari


  •  
  •  
  •  
  •  

Umumnya pasti ramai yang sudah mengenali Majalah Perkahwinan No 1 di Malaysia Ratu Sehari. Bagi pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan atau yang masih tercari-cari tema untuk hari bahagia, sangat disyorkan untuk mendapatkan naskah majalah Ratu Sehari ini supaya dapat mencetuskan sedikit ilham tentang majlis yang diidamkan.

Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari Dua

Selepas mendapat beberapa idea ataupun ilham melalui penelitian dan pembacaan, barulah dirancang bagaimana pula perjalanan majlis supaya ia meninggalkan momen indah bersama pasangan selama-lamanya. Perlu diingat bahawa persiapan untuk melangsungkan hari bahagia itu bukan sahaja memerlukan sejumlah wang tetapi tenaga untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Sebenarnya majalah Ratu Sehari ini merupakan salah satu produk keluaran sebuah syarikat penerbitan tempatan yang dikenali sebagai Medialicious Sdn. Bhd. Fokus utama produk majalah ini adalah tertumpu kepada kesemua informasi yang berkaitan dengan perkahwinan.

Profil Medialicious Sdn. Bhd.

Media Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Medialicious Sdn. Bhd. (1210108-H) merupakan sebuah syarikat penerbitan tempatan yang mengeluarkan majalah informasi berkaitan perkahwinan. Informasi tersebut meliputi dan memenuhi kehendak kepelbagaian kaum di Malaysia terutama masyarakat Melayu, Cina dan India. Disebabkan fokus mereka yang berdasarkan kepada sumber ilmu mendalam berkenaan perkahwinan, maka kesemua idea-idea yang dikongsikan perlulah unik, bersifat baru dan segar.

Idea Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Informasi yang unik inilah yang menjanjikan sesuatu hasil yang terbaik ditambah pula dengan kualiti rekaan grafik yang tinggi, ketulinan bahan editorial dan produksi serta disiplin dalam setiap perlaksanaan tugas. Kesemua elemen ini merupakan asas tertinggi dari syarikat Medialicious Sdn. Bhd. selaku penerbit ulung kepada Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari.

Sumber Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Matlamat Medialicious Sdn. Bhd. Bersama Terbitan Majalah

Persaingan yang hebat dalam dunia penerbitan tidak membataskan kemampuan Syarikat Medialicious untuk terus melangkah berteraskan kepada matlamat yang jelas. Oleh itu, Medialicious merancang untuk memajukan perniagaan bersama penerbitan tiga rangkaian majalah iaitu Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari, Majalah Shaadi dan Majalah Malaysia’s Bridal Guide for Brides & Grooms.

Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Ratu Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Majalah Ratu Sehari yang juga merupakan majalah perkahwinan no 1 di Malaysia cuba membawakan pendekatan yang berbeza kepada para pembaca. Pengisian yang dibawa dikhususkan untuk masyarakat Melayu. Paparan yang diberikan lebih eksklusif untuk menepati citarasa pasangan yang ingin berkahwin. Melalui majalah ini, Medialicious cuba mempersembahkan idea-idea yang padat dengan ekspresi ilham daripada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing dalam industri perkahwinan.

Majalah Shaadi

Pengantin Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Majalah Shaadi merupakan majalah khusus kaum India yang mempunyai gaya penceritaan unik dengan menampilkan paparan yang tersendiri. Majalah ini dikatakan lengkap membentangkan segala informasi termasuklah perancangan majlis perkahwinan, idea-idea berkaitan yang padat dengan ekspresi serta ilham peribadi. Juga dikongsikan berkenaan dekorasi yang indah bertemakan tradisi perkahwinan India.  

Majalah Malaysia’s Bridal Guide for Brides & Grooms

Model Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Majalah ketiga ini tampil dengan gaya yang elegan dan kontemporari. Penerbitannya lebih memfokuskan kepada tradisi perkahwinan moden di samping sisipan bersama tradisi perkahwinan kaum Cina. Sekiranya sesiapa yang mempunyai gaya dan cita rasa yang tinggi dalam perancangan perkahwinan, pastinya majalah ini boleh membantu dengan membawa idea-idea bernas untuk diguna pakai.

Rancangan Jangka Panjang Medialicious

Perancangan jangka panjang Medialicious sudah tentulah untuk mengekalkan kredibiliti majalah sebagai pelopor kepada informasi perkahwinan yang bukan sahaja tertumpu kepada pasaran Malaysia malah ke seluruh negara-negara jiran lain yang bertaraf dunia. Meskipun zaman teknologi kian menghakis sedikit demi sedikit peranan media bertulis, Medialicious tetap komited bahawa cabang penerbitan majalah ini mampu terus kekal dan masih relevan.

Buku Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Sebenarnya usaha yang dilakukan oleh Medialicious ini secara tidak langsung turut membantu usahawan-usahawan di Malaysia khusus dalam penyediaan kelengkapan perkahwinan. Dapat dilihat sendiri betapa pesat dan majunya industri perkahwinan di dalam negara.

Carta Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Medialicious telah mensasarkan ketiga-tiga majalah terbitannya kepada beberapa kategori pembaca yang terdiri daripada:

  • Bakal-bakal pengantin
  • Para ibu bapa mempelai
  • Golongan eksekutif dan profesional
  • Masyarakat umum yang terdiri dari lingkungan umur 25 hingga 40 tahun
  • Mereka yang berkecimpung dalam industri perkahwinan dan perusahaan majlis

Peluang Pengiklanan Bersama Majalah Perkahwinan No 1 di Malaysia Ratu Sehari

Kerusi Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Tahukah bahawa meskipun fokus utama tim Medialicious tertumpu kepada perkara penerbitan Majalah Perkahwinan No 1 di Malaysia Ratu Sehari, secara sedar atau tidak sedar ianya membuka satu lagi peluang kepada para pengusaha produk dan servis yang berkaitan perkahwinan. Peluang yang dimaksudkan itu ialah peluang pengiklanan bersama ketiga-tiga majalah terbitan Medialicious.

Cermin Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Di samping membantu para mempelai dalam soal perancangan perkahwinan terbaik, para usahawan yang ingin menawarkan khidmat secara eksklusif boleh mendapatkan sebut harga untuk tujuan pengiklanan melalui mana-mana jenis majalah yang menjadi pilihan. Sebagai Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari, pastinya ramai yang sudah mengenali kewibawaan Medialicious dan seterusnya membantu mempromosikan perniagaan atau servis berkaitan dengan perkahwinan.

Berikut merupakan saiz pecahan iklan yang ditawarkan untuk rujukan pengiklanan:

  • 2 Muka Surat Penuh Berwarna
  • 1 Muka Surat Penuh Berwarna
  • 1/2 Muka Surat Berwarna
  • 1/3 Muka Surat Berwarna
  • 1/4 Muka Surat Berwarna

Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Koleksi Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Untuk pengetahuan semua, Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari ini hanya dikeluarkan sebanyak tiga naskah sahaja dalam setahun. Bagi mereka yang telah berjaya mendapatkannya sehingga kini, tahniah diucapkan kerana sememangnya ia merupakan majalah yang sesuai disimpan sebagai koleksi rujukan perkahwinan.

Menu Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Lihat sendiri susun atur di ruangan isi kandungan dan muka suratnya. Sangat teratur dan mesra pembaca. Kebiasaan majalah kurang menggunakan elemen-elemen grafik seperti gambar di bahagian ini. Walhal ia juga salah satu kaedah penting yang perlu dititik beratkan untuk menarik minat pembaca untuk meneliti setiap halaman. Dengan adanya konsep sebegini, para pembaca pasti ada yang tidak sabar untuk menyelak terus ke halaman berkenaan.

Kartun Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Ini pula salah satu contoh halaman yang memaparkan informasi produk-produk daripada usahawan-usahawan yang turut berkecimpung dalam penyediaan kelengkapan mahupun servis perkahwinan. Halaman yang menarik dengan penggunaan gambar-gambar berwarna ditambah pula dengan penerangan ringkas tetapi padat untuk setiap satu produk. Pendekatan seperti ini juga sangat perlu kerana informasi yang terlalu panjang untuk sesuatu artikel majalah kadangkala mengundang rasa bosan di kalangan pembaca.

Bunga Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Sekiranya para pembaca ingin mendapatkan idea-idea berkenaan pelamin, gubahan atau seumpamanya, informasi ini turut dimuatkan di dalam Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari. Perkongsian seperti ini amat penting bagi para pembaca untuk membuat senarai semak berkenaan bajet dan juga keperluan untuk merealisasikan idea gerbang perkahwinan.

Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari Kecil

Ini pula merupakan antara contoh tips-tips yang dimuatkan di dalam Majalah Ratu Sehari. Menarik bukan? Dari segi penyusunan ayat dan juga poin-poin penting yang ingin disampaikan sangat mudah untuk kefahaman pembaca. Itulah sebabnya tim Medialicious juga sangat menitik beratkan penggunaan grafik yang berkualiti tinggi.

Antara 20 Cover Page Terbaik Majalah Ratu Sehari

Tepak Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Ini merupakan cover page edisi pengenalan iaitu edisi sulung sebagai majalah perkahwinan terbitan Medialicious dan gambar ini telah diambil oleh Catchlights. Cover page edisi pertama ini di terbitkan dengan tema Abadikan Kenangan Semarakkan Ikatan dan majalah ini dijual pada harga permulaan yang istimewa iaitu RM15 sahaja.

Dekorasi Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Cover page edisi ke-2 Majalah Ratu Sehari bertemakan Buana Jadi Saksi Cinta Mekar Di Hati. Gambar tersebut telah diambil oleh Precious Moments.

Jawa Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Cover page seterusnya iaitu edisi ke-3 bertemakan Cantik Anggun Berseri Singgahsana Merah Idaman Hati. Gambar ini telah diambil oleh Nas Great Idea.

Pink Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Cover page edisi ke-4 pula bertemakan Debaran Membuai Sukma Ilham Cinta Menghias Jiwa dan gambar tersebut telah diambil oleh Gior Creations.

Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari Kek

Cover page edisi ke-5 ini juga merupakan hasil daripada Gior Creations dengan tema Eksotika Cinta.

Laluan Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Edisi ke-6 pula menampilkan cover page bertemakan Fata Morgana Cinta Abadi yang telah diambil oleh Khareyan Events.

Lampu Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Bertemakan Gumam Bicara Terpana Cinta, merupakan cover page Ratu Sehari edisi ke-7.

Hantaran Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Edisi ke-8 ini tampak istimewa dan bertemakan Hikayat Ceritera Terindah hasil daripada Creative Fingers, Wedding Freshener, DiniGifts.Com, Norrizan Bakers, Triple Ventures, Ryverra Chocolate & Confectionary, Mis’ Creative Cakes.

Tangan Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Majalah Ratu Sehari edisi ke-9 pula bertemakan Inderaloka Cinta Dewi Menanti Setia hasil daripada Jovian Mandagie.

Suka Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Cover page ini adalah daripada Reka Teemor yang bertemakan Jentayu Relakan Semangat Cintamu dan merupakan Majalah Ratu Sehari edisi ke-10.

Cinta Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Majalah Ratu Sehari seterusnya ialah edisi ke-11 bertemakan Kerana Kirana Ku Ingin Rasakan Cinta daripada Neur Maya, dekorasi oleh Nas Great Idea dan designer Kerangsi.

Sungai Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Bertemakan Legenda Cinta Lestari dan merupakan cover page edisi ke-12. Rekaan Pelamin dan dekorasi adalah daripada Dicky dan photography oleh Azam (www.neurmaya.com)

Lautan Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Cover page edisi ke-13 oleh Inar yang bertemakan Magisnya Fantasi Keagungan Cinta.

Sanding Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Majalah Ratu Sehari ini merupakan edisi ke-14 yang bertemakan Naungan Nostalgia Tautan Jiwa. Dekorasi oleh Precious Moments Collection dan Fotografi oleh Azam Neurmaya.

Romantis Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Ini merupakan edisi istimewa iaitu bersempena ulangtahun yang ke-6 Majalah Ratu Sehari. Edisi ke-15 ini bertemakan Oda Romantis Sang Pujangga Berbisik Puitis Madah Terindah. Fotografi oleh Pinardy Art Photography dan busana dari Syara Kim sementara dandanan oleh Zila Ziman.

Temujanji Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Cover page ini merupakan edisi ke-16 bertemakan Persis Astana Firdausi Lambang Kasih Menyapa Hati. Panca persada romantis tampak indah lagi segar sekalipun berelemen songket dan moden vintaj. Tampak mewah aturan hiasan, pentas persandingan kekasih yang cukup menawan ini hasil sentuhan De’Classaflora. Cukup sempurna dan fotografi diambil oleh Neurmaya.

Mengelamun Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Merupakan majalah edisi ke-17 yang bertemakan Qasidah Cinta Bicara Qalbu, Syair Merdu Penawar Rindu. Sentuhan busana mewah dengan rinci buatan serta sulaman manik bak Kristal. Keanggunan terserlah dengan penampilan istimewa daripada Freda. Persada cinta dengan hiasan pelamin indah, gaya kontemporari Itali yang dipersembahkan oleh Arjuna Cipta bersama rona-rona segar. Seri solekan juga begitu sempurna hasil Sara Yap. Backstage fotografi hasil daripada Azam Neurmaya.

Termenung Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Ratu Sehari edisi ke-18 menampilkan karya fesyen bersama Eiry Elegant Element Bridal. Rias romantis solekan dan dandanan penuh kesegaran cinta milik jurusolek tidak asing lagi, Zila Ziman. Melengkapkan keseluruhan pemandangan bersama dekorasi daripada Eiry Elegant Element Bridal. Dewan Setia City Convention Centre tersergam indah, menjadi latar saksi pertemuan cinta. Segalanya terpotret sempurna bersama fotografer Azam Neurmaya.

Stail Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Sonata…Irama Keasyikan Cinta merupakan edisi ke-19. Rekaan tema dan dekorasi Reka Teemor dan busana dari Euro Moda Gulati’s. Solekan dan dandanan pula daripada Eno dan khidmat fotografi oleh Azmin Ngah Ibrahim @ Picture Elements Model: Melina | Wu Models.

Ratu Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

Ratu Sehari edisi ke-20 tampil dengan kelainan bersama Double Cover. Bertemakan Terlakar Memori Bahagia Di Hati Berbicara Cinta dan Tentang Cinta Yang Emounya Rasa. Dekorasi oleh MEGA BRIDAL CREATIONS dan kek pula daripada Mad About Cake. Khidmat fotografi oleh Azam Neur Maya Photography. Lokasi yang menjadi pilihan ialah Première Hotel. Solekan model daripada Afra Makeup Studio berserta barang kemas POH KONG. Busana daripada Butik Gezal Mihat dan model pilihan ialah Diessica | Wu Models.

Dapatkan Naskah Majalah dan Koleksi Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari Anda Hari Ini!

Hubungi Majalah Perkahwinan No 1 Malaysia Ratu Sehari

MEDIALICIOUS SDN BHD | PENERBIT MAJALAH PERKAHWINAN NO. 1 MALAYSIA Hotline: Tekan untuk telefon (011-11915499) | Tekan untuk WhatsApp Pejabat: Tekan untuk telefon (03-2711 8653) Facebook Majalah Ratu Sehari: Ratu Sehari-Majalah Facebook Shadi Wedding Magazine: Shaadi Wedding Magazine Facebook Bridal Guide: Bridal Guide Malaysia Website: www.medialicious.com.my Email: info@medialicious.com.my