Umum
Apr 2, 2012, 1:54pm

Lelaki Kacak – Tanggapan Masyarakat


Lelaki Kacak dan tanggapan masyarakat. Sudahkah anda membaca trivia mengenai lelaki kacak? Jika belum, bolehlah anda membaca Trivia Menarik Mengenai Lelaki Kacak. Bagaimana pula pendapat anda mengenai Lelaki Kacak? Apakah pandangan kita sama atau anda tidak bersetuju dengan pandangan saya. Ia kerana perspektif setiap individu adalah berbeza.

Lelaki Kacak lagi hensem
Barisan Lelaki Kacak

Tanggapan masyarakat mengenai Lelaki Kacak ini adalah hasil kajian saya secara rawak kepada beberapa orang individu di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Ternyata pandangan mereka mempunyai Pro & Kontra mengenai lelaki kacak. Kebanyakkan dari mereka bersependapat bahawa lelaki kacak adalah seperti berikut.

Lelaki Kacak Selalunya Ego

Lelaki Kacak selalunya ego kerana tahap keyakinan diri mereka yang tinggi dan selalu beranggapan bahawa diri mereka sangat hebat di mata masyarakat lalu menjadikan mereka lupa diri. Tetapi lelaki kacak itu tidak sedar bahawa kekacakan mereka itu tidak akan pergi jauh kecuali beberapa individu yang bernasib baik.

Lelaki Kacak Selalunya Memilih

Lelaki kacak sentiasa ada sikap memilih dalam semua hal. Lelaki kacak selalunya mahu yang baik di antara yang terbaik. Justeru, itu mereka menjadi terlalu berhati-hati kerana pentingkan kualiti (kononyalahkan) daripada kuantiti. Masyarakat bertanggapan mereka ini terlalu choosy.

Lelaki Kacak Selalunya Popular

Jenis lelaki kacak amat popular dikalangan teman-teman dan masyarakat disebabkan aset mereka itu. Lelaki kacak sentiasa menjadi perhatian tidak kira dimana mereka berada seperti kolej, unviersiti, pasaraya dan di mana-mana sahaja. Mereka menjadi popular dan menjadi rebutan ramai. Malah golongan Lelaki Kacak ini amat popular dan menjadi buah mulut dikalangan wanita disekeliling mereka.

Inilah antara kebanyakkan pendapat daripada masyarakat mengenai Lelaki Kacak. Ada pandangan anda mengenai Lelaki Kacak ? Jangan malu dan segan untuk berkongsi bersama-sama. Mari tinggalkan komen di bawah.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: