Umum
Sep 24, 2010, 2:54am

Layakkah Aku Merinduimu


Aku manusia biasa.. Aku manusia yang penuh dengan khilaf.. Tuhan Layakkah aku? itulah persoalan yang terus menerus menyelubungi diriku. Ramadhan telah berlalu.. Penghujung syawal juga akan tiba.. Pengisian aku pada Ramadhan tahun ini bagaikan melanggan streamyx sekadar beryoutube.. Tiada apa-apa yang perlu dibanggakan dengan pengisian aku pada Ramadhan tahun ini.. Sejak konflik yang berlaku dalam family.. Aku sangat tidak suka dengan semua perkara ini.. Aku bersumpah ya Allah.. Tapi kata mereka setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..

Mulai saat itu aku jadi Putus harapan dengan kehidupan aku.. Aku jatuh. Aku tak tahu apakah matlamat hidup aku.. Sehinggakan amanah yang disyariatkan oleh Allah pada diriku tidak aku jalankan.. Aku putus harapan dengan Allah.. Aku angkuh dengan Allah.. Solat lima waktu aku abaikan.. Aku jalani kehidupan yang entah apa tujuannya.. Hari berganti hari.. Sifat aku semakin keterlaluan dan aku mula menjadi seorang anak yang derhaka… Aku bagaikan mayat hidup yang hanya mengadap PC.. Tapi apakah yang aku lakukan?

Disaat aku memainkan lagu yang terdapat dalam pc aku. Secara realitinya aku lebih sukakan lagu yang ke arah jiwang.. Biarlah orang nak kata apa pun pada diriku aku.. Asalkan aku suka lagu yang boleh sentuh-sentuh.. Selepas sahaja lagu AFGAN – PADAMU KU BERSUJUD muncul sebuah lagu yang diberikan oleh seorang sahabat aku.. Ketika aku jatuh dan merasakan rindu teramat sangat pada 15Hb April yang lalu…

Aku mula teringat peristiwa 16hb April yang lalu.. Bekerja 4time di Restoran KFC.. Ketika itu aku bekerja pada shift petang. Kebiasaannya aku akan meminta kebenaran untuk bersolat.. Tibanya aku di surau selepas mengambil wudhuk ada 2 orang hamba Allah yang berada di dalam surau itu.. Seorang sedang berzikir manakala seorang lagi sedang menunaikan solat maghrib, lalu aku menepuk bahu seorang hamba allah dan terus aku menjadi makmumnya.. Ketika Lafaz takbir yang aku angkat itu “Allahuakbar” dan bacaan Al-fatihah.. Hati aku menjadi sebak..

Tiba-tiba pipi aku basah dan airmata mengalir laju.. Ya Allah.. Aku rindu saat itu ya Allah.. Aku menangis teresak-esak ketika solat dengan seorang hamba Allah ini setiap rukuk aku. Sujud aku. Aku rindukan Allah!!!!.. Aku terasa diri aku dekat pada Allah.. Selesai solat Hamba Allah tadi menadah tangan memohon doa lalu aku pun mengAminkan doanya.. Ketika itu air mata aku laju membasahi bumi.. Sehinggakan Hamba Allah itu menepuk bahuku aku.. Kemudian Aku terus melakukan solat sunat taubat. Sumpah inilah perasaan hiba, sedih pilu rindu yangteramat sangat pada maha pencipta… Seumur hidup aku tidak pernah aku merasakan perasaan rindu macam ini..

Kini sekali lagi aku.. Aku rindukan maha pencipta.. Ya Allah.. Tuhan layakkah aku merinduimu ya Allah? Masih layakkah aku untuk hidup sebagai khalifahmu? Ya Allah masih layakkah aku untuk hidup sebagai hambamu yang bertakwa ya Allah? Segala nikmat yang kau kurniakan pada aku tidak aku syukuri.. Segala nikmat yang kau beri sentiasa aku nodai.. Ya tuhan. sesungguhnya aku hambamu yang lemah.hina.kerdil. terhadap keagungamu tak terbanding kekuasaanmu dan juga tak terbanding sehebat kerajaanmu.. Ya Ilahi. Masih layakkah aku menghirup udaramu? layakkah aku untuk hidup lagi? Sesungguhnya janjiku padamu selalu dimungkiri..

Aku malu.. Malu dihadapanmu ya Allah. Aku hanya menangih rahmatmu. Usahaku yang terlalu amat sedikit. Ya Allah sesungguhnya engkau pemilik hati engkau berkuasa atas segala yang engkau kehendaki. maka pintaku tetapkanlah hati ini atas jalan yang engkau REDHAI. Andai mati itu terbaik bagiku maka matikanlah aku ya allah dengan iman di hati. Matikan aku ya Allah! seperti Engkau matikan para syuhada yang mati dalam keadaan memperjuangkan kalimahmu. Ya Robbul Jalil selamatkanlah aku ya Allah. Anugerahkanlah maghfirahmu Ya Allah.. Hanya dengan rahmatmu aku layak untuk ke syurgamu.

Amin. Amin. Amin Ya Allah.. Amin…

ProfHariz : Hidup Untuk Syurga..Bersyukur dan Bersabarlah

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: