Review
Jul 31, 2018, 11:54am

Latihan Pengendali Makanan di Kuala Lumpur


  •  
  •  
  •  
  •  

Keselamatan makanan bukan berlaku secara ‘accident’. Kita perlu mengikuti beberapa langkah dan prosedur dalam keseluruhan proses makanan itu untuk memastikan makanan yang diproses dan disediakan selamat untuk dimakan.

Antara Latihan Pengendali Makanan

Keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan kerap berlaku di negara kita. Hampir setiap bulan berita keracunan makanan akan tersiar di media cetak atau media elektronik. Perkara ini perlu ditangani dengan pro-aktif, jangan sampai ianya telah berlaku dan memudaratkan baru kita mula hendak bertindak.

Latihan Pengendali Makanan Wajib Diambil Oleh Semua Peniaga

Menyedari hakikat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Latihan Pengendali Makanan (LPM) di mana-mana institusi yang diiktiraf oleh KKM melalui Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009.

Selain itu Latihan Pengendali Makanan

Institusi ini dipanggil sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang terdiri daripada syarikat-syarikat swasta, badan berkanun, persatuan, koperasi dan Institut Pengajian Tinggi. KKM bertanggungjawab sepenuhnya dalam aktiviti pengiktirafan dan pemantauan bagi SLPM dan tenaga pengajar yang mengendalikan kursus LPM.

Siapa Yang Harus Menghadiri Kursus Ini?

Kursus ini wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia. Siapakah mereka? Definisi pengendalian mengikut Akta Makanan 1983 adalah seperti berikut;

Pengendali makanan” termasuklah mana-mana orang yang terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan; menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan mengendalikan makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas.

Terdapat Latihan Pengendali Makanan

Ini bermaksud semua orang yang terlibat dalam industri makanan seperti chef, tukang masak, tukang hidang makanan, pemandu lori yang membawa makanan, operator pengeluaran makanan di kilang mahupun penyelia wajib patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan wajib untuk menghadiri kursus tersebut.

Denda Akan Dikenakan Jika Tidak Memiliki Sijil Latihan

Ciri-ciri Latihan Pengendali Makanan

Mengikut peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 (Bahagian IV, peraturan 30 , subperaturan 1) , pengendalian makanan hendaklah menjalani latihan dan memiliki sijil latihan daripada Sekolah Latihan Pengendalian Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM ) dan jika gagal boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

Siapa Yang Layak Menjalankan Kursus Ini?

Selain itu Latihan Pengendali Makanan

Hanya Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) dan Tenaga Pengajar diiktiraf oleh KKM sahaja layak untuk menjalankan kursus ini. Untuk makluman, Kemas kini bertarikh 27 Mac 2017 sebanyak 283 SLPM telah diiktiraf oleh KKM di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Sila rujuk laman web rasmi “Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia” untuk maklumat terkini. Alam Persada Management & Training adalah salah satu Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang telah diiktiraf.

Belum Mempunyai Sijil Asas Pengendalian Makanan Dari KKM?

Adakah anda Pengusaha restoran? Peniaga pasar malam? Peniaga bazaar ramadhan? Pengusaha kantin? Berniaga di kiosk? Berniaga menggunakan ‘food truck’? Bekerja di dapur hotel? Namun belum memiliki sijil pengendalian makanan?

Terdapat Latihan Pengendali Makanan

Alam Persada Management & Training merupakan sebuah syarikat yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah seliaan Bahagian Kualiti Dan Keselamatan Makanan (BKKM). Aktiviti utama Alam Persada Management & Training lebih tertumpu kepada menjalankan kursus pengendalian makanan kepada para pengusaha dan pengendali makanan di seluruh Malaysia dalam bidang kebersihan dan keselamatan makanan. Mereka sentiasa komited untuk meningkatkan kefahaman dalam bidang kebersihan dan keselamatan makanan kepada setiap pengendali makanan. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mempertingkatkan serta memperbaiki tahap kesedaran berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di Malaysia termasuk di premis makanan seperti di kilang-kilang, restoran-restoran, kantin sekolah serta dapur asrama.

Modul Kursus Latihan Pengendali Makanan

Modul dan topik Kursus Latihan Pengendali Makanan telah dirangka khas oleh Bahagian Kawalan Mutu Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Modul ini merangkumi pembelajaran berikut:

  1. Pengenalan

  • Menjelaskan betapa pentingnya latihan pengendali makanan
  • Memahami kebaikan kursus latihan pengendali makanan
  1. Kebersihan Makanan Latihan Pengendali Makanan

  • Peranan mereka dalam meningkatkan kebersihan makanan
  • Amalan baik yang perlu diikuti
  • Kaedah pencucian yang betul
  1. Keselamatan Makanan

    Selian itu Latihan Pengendali Makanan
  • Pemilihan bahan mentah yang baik sebelum menyediakan makanan
  • Mengendali makanan dengan cara yang betul
  • Cara penyediaan bahan mentah dan makanan yang bersih dan selamat
  1. Faktor-faktor Kritikal Keracunan Makanan

    Adanya Latihan Pengendali Makanan
  • Menyenaraikan faktor-faktor kritikal keracunan makanan
  • Mengetahui tindakan yang patut diambil untuk mengawal faktor-faktor kritikal keracunan

Mengapa Kursus Pengendali Makanan Penting?

Kursus ini adalah penting bagi memastikan pengendali makanan supaya:

  • Dapat meminimakan pencemaran makanan
  • Dapat mengurangkan pembaziran makanan hasil dari peningkatan pengetahuan dan amalan berkaitan penyimpanan dan pengendalian makanan yang betul.Latihan Pengendali Makanan
  • Memberikan kesedaran atas kehendak peraturan yang berkaitan dengan premis dan pengendali makanan.
  • Memahami dengan lebih terperinci berkaitan aspek-aspek pemeriksaan makanan bagi memastikan premis-premis sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih dan menepati kehendak perundangan.

Kelebihan Menyertai Latihan Pengendali Makanan Di Alam Persada Management & Training

  • Diiktiraf KKM
Latihan Pengendali Makanan yang terbaik

Sekolah Latihan DAN Tenaga Pengajar Alam Persada Management & Training telah DIIKTIRAF oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Pusat Latihan Fleksible
Latihan Pengendali Makanan yang bagus

Menyediakan pilihan samada menjalankan latihan di Pusat Latihan kami atau di premis peserta. (Tertakluk pada syarat minimum)

  • Khidmat Nasihat Pakar
Latihan Pengendali Makanan ynag mudah

Peluang untuk mendapatkan khidmat nasihat PERCUMA Pakar Pemakanan berkenaan PEMAKANAN pada akhir sesi kursus.

  • Terima Sijil Serta Merta
Latihan Pengendali Makanan

Sijil Latihan Pengendali Makanan akan disampaikan serta merta kepada peserta setelah selesai sesi kursus.

Daftar Latihan Pengendali Makanan Di Alam Persada Management & Training!!!

Untuk maklumat lanjut tentang bayaran yuran dan tarikh kursus, anda boleh melayari dan menghubungi info di bawah ini.

Selain ada Latihan Pengendali Makanan

ALAM PERSADA MANAGEMENT & TRAINING | LATIHAN PENGENDALI MAKANAN DI KUALA LUMPUR Hotline: Tekan untuk Telefon (017 6398700) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: Kursus Pengendali Makanan Alamat: No 6-1,Jalan Equine 9b,Tmn Equine,43300 Seri Kembangan, Selangor