Umum
Sep 2, 2010, 9:00am

Larangan Rakyat Malaysia Ke Indonesia Belum Dicadangkan


  •  
  •  
  •  
  •  

Assalamualaikum, dan selamat pagi malaysia.. Pahabaq semua? harap ampa semua sehat-sehat belaka naa.. Ampa tau dak ceq time la nie dok buat apa? Dok lena dibuai mimpi indah atas katil.. *syuhhh senyap2 xmau bising naaa* Ceq bukan apa… Ceq nak berkongsi ngan semua tentang Malaysia belum cadang keluarkan nasihat larangan ke Indonesia.. Yalah.. ampa tak kan tak tau indonesia dok buat gila apa tak tiau.. Cakap malaysia curi budaya depa apa bala semua..

Apa-apa pun jom kita usha petikan daripada bharian..
PUTRAJAYA: Kerajaan belum bercadang mengeluarkan nasihat larangan melawat Indonesia walaupun berlaku insiden terbaru dalam gerakan anti-Malaysia apabila kediaman seorang jurutera Malaysia di Kalimantan dilontar batu pada minggu lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau perlu berbincang dengan Wisma Putra sebelum nasihat larangan lawatan itu dikeluarkan kerana ia adalah satu perkara yang serius yang melibatkan kepentingan kedua-dua negara. “Kita ada banyak kepentingan…kerajaan, perniagaan dan hubungan persahabatan dengan Indonesia. “Jadi kita perlu pertimbangkan dengan sebaik-baiknya. Pada peringkat ini, kita tidak akan keluarkan nasihat ini kecuali jika keadaan menjadi lebih buruk,” katanya di pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini selepas menerima buku mengandungi ucapan selamat Hari Kemerdekaan daripada pelajar Sekolah Bukit Damansara, yang turut ditandatangani pelajar dari tiga sekolah di Singapura. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran. Dalam kejadian di Ketapang, Kalimantan Barat, Ahad, kediaman seorang jurutera Malaysia dilontar batu sekumpulan lima lelaki yang memakai lilitan kepala bertulis “Ganyang Malaysia”. Di jakarta pula, sebelum itu, bendera Malaysia dibakar penunjuk perasaan yang turut melontar najis manusia ke kawasan Kedutaan Malaysia. Mengulas pertemuan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Natalegawa di Kota Kinabalu pada 6 September ini bagi membincangkan isu batas perairan kedua-dua negara itu, Najib berharap masalah itu dapat diselesaikan dengan baik supaya ia tidak berpanjangan. “Kalau boleh apa-apa insiden pun kita mesti berusaha untuk selesaikan dan tidak mengundang kepada reaksi seperti tunjuk perasaan yang keterlaluan yang berlaku baru-baru ini. “Antara kedua negara jiran, susah kita nak elak tidak ada masalah langsung terutama kalau kita ada kawasan perairan yang terlalu luas, yang masih belum diselesaikan secara komprehensif, secara tuntas. “Kita perlu ambil pendirian bahawa kalau ada insiden, biarlah kita selesaikan insiden itu dan tidak ada pihak lain campur tangan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk,” kata beliau. – Bernama .
Pada pendapat ampa? perlu ka kita halang rakyat malaysia ni pi negara indonesia? Alaaa banyak negara lain lagi ada kan?