Review
Feb 19, 2020, 6:41am

Langsir Bidai Murah Untuk Ruang Rumah & Pejabat


Memiliki ruang rumah dan ruang pejabat idaman adalah salah satu impian untuk semua orang yang telah memasuki alam dewasa. Hal ini kerana, ruang rumah dan ruang bekerja yang selesa akan membuatkan anda berasa lebih selesa dan berpuas hati apabila melihat ruang tersebut. Jadi, anda akan lebih bersemangat untuk bekerja dan berasa lebih selesa apabila berada di rumah sendiri. Maka, tidak hairanlah ramai yang sanggup berhabis wang ringgit dan tenaga untuk menghias ruang tersebut.

 

Selain dari pemilihan warna dinding dan perabot, salah satu perkara yang membuatkan ruang rumah dan pejabat anda lebih selesa adalah pemilihan langsir. Ia merupakan aspek yang penting kerana ia akan membuatkan ruang anda kelihatan lebih menarik. Namun, ramai yang kurang peka akan pemilihan langsir dan lebih mementingkan aspek – aspek yang lain. Ini membuatkan ruang pejabat dan rumah anda kelihatan lebih suram. Di bawah ini terdapat perkongsian beberapa tips memilih langsir bidai untuk ruang rumah dan ruang pejabat anda.

 

7 Tips Memilih Langsir Untuk Ruang Rumah Dan Pejabat

Berikut adalah tips yang anda boleh pilih sekiranya anda ingin mendapatkan ruang rumah dan pejabat yang lebih selesa dengan pemilihan langsir yang betul;

  1. Ukur saiz pintu dan tingkap dengan betul agar langsir yang dibeli tidak kelihatan terlalu senteng ataupun besar.
  2. Sekiranya rumah atau ruang anda adalah kecil, pilih langsir yang senada dengan dinding agar ia tidak nampak sempit.
  3. Pilih tekstil yang tebal dan boleh menyerap haba. Pemilihan fabrik seperti ini akan membolehkan anda untuk mendapatkan ruang yang lebih sejuk dan selesa.
  4. Dapatkan langsir bidai kerana ia lebih mudah untuk digunakan dan lebih efektif dalam menghalang haba dan cahaya yang berlebihan dari masuk ke dalam ruang.
  5. Cari corak yang bersesuaian dengan ruang dan dekorasi di dalam ruang tersebut. Pastikan corak yang dipilih adalah seimbang dan harmoni dengan perabot dan warna dinding.
  6. Pastikan rekaan anda berpadanan dengan saiz ruang. Pilih rekaan yang lebih simple untuk ruang yang kecil dan rekaan yang lebih menyerlah bagi ruang yang besar.
  7. Dapatkan pilihan kedua setelah anda mendapatkan pilihan pertama. Hal ini kerana, tidak semua langsir pilihan pertama anda sesuai dengan ruang yang ingin dihias. Anda boleh mendapatkan corak yang lebih versatil dan berlainan.

Blindshub – Langsir Bidai Murah dan Berkualiti Untuk Ruang Rumah dan Pejabat Anda

Sekiranya anda masih mencari langsir bidai yang terbaik untuk ruang rumah dan pejabat anda, maka BlindsHub & New Way Blinds adalah jawapan yang anda cari. Mereka menyediakan langsir bidai yang berkualiti tinggi dengan harga serendah RM99 sahaja.

Kenapa Anda Perlu Memilih Langsir Bidai Blindshub?

  • Harga Yang Murah Dari Harga Pasaran

Blindshub menawarkan langsir bidai dengan harga yang amat berpatutan. Malah, ia adalah lebih murah dari harga pasaran. Hal ini kerana, mereka mengeluarkan produk mereka terus daripada kilang. Jadi, harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah dari pesaing mereka. Anda juga dijamin untuk dapat harga yang murah dengan jaminan kualiti terbaik.

  • Banyak Pilihan Warna Dan Fabrik

Sekiranya anda seorang yang menyukai langsir yang menepati ton warna ruang rumah dan pejabat anda, maka Blindshub adalah pilihan yang terbaik kerana mereka menawarkan pelbagai jenis warna untuk anda. Jadi, anda boleh memilih warna yang bersesuaian dengan tona cat ruang anda. Selain itu, pelbagai jenis fabrik juga disediakan oleh Blindshub untuk anda pilih.

  • Pelbagai Jenis Langsir Bidai

Anda juga boleh memilih pelbagai jenis langsir bidai yang disediakan oleh Blindshub untuk ruang rumah dan pejabat anda. Antara jenis langsir bidai yang disediakan adalah Zebra Blinds, Roller Blinds, Roman Blinds, Solar Blinds dan Exterior Solar Blinds. Maka, anda boleh mendapatkan jenis langsir bidai yang diingini hanya di satu tempat sahaja.

 

  • Jaminan Kualiti Terbaik

Anda tidak perlu risau dengan kualiti produk yang dikeluarkan oleh Blindshub meskipun harganya murah dan berpatutan. Hal ini kerana, mereka menjalankan kawalan mutu (Quality Control checking) selepas produk siap sebelum barang dibungkus dan dihantar kepada pelanggan. Anda hanya akan menerima produk yang berkualiti sahaja daripada Blindshub.

  • Mudah Digunakan

Kebanyakan langsir bidai yang dihasilkan oleh syarikat lain memerlukan anda untuk mendapatkan bantuan bagi memasang langsir tersebut. Namun, dengan langsir bidai dari Blindshub Malaysia, semua kerja pemasangan, penggunaan dan pembersihan boleh dijalankan dengan mudah dan anda boleh melakukan semua kerja ini berseorangan. Jadi, anda tidak perlu lagi mendapatkan bantuan orang lain untuk memasang dan mencuci langsir bidai di rumah dan pejabat anda!

  • Dibuat Di Malaysia

Sekiranya anda seorang yang amat mementingkan produk buatan Malaysia, anda boleh menggunakan langsir bidai dari Blindshub yang dibuat di kilang Malaysia. Ini masanya untuk anda menyokong pembuatan produk tempatan yang berkualiti tinggi dan dijual dengan harga yang amat berpatutan.

  • Pilihan Kain Untuk Tapis Cahaya

Setiap langsir bidai yang dihasilkan akan menapis cahaya dari masuk ke dalam ruang rumah dan pejabat anda. Blindshub menggunakan pelbagai jenis kain yang menapis cahaya jadi anda boleh memilih kain yang bersesuaian dengan kehendak anda untuk menapis cahaya yang tidak diperlukan ke ruang dalaman anda.

  • Custom – Made

Blindshub menyediakan langsir bidai custom – made kerana mereka ingin memastikan setiap langsir bidai yang dibuat adalah muat dengan saiz tingkap dan pintu anda. Pengeluaran hanya dibuat apabila ada pesanan masuk dan ini membolehkan mereka untuk mengawal kualiti langsir bidai dan memastikan ia muat dengan cantik pada ruang yang telah anda pilih.

  • Penghantaran Yang Pantas

Di Blindshub, mereka akan memastikan pelanggan mereka akan menerima pesanan dengan pantas kerana mereka ingin menjamin kepuasan pelanggan. Pengeluaran hanya mengambil masa satu hingga dua hari bekerja untuk pesanan disiapkan. Masa penghantaran dua hingga tiga hari bekerja diperlukan selepas pesanan siap. Jadi, anda boleh mendapatkan langsir idaman anda dengan mudah dan pantas.

 

  • Penghantaran Percuma

Selain dari penghantaran yang pantas, mereka juga memberikan penghantaran percuma kepada pelanggan mereka. Penghantaran percuma seluruh Malaysia apabila anda berbelanja RM 75.00 dan ke atas. Anda tidak perlu lagi mengeluarkan kos untuk penghantaran sekiranya anda membeli langsir bidai dari Blindshub.

Jaminan Langsir Dibuat Mengikut Ukuran Pintu dan Tingkap

Mereka juga memberikan 100% jaminan dan waranti untuk langsir bidai dibuat mengikut ukuran pintu dan tingkap pelanggan. Hal ini kerana, mereka mahukan langsir bidai yang mereka keluarkan adalah mengikut saiz pintu dan tingkap serta muat dengan cantik. Anda boleh memberikan ukuran yang betul kepada mereka agar langsir bidai yang anda terima akan muat dengan sempurna.

 

  • Elak Silau Matahari dan Lampu

Setiap material yang digunakan bagi langsir bidai dari Blindshub ini boleh mengelakkan silau matahari pada waktu siang dan sinaran silau lampu pada waktu malam. Jadi, jika anda tidak mahukan cahaya yang berlebihan masuk ke dalam ruang rumah dan pejabat anda, gunakan sahaja langsir bidai oleh Blindshub.

  • Halang Haba Dari Masuk Ke Ruang

Bagi anda yang sukakan ruang yang sejuk, langsir bidai dari Blindshub boleh dijadikan sebagai pilihan kerana ia boleh menghalang haba yang berlebihan dari masuk ke dalam ruang rumah dan pejabat anda. Jadi, ia boleh membuatkan ruang anda menjadi lebih sejuk dan selesa untuk didiami.

Testimoni Pelanggan Blindshub

 

 

 

 

Dapatkan Langsir Bidai Terbaik Untuk Ruang Rumah dan Pejabat Anda Hari Ini

No. Telefon: 03-23005422

Facebook: BlindsHub (@blindshq)

Instagram: @blindshub_com

Alamat: No. 850, Batu 4 1/2, Jalan Ipoh,
W.P. Kuala Lumpur 52100
Malaysia

Dapatkan Langsir Bidai Terbaik Untuk Ruang Rumah dan Pejabat Anda Hari Ini

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

No. 850, Batu 4 1/2, Jalan Ipoh, W.P. Kuala Lumpur 52100 Malaysia

   
Dapatkan Langsir Bidai Terbaik Untuk Ruang Rumah dan Pejabat Anda Hari Ini

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Dapatkan Langsir Bidai Terbaik Untuk Ruang Rumah dan Pejabat Anda Hari Ini

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: