Review
Feb 19, 2020, 7:59am

Langsir Bidai Murah Untuk Hari Raya


Menghias ruang rumah kediaman pastinya satu tugas yang amat memenatkan lebih-lebih lagi apabila tibanya musim perayaan. Sebagai sebuah negara yang majmuk dan berbilang kaum, kaya dengan adat dan budaya yang tersendiri, pastinya hari perayaan amat ditunggu-tunggu untuk disambut dengan penuh meriah. Walau apa pun jua jenis sambutan yang diraikan, kita tetap sama dalam memastikan ruang rumah yang bersih, kemas dan selesa untuk para tetamu, sanak saudara dan sahabat handai yang datang berkunjung.

 

Dan, pastinya hiasan tingkap merupakan perkara paling penting yang perlu dititikberatkan dalam dekorasi sesebuah rumah. Terdapat pelbagai pilihan langsir dalam pasaran negara kita, namun, tiada salahnya untuk mencuba sesuatu yang lain dari yang biasa. Anda boleh gantikan langsir rumah anda dengan menggunakan langsir bidai daripada Blindshub dan New Way Blinds.

 

Kelebihan Menggunakan Langsir Bidai 

Harga yang jauh lebih murah berbanding langsir kain sedia ada yang menelan belanja yang banyak untuk satu-satu ruang tingkap. Dengan menggunakan langsir bidai dari Blindshub ini, harga yang ditawarkan juga jauh lebih murah daripada harga pasaran sedia ada. Ini kerana kami mengeluarkan produk tersebut sendiri, terus daripada kilang. Duit lebihan hasil penjimatan itu bolehlah digunakan untuk keperluan lain-lain, baju raya atau mungkin pelbagai jenis kuih raya untuk tetamu anda.

 

Proses membersihkan langsir yang lama di mana anda perlu membuka kain langsir daripada treknya dan membuka cangkuknya satu persatu sebelum membasuh kain langsir tersebut.  Dan proses menunggunya kering juga amat menguji kesabaran. Bagi yang menggunakan set langsir yang baru, ianya tetap mengambil masa yang lama, kaitkannya pada pencangkuk dan gantungkannya pada trek tirai langsir. Berbeza dengan langsir bidai ini, hanya ambil satu kain bersih, lembapkannya sedikit, lap dan siap. Langsir bidai ini amat mudah dibersihkan dan diselenggarakan serta mampu bertahan untuk tempoh masa yang lama. Masa yang terluang itu boleh gunakan untuk membersihkan habuk pada perabot dan ruang lain pula.

 

Langsir bidai ini amat mudah dipasang, hanya mengambil masa 10 – 18 minit sahaja, pasang dan tarik. Amat berbeza apabila dibandingkan dengan trek langsir tirai serta langsirnya sekali untuk dipasang pada tempatnya. Ianya mengambil masa yang sangat lama. Jadi, anda ada lebih banyak masa untuk membuat persiapan yang lain. Hebat bukan!

 

Dengan harga yang murah serta fabrik yang berkualiti tinggi, langsir bidai ini juga dibuat khas, custom-made mengikut ukuran tingkap anda. Jaminan seratus peratus padanan yang sempurna untuk perlindungan yang lebih hebat Seperti baju raya anda juga, muat dengan tepat. Tidak terkecil dan tidak terlebih, elok, manis dan cantik terletak.

 

Proses tempahan dan menunggu yang sangat lama terutamanya pada musim perayaan. Hari Raya yang sepatutnya jatuh pada pertengahan tahun contohnya, bulan Disember tahun sebelum pun tempahan telah ditutup.

 

Di Blindshub, anda hanya perlu menunggu satu hingga dua hari bekerja untuk tempahan siap dan ekstra dua hingga tiga hari bekerja untuk penghantaran ke depan pintu anda. Penghantaran percuma untuk anda yang berbelanja RM75.00 dan ke atas, seluruh Malaysia.

Jenis-jenis Langsir Bidai

Langsir Bidai Zebra (Zebra Blind)

Langsir bidai jenis Zebra ini selalunya terlihat di pasang di ruang pejabat dan premis perniagaan, namun tiada salahnya bagi anda menggayakannya di ruang tingkap rumah anda.

 

Malah, ramai antara mereka telah pun mencubanya dan siapa sangka langsir bidai ini mampu kelihatan mempesona di rumah kediaman anda. Dengan pilihan warna yang pelbagai, anda boleh memilih yang terbaik sepadan dengan warna dan aura dekorasi dalaman rumah anda. Pilih warna yang cantik, untuk rupa yang cantik juga.

Dan, dengan harga serendah RM99.00 anda boleh dapatkan langsir bidai Zebra ini. Berikut beberapa gambar contoh daripada pelanggan yang berpuas hati dengan rekaan langsir bidai Zebra ini untuk ruang rumah mereka. Untuk anda yang lebih mahir dalam menyuaipadankan hiasan dalaman, tentu hasilnya mampu menjadi lebih menarik lagi.

 

 

 

 

 

Langsir Bidai Bergulung (Roller Blind)

Langsir bidai jenis bergulung ini merupakan pilihan yang paling ringkas untuk ruang rumah anda. Dengan warna yang menarik dan kualiti kain yang terbaik, pastinya memikat hati sesiapa pun yang memandang.

 

Tidak perlu bersusah payah lagi hendak menukar langsir di Hari Raya nanti, dan sudah tentu tidak leceh lagi untuk mencabut dan membasuh langsir.
Langsir bidai bergulung ini juga tampil dengan pilihan kain langsir yang pelbagai; penggelap cahaya (blackout), penapis cahaya (ligh-filtering) serta pilihan saringan cahaya sebanyak 4%, 5% dan 10%. Boleh rujuk gambar di bawah untuk membuat pilihan yang tepat mengikut cita rasa anda.

 

Dan, berikut merupakan contoh penggunaan langsir bidai bergulung di rumah kediaman untuk rujukan anda.

 

 

 

 

 

Langir Bidai Roman (Roman Blind)

Dengan harga yang lebih mahal sedikit daripada yang lain, langsir bidai jenis Roman ini tetap menjadi pilihan untuk mereka yang sukakan kelainan pada ruang rumah mereka. Langsir bidai jenis Roman ini bukan sahaja khusus digunakan pada ruang dapur seperti yang sering kita lihat, namun sebenarnya amat sesuai digayakan di keseluruhan ruang rumah.
Lebih-lebih lagi di musim perayaan yang bakal menjelang ini, tentunya rumah anda akan dibanjiri oleh tetamu yang datang daripada jauh dan dekat, inilah peluang yang ada untuk beri yang terbaik.

 

Gayakan ruang rumah anda, khasnya pada ruang tamu dan bilik tetamu untuk hasil yang menarik dan menawan. Langsir bidai Roman ini juga membuatkan ruang rumah anda tampil lebih mewah dan tampak kaya ala-ala dekorasi rumah di luar negara.

Cabar diri anda dan tampilkan yang terbaik untuk ruang tingkap anda hari raya ini. Boleh lihat contoh gambar di bawah untuk idea dan inspirasi ruang rumah yang serba indah, hebat dan elegan.

 

 

 

 

 

 

 

Untuk lebih banyak idea dan inspirasi ruang rumah, anda boleh rujuk artikel Ruang Pejabat untuk Rumah.

Berminat dengan langsir bidai ini? Anda boleh dapatkannya seperti yang di bawah:

No. Telefon: 03-23005422

Facebook: BlindsHub (@blindshq)

Instagram: @blindshub_com

Alamat: No. 850, Batu 4 1/2, Jalan Ipoh,
W.P. Kuala Lumpur 52100
Malaysia

Berminat dengan langsir bidai ini? Anda boleh dapatkannya seperti yang di bawah:

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

No. 850, Batu 4 1/2, Jalan Ipoh, W.P. Kuala Lumpur 52100 Malaysia

   
Berminat dengan langsir bidai ini? Anda boleh dapatkannya seperti yang di bawah:

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Berminat dengan langsir bidai ini? Anda boleh dapatkannya seperti yang di bawah:

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: