Umum
Jul 28, 2010, 5:31pm

Langkah Mengubati Senggugut


Sila ke Cara Merawat Senggugut Yang Berkesan !



Assalamualaikum dan salam sejahtera
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut. berdasarkan research Hariz dan dialog dengan kaum-kaum hawa.


1.Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

2.Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. 
Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.


3.Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari 
dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.


4.Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari. 

 
5. Amalkan minum air suam. Bagus juga air 100plus
 
6. Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.
 
7.Masukkan air suam di dalam botol air dan gulingkan botol air di atas perut
 
8. Jangan biasakan minum air sejuk atau mandi sejuk bila datang sakitnya sebab badan masuk angin
 
Ramai di kalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut.
 
Ingat! Jangan Amalkan Pengambilan Ubat Tahan Sakit kerana ada kesannya kelak.
Sekiranya kesakitan yang melebihi tempoh-tempoh biasa. Pergi berjumpa Doktor untuk
langkah berjaga-jaga
PH : Semoga bermanfaat 🙂

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: