Review
Mar 8, 2017, 1:34pm

Kursus Belajar Bekam Di Malaysia


  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Rawatan bekam semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Jika tidak kerana manfaatnya, masakan berbekam ini menjadi rawatan sunnah dan dianjurkan untuk kita melakukannya kan? Untuk melakukan rawatan bekam, anda haruslah mempelajari ilmu berbekam terlebih dahulu.

belajar bekam

“Untuk apa belajar bekam?tak payah lah, saya pergi buat jelah tak perlu lah kot belajar.”

Eh..awak awak semua, belajar bekam ini sebenarnya bagus tau. Mempelajari sesuatu yang sunnah itu kan bagus. Baiklah jika dilihat dari sudut lain, bekam sememangnya bagus untuk kesihatan bukan? Tahukah anda sel darah merah yang mati adakalanya tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh hati kita? Jadi, berbekam inilah yang akan membantu mengeluarkan sel sel darah mati yang tidak dapat terkeluar itu dan akan di gantikan dengan sel darah yang baru. Haa.. kerana itulah kebanyakan dari kita akan merasa lebih bertenaga dan ringan badanya selepas melakukan bekam.

Kursus Belajar Bekam Boleh Jana Pendapatan

belajar bekam

Selain dari membuang toksik yang menjadi punca penyakit, ia juga dapat membantu dalam mencegah dan mengawal penyakit kronik tau. Jadi, dengan mempelajari ilmu bekam anda secara tidak langsung boleh membantu orang lain untuk kekal sihat. Dah tahu macam mana caranya nanti, boleh lah anda bekam sendiri, bekam untuk adik beradik anda dan yang paling best, anda dengan senang hatinya boleh lakukan rawatan berbekam ini untuk ibu dan ayah anda.

Pasti seronok melihat orang yang kita sayang sihat kan? Tambah pula dengan hasil usaha kita sendiri eii..best tau! Untuk permulaan, anda boleh mulakan dengan diri sendiri dan ahli keluarga anda yang terdekat, dari ahli keluarga merebak ke kenalan dan mana tahu anda boleh jadikan berbekam ini sebagai salah satu punca pendapatan. Haaa..macam mana? Tertarik tak?

belajar bekam

Bagaimana? Nanti belajar apa? Yurannya berapa? Mahal ke tak? Amboii… bawa bersabar, scroll sampai habis ye kalau nak tahu. Taraa…. Bekam Khadijah ada menawarkan kursus asas bekam untuk anda. Sedikit pengenalan tentang Pusat Bekam Khadijah yang terletak di Batu Pahat, Johor ini ialah, mereka mengamalkan rawatan bekam klinikal yang dijamin kebersihannya dan sudah beroperasi dari tahun 2014.

Dengan khidmat jurubekam yang bertauliah dan proses berbekam tanpa perlu mencukur rambut. Kursus belajar bekam? Ya, selain dari beroperasi secara aktif sebagai pusat rawatan bekam mereka juga tak lokek untuk menurunkan ilmu bekam dengan mengadakan kursus asas bagi mereka yang berminat.

Belajar Bekam dengan SOP dan Proses Bekam Klinik

Apa yang akan anda pelajari? Haaa… dalam kursus ini anda akan diperkenalkan dengan SOP bekam dan juga proses bekam klinik. SOP? Apadia tu? Ok, untuk pengetahuan semua SOP ialah singkatan bagi standard operation procedure. Di mana, anda akan diperkenalkan tentang aturan yang harus anda ikuti sebelum melakukan bekam iaitu dari penyediaan peralatan, penyediaan terhadap pesakit, persedian diri anda sendiri sebagai juru bekam dan juga SOP rawatan bekam itu sendiri. Eh, nak tahu apa SOP untuk rawatan?

belajar bekam

Haa.. kalau nak tahu anda kenalah mengikuti kursus bekam. Tak suspen la kalau saya terangkan semuanya disini kan? Selain dari SOP bekam, anda juga akan mengetahui point/titik titik berbekam yang tepat. Mengetahui titik yang betul dalam berbekam adalah penting ya, umpamanya berbekam di ubun ubun kepala dapat mengatasi stroke dan hipertensi(tekanan). Terdapat banyak lagi titik berbekam ya, nak diterangkan pun saya bukanlah pakarnya.

Jadi ambil peluang ini untuk belajar dan ketahui dengan lebih dalam lagi tentang rawatan sunnah ini. Anda juga akan didedahkan dengan risiko berbekam. Mengetahui risiko yang berlaku jika tersalah bekam, waktu yang terbaik untuk berbekam dan juga waktu yang tidak digalakkan untuk berbekam. Selain dari ilmu berbekam ini, haa… anda juga turut dibekalkan dengan ilmu marketing. Bagaimana menjana pendapatan dengan berbekam. Wahhh, banyak yang akan anda pelajari dengan kursus asas bekam di Pusat Bekam Khadijah ni! Macam berbaloi je kan? Eh, ini bukan macam la awak. Ini memang berbaloi baloi!

Kursus Bekam ini Bersifat One to One Coaching

Kursus bekam yang dianjurkan disini bersifat one to one coaching tau. Ini bermakna, pengambilan pelajar adalah terhad bagi memudahkan proses pembelajaran anda. Kenapa tak banyak pelajar, tak bagus ke? Eh, bukan macam tu lah… makin sedikit pelajar maka makin fokuslah tenaga pengajar terhadap anak muridnya. Haa…kan lebih selesa untuk anda kan?

belajar bekam

Jangan terkejut ya, kursus ini bukan sekadar kursus teori tau. Anda bukan sekadar datang dengar dan catat, sebaliknya anda juga akan melakukan amali. Jadi, bersiap sedia untuk melakukan bekam anda yang pertama apabila anda hadir ke kursus ini. Mereka juga menawarkan kelas intensif selama 3bulan bagi mereka yang mahu mengulangi kelas dan ianya secara percuma ok!

Senang cerita, selagi anda tidak pandai berbekam mereka akan menyediakan kelas sehingga anda pandai dan yakin untuk melakukan bekam. Haaa…. Best kan? Serius tak rugi, anda dapat ilmu, dapat menjaga kesihatan diri anda dan juga orang ramai dan mana tahu ia akan membuka pintu rezeki yang baru untuk anda.

Cikgu Amin Pengasas dan Guru Kursus Bekam Malaysia

belajar bekam malaysia

Eh, siapa pula ni? Amboi… bergaya. Haa, ini lah dia cikgu bekam yang akan mengendalikan kursus bekam di Bekam Khadijah, lebih dikenali sebagai Cikgu Amin. Beliau juga merangkap CEO Bekam Khadijah. Mempunyai Diploma Jurubekam Klinikal yang diiktiraf oleh HUSM, Kelantan. Nampak, bos sendiri yang akan turun dan mengajar anda ya.

Wajah Gembira Peserta 1 to 1 Kursus Belajar Bekam belajar bekam malaysia

Haa, nampak wajah gembira kakak kita ini. Amboi, adik pun gembira jugak nampaknya. Mana tidaknya, setiap pendaftaran akan dihadiahkan dengan set alatan bekam tau! Yuran? Baiklah yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM590 sahaja. Oh ya!! Bagi mereka yang berminat tetapi jauh. Haa… penginapan disediakan ok.

Kursus Belajar Bekam

Kursus Belajar Bekam

Mudahkan? Jadi yuran yang dikenakan itu adalah tersangat setimpal dengan apa yang bakal anda perolehi tau. Dan yang lebih memudahkan lagi adalah kursus ini boleh dijalankan mengikut kesesuaian masa anda. Anda cuma perlu menghubungi Bekam Khadijah untuk berbincang dan book tarikhnya.

Jom Daftar Kursus Belajar Bekam Sekarang untuk Jana Pendapatan !

belajar bekam malaysia

Haaa.. berminat? Tak sabar nak daftar? Sabar, bagi mereka yang berminat, untuk golongan suri rumah yang ingin menambah pendapatan keluarga, pelajar yang ingin menjadikan bekam sebagai sumber mendapatkan wang tambahan anda bolehlah menghubungi Pusat Bekam Khadijah seperti di bawah: 

Cikgu Amin | Pusat Bekam Khadijah

Telefon / WhatsApp : 019-989 5789 | Link WhatsApp

Facebook : @bekamkhadijah

Website : http://bekamkhadijah.com

 

Alamat :

Bekam Khadijah Akademi, No 23A, Jln Bina 3, Taman Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor.

PS : Semoga Kursus Berbekam ini akan bantu anda tambah pendapatan keluarga. Jom lah daftar, jangan berlengah lagi!

Jom Daftar Kursus Belajar Bekam Sekarang untuk Jana Pendapatan !

Call Whatsapp Layari Website

Jom Daftar Kursus Belajar Bekam Sekarang untuk Jana Pendapatan !