Memiliki rumah sendiri sudah pastinya menjadi idaman setiap individu dan sudah menjadi kebiasaan, rumah yang baru dibeli akan dilakukan pengubahsuaian bagi memberi lebih keselesaan kepada pembeli.
Walau bagaimanapun apabila kontraktor yang diamanahkan gagal melaksanakan tugas pengubahsuaian seperti yang sepatutnya, hal ini sudah pasti mengecewakan. Ramai yang telah melakukan kesilapan yang mengakibatkan kerugian ribuan ringgit wang simpanan dan masa berharga anda. Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh kebanyakkan orang yang ingin membuat pengubahsuaian rumah ialah terus menghubungi kontraktor yang tidak mahir untuk membina rumah mereka demi menjimatkan kos. Memang tidak dapat dinafikan, sesetengah kontraktor ini mengambil upah yang agak murah tapi kualiti yang dijanjikan hanya janji manis. Paling malangnya, kos pembuatan pengubahsuaian rumah semakin bertambah dari bajet yang dikeluarkan. Hakikatnya, rumah yang diubahsuai terbengkalai akibat kos yang membebankan pemilik rumah itu sendiri.
Apakah kesilapannya? Disinilah bermulanya segala masalah dalam membina rumah apabila anda sebagai pemilik rumah tersalah pilih kontraktor pengubahsuaian rumah idaman anda. Antara masalahnya adalah :
Dan lain-lain lagi…
Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, anda seharusnya mendapatkan perbincangan yang jelas antara kedua belah pihak bagi memudahkan urusan. Persoalannya, ada lagikah kontraktor pengubahsuaian rumah yang murah dan dipercayai di zaman ini? Mestilah ada. Saya akan kongsikan dalam artikel ini.
Dalam prosedur membuat pengubahsuaian rumah atau membina rumah, pemilihan kontraktor memberi impak besar dalam menjayakan rumah impian. Kenapa perlu memilih kontraktor Hidkal Service Resources?
kerja-kerja pengubahsuaian rumah haruslah menggunakan khidmat kontraktor yang sah berdaftar dengan CIDB. Ini bagi mengelakkan pemilik rumah tertipu atau menanggung kerugian wang, kualiti binaan serta berdepan dengan risiko keselamatan apabila menggunakan perkhidmatan kontraktor yang tidak berdaftar dengan CIDB. Hidkal Service Resources adalah sebuah syarikat berdaftar oleh SSM (Companies Commission of Malaysia) dan CIDB (Construction Industry Development Board Malaysia)
Hidkal Service Resources dapat membina rumah idaman anda dengan sempurna berserta pelan rumah yang lengkap. Kepakaran mereka sememangnya dalam merekabentuk dan membina rumah. Mereka dikenali sebagai ‘Design & Build Kontraktor’. Bidang kepakaran kontraktor ialah membina rumah berdasarkan pelan rumah yang telah disediakan.
Hidkal Service Resources bertanggungjawab membantu anda menukarkan keinginan dan keperluan dalam rekabentuk rumah idaman. Dalam erti kata lain, Hidkal Service Resources merupakan pakar yang dapat membantu anda merekabentuk rumah idaman anda berdasarkan keperluan anda dan keluarga serta sesuai dengan bajet serta konsep yang anda inginkan. Antara khidmat lain yang mereka lakukan adalah :
Hidkal Service Resources telah berpengalaman sejak bertahun lamanya diyakini ramai kerana hasil kerja dalam mengubahsuai rumah begitu membanggakan. Hidkal Service Resources membantu anda mendapatkan rumah idaman yang cantik dalam kos yang begitu murah dan mampu milik. Mereka akan cuba sedaya upaya merealisasikan impian anda memiliki rumah idaman dalam kos pembinaan yang menjimatkan.
Pekerja Hidkal Service Resources juga terlatih dan mahir dalam pembinaan, berpengalaman dan profesional kerana kebanyakkan meraka dari IPTA/IPTS yang mengambil subjek pendawaian elektrik dan kejuruteraan awam. Mereka janjikan mutu kerja yang berkualiti dan kemas demi kepuasan pelanggannya. Jika design tidak selari dengan bajet yang anda tawarkan, mereka akan memberi idea lain untuk pengubahsuaian. Kerugikan masa, tenaga dan duit anda dapat dielakkan dari berlaku.
Biasanya, kos pembinaan yang diberikan oleh kontraktor tidak lari jauh daripada anggaran kos awal yang disediakan oleh QS kerana keluasan dan design dibuat berdasarkan bajet yang pelanggan ada. Anda juga boleh menolak kontraktor yang memberikan kos tidak masuk akal sama ada terlampau tinggi atau terlampau rendah.
Dalam urusan perlantikan kontraktor ini, jangan terburu-buru, berfikirlah dengan tenang dan waras serta fahami dan gunakanlah sepenuhnya hak anda sebagai pelanggan. Ini kerana anda yang akan keluarkan wang. Jadi biarlah wang yang anda keluarkan itu berbaloi dengan hasil yang diperolehi.
Salah satu kriteria pemilik rumah memilih kontraktor adalah kemampuan untuk bekerja dengan cepat. Ya lah, siapa tidak mahu duduk rumah baru dengan cepat kan? Seperti yang saya katakan, Hidkal Service Resources mementingkan mutu kerja. Jika mutu kerja baik maka, kualiti dan hasilnya sudah pasti membanggakan. Mereka bekerja mengikut target dan tempoh yang diberi, suka atau tidak suka, senang atau tidak senang, mereka akan menyiapkan kerja pengubahsuaian hingga selesai.
Bagi anda yang tercari-cari kontraktor rumah di sekitar Kajang, Bangi atau Puchong apa kata cuba sendiri khidmat dari Hidkal Service Resources? Pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Hidkal Service Resources seperti berikut:
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang