Review
Jun 8, 2017, 7:07am

Kontraktor Murah di KL / Selangor Berkualiti Dan Cepat


  • 33
  •  
  •  
  •  
    33
    Shares

Sekiranya anda ingin mencari perkhidmatan kontraktor yang murah di kawasan Kuala Lumpur (KL) mahupun Selangor, ianya bukannya satu perkara yang mudah kerana upah kontraktor secara asasnya semestinya mahal. Sama ada anda ingin mencari kontraktor binaan seperti untuk pengubahsuaian rumah, dapur, ruang tamu, mengecat, pemasangan awning dan sebagainya, ataupun anda ingin mencari kontraktor untuk tujuan pendawaian elektrik, pengurusan dan selenggaraan binaan (seperti perancangan dan pengurusan masa projek, pengurusan kos, kualiti, keselamatan dan sebutharga), pembersihan bangunan dan kawasan mahupun sistem kawalan keselamatan, jarang anda akan menjumpai kontraktor yang boleh menawarkan harga yang murah dan pada masa yang sama boleh memberikan hasil kerja yang berkualiti dan cepat.

kontraktor-rumah-selangor-kl-berkualiti-dan-murah

Kini anda tidak perlu mencari jauh-jauh kerana terdapat kontraktor yang murah yang boleh didapati di KL dan juga di Selangor yang dijamin akan memberikan kerja yang berkualiti dan cepat. Tidak kira sama ada untuk keperluan peribadi, jiran tetangga mahupun taman atau kawasan yang anda duduki, anda pasti boleh mendapatkan perkhidmatan kontraktor yang anda boleh dapat dengan harga yang murah. Bukan senang untuk mencari perkhidmatan kontraktor yang murah terutama sekali di KL atau di Selangor.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Kontraktor di KL / Selangor Ini

kontraktor di kuala lumpur

Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh kontraktor ini yang sememangnya murah dari KL / Selangor, dengan mutu kerja yang dijamin berkualiti dan kerja yang dapat disiapkan dengan cepat dan pada masa yang ditetapkan. Mari kita lihat apakah jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh kontraktor ini.

Kontraktor Binaan di KL / Selangor

kontraktor ubahsuai dapur rumah kl selangor

Kerja-kerja pengubahsuaian binaan rumah / extension kawasan dapur

Sekiranya anda ingin mencari kontraktor binaan, pada kebiasaannya atau secara asasnya anda memerlukan kontraktor yang berpengalaman luas dalam bidang pembinaan bangunan dan ini termasuk pengubahsuaian binaan. Pengubahsuaian pembinaan boleh termasuk mana-mana dari yang berikut, seperti:

  • Ubah suai rumah (general renovation works)
  • Ubah suai pejabat
  • Ubah suai dapur, kebiasaaannya untuk membesarkan dapur bagi mereka yang berada di kawasan perumahan baru
  • Ubah suai ruang tamu
  • Membina rumah batu mahupun rumah kayu
  • Pemasangan mozek / tiling
  • Pemasangan awning, grill serta pintu pagar
  • Perkhidmatan mengecat
  • Dan lain-lain
kontraktor-rumah-pemasangan-mozek

Kerja pemasangan mozek rumah

Anda boleh menghubungi kontraktor berkenaan sekiranya anda memerlukan kontraktor yang murah di KL / Selangor yand dapat memberikan kerja yang berkualiti dan dengan hasil kerja yang cepat.

kontraktor-rumah-selangor-kl-mengecat-rumah

Kerja mengecat rumah dilakukan dengan teratur dan profesional

kontraktor-pendawaian-elektrik-rumah

Kerja pemasangan wayar ke meter rumah

kontraktor-berdaftar-tnb-pendawaian-elektrik

Pendawaian Elektrik Rumah

Selain daripada mendapatkan kontraktor binaan seperti yang dinyatakan sebentar tadi, anda juga mungkin memerlukan kontraktor untuk tujuan pendawaian elektrik. Semestinya anda memerlukan kontraktor yang berpengalaman dan mahir di dalam kerja-kerja pendawaian elektrik oleh kontraktor dan pekerja yang bertauliah dan juga seelok-eloknya memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

pemasangan-kemas-dan-mengikut-standard

Kerja pendawaian mestilah dilakukan dengan kemas dan mengikut standard Piawaian TNB

Ini adalah penting kerana apa-apa kesilapan dalam kerja-kerja pendawaian amatlah berbahaya dan boleh mengakibatkan bencana seperti terkena renjatan elektrik sekiranya pendawaian tidak sempurna, rumah boleh terbakar akibat kerja-kerja pendawaian yang tidak sempurna yang boleh mengakibatkan litar pintas, dan sebagainya.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan untuk kerja-kerja pendawaian elektrik termasuklah seperti berikut:

  • Pemasangan baru meter Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Pemindahan meter Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Pendawaian elektrik 1 fasa
  • Pendawaian elektrik 3 fasa
  • Pendawaian elektrik di rumah dan di pejabat
  • Pemasangan pendingin hawa / aircond
  • Pemasangan lampu dan kipas
  • Dan lain-lain
kerja-berkaitan-elektrikal-rumah-pejabat

Hampir semua kerja yang berkaitan Elektrik boleh dilaksanakan oleh Syarikat HRFZ Engineering

Pengurusan Dan Selenggara Binaan di KL / Selangor

Selain daripada mendapatkan kontraktor untuk tujuan pembinaan atau pendawaian, anda juga boleh mendapatkan kontraktor bagi tujuan pengurusan dan selengaaraan pembinaan. Sekiranya anda ingin memulakan satu projek binaan seperti membina rumah baru atas tanah kosong, anda boleh mendapatkan kontraktor untuk menguruskan segala aspek pengurusan dan  perancangan pembinaan dari mula sehingga ke akhir. Tidak kira sama ada projek pembinaan adalah berskala kecil atau besar, mendapatkan kontraktor yang dapat menguruskan projek pembinaan adalah amat penting kerana pengurusan yang baik akan memberikan kesan yang positif kepada sesuatu projek pembinaan. Dengan pengurusan yang baik, cekap dan profesional, projek akan dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan, kualiti binaan akan terjamin dan kos pembinaan dapat dikurangkan.

Antara kerja-kerja kontraktor dalam pengurusan dan selenggaraan binaan termasuk:

  • Perancangan dan pengurusan masa projek
  • Pengurusan kos
  • Pengurusan kualiti
  • Pengurusan keselamatan dan kesihatan
  • Penyediaan sebut harga projek

Pembersihan Bangunan dan Kawasan di KL / Selangor

pengurusan-sisa-binaan-konkrit

Sekiranya anda mempunyai kawasan rumah yang tidak terurus atau kawasan perumahan yang anda diduduki memerlukan pembersihan kawasan perumahan seperti membuang sampah yang tidak terurus, membuang semak-samun dan sebagainya, anda boleh mendapatkan kontraktor yang mahir dalam pembersihan bangunan dan kawasan. Antara tugas kontraktor yang mahir dalam kerja yang dinyatakan ini termasuklah pembersihan tapak pembinaan, pembersihan landskap, pemungutan sampah, pembersihan bangunan, permbersihan kawasan, dan lain-lain.

sisa-binaan-diuruskan-oleh-pihak-kontraktor

sisa-binaan-diuruskan-oleh-pihak-kontraktor

Sistem Kawalan Keselamatan di KL / Selangor

kontraktor-pemasangan-cctv-selangor-kl

Pemasangan CCTV

Sejak dua menjak ini aspek keselamatan telah menjadi satu isu yang kerap diperbincangkan dan diutarakan dalam media massa. Kerap kita mendengar kes samun, rompak, pecah masuk rumah dah macam-macam lagi. Telah menjadi kebiasaan untuk penghuni-penghuni rumah untuk mempertingkatkan aspek keselamatan kawasan rumah mereka. Oleh itu, mereka ingin mencari kontraktor untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di rumah mereka.

jenis-jenis-cctv-yang-dipasang

Kontraktor yang dicari haruslah mahir dan berpengalaman dalam mengendalikan sistem kawalan keselematan, sama ada dari aspek memasang, membaiki mahupun perkhidmatan lepas jualan (after-sales service). Antara skop kerja dalam bidang sistem kawalan keselamatan termasuklah:

  • Memasang barrier
  • Memasang boom gate system
  • Memasang sistem CCTV (Closed-circuit Television)
  • Memasang sistem penggara / alarm system
  • Memasang sistem akses pintu / door access system
  • Memasang sistem auto-gate
  • Dan lain-lain
pemasangan-cctv-oleh-kontraktor-berpengalaman

Pemasangan CCTV

Dapatkan Kontraktor Yang Murah di KL atau Selangor Ini Sekarang !

kontraktor-binaan-rumah-terbaik-selangor-kl

Anda boleh mendapatkan khidmat kontraktor yang murah di KL / Selangor dengan menghubungi nombor berikut, inshaAllah dengan jaminan kerja yang berkualiti dan cepat.

HRFZ ENGINEERING &  CONSTRUCTION | KONTRAKTOR UBAHSUAI RUMAH

Telefon / WhatsApp (En. Hafiz) : +60186635719 | Link WhatsApp

Email : hafiz@hrfz.my