Bukan hanya busana, penggunaan shawl kini digunakan secara meluas oleh wanita terutamanya bagi muslimah di Malaysia. Malah pemilihan selendang mahupun tudung ini antara faktor penting dalam menyerlahkan imej keseluruhan yang tentunya manis dipandang. Tudung dan selendang biasanya dipilih atas beberapa faktor antaranya sesuai dengan busana dipakai, selesa digayakan, menjimatkan masa dan tidak terlalu mahal.
Kemunculan pelbagai jenis shawl kini adalah seiring dengan perkembangan fesyen hijab yang terdapat di pasaran. Wanita kini bukan sahaja mahu memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat tapi mahu kekal tampil menawan dengan memakai shawl. Dengan pelbagai jenis shawl yang terdapat di pasaran, anda boleh bergaya mengikut kesesuaian majlis samada santai atau formal. Namun begitu, tahukah anda jenis shawl yang popular pada masa kini? Pasti anda tidak mahu ketinggalan untuk menggayakan shawl mengikut trend terkini. Berikut merupakan 10 jenis shawl yang perlu ada dalam koleksi anda.
Shawl chiffon merupakan shawl yang amat popular pada masa kini. Fabriknya ringan serta lembut. Sesuai digayakan dengan pelbagai cara yang menarik dan cantik. Kain chiffon yang ringan akan mencantikkan lagi drape shawl anda. Sangat sesuai digayakan untuk ke kuliah mahu pun berpakaian formal di tempat kerja.
Shawl cotton merupakan shawl yang sangat mudah dipakai dan tidak perlu gosok. Anda hanya perlu pin dan lilit. Simple! Amat sesuai bagi anda yang sering mengejar masa dan tidak sempat untuk melilit shawl. Diperbuat dari kapas, jenis shawl ini sesuai dipakai ketika cuaca panas. Selain itu, ia juga sesuai digayakan ketika travel kerana tidak perlu gosok atau risau shawl berkeronyok.
Bagi anda yang ingin kelihatan glam dan elegan, shawl satin sesuai untuk anda. Dengan fabrik yang tidak jarang, selesa untuk digayakan tanpa kerisauan. Jenis shawl dengan fabrik yang nipis dan jarang boleh menampakkan bahagian leher. Dengan shawl satin, anda boleh bergaya dengan yakin dan selesa. Sangat sesuai digayakan ketika majlis keramaian seperti dinner atau majlis kenduri kahwin.
Shawl glitter adalah sedikit berbeza dengan shawl satin. Ianya tidak berkilat seperti shawl satin tetapi mempunyai bling-bling yang boleh menaikkan seri si pemakai. Didatangkan dengan pelbagai jenis fabrik, anda boleh pilih shawl glitter mengikut citarasa anda.
Lagi satu jenis shawl yang tidak perlu digosok dan mendapat hati gadis-gadis masa kini; shawl jersey! Fabriknya sejuk dan mudah dibentuk. Tidak perlu pin banyak-banyak, sekadar selempang di bahu dan sedia untuk keluar.
Shawl plain adalah jenis shawl tanpa corak. Sesuai dipadankan dengan baju bercorak atau baju kurung bermotif bunga. Pasti anda akan kelihatan sangat ayu dan manis.
Terdapat pelbagai jenis shawl printed di pasaran. Dengan bermacam-macam jenis corak serta fabrik, ianya sangat sesuai digayakan dengan busana plain atau jubah dan dress.
Bagi anda yang ragu-ragu untuk melilit shawl atau rasa janggal untuk mencuba gaya baru, instant shawl adalah penyelamat anda. Dengan pelbagai pilihan serta rekaan, anda boleh pilih instant shawl yang menepati citarasa dan gaya anda.
Shawl halfmoon adalah jenis shawl yang mempunyai potongan separa bulat. Ia sedikit berbeza dengan shawl yang biasa dari segi bentuk tetapi boleh digayakan dengan unik. Kebiasaannya shawl halfmoon diperbuat daripada fabrik chiffon samada plain atau printed.
Shawl jenis ini sangat sesuai bagi anda yang ingin menutup aurat dengan sempurna. Dengan ukuran yang lebih lebar berbanding biasa, wide shawl dapat memastikan bahagian dada dan belakang tertutup dengan rapi. Didatangkan dengan pelbagai jenis fabrik dan design, muslimah moden seperti anda dapat bergaya dengan sempurna dan elegan.
Kebiasaannya selendang segera dua muka ini bersaiz sederhana atau sedikit pendek namun kami tampil dengan kelainan dalam saiz yang digunakan. Selain mudah dan menjimatkan masa, selendang ini juga tidak perlu kerap digosok, kurang penggunaan pin, mesra solat juga sesuai digunakan ibu yang menyusukan bayi kerana saiznya yang labuh
Rekaan tudung berkembang pesat dengan kehadiran pelbagai jenis berasaskan fabrik berbeza. Walaupun kemunculan selendang dan bawal dengan corak dan warna yang semakin diminati, tudung dari Satiraf Scarf masih mempunyai peminat tersendiri. Rata-rata ia menjadi pilihan kebanyakan wanita berkerjaya disebabkan memudahkan pemakaian namun tetap tampil elegan.
Walaupun selendang menguasai pasaran, koleksi tudung dari Satirah Scarf masih mempunyai peminatnya sendiri. Selain mudah dipakai, hanya sarungkan sahaja, rekaan tudung ini boleh digayakan sama ada ke pejabat atau acara keraian.
Pemilihan material tudung dipilih dengan teliti bagi memastikan ia benar-benar berkualiti selain cuba memakainya terlebih dulu sebelum dijual kepada pelanggan. Walaupun rekaan tudung dari Satirah Scarf nampak ringkas dan mudah, namun daya tarikannya terletak pada pemilihan fabrik kerana ianya memberikan fokus pada fabrik bermutu dan cantik seperti chiffon, kapas dan lycra. Paling penting ia sesuai dipakai dalam keadaan cuaca panas di Malaysia.
Keistimewaan tudung dari Satirah Scarf dari aspek harga kerana dengan RM30 pelanggan boleh mendapatkan tudung long shawl yang berkualiti tinggi. Mungkin ada di pasaran tudung atau selendang yang dijual dengan harga lebih rendah namun kualitinya tidak sama.
Kombinasi warna pilihan yang serasi dan diadun cantik menerusi corak yang sederhana menjadikan setiap helaian tampil menawan dan ringkas. Selain bercorak dia juga mengeluarkan tudung polos dengan 20 warna. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa tudung dari koleksi Satirah Scarf begitu digemari wanita kerana fabriknya ringan, selesa dan boleh dieksperementasi kepada pelbagai gaya mengikut kehendak pemakai.
Hadir dalam pelbagai rona sama ada pastel dan terang, kesemua tudung Satiraf Scarf ini boleh digayakan ke pejabat, majlis keraian atau untuk musim perayaan. Menggunakan fabrik chiffon dan denim berkualiti, setiap tudung terletak cantik pada wajah si pemakai. Ia juga tidak berkedut, mudah digosok dan sejuk.
Bercirikan material denim, koleksi tudung Qadeeja digemari oleh mereka yang sering travel kerana ianya merupakan tudung anti kedut. Tudung ini tidak mudah renyuk dan boleh terus disarung. Jimat masa anda!
Nak cari tudung yang lembut dan mudah dibentuk boleh cuba tudung Zulaikha. Material tudung ini adalah chiffon dimana ianya sesuai dipakai dengan keadaan cuaca panas di Malaysia. Pemakai tidak akan berasa panas sepanjang memakai koleksi tudung Zulaikha. Selain itu, tudung ini boleh di adjust mengikut kelabuhan yang diinginkan.
Shawl chiffon merupakan shawl yang amat popular pada masa kini. Fabriknya ringan serta lembut. Sesuai digayakan dengan pelbagai cara yang menarik dan cantik. Dihiasi dengan batu swarovski menjadikan tudung Qhaira tampil eksklusif dan cantik pada si pemakai.
Instant printed lebih diminati pada wanita sekitar golongan 30an. Ini kerana corak flora pada shawl ini menyerlahkan lagi si pemakai. Sesuai dipakai ke mana sahaja sama ada di pejabat atau bersiar-siar
Kebiasaannya selendang segera dua muka ini bersaiz sederhana atau sedikit pendek namun Satirah Scarf tampil dengan kelainan dalam saiz yang digunakan. Selain mudah dan menjimatkan masa, selendang ini juga tidak perlu kerap digosok, kurang penggunaan pin, mesra solat juga sesuai digunakan ibu yang menyusukan bayi kerana saiznya yang labuh
Taburan tekapan beads dan batu tabur 100% handmade pada Tudung Balqis nampak lebih kemas disamping dengan pilihan warna menarik yang ada pastinya memberi kesan feminin pada si pemakai.
Kemasan jahitan baby seam ni sekarang ni memang tengah top berbanding kemasan dengan jahit tepi halus, pemakai sekarang lebih suka memakai shawl dengan jahitan baby seam ni. Nampak lebih exclusive. Lagi satu, Kemasan tekapan beads dan batu tabur dari koleksi Satirah Scarf adalah 100% handmade. Tekapan beads dan batu tabur terletak elok pada tudung dan tidak mudah tertanggal. Jenama tudung itu ini telah menawarkan pelanggan dengan perincian yang halus dan ia direka bagi memenuhi tiga elemen teras, eksklusif, kesopanan dan kontemporari.
Untuk mendapatkan tudung ini, tiada pembelian minimum diperlukan. Pelanggan hanya perlu membeli satu produk daripada jenama yang mengambil bahagian, untuk layak membeli mana-mana selendang. Jika anda tidak membeli untuk diri sendiri, ia juga boleh diberikan sebagai hadiah istimewa untuk ibu, isteri atau sahabat handai
Terpesona dengan rekaan tudung Satirah Scarf? Apa lagi, picit butang untuk tempah melalui WhatsApp ataupun menerusi laman facebook mereka seperti di bawah.
SATIRAH SCARF – TAMPIL ELEGAN DAN BERGAYA
Hubungi: Tekan untuk telefon (019-9857572) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Satirah Collection
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang