Review
Jan 7, 2018, 1:51pm

Koleksi Plus Size Malaysia Murah Dari Plum Apparel


Adakah anda seorang wanita hebat yang mempunyai saiz yang sedikit besar dari normal? jika ya , anda adalah orang yang patut membaca artikel ini sehingga habis. Kerana artikel ini adalah mengenai Plum Apparel yang mempunyai kepakaran menghasilkan busana bergaya dan eksklusif untuk setiap wanita yang mempunyai kesukaran mendapatkan busana yang bergaya dan cantik kerana saiz badan mereka.

koleksi plus size malaysia

Apabila perkataan wanita disebut , apakah perkataan yang sinonim yang melalui minda anda? bagi saya , perkataan perhiasan , busana yang indah , dandanan yang cantik akan melalui minda saya secara automatik apabila wanita disebut. Semua itu adalah perkara yang sering dikaitkan dengan wanita tidak mengira sama ada remaja , dewasa atau sedikit berusia. Antara perkara yang paling penting bagi seorang wanita adalah kecantikan. Di samping menggunakan alatan mekap untuk menyerlahkan lagi keayuan mereka , busana juga turut membantu untuk menaikkan lagi kecantikan mereka.

Wanita Bersaiz Besar Berbeza Dari Yang Lain?

koleksi pakaian plus size malaysia

Tetapi , bagaimana pula dengan wanita yang bersaiz sedikit besar dari wanita lain? adakah anda boleh memahami kesukaran mereka untuk mencari busana yang sesuai untuk mereka? Walaupun mereka berjaya mencari busana atau busana yang memenuhi citarasa mereka , saiz yang sesuai dengan mereka mungkin tiada dalam pilihan busana tersebut. Untuk mengatasi masalah ini , ramai lebih gemar menggunakan kaedah menempah busana mereka di butik-butik atau kedai khas mengikut ukuran mereka sendiri. Tetapi , busana yang ditempah khas sangat mahal berbanding busana yang sudah sedia siap. Sukar bukan?

koleksi plus size malaysia lawa

Jangan Risau!!

Dengan kemunculan Plum Apparel , semua masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mudah. Plum Apparel adalah syarikat busana yang didekasikan untuk menyediakan busana bersaiz besar mengikut trend semasa dengan harga yang berpatutan. Dengan ini, semua wanita yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan busana yang sesuai dengan mereka dan mempunyai seni reka yang menarik dapat menyelesaikan masalah mereka dengan mudah

Apakah Itu Plump Apparel? 

Jadi apakah Plump Apparel yang saya asyik sebutkan ini? Plump Apparel sebenarnya adalah syarikat busana secara atas talian. Mereka tidak memiliki kedai buat masa sekarang dan hanya beroperasi secara atas talian sahaja. Plump Apparel didirikan secara rasmi pada 11 November dan berjaya memuaskan hati setiap pelanggan yang memilih untuk melanggan dengan mereka.

koleksi plus size malaysia plump apparel

Walaupun masa Plump Apparel wujud sedikit singkat berbanding kedai atas talian yang lain , mereka tidak akan kalah dari segi kualiti perkhidmatan , kualiti produk dan memiliki ramai pelanggan setia. Plump Apparel diasaskan oleh 4 orang wanita muda yang cuba membantu wanita lain yang mengalami masalah kesukaran mendapatkan busana cantik yang sesuai dengan saiz mereka.

4 orang wanita muda yang berhati waja tersebut adalah :

  • Nur Fatin Syazreena Bt Zulkifle
  • Wan Natasya Bt Wan Abdul Halim
  • Nur Aliah Bt Jamaludin
  • Irmamaisarah Bt Muhit

baju plus size malaysia

Dengan berbekalkan idea kreatif dan semangat yang membara untuk para wanita di luar sana , maka tertubuhlah Plump Apparel yang dikenali ramai sekarang. Walaupun bukan mudah untuk membina jenama yang baru pada masa sekarang , pihak Plump Apparel berhasil melebarkan sayap mereka di dalam bidang jualan busana secara atas talian dengan jayanya. Selain menjalankan perniagaan secara aktif di atas talian , mereka juga aktif dalam aktiviti ‘Carboot Sale’ di sekitar KL dan Selangor. Anda boleh tinjau di laman Facebook mereka jika anda berminat untuk menyertai atau melihat sendiri kualiti busana dan perkhidmatan mereka. Mereka akan memuat naik sebarang aktiviti yang mereka bakal sertai agar pelanggan tahu di mana hendak mencari mereka sekiranya pelanggan tersebut berminat.

Visi Dan Misi Plump Apparel 

Seperti perniagaan yang lain , sudah pastilah pihak Plump Apparel berharap mereka dapat memajukan diri dan menjayakan perniagaan mereka . Sekiranya berpeluang , pasti Plump Apparel akan menambah lagi pelbagai rekaan yang dimiliki mereka supaya pelanggan dapat mempunyai lebih banyak pilihan daripada apa yang ada sekarang. Selain Itu , Plump Apparel juga berharap melabuhkan sayap mereka di atas pentas perniagaan yang lebih tinggi dari masa sekarang.

baju cantik plus size malaysia

Misi utama Plump Apparel , seperti yang telah saya nyatakan di awal artikel ini adalah untuk menyediakan busana menarik kepada wanita yang bersaiz sedikit besar. Busana mereka juga haruslah sentiasa menepati trend terkini. Matlamat utama mereka adalah untuk memudahkan wanita yang bersaiz sedikit besar mendapatkan busana yang menarik dengan mudah di samping memastikan wanita di Malaysia yang bersaiz sedikit besar dapat menikmati apa yang dinikmati wanita lain dan menggembirakan mereka.

Apakah Yang Ditawarkan Oleh Plump Apparel

tips memilih baju koleksi plus size malaysia

Buat masa sekarang anda mempunyai 4 pilihan eksklusif yang mempunyai gaya dan persona yang tersediri. Anda boleh memilih mengikut kesesuaian dan citarasa anda yang tersendiri. Setiap rekaan yang sedia ada datang dalam 10 warna dan saiz yang berbeza. Anda pasti tidak akan kecewa sekiranya anda memilih untuk melanggan busana dari pihak Plump Apparel. 4 pilihan yang disediakan adalah :

Azalea – Koleksi Plus Size Malaysia

azalea koleksi plus size malaysia muslimah

Blouse idaman ramai. Itulah yang boleh dikatakan jika deskripsi diperlukan untuk busana ini. Antara ciri yang terdapat bagi busana menarik ini adalah :

  • Corak bunga yang menarik di lengan yang tidak terlampau ketara dan menarik perhatian daripada konsep asal busana tersebut.
  • Bahagian lengan yang luas dari siku sehingga pergelangan tangan yang memastikan keselesaan pemakai.
  • Cutting yang sesuai dipakai oleh wanita Muslim kerana tidak menonjol dan menjaga aurat.
  • Sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis pemakaian tudung mengikut citarasa pemakai.

Aviana – Koleksi Plus Size Malaysia

aviana koleksi plus size malaysia muslimah

Busana yang sesuai untuk aktiviti santai atau beristirehat. Walau di rumah sekali pun pasti para wanita ingin berpenampilan menarik bukan? Aviana adalah pilihan yang tepat untuk yang ingin design busana yang simple tetapi masih menarik. Berikut adalah sedikit sebanyak ciri-ciri unik yang ada pada Aviana Blouse :

  • Rekaan yang santai dan menarik
  • Menggunakan renda pada tangan dan bahagian bawah busana agar tidak nampak terlalu bosan dan biasa.
  • Jahitan yang kemas dan menarik.
  • Boleh dipadankan dengan pelbagai jenis tudung sama ada shawl ataupun bawal.
  • Labuh dan menutup aurat para muslimin.

Aurelia – Koleksi Plus Size Malaysia

aurelia koleksi plus size malaysia

Dengan menggunakan kain satin yang licin dan kemas. Plump Apparel menggunakan rekaan yang simple tetapi masih cantik di mata. Aurelia sangat sesuai sekiranya anda ingin menggayakan busana yang cantik dan simple ketika keluar berjalan-jalan bersama keluarga ataupun yang tersayang. Antara ciri unik Aurelia adalah :

  • Material licin yang sejuk dan lembut di kulit.
  • Sesuai dipakai dengan iklim Malaysia yang panas.
  • Bahagian lengan sedikit luas untuk memastikan keselesaan dan menunjukkan sedikit persona elegan.
  • Boleh dipadankan dengan pelbagai bentuk shawl bergantung kepada citarasa pemakai.
  • Bentuk badan pemakai dilindung dengan rapi dan menampakkan pemakai lebih kurus daripada yang disangka.
  • Rekaan simple dan jahitan oleh professional.

Arden – Koleksi Plus Size Malaysia

arden koleksi ekslusif plus size malaysia muslimah

Arden adalah antara busana eksklusif Plump Apparel. Design kemas digandingkan bersama kesesuaian untuk dipakai di mana-mana menjadikan Arden antara pilihan wanita metropolitan yang terbaik. Mari kita lihat ciri-ciri unik pada Arden :

  • Sesuai dipakai di mana-mana majlis atau aktiviti santai.
  • Gaya elegan yang menarik perhatian ramai
  • Lengan yang dijahit kembang menaikkan lagi gaya eksklusif Arden
  • Boleh disesuaikan dengan mana-mana jenis tudung
  • Material yang lembut pada kulit.

Itulah empat rekaan eksklusif yang disediakan Plump Apparel buat masa ini. Dengan rekaan menarik yang mengikut trend semasa , Plump Apparel berjaya mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri pakaian.

Bagaimana Dengan Pilihan Warna Untuk Koleksi Plus Size Malaysia

pilihan warna koleksi plus size malaysia

Jangan risau ! Plump Apparel menyediakan sepuluh jenis warna untuk anda pilih. Masalah warna telah pun diatasi oleh pihak Plump Apparel seawal pembukaan mereka . Jadi anda tidak perlu risau bahawa rekaan yang anda minati tidak memiliki warna yang menepati citarasa anda.

Bagaimana Dengan Harga  Koleksi Plus Size Malaysia

harga pakaian plus size malaysia

Itu adalah antara perkara terakhir yang perlu anda risaukan. Plump Apparel ditubuhkan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Jadi sudah semestinya harga yang diberikan berpatutan dan lebih murah berbanding mereka yang lain. Jika anda perhatikan gambar yang ditunjukkan di atas , telah jelas menunjukkan bahawa harga busana Plump Apparel hanya RM69 berbanding dengan harga pasaran iaitu RM75. Jangan pandang rendah dengan perbezaan yang sedikit ini. Bayangkan jika anda membeli 10 helai pakaian dari Plump Apparel , anda sudah berjaya menjimatkan wang sebanyak RM60. Hanya tambah sedikit lagi dan anda boleh membeli sehelai lagi. Ianya hampir seperti beli 10 percuma 1.

Apa Yang Anda Tunggu Lagi? Lawati Koleksi Plus Size Malaysia di Plump Apparel

koleksi azalea plus size malaysia terbaru

Ayuh dan sokonglah perniagaan wanita yang bersemangat waja seperti mereka yang membina empayar perniagaan mereka atas dasar memuaskan hati wanita di luar sana yang mempunyai saiz yang sedikit besar dari biasa. Tidak ramai ahli perniagaan seperti mereka ini yang tidak mementingkan keuntungan semata-mata di dalam perniagaan mereka.

Tiada sebab untuk anda menolak mereka. Perkhidmatan yang memuaskan , rekaan yang menarik , harga yang murah dan berpatutan dan juga motif perniagaan yang murni. Semua ini adalah ciri yang diperlukan oleh sebuah perniagaan yang berwibawa.

koleksi arden plus size malaysia blouse

Jangan menyesal sekiranya baju yang anda mahukan kehabisan stok. Jadi jangan tunggu lama-lama dan buatlah pilihan anda sekarang. Saya percaya anda tidak akan menyesal sekiranya anda memilih untuk membeli busana dari PLUMP APPAREL.

SIla hubungi mereka menggunakan maklumat yang saya berikan di bawah untuk sebarang keraguan ataupun sekiranya anda telah membuat pilihan dan ingin membeli busana daripada mereka.

Jom Dapatkan Koleksi Plus Size Plum Apparel SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Dapatkan Koleksi Plus Size Plum Apparel SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Koleksi Plus Size Plum Apparel SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: