Review
Jan 8, 2018, 1:41pm

Koleksi Blouse Muslimah Dan Baju Kurung Moden Mesra Wudhu


  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Sudah lumrah seorang wanita mempunyai keinginan untuk bergaya dan berfesyen. Perkembangan dunia fesyen mempunyai pengaruh yang besar terhadap cara pemakaian yang dilakukan oleh mereka dalam pelbagai bidang. Bagi pereka busana Muslimah, adalah amat penting untuk mereka mengambil berat dan memahami tentang batas-batas aurat bagi seorang wanita atau para Muslimah sebelum merealisasikan rekaan mereka. Dalam pada itu, kita seharusnya bersikap positif dan mempunyai minda yang lebih terbuka serta tidak menggambarkan pilihan yang terhad kerana realitinya sudah terang lagikan bersuluh bahawa Islam tidak menentukan gaya fesyen atau bentuk pakaian asalkan ianya menutup aurat dengan sempurna. Terdapat pelbagai koleksi jubah, blouse muslimah, atau baju kurung yang selari dengan kehendak syariat.

blouse muslimah 01

Fesyen dan kecantikan itu adalah lumrah manusia. Mengikut konteks Malaysia, kemunculan dan perkembangan fesyen yang cukup pesat dengan adanya pelbagai jenama busana Muslimah, ianya memang patut dibanggakan. Malaysia tidak berada di takuk lama dan mampu bersaing secara meluas dengan jenama-jenama lain. Trend fesyen muslimah yang semakin berkembang menambahkan lagi alternative wanita muslimah untuk memilih gaya mereka yang tersendiri. Dengan adanya variasi pilihan dari segi penggayaan, wanita muslimah tidak lagi akan dipandang konservatif oleh kerana Islam yang sememangnya mementing dan mewajibkan semua wanita muslima menutup aurat.

Berikutan dengan perkembangan ini, sekarang sudah tidak sukar lagi untuk para wanita muslimah yang gemar berfesyen untuk mencari busana kesukaan mereka. Tidak kira dalam pasaran online atau di butik-butik tertentu. Antara koleksi yang semakin menular dan menjadi ikutan ramai adalah koleksi blouse muslimah dan baju kurung yang bukan sahaja selesa malahan mesra wudhu. Ini secara tidak langsung memudahkan mereka untuk melakukan aktiviti harian termasuk kewajipan dalam menunaikan solat.

Nedjma Closet Koleksi Blouse Muslimah Dan Baju Kurung Mesra Wudhu

blouse muslimah 03

Antara koleksi yang semakin meningkat naik adalah daripada Nedjma Closet. Nedjma Closet adalah sebuah jenama pakaian yang beroperasi sepenuhnya atas talian dan berpusat di selatan tanah air. Ditubuhkan pada awal 2016, Nedjma Closet, menitikberatkan kepada pemilihan fabrik dan reka bentuk yg simple tetapi dalam masa yang sama membuatkan si pemakai kelihatan anggun dan bergaya. 

blouse muslimah 23

Telah menghasilkan lebih daripada 10 rekaan pakaian yg terdiri daripada tunik, top, cardigan, baju kurung tradisi, baju kurung moden, baju kurung pahang dan juga abaya. Fabrik yang kerap diketengahkan adalah cotton kerana fabrik jenis ni amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia. 

Lebih istimewa lagi, mereka turut menawarkan servis penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dan juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke serata dunia. 

Produk Terkini Nedjma Closet | Koleksi Blouse Muslimah Dan Baju Kurung Moden Mesra Wudhu

blouse muslimah 22

Nejdma Closet turut tidak terkecuali dalam mempromosikan rekaan mereka yang terbaru yang semestinya mempunyai pakaian bercirikan Islamik tetapi juga dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Dengan adanya idea yang berciri moden, terhasillah rekaan berciri kontemporari yang semememanya mementingkan kesopanan seperti pakaian yang labuh, longgar dan jugak tidak jarang. Mari kita lihat koleksi jualan terbaru yang dikeluarkan oleh mereka.

Alhabiba Collection – New Arrival | Koleksi Blouse Muslimah Dan Baju Kurung Moden Mesra Wudhu

Busana-busana terbaru dari butik Nedjma Closet mempunyai potongan kurung moden yang menampakkan si pemakai AlHabiba Collection tampil lebih slim dan tinggi tanpa menyerlahkan susuk tubuh si pemakai. Selain penggunaan kain cotton yang mudah emnyerap haba, ia juga amat selesa dan mudah untuk diseterika. 

blouse muslimah 02

Didatangkan dengan 5 saiz iaitu S, M, L, XL dan juga XXL koleksi AlHabiba menjanjikan pelbagai kelebihan untuk para pemakainya dengan menyediakan top ‘wudhu friendly’ serta zip di bahgaian belakang. Manakala di bahagian skirt pula pinggangnya bergetah dan cutting A cut yang akan menampakkan si pemakai mempunyai potongan badan yang menarik walaupun si pemakainya mempunyai tubuh yang chubby. Sudah semestinya mereka akan berasa teruja untuk kelihatan lebih slim dan anggun.  

blouse muslimah 05

Selain dari itu juga, tahukah anda busana daripada Nedjma Closet juga diperbuat daripada cotton eksklusif dan berkuality tinggi, sangat ringan dan selesa. Ini akan memudahkan ia untuk dibawa ke mana-mana terutamanya apabila bercuti atau bekerja di luar kawasan.

blouse muslimah 04

Apa yang lebih menarik adalah pilihan warnanya yang pelbagai. Terdapat 14 pilihan warna termasuklah warna plain, falshy dan juga pastel yang dijual untuk digayakan di majlis yang berbeza mahu pun di tempat kerja. Ada 14 pilihan warna plain, flashy dan juga pastel.

Seperti yang telah di jelaskan cotton yang digunakan merupakan cotton yang jenis tidak panas kerana ia merupakan pennyerap haba yang baik, kainnya tidak mengecut setelah dicuci berbanding cotton biasa yang amat sukar untuk dijaga di samping mudah berkedut.

blouse muslimah 07

Antara detail yang paling di diambil berat adalah kualiti jahitan bertaraf 5 bintang dan setanding dengan jenama terkemuka. Memang benar ramai dapat menghasilkan pakaian yang berkualiti tinggi namun tidak semua dapat memenuhi keperluan serta ketelitian jahitan berkelas tinggi. Dalam dunia sekarang, semua bertungkus lumus untuk menghasilkan pakaian yang terbaik tetapi mengendahkan detail daripada segi jahitan. Walaupun materialnya sangat istimewa namun jahitannya tidak padu, ini boleh menyebabkan grade kualitinya jatuh. Namun di Nedjma Closet, anda tidak perlu risau kerana ia dijamin bertaraf 5 bintang.

L.E.I.A Top Collection – New Arrival | Koleksi Blouse Muslimah Dan Baju Kurung Moden Mesra Wudhu

Keluaran terbaru daripada Nedjma Closet iaitu L.E.I.A Top Collection menampilkan kelainan dengan siapan belahan di bahagian tepi top dan juga di bahagian lengan, ditambah dgn kemasan butang yg matching dgn color top. Ini menjadikan rekaan tampak kemas, cantik dan elegan.

blouse muslimah 06

Tahukah anda L.E.I.A Top collections didatangkan dengan 4 saiz berbeza iaitu bermula dari saiz S, M, L dan juga XL. Ia adalah saiz standard dan amat mudah untuk mencari ukuran berdasarkan ukuran yang biasanya anda pakai.Ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan blouse ‘free size‘ yang banyak di jual butik luar kerana tidak ramai yang akan merasai memakai blouse tersebut.

blouse muslimah 09
blouse muslimah 08

Jika dilihat daripada jenis fabric, ianya dihasilkan dripada kain cotton yang ekslusif dan yang paling penting ia amat berkualiti tinggi. Selain itu, jangan bimbang kerana ia turut dipelbagaikan dengan variasi pilihan sama ada yang bercorak mahupun yang plain tanpa apa-apa hiasan. Baju yang plain menampak gaya yang minial dan kemas.

blouse muslimah 10
blouse muslimah 11

L.E.I.A Top Collection juga pasti akan membuatkan anda rambang mata dengan koleksi blouse yang pelbagai corak. Terdapat 7 pilihan corak yang berbeza untuk dipilih mengikut kesesuaian dan kesukaan anda.

Bukan itu sahaja, selain corak, 8 pilihan warna plain turut dihasilkan dengan bercirikan color yang flashy dan juga pastel. Bagi peminat pastel anda pasti tidak mahu melepas peluang keemasan untuk mendapat koleksi L.E.I.A Top Collection.

blouse muslimah 13
blouse muslimah 14

Antara ciri-cari yang paling penting dalam mengekal keanggunan si pemakai koleksi ini ialah kain yang digunakan merupakan penyerap haba yang serta tidak panas, memastikan si pemakai kekal selesa walaupun untuk jangka masa yang lama. Kainnya jugak tidak kecut walaupun setelah dicuci memudahkan proses menggosok bagi menghilangkan kedut dan menjadikan ia mudah untuk dijaga walaupun dipakai berkali-kali. Ini disokong pula dengan kualiti jahitan yang bertaraf 5 bintang.

Kurung Medina (Baju Kurung Tradisi Teluk Belanga) | Koleksi Blouse Muslimah Dan Baju Kurung Moden Mesra Wudhu

Baju kurung merupakan salah satu pakaian tradisional masyarakat Melayu yang kini semakin meluas diperagakan di seluruh dunia oleh pelbagai bangsa dan komuniti. Percaya atau tidak memakai baju kurung sebenarnya amatlah selesa tidak kira di mana jua anda berada mengikut kesesuaian aktiviti.

blouse muslimah 17

Antara koleksi mereka yang berjaya menawan hati para pembeli adalah Koleksi Kurung Medina yang juga lebih dikenai sebagai baju kurung tradisi Teluk Belanga. Kurung Medina juga telah mendapat liputan majalah Hijab Fesyen keluaran Ogos 2017 sempena edisi ‘Libur’. Turut didatangkan dengan 5 saiz yang berbeza seperti dua keluaran terbaru iaitu L.E.I.A Top Collection dan AlHabiba Collection bermula saiz S, M, L dan XL.

blouse muslimah 18

Kurung Medina mempunyai lebih banyak koleksi yang mempunyai variasi corak diikuti dengan warna yang menarik. Ianya pasti akan mambuatkan para pembeli menjadi rambang mata untuk memilih pilihan yang ada. Disebabkan oleh material kainnya adalah sama dari segi peneyrapan habanya dan juga mempunyai kain yang tidak mengecut walaupun setelah dicuci, Kurung Medina menampilkan sedikit kelainan dengan siapan butang cotton di bahagian leher menjadikan koleksi Kurung Medina lebih eksluif dan dan cantik untuk dipakai. 

blouse muslimah 19

Seperti kurung yang lain, Kurung Medina mempunyai kain susun di tepi serta lebih selesa untuk mempunyai pinggang  yang boleh diregangkan. Ini menjadikan kain yang dipakai lebih selesa dan kebanyakan pemakai pada hari ini lebih suka memilih kain yang boleh diregangkan oleh kerana saiz pinggang individu yang pelbagai selain daripada penggunaan fabrik cotton yang berkualiti.

Jom Dapatkan Koleksi Blouse Muslimah dan Baju Kurung Mesra Wudhu Nedjma Closet Sekarang

Bagi mereka yang ingin mendapatkan 3 koleksi terbaru keluaran Nedjma Closet serta koleksi-koleksi menarik yang lain, bolehlah segera buka langkah anda dan berkunjung ke butik Nedjma Closet atau boleh juga menghubungi mereka melalui maklumat di bawah.

blouse muslimah 20

NEDJMA CLOSET | KOLEKSI BLOUSE MUSLIMAH DAN BAJU KURUNG MODEN MESRA WUDHU

Hubungi: Tekan untuk telefon(010-2266752) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: @Nedjma.closet Instagram: @Nedjma.closet Website: www.nedjmacloset.com