Exabytes (300x250)

Koleksi Beg Tangan Berjenama Paling Popular Dan Disukai Wanita

  • 1
    Share

Sedar atau tidak, beg tangan sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyerlahkan atau mencacatkan keseluruhan penampilan anda terutamanya mereka yang bergelar wanita.

 Beg Tangan Berjenama

Ini merupakan aksesori yang menjadi ‘simbol status’ dan rujukan kepada jawatan, dan personaliti anda secara tidak langsung. Dengan perkembangan media sosial hari ini, agak sukar sekali hendak mendapatkan seorang wanita yang tidak mempunyai beg tangan di sampingnya. Ia seolah merupakan perkara yang wajib bagi seorang wanita untuk mempunyai beg tangan agar mudah untuk menyimpan barang dalam satu tempat disamping penampilan akan nampak lebih kemas dan berkeyakinan.

memilih-handbag

Perkembangan ini juga memberikan orang ramai membuat pilihan membeli beg tangan secara terus atau dalam talian sama ada memilih beg tangan yang original mahupun gred A, AA atau AAA bergantung pada kemampuan setiap individu. Ada sesetengah wanita suka mengumpul pelbagai jenis beg tangan kerana faktor minat dan hobi. Bagi wanita seperti ini, mereka suka mengikut trend agar tidak ketinggalan zaman dan ingin sentiasa tampil up-to-date. Sayangnya, ramai wanita hari ini, membeli beg mengikut gerak hati dan dorongan fesyen in-trend semata-mata hingga terlupa beberapa aspek yang perlu di titik beratkan sebagai contoh memilih beg tangan mengikut bentuk badan masing-masing dan jenis beg tangan yang sesuai mengikut keadaan tempat. Warna, fungsi beg, fesyen terkini, malah saiz juga merupakan faktor penting yang perlu setiap wanita tahu dalam pemilihan beg tangan untuk tampil lebih menyerlah dari biasa.

Perbezaan Beg Tangan Berjenama Gred A, AA dan AAA?

beg-tangan-bonia

1. Gred A (biasa)

merupakan low gred di mana harga lebih murah,kualiti material yang digunakan juga kualiti yang paling rendah. Aksesori kualiti paling rendah,perkakasan dan kraftangan yang berkualiti rendah juga. Anda boleh tahu ia adalah palsu hanya dengan pandangan yang antara bahagian yang sama dengan item asal mungkin logo dan kebanyakan boleh ditemui di pasar jalanan.

2. Gred AA dan AAA(sederhana)

replika gred AAA/AA adalah berkualiti sederhana,yang lebih elegen dalam tekstur dan lembut untuk disentuh daripada gred A(biasa). Material berkualiti yang digunakan dan teknik jahit lebih menarik daripada gred A(biasa). Replika gred AAA paling laris terjual kerana material dan design seakan sama dengan asli.

beg-replika-mempunyai-perbezaan-dari-segi-gred-kualiti

Kesimpulan yang dapat disimpulkan disini adalah :

Gred A-kualiti rendah (murah sangat)

Gred AA-biasa2 shja (harga lebih skit daripada gred A)

Gred AAA-ter ok sgt (harga sederhana dan mampu milik)

Super A-sangat ok (mahal dan masih mampu milik)

Jadilah pengguna yang bijak memilih beg tangan untuk membantu anda tampil lebih berkeyakinan walaupun dengan bajet yang rendah.

Tip Memilih Beg Tangan Berjenama Untuk Diri Sendiri

1) Saiz

Beg tersebut haruslah berpadanan dengan saiz badan individu. Jika berbadan besar dan tinggi, disarankan untuk membeli beg yang lebih besar. Manakala sebaliknya pula jika anda seorang yang kecil dan kurus, Jika tidak, beg kecil akan membuat seorang wanita yang besar kelihatan lebih besar, sama seperti beg besar akan membuat seorang wanita bertubuh kecil kelihatan lebih kecil.

pemilihan-size-handbag

Bentuk beg yang dipilih seharusnya yang bertentangan dengan bentuk badan anda sendiri supaya penampilan anda tidak kelihatan janggal atau menonjolkan lagi bahagian-bahagian badan yang anda ingin disembunyikan. Jika anda tinggi atau kurus, pilihlah beg yang berlengkung (seperti beg hobo), manakala jika anda mempunyai bentuk badan seperti buah epal, pir, memilih beg yang berstruktur (kotak bersegi) akan membantu visual orang ramai yang melihat anda untuk tidak fokus kepada ‘kekurangan’ yang ada.

2) Tali Panjang

Tali juga memainkan peranan! Beg yang terletak di badan anda sebenarnya boleh memberi kesan besar kepada si pemakainya. Jika bahagian badan atas lebih besar (secara visualnya anda kelihatan berat di atas berbanding bahagian pinggang ke bawah) pilihlah tali yang meletakkan beg pilihan tadi selaras di bahagian pinggang atau turunkan sedikit di bawahnya.

panjang-tali-handbag

Manakala jika anda mempunyai berat badan tambahan di sekitar pinggul (seperti bentuk pir), carilah tali yang meletakkan beg di pinggang atau lebih tinggi sedikit (seperti shoulder bag).

Jika tidak, meletakkan beg di bahagian badan anda yang ‘berat’ hanya akan membuat anda kelihatan lebih bertambah berat dan besar.

3) Kelebaran Tali

Jika anda cenderung untuk membawa banyak barang-barang di dalam beg, carilah tali yang cukup lebar untuk membawa beban dengan selesa.

handbag-strap

Anda mempunyai masalah sakit belakang? Elakkan daripada memilih beg bahu kerana hanya akan memburukkan lagi masalah kesihatan anda.

4) Warna beg tangan dengan kasut/baju mesti dipadankan?

Saya perhatikan dalam hal ini ramai wanita suka konsep padanan yang sama antara beg tangan dengan kasut atau baju yang dipakai. Sebenarnya dalam hal ini ia tidak semestinya menjadi kemestian. Yang penting, haruslah nampak ‘harmoni’ dengan kasut atau baju supaya kelihatan lebih senada dan elakkan dari terlalu ‘kontra’ antara beg tangan dengan baju atau kasut yang dipakai. Ini kerana, sesuatu yang ‘kontra’ akan mencacatkan penampilan sang pemakai dan kelihatan pelik bagi yang memandang.

pemilihan-warna-untuk-disesuaikan

Untuk mereka yang suka berjimat dalam perbelanjaan beg tangan, disarankan memilih warna beg seperti hitam dan putih kerana kedua warna ini sesuai untuk semua jenis padanan baju dan juga kasut. Kedua-dua warna ini juga dikatakan nampak lebih ekslusif apabila sang pemakai mengenakannya mengikut keadaan tempat seperti makan malam di hotel ternama, ke tempat kerja dan lain-lain lagi. Selain itu, Warna-warna neutral merupakan pelaburan yang paling menguntungkan untuk jangka masa panjang dan boleh disesuaikan hampir kesemua warna pakaian hari ini.

5) Kualiti beg tangan

pakai-handbag-berkualiti

Ramai wanita takut mengggunakan beg tangan yang lebih usia dari 3 tahun? Rasa malu terhadap penggunaan barang yang lama kerana tidak mengikut trend mahupun mengelakkan rakan-rakan mengata kedekut atau sebaliknya paling tidak disukai seorang wanita. Tidak perlu malu jika beg tangan yang dibeli adalah original dan berkualiti tinggi kerana memang telah diciptakan beg tangan seperti ini untuk digunakan dalam tempoh yang sangat lama disamping menjimatkan. Ketahanan beg yang berkualiti tinggi seperti beg jenis kulit tidak akan mudah rosak walaupun anda lasak menggunakannya dan warnanya juga tidak mudah luntur apabila terkena sinaran matahari. Setiap bahagian beg tersebut sangat kuat dan kukuh walaupun harganya agak mahal tapi boleh digunakan dalam jangka hayat yang sangat lama!

6) Personaliti beg tangan

Untuk tampil menarik, beg tangan harus disuaipadankan dengan mode pakaian anda sebagai contoh, jika anda pergi ke majlis rasmi haruslah mengenakan beg tangan yang nampak lebih formal seperti beg tangan yang digantung di bahu atau dipegang di tapak tangan. Beg tangan yang bertali halus panjang pula sesuai untuk keadaan santai atau casual.

sesuaikan-handbag-dengan-function

Ketika memilih beg tangan pastikan:

  1. Dengan berdiri di hadapan cermin besar, periksa setiap bahagian, bentuk dan di mana beg tersebut ‘terletak’ di badan anda. Ini kerana ada sesetengan beg tangan walaupun nampak sesuai tapi bila dipakai ianya tidak padan dengan bentuk dan saiz badan kita.
  2. Jika beg berstruktur bentuk yang teguh dan agak keras, sesuai digayakan untuk sebarang majlis atau ke tempat  kerja. Manakala beg yang berkulit lembut dan tidak berstruktur, lebih sesuai untuk gaya kasual dan santai.
  3. Pastikan anda tahu bahagian badan yang anda ingin sembunyikan.

tips-semasa-memilih-handbag

Mencari tempat terbaik dalam talian untuk memuaskan godaan membeli-belah beg tangan anda? Kini, Beg berjenama serta barangan branded lain boleh didapati di fcj_shoppe!! Segalanya dihujung jari sahaja dan anda boleh memiliki barangan berjenama 100% original yang di import dari US, Eropah dan juga Jepun. Koleksi dari fcj_shoppe sentiasa dikemas kini dengan barangan baru yang bergaya untuk anda miliki.

Antara Beg Tangan Berjenama Paling Popular dan Disukai Wanita

Inilah dia beg tangan berjenama yang boleh anda dapati di fcj_shoppe dan semestinya 100% original seperti yang telah saya nyatakan di atas. Dengan pelbagai koleksi menarik dan mengikut trend terkini, kini impian setiap wanita memiliki beg tangan berkualiti tinggi tidak lagi mustahil.

Wanita pada zaman sekarang suka akan beg tangan yang berkonsepkan modern kerana konsep beg seperti ini sesuai dipakai dimana sahaja. Ingin lihat antara beg tangan berjenama paling popular yang disukai wanita? Inilah dia antara Jenama beg tangan yang menjadi kegilaan para wanita :

1. Beg Tangan Jenama Coach

i) Coach ELLE Backpack Leather RM699

beg-tangan-coach

Beg tangan jenis ‘backpack’ sangat disukai wanita kerana mudah dibawa dan boleh mengisi barang yang agak banyak. Lingkungan umur 17-28 tahun sangat sesuai mengenakan beg tangan ini kerana nampak lebih santai dan bergaya.

Sesuai digayakan dengan gaya casual atau mood santai.

ii) Coach mini Bennete with Longstrap RM619

coach-mini-bennete-with-longstrap

Beg tangan bercorak seperti ini paling popular buat masa sekarang kerana nampak lebih ekslusif dan terhad. Hanya wanita yang berani sahaja akan memakai beg seperti ini kerana memerlukan keyakinan yang tinggi buat si pemakai untuk menggayakan dengan pakaian yang sesuai.

iii) Coach Small Margot in Midnight with longstrap Rm699

coach-small-margot-in-midnight-with-longstrap

Jika anda ingin tampil bergaya ketempat kerja mahupun di majlis tertentu, sangat sesuai memakai beg jenis kepit atau sangkut di bahu/lengan. Beg seperti ini lebih menyerlahkan kecantikkan buat si pemakai

2) Beg Tangan Michael Kors (MK)

i) Michael Kors in Acorn with Longstrap RM569

michael-kors-in-acorn-with-longstrap

Beg tangan ini boleh digayakan dengan 2 cara iaitu boleh dipakai secara bimbit di tangan atau di bahu kerana ada disediakan tali yang panjang disitu. Sesuai digunakan ke tempat kerja dan majlis rasmi.

ii) Michael Kors Micro Stud Dillon TZ Satcheal Leather with longstrap RM790

michael-kors-micro-stud-dillon-tz-satcheal-leather-with-longstrap

Walaupun beg ini boleh digunakan dengan 2 cara seperti gambar sebelumnya, tapi anda perlu tahu akan kesesuaian keadaan tempat ketika memakainya. Hanya sesuai digayakan dengan keadaan casual dan santai sahaja. Untuk tema Formal tidak digalakkan kerana takut ‘lari’ dengan pemakaian kerana warnanya agak menyerlah

3) Beg Tangan Katespade

i) Katespade Evangelie With Longstrap RM649

katespade-evangelie-with-longstrap

Wanita yang bekerjaya semestinya suka akan beg tangan jenis besar dan mudah dibawa. Bagi wanita seperti ini, mereka boleh meletakkan barang peribadi seperti kosmetik, kunci kereta dan buku nota ke dalam 1 beg sahaja.

ii) KateSpade Neda Anderson Way Wallet RM399

katespade-neda-anderson-way-wallet

Jarang kita lihat wanita memakai jenis beg tangan jenis wallet bukan? Hal ini kerana beg tangan jenis wallet hanya sesuai dipakai pada waktu tertentu sahaja dalam erti kata lain untuk dipakai pada waktu yang sekejap sahaja. Jika anda ke majlis formal boleh sahaja mengenakan beg tangan seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih nampak kemas dan simple.

iii) KateSpade Avva Arbour Hill with Longstrap RM499

katespade-avva-arbour-hill-with-longstrap

Jika anda seorang wanita yang suka akan beg yang sesuai untuk kesemua acara, boleh mencari beg tangan jenis kecil dan bertali panjang. Ini kerana, beg seperti ini lebih mudah dibawa kemana sahaja dan boleh juga digayakan dengan konsep santai dengan memakai secara silang di badan.

coach-derby-black

Siapa kata beg berjenama hanya mereka yang berduit sahaja boleh memakainya? Sekiranya anda lihat dan nilai sendiri secara terperinci, beg berjenama ini boleh sahaja dimiliki oleh semua wanita kerana ketahanan barang ini sangat bekualiti tinggi dan boleh dipakai hingga masa jangka yang sangat lama! Walaupun banyak beg jenis gred yang boleh dimiliki dengan harga yang lebih murah dan ala-ala original, kualitinya tetap tidak sama dengan original. Pasti akan berlaku kerosakan selepas dua atau tiga bulan selepas memakai dan anda perlu membeli baru lagi. Agak berlaku kerugian disitu apabila anda perlu membeli baru setiap kali berlaku kerosakan tapi jika anda membeli beg tangan yang original adalah berbeza. Walaupun mahal tapi sangat berbaloi dan menjimatkan.

Beli Beg Tangan Berjenama Termurah Dari Pasaran!

Barangan dari fcj_shoppe lebih murah dari harga di butik Malaysia dan juga outlet-outlet Malaysia seperti JPO dan GPO. Boleh cuba bandingkan sendiri sebelum membeli. Sudah pasti anda rambang mata ketika membuat pilihan kerana harga yang ditawarkan dan kualiti beg tangan disini sememangnya tidak masuk akal! Ramai pelanggannya terutamanya cikgu sekolah suka membeli dengan mereka kerana harga yang tawarkan sangat murah dan berpatutan. Cikgu-cikgu boleh bergaya dengan barangan branded tanpa rasa ragu-ragu. Yang penting ianya adalah original.

sistem-pembayaran-kutu

Jika ingin berjimat dalam perbelanjaan atau ingin mengurangkan kos pembelian, boleh mengikuti sistem kutu yang dianjurkan iaitu bayaran selama 4 bulan. Kutu bermula pada bulan januari-april, mei-ogos, september-disember. Anda akan menerima barang selepas habis tempoh bayaran kutu dan bolehlah menggayakan beg idaman anda sendiri. Jangan risau, mereka sangat mesra pelanggan jika ada sebarang pertanyaan mengenai apa sahaja jangan segan silu untuk bertanya.

Dapatkan Update Terkini Beg Tangan Berjenama di Telegram!

Jika anda suka membeli barangan online dan berminat dengan barangan branded, apa kata ikuti mereka di telegram kerana disitu mereka sangat aktif dan lebih pantas menjawab segala pertanyaan anda. Sistem mereka juga lebih pantas dan cekap di telegram terutama apabila ada berita terbaru dalam penjualan, mereka akan ‘update’ dahulu di telegram sebelum diiklankan di sosial media lain seperti instagram.

Money back guaranteed

Apa yang perlu anda lakukan jika barang anda disahkan oleh orang butik sebagai FAKE?

katespade-newyork

Mereka akan memulangkan kembali wang anda. Dijamin! Untuk Makluman pembeli, setiap barangan seperti jam fossil ,michael kors, katespade, adidas  murah dan original, ada warranti 2 tahun. Jadi, jika ada sebarang kerosakan boleh ajukan pada mereka dan mereka akan selesaikan masalah anda.

Testimoni Pembeli Beg Tangan Berjenama Dari FCJ

testimoni-pembeli-di-fcj-1testimoni-pembeli-di-fcj-2testimoni-pembeli-di-fcj-3testimoni-pembeli-di-fcj-5

Apa tunggu lagi, Ikuti Telegram atau laman facebook dan instagram seperti di bawah jika anda ingin memiliki beg berjenama pada harga yang termurah dari pasaran!!

FCJ SHOPPE | HANDBAG BRANDED ORIGINAL

Telefon: 013-6429874Link Whatsapp

Telegram: Fossil Club
Facebook Group : @Fossil Club
Instagram: @fcj_shoppe

Daftar Percuma Untuk Telegram Channel Prof Hariz

Sertai Group Telegram Prof Hariz untuk dapatkan update dan info terkini mengenai Digital Marketing.

LANGGAN SEKARANG