Review
Jan 16, 2018, 9:22am

Koleksi Batik Lukisan Tangan Terkini dari Noor Arfa Batik | Limited Edition


Batik ialah sejenis kraf tangan yang semakin popular di Malaysia dan juga negara-negara lain kerana mempunyai sejarahnya tersendiri yang telah disebut dalam Sejarah Melayu pada abad ke-17. Bagi lelaki, batik boleh dipakai di majlis-majlis makan malam dan wanita memakai pakaian batik sebagai pakaian formal serta menggabungkan batik dengan fesyen moden.

noor arfa batik 11

Begitu juga dengan batik lukis tangan yang menggunakan teknik lukis dan banting telah mewarnai corak fesyen dan juga hiasan dalaman tempatan secara meluas sekitar tahun 1980an. Melukis batik memerlukan teknik yang tersendiri bermula dengan melukis, mencanting lilin dan mewarna. Proses membuat batik lukis terus hidup dan tidak pernah berubah dari tahun ketahun dan masyarakat Malaysia sangat bangga terhadap usaha golongan pemimpin negara terus memartabatkan batik di puncak yang lebih tinggi.

Noor Arfa Batik Peneraju Bagi Pengeluar Dan Pengedar Produk Batik Malaysia Dalam Industri Fesyen

noor arfa batik 08

Noor Arfa Batik adalah sebuah syarikat Batik terkenal yang telah beroperasi selama lebih dari 37 tahun di Malaysia. Ia merupakan perintis industri batik terkenal di Malaysia di mana ia mula beroperasi di Kuala Terengganu pada tahun 1980. Tulang belakang bagi Kejayaan Noor Arfa Batik semestinya hasil usaha dari pengasasnya iaitu Wan Mohd Ariffin Wan Long bersama isterinya, Noor Hijerah Hanafiah. Hari ini, usaha strategik pengusaha hebat ini demi mencapai cita-cita ke arah kecemerlangan, telah menjadikan Noor Arfa Batik bukan hanya nama yang dikenali di Malaysia, malah telah menempah nama di Luar Negara.

Koleksi Batik Yang Mempunyai Gaya Tersendiri Yang Elegen Dan Eksklusif

noor arfa batik 03

Himpunan koleksi Noor Arfa Batik dihasilkan oleh mereka sendiri dengan menggunakan teknik tekap dan lukis tangan. Selain motif dedaun dan bunga-bungaan, koleksi Noor Arfa Batik turut menghiasi batik dengan renjisan dan corak marmar bagi menyuntik kelainan yang mempesonakan. Proses pembuatannya sama saja dengan batik canting lain, namun perbezaannya dari segi penggunaan corak yang lebih moden iaitu abstrak. Jika mahukan penampilan eksklusif, tempahan boleh dibuat dengan memilih corak diinginkan sama ada bermotifkan bunga-bungaan atau abstrak.

Corak Batik Lukisan Tangan Berfesyenkan Pakaian Kontemporari Dan Eksklusif

noor arfa batik 01

Bukan itu sahaja, lakaran indah yang dilukis tangan jika dijadikan corak menghiasi pakaian juga mampu memberikan satu gaya tersendiri dan mewah buat wanita apatah lagi mereka yang mendambakan kelainan dalam penampilan. Idea untuk menghidupkan kembali pemakaian batik cuba diketengahkan oleh Noor Arfa Batik dengan corak lebih menarik pada koleksi baju lelaki dan wanita. Selain itu, kehadiran pelbagai fabrik tempatan dan luar negara antara tarikan tatkala memilih busana yang bersesuaian. Apa kata kali ini, penggemar fesyen memberi kelainan dalam berfesyen dengan menggayakan fabrik batik lukis tangan yang diberi nafas baru dari koleksi Noor Arfa Batik. Gaya elegan dan kontemporari yang diterjemahkan oleh Noor Arfa Batik pada setiap rekaan batik tidak kurang hebatnya seiring dengan kerancakan fesyen global.

Koleksi Noor Arfa Batik Sesuai Dipakai Di Semua Majlis

noor arfa batik 15

Tidak kira umur ataupun bangsa, fesyen batik mungkin menjadi trend yang diminati bukan sahaja menjelang musim perayaan malahan menjadi pakaian harian untuk ke pejabat atau menghadiri majlis formal. Noor Arfa Batik sentiasa mencari peluang untuk mengetengahkan kecantikan dan keunikan kraf tekstil tempatan sebagai fesyen pakaian kontemporari dan eksklusif yang boleh dipakai ke semua majlis. Di samping itu, penggunaan kraf tekstil tempatan sebagai medium utama dalam industri fesyen turut digerakkan. Dengan ini, ia dapat meningkatkan minat penggunaan kraf tekstil dalam gaya hidup masa kini serta membudayakan masyarakat Malaysia menggunakan kraf tekstil tempatan.

Gabungan Rekaan Moden Dan Tradisional Dalam Koleksi Noor Arfa Batik

noor arfa batik 12

Noor Arfa Batik menghasilkan rekaan yang menggunakan elemen moden dan tradisional. Tidak ketinggalan, motif serta warna yang digunakan kelihatan eksklusif, mewah dan menarik. Usaha memartabatkan fesyen batik banyak dilakukan bagi memastikan warisan tempatan ini terus kekal dan diminati ramai. Selain itu, Noor Arfa Batik juga turut menampilkan corak fauna dan flora di awal kemunculan, rekaan tersebut serasi dengan persekitaran dan permintaan masyarakat tempatan.

Perubahan zaman telah memecahkan era pencarian ke arah gaya yang lebih kukuh. Dalam konteks ini, melihat penjelmaan motif moden yang digabungkan dengan kesenian batik di awal kemunculannya dahulu menjadi unsur yang kuat dalam menghubungkan seni moden dan tradisi.

Noor Arfa Batik Pandai Memainkan Tona Warna Yang Bersesuaian Dengan Corak Pakaian

noor arfa batik 04

Noor Arfa Batik sentiasa memastikan sapuan warna spontan dengan corak tidak meleret-leret atau serabut menjadi pilihan dengan bancuhan warna-warna cerah dan kelam mengikut cita rasa pelanggan. Kebanyakkan tona terang menjadi pilihan untuk menampakkan penampilan lebih bertenaga dan ceria. Dulu, kebanyakan busana sarat dengan perincian aksesori, kini Noor Arfa Batik pemilihan fabrik, warna menarik dan aksesori ringkas tetapi padat menjadi keutamaan dalam koleksi batik beliau. Ia adalah ekspresi terbaik untuk menyerlahkan gaya mewah, namun bersederhana dengan kemasan ringkas dan aksesori tidak sarat.

Noor Arfa Batik Menghasilkan Rekaan Yang Terhad Pada Sesuatu Masa

noor arfa batik 05

Bagi memastikan hasil batik mereka sentiasa mendapat sambutan dari pelanggan, Noor Arfa Batik akan menghasilkan rekaan batik lukisan tangan yang terhad pada sesuatu masa sahaja. Ia bermakna, keluaran pakaian yang dihasilkan tidak akan sama pada bulan berikutnya (limited edition). Pelbagai gaya dan corak pakaian direka bagi memenuhi keperluan masyarakat. Namun koleksi batik lukisan tangan juga antara batik yang mendapat sambutan yang diberi sentuhan tradisional dengan rekaan batik eksklusif kini semakin mendapat tempat di hati orang ramai, bukan sahaja golongan dewasa, malah menjadi kegilaan remaja. Lebih istimewa, apabila bermain dengan seni lukisan tangan, setiap rekaan tidak akan wujud kesamaan menjadikan ciptaan itu lebih eksklusif.

Sentuhan Batik Lukisan Tangan Yang Ekslusif Dengan Corak Tersendiri

noor arfa batik 07

Jenama yang makin dikenali ramai, Noor Arfa Batik mencuri perhatian dengan koleksi terbaru mereka iaitu batik lukisan tangan. Penggunaan material berkualiti dan eksklusif serta letaknya corak lukisan tangan batik yang menekankan elemen moden dengan gaya minimalis, membuat si pemakai tampak bergaya walau dengan sentuhan tradisional. Koleksi batik lukisan tangan dengan rekaan dan corak terkini yang diinspirasikan daripada tema batik dan alam semula jadi ini mendapat sentuhan moden kontemporari bagi menarik perhatian para pencinta batik.

 Antara keunikan yang diketengahkan oleh pereka Noor Arfa Batik di dalam koleksi terbarunya adalah coraknya direka dan dilukis khas untuk memberikan kebebasan kepada si pemakai untuk menggayakan koleksi lukisan tangan ini dengan pelbagai cara. Warna-warna lembut terutama pastel menguasai koleksi ini dari Noor Arfa Batik, sesuai dengan trend fesyen tempatan terkini serta membu­atkan ia lebih senang disuai padan dengan pelbagai gaya.

Tempahan Dan Citarasa Mengikut Kehendak Pelanggan

noor arfa batik 02

Noor Arfa Batik menerima tempahan daripada para pelanggannya bagi mereka betuk corak lukisan tangan batik di atas pelbagai material mengikut citarasa dan keinginan pelanggan. Lebih istimewa, setiap rekaan dihiasi corak bunga hydrangea, iaitu tumbuhan berbunga putih, biru atau merah rumbia dan bunga ros yang diadun bersama dengan untuk memberikan sentuhan menawan. Turut diserlahkan rekaan bermotifkan corak kipas tangan yang sering dipaparkan ciptaan terdahulunya. Malah, rekaan bermotif bunga juga dititipkan sentuhan lengkok kipas sebagai penambah seri. Apa sahaja corak batik lukisan tangan yang diminta akan ditunaikan oleh Noor Arfa Batik demi kepuasan pelanggannya.

Noor Arfa Batik Membantu Ramai Usahawan Mengetengahkan Koleksi Mereka Di Pasaran

noor arfa batik 10

Selain daripada keluaran koleksi-koleksi di atas, Noor Arfa Batik juga memberi peluang kepada usahawan fashion dengan membantu mereka yang ingin menghasilkan sendiri design kain mereka supaya kelihatan lebih unik dari usahawan lain di pasaran. Jika anda berminat untuk berkecimpung dalam dunia batik serta mempunyai minat, inilah peluang keemasan yang perlu anda rebut kerana peluang begini hanya datang sekali sahaja. Noor Arfa Batik akan menunjuk ajar kepada anda dalam selok belok perniagaan batik.

Serlahkan Kecantikkan Si Pemakai Dengan Koleksi Di Noor Arfa Batik. Testimoni :

noor arfa batik 09 noor arfa batik 13 noor arfa batik 06

Koleksi Noor Arfa Batik Cantik Dan Menarik Mata Yang Memandang

noor arfa batik 14

Lihat sahaja testimoni pasti membuat hati ingin merasa sendiri keunikkan batik lukisan tangan dari Noor Arfa Batik.

Penggunaan material yang berkualiti, corak yang ekslusif dan lukisan batik tangan yang menarik. Kriteria ini semua ada di Noor Arfa Batik. Jika anda berminat untuk lihat  semua koleksi jenama Noor Arfa Batik boleh dibeli secara dalam talian di :

logo noor arfa batik 16

 

Jom Buat Tempahan Batik Terengganu SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Noor Arfa Holdings Sdn Bhd Lot 1048k Kawasan Perindustrian Chendering 21080 Kuala Terengganu , Terengganu

   
Jom Buat Tempahan Batik Terengganu SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Buat Tempahan Batik Terengganu SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: