Review
Aug 13, 2018, 7:51pm

Klinik Perubatan Keluarga Terbaik Di Selangor Dan Kuala Lumpur


  •  
  •  
  •  
  •  

Adakah anda mencari klinik perubatan keluarga terbaik di Selangor mengikut harga dan kualiti? Dengan begitu banyak perubatan keluarga di seluruh Selangor, bagaimana anda membuat pilihan tepat?

klinik perubatan keluarga terbaik di selangor

Tentang Klinik Temanku – Klinik Perubatan Keluarga Terbaik Di Selangor Dan Kuala Lumpur

Klinik Temanku menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi lelaki dan wanita termasuk kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas. Dengan teknologi Ultrasound Scan 2D, 3D, 4D dan 5D, Klinik Siti menawarkan pemeriksaan ibu mengandung oleh doktor wanita.

klinik perubatan keluarga muslimah terbaik di selangor

Klinik Temanku adalah rangkaian klinik swasta yang memberi perkhidmatan dalam bidang kesihatan sejak bertahun lamanya tahun dan ianya 100% dibangunkan serta dimiliki oleh bumiputera. Klinik Temanku menyediakan peralatan yang serba lengkap dan moden sesuai dengan kehendak pelanggan dimana seringkali dijadikan tumpuan bagi keperluan kesihatan.

Kenapa Perlu Memilih Klinik Temanku – Klinik Mesra Muslimah

Semestinya Konsaltasi dan Rawatan Bersama Doktor Wanita Di Klinik Temanku. Klinik Temanku menyediakan perkhidmatan professional mengikut garis panduan perubatan yang terkini. Mereka menyediakan penjagaan untuk kanak-kanak, orang dewasa lelaki dan wanita serta warga tua lelaki dan wanita. Klinik Temanku memahami keperluan untuk penjagaan perubatan yang konsisten.

klinik perubatan keluarga terbaik di selangor islamik

Institusi kesihatan di Klinik Temanku amat pentingkan mutu kesihatan dan keceriaan hidup di kalangan masyarakat. Ini kerana institusi itu berperanan menambah paradigma dan amalan hidup masyarakat terutama mereka yang tinggal di luar dan pinggir bandar serta mempunyai latar belakang sosial ekonomi rendah kerana servis yang ditawarkan begitu rendah dari harga RM30

Rawatan Perubatan Umum Untuk Seisi Keluarga

Doktor dan pengamal perubatan keluarga di Klinik Temanku dalam merawat penyakit umum dan keadaan tertentu untuk anda sebagai individu atau keluarga secara keseluruhan. Bidang perubatan keluarga suatu yang luas dan merupakan sumber yang baik untuk nasihat perubatan, rundingan, diagnosis dan rawatan untuk semua peringkat umur, jantina, sistem organ dan setiap jenis penyakit.

klinik perubatan ibu mengandung terbaik di selangor

Pelbagai Rawatan Ditawarkan Di Klinik Temanku

Anda boleh berunding dengan doktor perubatan keluarga di Klinik Temanku untuk rawatan berkaitan tulang dan otot, ujian saringan dan vaksin, penyakit kronik, masalah kulit dan banyak lagi. Perkhidmatan lain untuk anak-anak juga disediakan seperti sunat bayi perempuan, Ultrasound scan 2D, 3D, 4D 5D dengan LCD projektor skrin 250 inchi, pemeriksaan kesihatan untuk warga emas dan pelbagai lain.

1. Klinik Temanku Ada Ultrasound scan 2D, 3D, 4D 5D

Anda mungkin menunggu-nunggu scan bayi pertama anda, tetapi menjadi kecewa apabila melihat rangka kelabu kabur yang merupakan imej dua-dimensi yang biasa. Ini disebabkan scan terus menembusi bayi, jadi foto-foto itu menunjukkan organ-organ dalaman bayi.

klinik perubatan keluarga terbaik di selangor scan3d

Dengan skan 3-D dan 4-D, anda akan lihat kulit bayi menutupi organ-organ dalamannya. Oleh itu, anda boleh lihat bentuk mulut dan hidung bayi anda, lihat dia menguap atau menjelir lidahnya, dan boleh menentukan secara kasar samada rupanya seakan mama atau papa. Biasanya 3D hanya boleh memberi imej luaran seperti muka, bentuk badan, anggota tangan, kaki dan kadangkala jantina bayi

2. Klinik TemanKu Boleh Sunat Bayi Perempuan

klinik perubatan keluarga terbaik di selangor khatan perempuan

Mengkhatan bayi perempuan, atau istilah yang lebih tepat iaitu khifad, adalah amalan biasa bagi masyarakat Melayu Islam di negara ini. Secara amnya, ia merupakan satu prosedur yang selamat dan tidak menyakitkan serta tidak menjejaskan perkembangan bayi. Klinik Temanku menyediakan khidmat mengkhatan bayi perempuan. Kos rawatan juga adalah lebih murah daripada melakukannya di hospital.

3. Klinik Temanku Ada Servis Untuk Warga Emas

klinik perubatan keluarga terbaik di selangor warga emas

Perkhidmatan kesihatan untuk warga emas seperti check up, ujian kencing manis, ujian darah tinggi, dan pemeriksaan lainnya boleh dilakukan di Klinik Temanku. Perkhidmatan ini adalah untuk mencapai tahap kesihatan yang optima bagi warga emas melalui perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya yang menyeluruh serta bersepadu.

4. Klinik Temanku Ada Pemeriksaan Pranatal

klinik perubatan keluarga terbaik di selangor pranatal antenatal

Jika anda sedang mencari tempat pemeriksaan pranatal yang murah, anda boleh pergi ke Klinik Temanku yang dikenali sebagai Klinik Kesihatan Ibu & Anak bagi mendapatkan pemeriksaan sebelum bersalin dan pemeriksaan yang pertama pada fasa awal kehamilan. Anda juga boleh ke sana bila-bila masa dalam tempoh kehamilan anda.

5. Klinik Temanku Ada Rawatan Untuk Kanak-kanak

klinik perubatan keluarga terbaik di selangor kanak - kanak

Perkhidmatan ini melibatkan penjagaan serta penyeliaan yang berterusan dan perlu disediakan menepati keperluan kesihatan serta pelanggan masa kini. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:

  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Pengambilan antropometri (berat dan tinggi) untuk memantau pertumbuhan  kanak-kanak
  • Menjalankan penilaian perkembangan dan mengesan keadaan luar biasa
  • Penilaian pemakanan
  • Rawatan untuk penyakit ringan
  • Pemberian suntikan imunisasi
  • Pendidikan Kesihatan dan Khidmat nasihat
  • Rujukan ke pakar, sekiranya perlu.
rawatan klinik perubatan keluarga terbaik di selangor

Antara Perkhimatan Lain Yang Disediakan

  • Rawatan perubatan umum untuk seisi keluarga
  • Ultrasound 2D, 3D, 4D & 5D
  • Antenatal / postnatal follow up
  • Sunat bayi perempuan
  • Suntikan
  • Imunisasi
  • Masalah kulit
  • Diabetics
  • Darah tinggi
  • Kolesterol tggi
  • Penyakit kronik
  • Kencing manis
  • Ujian Darah
  • Ujian Air Kencing
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Pemeriksaan Mata
  • Pemeriksaan Telinga
  • ECG
  • Dressing
  • Nebulizer
  • Suction
  • Jahitan Dan membuka jahitan
  • Perancang keluarga
  • Medical check up
  • Dan lain – lain lagi

Klinik Panel Kebanyakan Syarikat Utama – Pastinya Terbaik

Pertambahan kedatangan pesakit di Klinik Temanku merupakan sesuatu yang positif kerana ia menunjukkan perkhidmatan kesihatan yang lengkap dan pelbagai dalam satu klinik seterusnya memastikan kesejahteraan kesihatan. Kemudahan rawatan ini adalah merupakan Kemudahan Perubatan yang boleh diperolehi oleh Pegawai / Pengkhidmat daripada klinik-klinik swasta yang dilantik oleh MPOB sebagai Panel Klinik. Kemudahan rawatan di Klinik Panel adalah untuk rawatan-rawatan pesakit luar termasuk bekalan ubat dan suntikan berhubung dengan rawatan yang diterima sahaja.

klinik perubatan keluarga terbaik di selangor klinik antara gapi

Melalui khidmat doktor keluarga, nasihat, runding cara, rawatan awal dan tindak susulan secara sistematik dapat diberikan kepada pelanggan, sekali gus membantu pelanggan mengekalkan kesihatan yang optima sepanjang masa. Jika masyarakat lebih sihat, ini dapat mengurangkan kemungkinan daripada mereka  memerlukan rawatan sekunder di hospital

Waktu Operasi Klinik Yang Lebih Lama

Kita boleh membayangkan bagaimana sukarnya apabila isteri atau ahli keluarga yang lain itu diserang sakit, demam atau mengalami keracunan makanan. Keadaan akan lebih parah apabila ahli keluarga diserang sakit tengah-tengah malam ketika klinik kerajaan tidak beroperasi 24 jam.

klinik perubatan keluarga terbaik di selangor buka 24 jam

Oleh hal demikian, anda boleh ke Klinik Temanku jika ada kes kecemasan kerana waktu operasi klinik ini dibuka dari jam :

7.30 pagi hingga 11 malam setiap hari

Kelebihan Klinik Temanku

  • Mempunyai Doktor perempuan muslimah Dan pembantu klinik (jururawat) muslimah
  • Menyediakan mutu perkhidmatan yang berkualiti kepada golongan yang berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.
  • Dapat mengurangkan kesesakan di hospital dan klinik kerajaan di bandar-bandar.
  • Meningkatkan tahap kesihatan rakyat Malaysia.
  • Meningkatkan keberkesanan pengawalan penyakit dalam kalangan masyarakat.
  • Mudah mendapat parkir
  • panel syarikat-syarikat besar
kelebihan klinik temanku

Fasiliti Yang Selesa Di Klinik Temanku

Klinik Temanku yang berdaya maju dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepakaran mampu menarik pelanggan selain kualiti menyediakan perkhidmatan, fasiliti yang selesa dan harga munasabah untuk pelanggan.

fasiliti di klinik temanku

Lihat Testimoni Pelanggan Tentang Klinik Temanku

testimoni klinik temanku testimoni klinik temanku testimoni klinik temanku

Jom Berkunjung ke Klinik Temanku – Klinik Perubatan Terbaik Di Selangor!

klinik temanku

Dapatkan rawatan terbaik untuk kesihatan keluarga anda di Klinik Temanku hari ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor tertera sekiranya anda ingin mendapatkan kepastian sebelum datang ke Klinik Temanku.

KLINIK TEMANKU | KLINIK PERUBATAN TERBAIK DI SELANGOR Hotline 1: Tekan untuk telefon (017-3215980) | Tekan untuk WhatsApp Talian Tetap: Tekan untuk telefon (03-60815980) Facebook: Klinik Temanku

Alamat : Klinik Temanku No 46, Jalan Gapi 1A/2 Antara Gapi, Selangor

Jom Berkunjung ke Klinik Temanku - Klinik Perubatan Terbaik Di Selangor!

Call Whatsapp Layari Website

Jom Berkunjung ke Klinik Temanku - Klinik Perubatan Terbaik Di Selangor!