Bisnes
Nov 26, 2020, 11:25am

Kisah Rezeki Kanak-kanak menjual karipap frozen di jalanan sewaktu hujan


KISAH : Kanak-kanak menjual karipap frozen di jalanan

Ada satu kisah yang diceritakan oleh suami saya telah membuka mata saya dan mungkin dapat memberi sedikit semangat pada mereka yang sekarang rasa putus asa dengan keadaan ekonomi yang penuh pancaroba.

Beberapa hari yang lepas, suami menemani saya keluar pegi beli barang . Bawak sekali si kecil. Mana nak ada orang jaga kalau tinggal kat rumah. Bila sampai kedai, saya je yang turun ke kedai. Suami tunggu dalam kereta dengan sikecil . Tak boleh bawa pegi kedai. Bahaya musim Covid19 ni. Lagipun memang SOP tak benarkan anak-anak kecil masuk ke kedai demi keselamatan mereka.

Masa tu hujan . Tak ada la lebat sangat, tapi cukupla buat baju basah kalau pergi meredah.  Kereta saya parking tempat yang berbumbung. Jadi, takdelah basah isteri kesayangan dia ni kan. Hehe.

Suami sambil perhati sekeliling menikmati hujan , tiba-tiba ternampak ada seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia mungkin 12 -15 tahun sedang menjaja. Dari jauh , tak tahu pun dia jaja barang apa.

(Gambar sekadar hiasan)

Suami saya perhati kanak-kanak tu, ketuk tingkap kereta. Dari satu kereta ke kereta lain. Tapi, tak ada nampak yang membeli dari dia. Dengan keadaan dia dah basah, barang dagangan lagi kat tangan, suami saya tengok anak saya selesa pula dalam kereta, Ya Allah… kesian nya. Suami panggil budak tu, cepat-cepat dia datang ke kereta.

(gambar karipap sebagai hiasan)

“ Ya, bang.”

“Jual apa ni dik ?”

“ Karipap frozen, bang” jawab dia.

“Berapa sebungkus?”

“RM15 je bang. Sedap karipap ni”

“Okay, bagi abang 1 lah. Kat rumah orang tak ramai. Nanti takde siapa nak makan”

“Boleh bang.”

“Hari ni hujan dik. Berapa sales adik dapat hari ni? Okay ke ni ?” Tanya saya. Ya la , rasa concern jugak la sebab kita pun orang berniaga kan ..

“Alhamdulillah bang, dapatlah dalam RM800 bang”

“Memang macam tu hari hari ke?” Rasa teruja juga dengar jualan dia tadi.

“ Tak juga. Kadang ada lagi lebih, ada hari kurang. Biasalah kan berniaga macam ni” Matang budaknya berbicara.

Habis urusan jual beli, kanak-kanak tu terus berlalu dan sambung berniaga semula. Ketuk dan ketuk tingkap kereta yang ada orang dalamnya. Gigih. Tak kenal erti mengalah budak ni.

Sayup-sayup budak tu jauh dari pandangan. Kami kagum dengan kecekalan dia. Walaupun hujan, dia tak putus asa. Dia tahu orang tak boleh keluar dari kereta nak membeli, dia yang pergi ke kereta orang. Hebat dia.

Pelanggan tak boleh datang ke dia, dia datang ke pelanggan. Boleh jual ke tak boleh jual, bukan alasan. Sekurang-kurangnya dia mencuba, bukan hanya menunggu.

Kalau diikutkan jualan dia sebulan, pasti mencecah 5 angka. Sehari RM800 , kalau 10 hari dah RM8000.

(Gambar sekadar hiasan)

Walaupun itu hanya nombor jualan, bukan keuntungan, ianya tetap hebat bagi seorang kanak-kanak yang sekecil itu.

Beberapa pengajaran yang saya dapat dari kisah budak ni:

  • Jangan putus asa. Plan A tak boleh buat, buat plan B.
  • Jangan segan dan malu. Pelanggan tak datang kat kita,  kita pergi ke pelanggan.
  • Jangan berpuas hati dengan hasil yang kita dah dapat semalam atau sebelum ni. Esok lusa kita tak tahu lagi macam mana.

Semoga kisah anak ini menjadi kekuatan buat kita semua. Semoga kita sentiasa maju dan dipermudahkan urusan sentiasa. Insha’Allah.

Sumber ; https://qasrinabeauty.com/kisah-rezeki-kanak-kanak-menjual-karipap-frozen-sewaktu-hujan/

Klik sekarang untuk dapatkan sample serum Vitamin C PERCUMA

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Qasrina Beauty

Pakar Penjagaan Kulit Wanita

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Putrajaya

   
Klik sekarang untuk dapatkan sample serum Vitamin C PERCUMA

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Klik sekarang untuk dapatkan sample serum Vitamin C PERCUMA

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: