Umum
May 15, 2020, 9:24am

Khidmat Terjemahan, Penyuntingan, Pembacaan pruf dan Parafrasa Yang Pantas Dan Terbaik


Anda pensyarah universiti, pelajar PhD, pelajar Master atau penyelidik? Manuskrip anda pernah ditolak? Anda pastinya sedih dan kecewa… Lebih-lebih lagi, jika anda rasa kajian anda sudah cukup memberangsangkan. Antara alasan manuskrip ditolak ialah, tahap Bahasa Inggeris yang kurang memuaskan, lantas menyebabkan kandungannya sukar difahami dan tidak menarik untuk dibaca. Apatah lagi, untuk penerbitan jurnal antarabangsa, gaya penulisan anda perlu disemak dan diolah supaya sama dengan cara penutur asli. Terjemahan, penyuntingan, pembacaan pruf dan parafrasa yang berkualiti ialah bahagian penting dalam proses penulisan untuk menjamin gaya penulisan dan penyampaian idea berkesan serta jelas. Tanpanya, kesalahan bahasa ini akan menyebabkan impak negatif yang serius pada hasil kerja anda.

Dalam sektor pengeluaran pula, sesetengah dokumen diwajibkan supaya disediakan dalam dwibahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, contohnya Lembaran Data Keselamatan Bahan atau Material Safety Data Sheet (MSDS). Terjemahan yang tepat adalah satu kemestian, supaya mesej dan maklumat asal dikekalkan. Apatah lagi dokumen ini berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Kesalahan dalam hasil terjemahan dikhuatiri akan mengundang padah kepada pekerja dan harta benda.

Untuk penyuntingan dan pembacaan pruf pula, nampak macam sama, tapi sebenarnya berbeza. Penyuntingan adalah untuk membaca semula draf anda dan menyemak susunan, struktur perenggan, dan kandungan. Pembacaan pruf pula adalah untuk menyemak dan membetulkan kesilapan dalam gaya penulisan, tatabahasa dan laras bahasa.

Kenapa Anda Memerlukan Kepakaran ATC Translation & Editing Services untuk Khidmat Terjemahan, Penyuntingan, Pembacaan pruf dan Parafrasa?

  1. Mengelakkan Plagiarisme 

Plagiarisme memang dilarang dalam penulisan. Jika kurang berhati-hati, penulisan yang dihasilkan berdasarkan dokumen rujukan lain akan menyebabkan anda gagal dalam semakan indeks keserupaan atau similarity index. Kesannya, manuskrip anda tidak akan dipertimbangkan untuk diterbitkan, walaupun bayaran telah dibuat. Khidmat parafrasa kami akan membantu supaya hasil penulisan anda benar-benar kelihatan asli dengan gaya penutur asli. Selain itu, plagiarisme pastinya akan menjejaskan reputasi dan integriti anda.

  1. Membantu Membetulkan Kesilapan Pada Penulisan

Apabila anda menggunakan perkhidmatan penyuntingan kami, kesilapan ejaan, tatabahasa dan sebagainya akan diperbetulkan sebelum anda menghantar tesis anda untuk dijilid atau artikel untuk diterbitkan. Dengan hasil penulisan yang berkualiti, tesis anda akan diberikan penilaian yang baik oleh penyelia dan peluang untuk artikel anda diterbitkan pula cerah. Jadi, anda pastinya memerlukan khidmat terbaik untuk membantu anda.

  1. Penterjemahan Yang Berkualiti

Bagi anda yang perlu hasil penulisan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu, khidmat terjemahan berkualiti sangat anda perlukan. Setiap bahasa mempunyai sintaks dan morfologi yang berbeza. Untuk menterjemahkan sesuatu penulisan, penterjemah yang pakar dan mahir dalam kedua–dua bahasa akan memastikan supaya maksud, maklumat dan pemahaman daripada teks asal dapat disampaikan dengan betul pada teks terjemahan. Hasilnya, teks asal dan teks terjemahan sama-sama kelihatan seperti karya asli, tanpa ‘berbau’ terjemahan. Dengan menggunakan khidmat terjemahan ATC, hasil penulisan anda menjadi lebih berkualiti dalam kedua-dua bahasa.

 

4. Sentuhan Daripada Penterjemah dan Penyunting Profesional

Hasil kajian anda mungkin memang sudah cukup hebat. Penterjemah dan Penyunting Profesional ATC akan membantu supaya artikel anda digilap untuk memenuhi kehendak pihak penerbit. Berbekalkan pengalaman dan ilmu dalam melakukan kerja terjemahan, penyuntingan, pembacaan pruf serta parafrasa untuk pensyarah, pelajar PhD dan pelajar Master di UTM, USIM, UITM, USM, UM, UKM, UTHM, UTEM, UNITEN dan lain-lain, Insya-Allah ATC akan membantu anda sebaik yang mungkin. Ini komitmen kami. Hubungi ATC untuk mendapatkan nasihat yang anda perlukan dan kadar yang ditawarkan.

 

5. Terjemahan Bertauliah (Certified Translation)

Di ATC, penterjemah kami berdaftar dengan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM).  Sijil lahir, sijil SPM, sijil nikah dan apa sahaja dokumen yang memerlukan terjemahan bertauliah, biar ATC yang uruskannya untuk anda. 

ATC Translation & Editing Services – Khidmat Terjemahan, Penyuntingan, Pembacaan Pruf dan Parafrasa Terbaik di Malaysia

ATC ialah syarikat yang menawarkan khidmat terjemahan, penyuntingan, pembacaan pruf dan parafrasa yang terbaik di Malaysia dan dipercayai. Pelanggan ATC terdiri daripada pensyarah universiti, pelajar PhD dan pelajar Master, syarikat minyak dan gas, syarikat pembuatan, agensi kerajaan dan pihak berkuasa serta orang perseorangan. Dokumen yang diterjemah dan disunting termasuk artikel jurnal, tesis, laman web, laporan tahunan dan sijil. 

ATC sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik, berkualiti tinggi dan pantas untuk memenuhi kepuasan pelanggan. 

Berikut ialah kadar yang ditawarkan untuk khidmat yang disediakan;

  • Terjemahan: RM0.35 setiap perkataan
  • Penyuntingan: RM0.15 setiap perkataan
  • Pembacaan pruf: RM0.10 setiap perkataan
  • Parafrasa: RM0.20 setiap perkataan

Kelebihan Menggunakan Khidmat ATC Translation & Editing Services

Mengapa memilih ATC Translation & Editing Services?

  • Khidmat Yang Berkualiti & Pantas

Tarikh akhir untuk menghantar hasil penulisan anda dah hampir sangat? Dan anda masih tercari-cari khidmat terjemahan dan penyuntingan yang terbaik? Bagi anda yang inginkan khidmat terjemahan, penyuntingan, pembacaan pruf dan parafrasa yang berkualiti dan pantas, segera hubungi ATC Translation & Editing Services. 

  • Penterjemah dan Penyunting Berkelayakan dan Berpengalaman

Penterjemah dan penyunting berkelayakan dan berpengalaman di ATC Translation & Editing Services sedia membantu anda. Penterjemah dan penyunting kami juga berdaftar dengan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM).

  •  Harga Yang Berpatutan

Kadar harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan boleh dirunding. 

 

  • Khidmat Terjemahan, Penyuntingan, Pembacaan pruf dan Parafrasa Yang Terbaik

Inginkan khidmat terjemahan, penyuntingan, pembacaan pruf dan parafrasa yang terbaik di Malaysia? Dapatkannya daripada ATC Translation & Editing Services. Khidmat terjemahan yang disediakan ialah terjemahan manusia, bukan terjemahan mesin. Kami berusaha memastikan hasil kerja yang berkualiti dan memuaskan, bukan sahaja kepada anda, tetapi juga pelanggan anda (contohnya penerbit). 

 

  • Pusat Khidmat Bahasa Sehentian (One – Stop Language Service Centre)

ATC Translation & Editing Services ialah pusat khidmat bahasa sehentian, untuk memenuhi keperluan terjemahan, penyuntingan, pembacaan pruf dan parafrasa anda. Namakan apa sahaja jenis dokumen…manuskrip, artikel, tesis, sijil, iklan, buku, laman web, MSDS dan banyak lagi. 

 

 

  • Dipercayai Ramai

ATC Translation & Editing Services telah banyak membantu pelbagai jenis lapisan masyarakat dalam khidmat terjemahan, penyuntingan, pembacaan pruf dan parafrasa yang berkualiti, pantas dan memuaskan pada harga yang sangat berpatutan. 

Testimoni hasil kerja terjemahan dan penyuntingan ATC Translation & Editing Services

  1. Berikut ialah contoh hasil penyuntingan.

 

 

2.Berikut ialah contoh hasil terjemahan. 

 

 

Dapatkan Khidmat Terjemahan, Penyuntingan, Pembacaan pruf dan Parafrasa daripada ATC Translation & Editing Services Sekarang!

Anda buntu..biar kami bantu! Anda gembira, kami tumpang bangga! 

Whatsapp: www.wasap.my/0127016474

Emel: english.malay.translations@gmail.com

Alamat: 8, Jln P14F, Presint 14 62050 Putrajaya

 

Dapatkan Khidmat daripada ATC Translation & Editing Services Sekarang!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

8, Jln P14F, Presint 14 62050 Putrajaya

   
Dapatkan Khidmat daripada ATC Translation & Editing Services Sekarang!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Dapatkan Khidmat daripada ATC Translation & Editing Services Sekarang!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: