Umum
May 31, 2020, 5:56am

Khidmat Proofreading Untuk Pensyarah Universiti, Pelajar PhD & Master Dari RM0.10


Sebagai pensyarah universiti, pelajar PhD, pelajar Sarjana atau penyelidik, pernahkah manuskrip anda ditolak? Pastinya ini pengalaman yang cukup mengecewakan. Apatah lagi, kajian anda memang sebenarnya sudah cukup memberangsangkan. Tahap Bahasa Inggeris kurang memuaskan adalah antara penyebab manuskrip ditolak. Ini berikutan kandungannya yang sukar difahami dan tidak menarik untuk dibaca. Lebih-lebih lagi untuk jurnal antarabangsa, gaya penulisan anda perlu digarap supaya sama dengan cara penutur asli. Terjemahan, penyuntingan, pembacaan pruf dan parafrasa yang berkualiti ialah bahagian penting dalam proses penulisan untuk menjamin gaya penulisan dan penyampaian idea berkesan serta jelas. Tanpanya kesalahan bahasa ini akan menyebabkan impak negatif yang serius pada hasil kerja anda.

Pembacaan pruf atau Proofreading ialah proses semakan akhir kandungan sebelum dokumen dihantar untuk penerbitan atau dipersembahkan untuk tatapan umum. Proofreading ialah proses untuk menjadikan dokumen bebas daripada kesalahan tata bahasa supaya maksud yang terkandung dapat disampaikan dengan baik dan tepat. Proofreading menjadikan kandungan yang ditulis sesuai penyampaiannya kepada kumpulan sasaran iaitu pembaca, pelanggan, pelajar, dan lain-lain. 

Proofreading juga dapat memastikan supaya mesej yang terkandung dalam hasil penulisan jelas untuk menyampaikan aktiviti yang dirancang bagi kepentingan kumpulan sasaran. Proofreading melibatkan pembacaan kandungan dengan berhati-hati dan menanda serta membetulkan kesalahan yang ada. 

Proofreading juga sebenarnya ialah pembacaan semula dengan perspektif baru.

Selain itu, proofreading memberi peluang untuk hasil penulisan disemak semula bagi memastikan kelancaran idea dan mesej yang hendak disampaikan mudah difahami oleh pembaca.

Ringkasnya, proofreading ialah tahap terakhir proses penyuntingan, yang memfokuskan pada kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca. 

 

Proofreading adalah penting untuk memastikan tidak ada:

Kesalahan tatabahasa 

Kesalahan penggunaan huruf besar

Kesalahan penomboran

Kesalahan ejaan

Ketidakkonsistenan dalam format dokumen

Kedudukan perkataan yang tidak betul

Kesalahan struktur ayat

Kesalahan tanda baca

 

Mengapa proofreading diperlukan?

Sebelum menghantar atau mencetak hasil penyelidikan akademik, esei, e-mel, memo, atau dokumen bertulis lain, membacanya dengan teliti adalah sangat penting. Proofreading ialah langkah terakhir yang mesti diambil sebelum dokumen boleh dianggap lengkap

Semua kesalahan kecil dan yang tidak sepatutnya, dapat diperbaiki. Bagi pelajar, proofreading dapat membantu anda memperoleh markah tambahan dalam peperiksaan dan mendapat gred yang lebih baik.

Anda pastinya ingin supaya pembaca dapat menumpukan perhatian pada isi penulisan anda, dan bukan pada kesalahan yang anda terlepas pandang. Jika hasil penulisan anda sempurna, pembaca akan menilai bahawa anda memang mengambil berat walaupun pada perkara kecil.

Ini menjadikan penulisan anda kelihatan lebih hebat dan berwibawa.

 

Tidak dinafikan, kandungan atau apa yang anda hasilkan itu penting. Tetapi, penampilan dokumen itu juga penting kerana ini akan mempengaruhi penilaian pembaca terhadapnya. Setelah penat memerah otak dan keringat untuk menghasilkan penulisan yang sangat hebat dan berharga, pastinya kesalahan disebabkan kecuaian yang mengalih perhatian pembaca perlu dielakkan.

Proofreading tidak boleh diabaikan sama sekali. Melaluinya, kita dapat bezakan dengan jelas hasil penulisan yang luar biasa daripada yang biasa-biasa. 

Begitu juga, jika anda menulis untuk tujuan penerbitan atau perniagaan, menghantar dokumen yang belum dilakukan proofreading boleh menjejaskan reputasi anda, kerana kesalahan yang tidak diperbaiki.

Proofreading yang berkesan sangat penting untuk memastikan dokumen ilmiah dan profesional yang berkualiti tinggi. Tidak ada sesiapa pun yang mampu menghasilkan teks yang sempurna tanpa menyemak semula, menilai dan memperbaiki apa yang telah ditulisnya, dan proofreading ialah bahagian yang sangat penting dalam proses ini.

Di ATC Translation & Editing Services, kami akan membantu anda dengan khidmat proofreading pantas lagi berkualiti! 

Mengapa proofreading mesti dilakukan sebelum anda menghantar penulisan ilmiah untuk diterbitkan? Secara umum, barisan penyunting yang bertanggungjawab untuk menerima atau menolak manuskrip yang diserahkan oleh ahli akademik dan saintis untuk diterbitkan, dibanjiri dengan teks. Jumlah yang mereka terima jauh lebih banyak daripada yang mampu diterbitkan oleh jurnal dan penerbit. Jadi, mereka akan mencari alasan untuk menolak manuskrip seperti mana mereka mencari alasan untuk menerimanya. Manuskrip yang tepat mematuhi garis panduan penerbit, mempunyai struktur yang kandungannya disusun secara logik dan berkesan, dan menggunakan bahasa yang menyampaikan fakta dan idea dengan jelas lagi berkesan pastinya akan diberikan perhatian yang lebih positif dan kemungkinan besar akan berjaya diterbitkan, berbanding manuskrip yang tidak mencapai standard yang tinggi. 

Ini ialah aspek penulisan ilmiah yang boleh disempurnakan dengan bantuan proofreader profesional di ATC Translation & Editing Services. 

Telefon/WA: 012-7016474

Emel: english.malay.translations@gmail.com

 

 

Proofreading juga sangat penting untuk menyempurnakan CV anda bagi mendapatkan pekerjaan yang diidamkan.

Bayangkan anda sedang memohon kerja dan terlihat iklan untuk jawatan yang anda inginkan dengan gaji cukup menarik. Anda rasa memang andalah calon yang sesuai berdasarkan kelayakan dan pengalaman yang diperlukan, lantas anda pun e-mel CV anda berserta pernyataan peribadi yang ringkas. Anda terus menekan butang hantar dan melupakannya.

Beberapa hari kemudian, anda melihat semula e-mel anda dan menyedari yang anda telah tersalah eja nama jawatan yang dipohon. Banyak jawatan ditawarkan yang memerlukan kemahiran berbahasa Inggeris yang sangat baik. Dalam contoh ini, tanpa proofreading yang dilakukan, peluang menjawat kerja impian anda terlepas begitu sahaja.

Penemuduga menolak lebih daripada 70% permohonan berdasarkan kesalahan tipografi (typo), tatabahasa dan ejaan dalam pernyataan peribadi atau CV. Ini menunjukkan betapa besarnya kesan negatif akibat kesilapan dalam hasil penulisan dan betapa pentingnya proofreading.

Hasil kajian anda mungkin memang sudah cukup hebat. Penterjemah dan Penyunting Profesional ATC akan membantu supaya artikel anda digilap supaya memenuhi kehendak pihak penerbit. Berbekalkan pengalaman dan ilmu dalam melakukan kerja terjemahan, penyuntingan, pembacaan pruf serta parafrasa untuk pensyarah, pelajar PhD dan Master di UTM, USIM, UITM, USM, UM, UKM, UTHM, UTEM dan lain-lain, Insya-Allah ATC akan membantu anda sebaik yang mungkin. Ini komitmen kami. Hubungi ATC Translation & Editing Services untuk mendapatkan khidmat yang anda perlukan.

Dengan jaminan kualiti pada tahap penutur asli (native speaker), kadar yang kami tawarkan pada RM0.10 sepatah perkataan adalah sangat berpatutan.

Ayuh! Jangan ditunggu lagi..segera hubungi ATC Translation & Editing Services. 

Telefon/WA: 012-7016474

Emel: english.malay.translations@gmail.com

Dapatkan khidmat proofreading sekarang

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

8, Jln P14F, Presint 14 62050 Putrajaya

   
Dapatkan khidmat proofreading sekarang

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Dapatkan khidmat proofreading sekarang

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: