Review
Jul 31, 2018, 10:08am

Khidmat Perakaunan Di Kuala Lumpur Murah dan Dipercayai


  • 2
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares

Bila sebut tentang akaun dan pengurusan duit, ramai peniaga yang akan berkerut dahi. Kesilapan besar yang banyak dilakukan oleh peniaga ialah tiada pengurusan akaun yang bersistem dan cekap. Kalau anda nak tahu, ramai peniaga yang sangat mahir dalam membuat jualan dan keuntungan perniagaan. Membuat akaun amat memeningkan bagi sesetengah pihak. Kos penyediaan akaun tinggi, kurang ketepatan maklumat-maklumat penyata kewangan, urusan audit, urusan SSM, masalah cukai dan macam-macam lagi.

Selain Khidmat Perakaunan

5 Perkara peniaga perlu tahu tentang akaun perniagaan

Berikut merupakan 5 perkara peniaga perlu tahu tentang akaun perniagaan;

1. Jangan Rompak Akaun Syarikat Sendiri

Terdapat Khidmat Perakaunan

Peniaga tak boleh ambil duit perniagaan sebab duit perniagaan ni Kita patut guna untuk pusingan modal, bayar kos dan pelaburan. Jadi, ambil gaji dan jadikan ianya sebagai kos perniagaan kita.

2. Tiada Akaun Syarikat

Selain Khidmat Perakaunan

Gunakan akaun khas untuk semua perbelanjaan syarikat. Akaun syarikat ni akan memudahkan proses akaun, audit, nak berurusan dengan pihak kerajaan atau cukai dan bank di masa akan datang nanti.

3. Tiada Sistem Perakaunan

Selain itu Khidmat Perakaunan

Boleh sahaja jika tidak mahu menggunakan sistem. Akan tetapi jika mempunyai sistem perakaunan ia akan memudahkan proses. Kerja pun akan jadi bertambah mudah dan lancar. Dan kalau kita tidak ada sistem perakaunan, takut nanti bermasalah dalam pembayaran cukai nanti. Boleh lantik akauntan bertauliah untuk buatkan dan jadi penasihat dan konsultan akaun anda.

4. Tidak Simpan Voucher, Resit Bayaran Dan Invoices

Khidmat Perakaunan

Dalam perniagaan, ada beberapa dokumen penting yang berkaitan dengan urusan jual beli anda yang perlu anda simpan dengan baik. Antaranya ialah, resit penerimaan bayaran dari pelanggan, voucher bayaran, invoice, resit pembelian, perjanjian sewa beli, perjanjian untuk jualan secara consignment dan macam-macam lagi.

5. Tidak Tahu Kos Perniagaan Dan Untung

Khidmat Perakaunan

Perniagaan ialah untuk kita bantu orang lain dengan perniagaan kita, dan untuk kita bantu diri kita dengan keuntungan yang kita dapat dan kepuasan dari membantu orang lain.  Masalahnya, ada ramai peniaga tak tahu langsung tentang kos perbelanjaan perniagaan mereka. Mereka tak tahu dengan jelas kos untuk setiap produk. Dari pembuatan sehingga produk tersebut sampai ke tangan pelanggan, semuanya melibatkan kos. Anda tidak layak untuk gelar diri anda peniaga jika anda tak tahu kos perbelanjaan perniagaan, kos jualan, untung rugi syarikat. Jika anda berada dalam keadaan ini, anda patut fikirkan semua tindakan anda.

Kepentingan Mengupah Akauntan Sambilan Untuk Syarikat Anda!

Jika perniagaan anda baru bermula atau masih dalam peringkat awal, upah saja akauntan sambilan yang boleh menyediakan akaun anda setahun sekali. Transaksi anda mungkin masih sedikit dan tidak berbaloi untuk menggaji kerani akaun sepenuh masa. Ini kerana ia dapat;

Mengurangkan Perbelanjaan Operasi

Selain itu Khidmat Perakaunan

Ia akan dapat membantu anda untuk memperoleh kemahiran, sistem dan servis perakaunan yang anda perlukan tanpa perlu melantik pekerja dengan kos yang tinggi dan melabur dalam teknologi infrastruktur. Ini akan membantu perniagaan anda membuat penjimatan yang besar.

Semakan Penipuan

Terdapat Khidmat Perakaunan

Pembekal servis kewangan terurus akan memastikan keselamatan perniagaan anda dari sebarang cubaan penipuan oleh pekerja anda. Mereka akan bertanggungjawab terhadap segala proses transaksi demi menjamin ketepatan mereka. 

Dengan penyemburan luar strategi dan servis kewangan, mereka boleh menggunakan kepakaran professional untuk membongkar sebarang penyelewengan di dalam perniagaan anda.

Mengelakkan Penalti Proses Cukai

Ada Khidmat Perakaunan

Mengupah pembekal servis kewangan membolehkan anda untuk memfailkan cukai anda dengan sewajarnya dan ini akan menyelamatkan anda dari dikenakan penalti cukai.

Menggunakan Teknologi Terkini

Ciri Khidmat Perakaunan

kemajuan teknologi yang pesat menjadikan pasaran semakin dinamik. Penyedia servis pengurusan kewangan akan menggunakan teknologi yang progresif di dalam perniagaan anda.  Mereka akan memastikan anda menikmati kelebihan menggabungkan teknologi terkini di pasaran.

Penyelesaian Inovatif dan Cekap

Mengupah servis perakaun akan membantu anda untuk mendapatkan keputusan yang tepat apabila anda melantik akauntan tetap untuk melakukan kerja tersebut. Oleh itu juga, akauntan luar akan membawa masuk perspektif baru kepada perniagaan anda untuk meningkatkan produktiviti

Ciri-ciri Khidmat Perakaunan

Bagi anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, anda boleh mendapatkan servis penyediaan akaun syarikat perniagaan ini dengan harga yang sangat murah dengan PUAN FAZDLINA yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari UiTM.

Antara Servis Yang Disediakan ialah;

Khidmat Perakaunan
  • Full Set Account
  • Financial Statement  Preparation
  • General Ledger
  • Account Receivable
  • Account Payable
  • Invoice Preparation
  • Year End Closing
  • Backlog Account

Malah anda juga boleh memilih sama ada penyediaan akaun syarikat anda secara bulanan, suku tahun mahupun tahunan. Anda yang tentukan sendiri.

Kelebihan Menyediakan Akaun Yang Baik Dan Tersusun

Untuk usahawan di luar, dalam memastikan kita boleh berjaya dalam perniagaan. Amatlah digalakkan dalam memastikan penyediaan akaun yang baik dan tersusun. Kelebihan dalam menyediakan akaun antaranya ialah:-

1) Dapat mengenal pasti kedudukan kewangan syarikat

Antara Khidmat Perakaunan

Sangat penting kita kenal pasti kedudukan kewangan syarikat untuk mengelak dari kita membuat perbelanjaan yang tidak sesuai pada waktu dan mengelak dari masalah aliran tunai.

2) Dapat membuat analisa dan perancangan

Terdapat Khidmat Perakaunan

Melalui penyediaan penyata kewangan yang lengkap, kita dapat mengetahui dan menganalisa kewangan syarikat kita.

3) Dapat mengenal pasti dan mengelak penyelewengan

Mencari Khidmat Perakaunan

Penyelewengan mudah berlaku jika tiada kawalan pada aliran tunai dan kawalan pada duit keluar. Jika akaun tidak dapat di kemas kini maka ia memudahkan pihak tertentu untuk mengambil kesempatan atas kelemahan yang wujud

4) Merancang percukaian syarikat bagi tahun semasa

Mencari-cari Khidmat Perakaunan

Hakikatnya, syarikat mempunyai pilihan dalam memastikan jumlah cukai yang dibayar adalah tepat dan mengikut keuntungan yang sebenar bagi tahun semasa tersebut.

5) Merancang strategi pengurusan risiko

Khidmat Perakaunan

Setiap keputusan yang dibuat syarikat akan membawa risiko tersendiri. Risiko syarikat perlu diuruskan dengan bijak bagi mengelakkan berlakunya risiko yang tidak mampu ditanggung.

6) Pinjaman mudah diluluskan

Selain itu Khidmat Perakaunan

Dengan menyediakan akaun secara berkala, syarikat dapat merancang corak aliran kewangan syarikat bagi memastikan syarikat membuat keuntungan yang kukuh bagi tahun semasa.

Dapatkan Perkhidmatan Penyediaan Akaun Syarikat Perniagaan Dengan Segera!

Tunggu apa lagi, dapatkan segera Perkhidmatan Penyediaan Akaun Syarikat Perniagaan  hari ini juga sebelum perniagaan anda bertambah parah dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Khidmat Perakaunan yang terbaik

PUAN FADZLINA | KHIDMAT PERAKAUNAN DI KUALA LUMPUR MURAH DAN DIPERCAYAI Hubungi: Tekan untuk telefon (013 3777071) | Tekan untuk WhatsApp Email: fadzlinamsc@gmail.com