Umum
May 31, 2020, 6:00am

Khidmat Paraphrasing Untuk Pensyarah Universiti, Pelajar PhD & Master Dari RM0.20


Mengapa Parafrasa (Paraphrasing) Penting?

Sebagai pensyarah universiti, pelajar PhD, pelajar Sarjana atau penyelidik, pernahkah manuskrip anda ditolak? Pastinya ini pengalaman yang cukup mengecewakan. Apatah lagi, kajian anda memang sebenarnya sudah cukup memberangsangkan. Antara sebab manuskrip ditolak ialah indeks kesamaan (similarity index) yang tinggi dan tahap Bahasa Inggeris kurang memuaskan. Berikutan indeks kesamaan yang tinggi, biasanya pada kadar melebihi 10-15%, teks anda dilihat sebagai plagiarisme terhadap karya atau hasil penulisan orang lain yang pernah diterbitkan sebelum ini. Untuk jurnal antarabangsa, gaya penulisan anda memang perlu digarap supaya kelihatan benar-benar asli dengan gaya bahasa penutur asli. Terjemahan, penyuntingan, pembacaan pruf dan parafrasa yang berkualiti ialah bahagian penting dalam proses penulisan untuk menjamin gaya penulisan dan penyampaian idea berkesan serta jelas. Perhatian khusus perlu diberikan kerana kesalahan bahasa ini, walau seremeh mana pun, akan menyebabkan impak negatif yang serius pada hasil kerja anda.

Secara umumnya, tujuan utama parafrasa ialah menjelaskan apa yang telah dinyatakan sebelumnya dengan cara yang lebih menonjol, ringkas dan mungkin juga dengan cara lebih pendek, dengan mengekalkan makna keseluruhan pernyataan asal, untuk mengurangkan bahasa yang berjela-jela mengenai mesej disampaikan, tanpa mengurangkan sedikit pun maknanya. Paraphrasing ialah salah satu aspek penulisan yang paling penting dan mustahak kerana peranannya menjadikan hasil penulisan seperti laporan penyelidikan dan artikel anda lebih berkesan. 

Parafrasa sangat diperlukan untuk menghasilkan  karya penulisan yang autentik dan karya penulis asal tidak perlu dipetik untuk mengelakkan pengulangan.

Parafrasa ialah kemahiran sangat berharga dalam proses penulisan yang membolehkan anda menyampaikan sesuatu teks menggunakan perkataan dan frasa lain dengan mengekalkan maknanya. 

Parafrasa memainkan peranan penting dalam penulisan akademik, dokumen undang-undang, artikel dan lain-lain. Proses parafrasa ini memerlukan kemahiran berfikir, kemahiran menulis dan pemahaman yang betul untuk menjamin hasil yang berkualiti dan memuaskan. 

Dalam bidang akademik, parafrasa ialah kemahiran penting yang harus dikuasai oleh pelajar kerana dapat membantu mereka menyempurnakan banyak kertas penyelidikan, tesis, projek dan tugasan lain dengan lancar dan teratur. Banyak mata pelajaran memerlukan kajian menyeluruh dibuat dan nota sendiri perlu dihasilkan. Namun kemahiran ini bukanlah semudah yang disangka, kerana anda perlu menguasai bahasa yang digunakan selain pengetahuan mengenai bidang anda. Inilah sebabnya kami di ATC Translation & Editing Services sentiasa bersedia bersama anda untuk memudahkan anda menghasilkan karya penulisan yang bermutu tinggi.

Parafrasa melibatkan beberapa langkah seperti berikut:

. Memahami teks sumbernya sepenuhnya. Baca berulang kali sehingga maksud sepenuhnya difahami.

. Catatkan kata kunci dan perkara utama.

. Menulis semula teks menggunakan perkataan sendiri.

Secara umum juga, parafrasa dilakukan untuk mengelakkan plagiarisme dalam penulisan. Biasanya, indeks kesamaan (similarity index) atau tahap plagiarisme tidak dibenarkan melebihi 10-15%.

Dalam penulisan, biasanya kita akan membuat banyak rujukan pada sumber ilmiah lain. Sekiranya disalin terus, pastinya semakan plagiarisme akan menunjukkan peratusan yang tinggi dan manuskrip anda tidak layak dihantar untuk penerbitan. Di ATC Translation & Editing Services, khidmat profesional parafrasa kami membantu anda mengurangkan indeks kesamaan daripada setinggi 70% sehingga 10-15%.  

Hasil kajian anda mungkin memang sudah cukup hebat. Penterjemah dan Penyunting Profesional ATC akan membantu supaya artikel anda digilap supaya memenuhi kehendak pihak penerbit. Berbekalkan pengalaman dan ilmu dalam melakukan kerja terjemahan, penyuntingan, pembacaan pruf serta parafrasa untuk pensyarah, pelajar PhD dan Master di UTM, USIM, UITM, USM, UM, UKM, UTHM, UTEM dan lain-lain, Insya-Allah ATC akan membantu anda sebaik yang mungkin. Ini komitmen kami. Hubungi ATC Translation & Editing Services untuk mendapatkan khidmat yang anda perlukan.

Dengan jaminan kualiti pada tahap penutur asli (native speaker), kadar yang kami tawarkan pada RM0.20 sepatah perkataan adalah sangat berpatutan.

Ayuh! Jangan ditunggu lagi..segera hubungi ATC Translation & Editing Services. 

Telefon/WA: 012-7016474

Emel: english.malay.translations@gmail.com

Jom dapatkan khidmat Paraphrasing sekarang

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

8, Jln P14F, Presint 14 62050 Putrajaya

   
Jom dapatkan khidmat Paraphrasing sekarang

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom dapatkan khidmat Paraphrasing sekarang

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: