Review
Mar 8, 2018, 1:55pm

Khidmat Guaman Untuk Jual Beli Tanah Dan Tukar Nama Rumah


  •  
  •  
  •  
  •  

Semua proses urusan pembelian tanah dan rumah mengambil masa yang sangat panjang sekiranya kita tidak mengetahui prosesnya dan kemudahan yang perlu kita gunakan untuk menguruskannya. Salah satu perkara penting yang perlu kita lakukan adalah mengambil khidmat guaman bagi menguruskan urusan jual beli rumah sehingga semua urusan tersebut selesai. Terdapat banyak sebab mengapa pentingnya peguam digunakan berbanding membeli rumah tanpa peguam.

Khidmat Guaman Untuk Jual Beli Tanah

Dalam konteks pembelian rumah, ramai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung seperti pembeli, penjual, bank penjual, pejabat duti setem, majlis daerah, bank pembeli, LPPSA, pejabat tanah, pihak berkuasa negeri dan lain-lain lagi.  Peguam dapat membantu anda menyelesaikan segala urusan-urusan yang melibatkan pelbagai pihak malah prosedur pembelian rumah dan tanah sangat rumit dan meluas serta melibatkan pihak mahkamah dan sebagainya.

urusan jual dan beli dengan khidmat guaman

Begitu juga sekiranya anda ingin menukar nama rumah kepada orang lain, khidmat peguam amat diperlukan bagi menguruskan segala prosedur yang dikehendaki. Ia juga dipanggil proses pindah hak milik dimana proses ini sangat penting supaya nama pembeli boleh didaftarkan dan ditukar ke dalam surat hak milik yang menunjukkan status mereka sebagai pemilik sah hartanah tersebut.  Ini adalah untuk kemudahan pada masa akan datang sekiranya mereka ingin melakukan urusan jual beli rumah, gadaian ataupun ingin pindah milik rumah tersebut kepada waris mereka yang seterusnya pula.

hak perundangan menerusi khidmat guaman

Selain daripada urusan jual beli tanah, khidmat peguam akan diperlukan sekiranya anda terlibat dalam kes litigasi di Mahkamah, pembahagian harta pusaka dan faraid, menfailkan penceraian menuntut insurans untuk kemalangan jalan raya dan semua urusan yang melibatkan perundangan dan khidmat nasihat. Beratnya jika difikirkan seorang diri bagaimana cara yang perlu kita lakukan untuk membeli rumah, menukar nama rumah dan segala urusan yang melibatkan jual beli tanah. Oleh itu, khidmat peguam sangat penting untuk urusan jual beli tanah dan juga tukar nama rumah. Dewasa ini, amat sukar untuk mencari peguam yang benar-benar boleh bekerjasama menguruskan hal-hal rumah, memahami situasi kita serta dapat membantu semua urusan untuk lebih mudah.

Messrs Munirah Rahmad & Co – Khidmat Guaman Seluruh Semenanjung Malaysia

khidmat guaman untuk jual beli rumah

Messrs Munirah Rahmad & Co merupakan syarikat guaman yang memberi khidmat guaman secara menyeluruh di seluruh semenanjung Malaysia.  Anda yang memerlukan khidmat guaman bagi urusan jual beli tanah dan tukar nama rumah atau pindah milik tidak perlu risau kerana Messrs Munirah Rahmad & Co akan membantu anda menyelesaikan semua urusan dan prosedur dengan lancar dan berkesan.  Perkhidmatan yang disediakan juga adalah menyeluruh dan tidak terhad kepada urusan jual beli rumah sahaja. Messrs Munirah Rahmad & Co mempunyai lokasi HQ mereka di Negeri Sembilan dan mereka bertapak dicawangan Kuala Lumpur. Untuk segala urusan, anda boleh terus mendapatkan mereka atau membuat temujanji.  Selain berpengalaman, mereka sangat diyakini dan menjadi pilihan yang tepat bagi anda semua dalam menguruskan semua urusan guaman.

Khidmat Guaman Menyeluruh Messrs Munirah Rahmad & Co.

khidmat perundangan dan nasihat

Syarikat guaman Messrs Munirah Rahmad & Co mempunyai perkhidmatan yang sangat menyeluruh di mana mereka akan membantu anda menyelesaikan segala masalah yang anda hadapi serta membantu anda mendapatkan aset hartanah anda sehingga segala proses tersebut selesai dan telah menjadi milik anda sepenuhnya. Mereka juga berkhidmat membantu anda dari segi perkhidmatan lain seperti khidmat guaman bagi pinjaman kerajaan, mendapatkan surat kuasa mentadbir, perlepasan gadaian, proses pindah milik nama dan lain-lain lagi. Anda tidak perlu fikirkan lokasi kerana mereka akan membantu anda dan memberi yang terbaik untuk anda walau dimana sahaja anda berada dalam semenanjung Malaysia.  

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Messrs Munirah Rahmad & Co

khidmat guaman yang disediakan kepada anak guam
  • Khidmat Guaman Hartanah
  • Khidmat Guaman Bagi Pinjaman Kerajaan
  • Khidmat Guaman Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir
  • Pelepasan Gadaian
  • Proses Pindah Milik Nama

Jenis, Proses & Kelebihan Khidmat Guaman Dari Messrs Munirah Rahmad & Co.

Khidmat Guaman Hartanah

Setiap pembelian sesuatu hartanah memerlukan khidmat guaman untuk menyelesaikan urusan-urusan penting dengan pihak yang terlibat.  Messsrs Munirah Rahmad & Co. memberikan khidmat guaman yang lengkap iaitu dari awal proses sehinggalah akhir proses iaitu sehingga anda mendapat kunci rumah dan telah jelas tentang semua urusan.  Urusan anda akan menjadi bertambah mudah dan anda boleh rujuk sahaja kepada Messrs Munirah Rahmat sekiranya terdapat apa-apa yang anda tidak jelas dan tidak faham. Malah, mereka juga sering turun padang untuk menyelesaikan kes anda sehingga selesai dan tidak mengharapkan projek untuk staff semata-mata.

khidmat guaman untuk tukar nama rumah

Sifat pimpinan yang berkaliber menjadikan urusan mereka berjalan lancar dan terbaik. Untuk pengetahuan anda juga, anda boleh mendapatkan maklumat yang terperinci tentang prosedur jual beli terlebih dahulu daripada mereka kerana setiap kes rumah adalah tidak sama dan ia bergantung kepada keadaan geran tanah sesuatu aset tersebut.  Selepas berbincang, anda boleh menentukan untuk melantik mereka bagi menyelesaikan kes jual beli rumah anda atau tidak. Hasil kerja yang lengkap, efektif dan mudah dirunding menjadikan ramai orang yang suka menggunakan khidmat daripada Messrs Munirah Rahmad & Co.

Khidmat Guaman Bagi Pinjaman Kerajaan

khidmat guaman untuk pinjaman kakitangan kerajaan

Khas untuk anda yang merupakan kakitangan kerajaan juga boleh mendapatkan khidmat daripada Messrs Munirah Rahmad & Co. sekiranya anda ingin memohon pembiayaan dari LPPSA yang sangat rumit pada suatu ketika dahulu.  Prosedurnya tidaklah serumit dahulu di mana syarat-syarat utamanya tidak lagi memerlukan anda memberi surat kebenaran pindah milik dan menggadai. Malah, ia memakan masa yang sikit untuk mengetahui kelayakan sama ada lulus atau tidak.  Selepas itu, anda boleh mulakan khidmat peguam anda untuk menguruskan proses jual beli rumah.

Khidmat Guaman Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir

khidmat guaman untuk tadbir kuasa

Selain dari perkhidmatan jual beli rumah, Messrs munirah Rahmad & Co juga pakar dalam menguruskan proses untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir.  Surat kuasa mentadbir diperlukan oleh pihak waris yang mempunyai hak mutlak ke atas harta pusaka arwah ibu bapanya dan surat kuasa ini diperlukan oleh Mahkamah dari pihak guaman individu tersebut dan ianya tidak boleh dilakukan sendiri oleh individu.  Contohnya, ahli keluarga ingin menuntut pampasan insuran si mati dan pihak insuran memerlukan surat kuasa mentadbir sebagai syarat utamanya. Disebabkan itulah, penting untuk kita mempunyai surat kuasa mentadbir supaya hak dapat dijaga dan tidak diragui.   Mujur Messrs Munirah Rahmad & Co menyediakan perkhidmatan guaman untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir.

Pelepasan Gadaian

khidmat guaman untuk pelepasan gadaian

Pelepasan gadaian diperlukan sekiranya hutang-hutang pinjaman perumahan anda dengan bank telah habis dibayar. Messrs Munirah Rahmad & Co turut menawarkan khidmat guaman pelepasan gadaian. Pelepasan gadaian ini sangat penting kerana ia menjadi sebagai bukti dimana menunjukkan anda telah habis membayar segala hutang dengan pihak bank.  Ia juga akan digunakan sekiranya anda ingin menjual rumah kelak. Oleh itu, pihak bank pula akan menyerahkan semula dokumen-dokumen asal seperti geran tanah asal, surat akujanji daripada Pemaju, dokumen perjanjian pinjaman asal dan pelbagai lagi. Sekiranya tiada pelepasan gadaian, dokumen-dokumen tersebut tidak akan dipulangkan kepada anda selama-lamanya sekiranya tiada dokumen pelepasan gadaian yang dibuat.  Anda tidak perlu bimbang, untuk dapatkan pelepasan gadaian dengan cepat, mudah dan bagus, Messrs Munirah Rahmad & Co akan siapkan untuk anda supaya kerja anda menjadi lebih lancar!

Proses Pindah Milik Nama

khidmat tukar nama hartanah

Proses pindah milik nama yang sering diperkatakan oleh orang awam adalah menukarkan nama asal kepada nama orang lain dan proses ini bukanlah sesuatu yang mudah dan Messrs Munirah & co. akan melakukan yang terbaik untuk anda.  Tahukah anda bahawa geran strata (yang berupa apartment dan pangsapuri kos rendah) serta geran individu (iaitu landed property) anda telah dikeluarkan oleh pemaju? Oleh itu, setelah anda habis membayar kesemua wang belian rumah dengan pihak pemaju, proses pindah milik nama perlu dilakukan untuk anda meletakkan nama anda sendiri.  Takkanlah anda masih mahu nama pemaju didaftarkan di geran rumah anda sedangkan anda sudah tamat bayar duit rumah dan ia telah jadi milik anda 100%? Sekiranya pemaju itu juga sudah tidak beroperasi atau bankrupt, pernahkah anda terfikir apa akan berlaku kepada rumah anda kerana geran tersebut berada di tangan pemaju? Kerana itulah terbanyak banyak kes-kes diminta pindah keluar walaupun telah taman bayar duit rumah kepada pemaju dan sebagainya.  Geran sangat penting berada ditangan anda kerana ia adalah identiti bagi rumah anda yang wajib anda sendiri simpan.

memerlukan pertolongan untuk nasihat guaman

Situasi lain juga akan berlaku sekiranya ‘liquidator’ dilantik oleh pemaju untuk menguruskan pindah milik nama, pihak peguam anda akan berurusan dengna ‘liquidator’ tersebut bagi mendapatkan dokumen penting yang diperlukan seperti geran rumah anda.  Namun, anda terpaksa membayar caj kepada ‘liquidator’ sebagai service caj mereka bagi mendapatkan dokumen tersebut. Sebaliknya, sekiranya ‘liquidator’ tidak dilantik, proses rumah anda akan tidak tamat disitu malah tergantung begitu sahaja. Oleh itu, untuk mengelakkan kejadian seperti ini, anda haruslah peka untuk mendapatkan geran rumah anda secepatnya selepas tamat bayar keseluruhan harga rumah dan rujuk Messrs Munirah Rahmad & Co. bagi memastikan proses pindah milik anda berjalan dengan lancar tanpa masalah.

Jom Guna Khidmat Guaman Messrs Munirah Rahmad & Co.

khidmat guaman jual beli rumah yang berpatutan

Khidmat guaman Messrs Munirah & Co. adalah perkhidmatan yang arif, bijaksana dan lengkap dengan pelbagai perkhidmatan dan maklumat yang anda perlukan.  Kes-kes anda akan berjalan lancar dengan adanya khidmat guaman dari mereka. Bagi anda yang ingin melakukan proses jual beli tanah dan juga tukar nama rumah, anda boleh menggunakan perkhidmatan Messrs Munirah Rahmad & Co.  Anda amat disyorkan untuk berbincang dengan mereka dan anda sendiri boleh menilai untuk memilih mereka menjadi peguam untuk kes anda ataupun tidak. Sememangnya kes anda akan berjalan lancar dan anda akan berpuas hati dengan khidmat guaman yang diberikan oleh mereka yang sangat hebat dan terbaik!

MESSRS MUNIRAH RAHMAD & CO | KHIDMAT GUAMAN SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA

Hubungi HQ: Tekan untuk telefon (06-8507624) Caw. Sri Damansara: Tekan untuk telefon (0133113182) | Tekan untuk WhatsApp Emel: mrc_legal@yahoo.com

Alamat HQ: Messrs Munirah Rahmad & Co PT 12992, Putra Indah, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Cawangan Sri Damansara: Messrs Munirah Rahmad & Co K-301, Pangsapuri Cempaka, Sri Damansara, 52100 Kuala Lumpur

Jom Guna Khidmat Guaman Messrs Munirah Rahmad & Co. SEKARANG!

Whatsapp Layari Website

Jom Guna Khidmat Guaman Messrs Munirah Rahmad & Co. SEKARANG!