Yogurt bukanlah minuman asing bagi penduduk Malaysia. Malah, ramai yang menjadikan yogurt sebagai minuman harian yang wajib di ambil sekurang – kurangnya sekali sehari. Umumnya telah mengetahui bahawa yogurt sangat bagus untuk usus dengan melancarkan proses penghadaman serta bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan dalaman serta luaran.
Yogurt mempunyai pelbagai variasi perisa membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium. Yogurt juga menjadi pilihan utama bagi mereka yang sedang diet serta mereka yang ingin menurunkan berat badan. Namun, lambakan pilihan yogurt di pasaran pasti membuatkan anda keliru untuk dapatkan yogurt yang berkualiti serta bagus untuk kesihatan anda. Ikuti perkongsian artikel ini untuk mengetahui yogurt yang terbaik untuk anda dan keluarga.
Dengan pengamalan minuman yogurt setiap hari, anda dapat menikmati pelbagai manfaat daripada vitamin yang terkandung di dalam yogurt. Antaranya ialah kalsium yang sangat bagus untuk tumbesaran tulang, vitamin B12 sangat bagus untuk sel darah merah serta yogurt penuh dengan protein yang memberikan rasa kenyang yang lama.
Pengambilan yogurt sangat disarankan kepada mereka yang mempunyai masalah sembelit. Bakteria baik yang dikenali probiotik di dalam yogurt boleh membantu sistem pencernaan badan anda serta membantu badan anda bertindak balas dengan baik terhadap sebarang alahan dan penyakit.
Kandungan protein yang tinggi di dalam yogurt mampu memberi kekenyangan yang lama kepada seseorang individu. Oleh yang demikian pengambilan yogurt tanpa lemak sangat disarankan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Ada juga wanita menjadikan yogurt sebagai masker muka dan menjadikan yogurt sebagai bahan tambahan untuk scrub. Yogurt berfungsi untuk menghilangkan garis kedutan, garis halus serta melicinkan kulit. Selain itu, yogurt juga membantu menghilangkan jerawat dan melawan pertumbuhan jerawat.
Pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi boleh mengurangkan risiko untuk mendapat osteoporosis iaitu penyakit tulang rapuh. Anda akan perolehi kalsium dan vitamin D ini di dalam yogurt yang anda minum.
The Awesome Culture Yogurt diperbuat daripada 100% susu segar asli dan menggunakan puri buah yang sebenar. Ia terdiri daripada 6 variasi yang berbeza bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mempunyai pelbagai citarasa iaitu perisa original, kelapa laut, jambu batu, mempelam, karamel dan mint tea. Kualiti pembuatan The Awesome Culture Yogurt ini sangat dijaga sehinggakan mereka menggunakan air bertapis RO ( purified water ) dalam penyediaan yogurt ini.
The Awesome Culture Yogurt bukanlah yogurt biasa – biasa seperti lambakan di pasaran. Pasti anda ingin mengetahui apakah keunikan The Awesome Culture Yogurt ini.
Bagi wanita yang ingin menjaga kesihatan organ intim, anda boleh mengamalkan The Awesome Culture Yogurt kerana yogurt ini dapat mengurangkan risiko jangkitan kulat pada bahagian intim. Anda boleh mengamalkan minuman yogurt yang sejuk atau sederhana sejuk kurang manis bagi mengelakkan penyakit berkenaan.
Pengambilan The Awesome Culture Yogurt mampu memberi ketahanan badan daripada terkena virus, alahan atau sebarang penyakit. Anda yang berumur 70 tahun pun boleh mengamalkan The Awesome Culture Yogurt di mana ia sangat membantu meningkatkan ketahanan badan warga emas juga.
Yogurt dikenali sebagai ‘makanan hidup’ kerana terdapat bakteria mikroskopik aktif di dalamnya. Bakteria ini dikenali sebagai probiotik atau bakteria baik. Bakteria baik ini membantu anda dalam proses penghadaman serta melawan penyakit yang datang.
The Awesome Culture Yogurt mengandungi kalium di mana ia boleh membantu mengepam beberapa natrium yang berlebihan dari badan. Menurut kajian, probiotik dalam yogurt juga boleh memainkan peranan penting dalam menurunkan tekanan darah dan menggalakkan kesihatan jantung anda.
Semestinya The Awesome Culture Yogurt menjadi pilihan mereka yang ingin menurunkan berat badan dan mengamalkan diet yang sihat. Kandungan yogurt yang tinggi protein memberi daya tahan kelaparan yang lama serta membekalkan tenaga sepanjang hari. Pada masa yang sama, sumber kalsium di dalam yogurt juga membantu kesihatan tulang.
Sudah ramai yang mendaftar sebagai agen sah The Awesome Culture Yogurt. Mereka mengambil peluang untuk dapatkan stok yogurt dengan harga agen yang jauh lebih murah. Anda juga boleh melakukan perkara yang sama. Anda hanya perlu daftar menjadi agen dan bakal nikmati penjimatan berganda bersama The Awesome Culture Yogurt.
Anda yang berada di sekitar Lembah Klang boleh menikmati servis penghantaran percuma. Anda yang berminat untuk menjana tambahan pendapatan pun boleh mengisi slot agen yang dibuka di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi info di bawah.
THE AWESOME CULTURE YOGURT | RAHSIA DI SEBALIK MINUMAN YOGURT
Hotline 1: Tekan untuk telefon (017-6154867 ) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (012-2581277) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook : The Awesome Culture
Instagram : The Awesome Culture
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang