Semenjak kebelakangan ini, Kereta Sewa semakin diminati oleh para pelancong berbanding pengangkutan pengangkutan awam yang lain. kereta sewa wujud disebabkan tarikan untuk datang ke kawasan itu. Tarikan mungkin disebabkan oleh aktiviti pelancongan, pekerjaan, perniagaan, pendidikan dan sebagainya. Disebabkan kesukaran untuk membawa kenderaan mereka sendiri ke tempat berkenaan, maka mereka lebih suka menyewa kereta kerana ia menjimatkan dari segi tenaga dan wang.
Hanya menempah secara online, anda sudah dapat berjalan atau pergi ke tempat yang anda hajati. Ya, tidak dapat dinafikan sekarang ini Kuala Lumpur terdapat pelbagai rangkaian kemudahan awam yang agak hebat seperti LRT, Komuter, ERT dan Monorel, Teksi, Uber dan Grabcar. Namun rangkaian seperti LRT, Komuter, MRT, ERT mahupun Monorel tidaklah melangkaui ke seluruh kawasan yang anda ingin tuju. Malah perkhidmatan Teksi Bermeter juga mengenakan bayaran yang berlipat kali ganda. Bagi pengangkutan Uber mahupun Grabcar pula, anda akan dikenakan bayaran perjalanan sehala sahaja. Kos pengangkutan akan meningkat pabila melibatkan banyak kawasan yang hendak dituju. Jika anda datang ke Kuala Lumpur secara berkumpulan yang besar pula, sudah pasti anda memerlukan lebih dari satu Uber mahupun Grabcar. Dengan itu, kereta sewa adalah penyelesaian yang terbaik untuk anda
Imtra Enterprise ditubuhkan pada 3 November 2012 dan menguruskan lebih 60 buah kereta sewa dan menerima pelanggan dari dalam dan luar negara. Pada tahun 2014, pihak pengurusan telah
membuat rebranding syarikat baru iaitu Pagieh Resources pada tanggal 27 Disember 2014. Sehingga kini dengan pengalaman lebih 7 tahun, Pagieh Resources mempunyai kereta sekecil Perodua Viva 1.0 Auto sehinggalah Toyota Vellfre 8 seater 2.4 Auto. Kami mempunyai rakan niaga di SELURUH MALAYSIA untuk sewaan kereta dan kami juga berdaftar di bawah KOPKES (Koperasi Kereta Sewa Malaysia).
Bagi memudahkan urusan pelanggan, website kami juga mempunyai portal booking DAN kami juga menyediakan servis menghantar kereta di depan rumah anda. Jadi sitback-relax- and enjoy the ride.
Kereta kami dicuci dan dibersihkan setiap kali pelanggan hantar, tiada istilah “2ND HAND” dalam bisnes kami, setiap pelanggan dijanjikan kereta yang sudah siap dicuci dan dibersihkan oleh staf-staf kami yang cukup berdedikasi dalam menjalankan tugas-tugas mereka.
Anda tidak perlu datang ke pejabat kami untuk membuat tempahan, cukup sekadar membuat tempahan di atas talian. Kami faham atas faktor kesibukan anda bekerja jadi kami di sini ingin memudahkan anda dalam setiap transaksi yang anda buat bersama kami.
Kami menyediakan pelbagai jenis model kenderaan, saiz, harga kereta sewa untuk pilihan pelanggan mengikut bajet masing-masing.
Kami menawarkan harga kereta sewa yang termurah di sekitar titiwangsa dan kawasan sekitarnya berbanding dengan tawaran perkhidmatan kereta sewa yang lain.
Anda boleh sewa kereta secara harian, mingguan dan bulanan dengan harga yang lebih murah seperti yang ditawarkan sekitar seluruh Titiwangsa. Sebaiknya anda perlu merancang terlebih dahulu berapa lama tempoh untuk menyewa kereta supaya tidak menimbulkan sebarang masalah semasa menggunakannya.
Perodua Viva adalah antara model kereta yang seringkali menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana kos penggunaanya yang lebih murah dan menjimatkan belanja. Salah satunya, Perodua Viva mampu memberikan penjimatan minyak yang terbaik. Tambahan lagi, saiz kereta yang comel memberikan kelebihan untuk lebih mudah masuk parking dan senang untuk dikendalikan semasa menghadapi kesesakan lalu lintas. Disebabkan itu, model perodua ini adalah antara model kereta sewa yang terlaris disewa oleh para pelanggan yang mementingkan bajet dan kemudahan untuk mereka. Jadi, duit selebihnya mereka boleh gunakan untuk perbelanjaan yang lain.
Perodua Viva 1.0 (A) 2013
– 5 Seat
– 4 Doors
Kadar Sewa;
1 Day to 6 Day RM 110
1 Week RM 550 / RM 78 per day
2 Weeks RM 900 / RM 64 per day
3 Weeks RM 1,200 / RM 57 per day
1 Month RM 1,400 / RM 46 per day
Satu lagi model Perodua yang sentiasa menjadi pilihan para pelanggan untuk kereta sewa adalah Perodua Myvi kerana penjimatan penggunaan petrol. Model kereta jenis kompak ini turut mempunyai kelebihan cc enjin yang lebih besar dalam memberikan keselesaan dan pengalaman pemanduan yang terbaik untuk anda ketika memandu di Bandar.
Perodua Myvi 1.3 (A)
– 5 Seat
– 4 Doors
Kadar Sewa;
1 day to 6 day : RM150
1 week : RM 750 / RM 107 per day
2 weeks : RM 1,200 / RM 85 per day
3 weeks : RM 1,650 / RM 78 per day
1 month : RM 1,800 / RM 60 per day
Kelebihan kereta bersaiz sedan ini mempunyai bonet belakang yang besar juga akan memberikan ruang untuk anda meletakkan barang-barang anda yang banyak selepas membeli belah nanti atau barang-barang keperluan anda. Jadi, ianya tidak akan mengganggu ruang tempat duduk belakang untuk anda meletakkan barang anda. Kereta bersaiz sedan ini juga sangat sesuai untuk kereta seisi keluarga kerana ruang dalamnya yang agak luas jika dibandingkan dengan jenis model model kereta yang lain. Jadi, jika anda bercuti bersama keluarga anda boleh menyewa kereta bersaiz sedan ini untuk penjimatan berbanding menyewa MPV.
Proton Saga 1.3 (Auto)
– 5 Seat
– 4 Doors
Kadar Sewa;
1 day : RM150
1 week : RM 750 / RM 92 per day
2 weeks : RM 1,200 / RM 85 per day
3 weeks : RM 1,650 / RM 78 per day
1 month : RM 1,800 / RM 60 per day
Proton Persona 1.6 (Auto)
– 5 Seat
– 4 Doors
Kadar Sewa;
1 day : RM 220
1 week : RM 950 / RM 135 per day
2 weeks : RM 1,350 / RM 96 per day
3 weeks : RM 1,800 / RM 85 per day
1 month : RM 2,200 / RM 73 per day
Toyota Vios adalah antara kereta sedan yang terlaris digunakan di Malaysia. Memiliki kuasa enjin 1.5 cc VVTI sudah semestinya menjaminkan penjimatan pengunaan petrol kepada anda. Kereta sedan empat pintu ini boleh memuatkan sehingga 5 orang dan ia sesuai untuk anda seisi keluarga kerana saiz dalamnya lebih luas untuk keselesaan.
Toyota Vios Auto
– 5 Seat
– 4 Doors
Kadar Sewa;
1 day : RM 300
3 day : RM 750 / RM 250 per day
1 week : RM 1,500 / RM 214 per day
1 month : RM 3,500 / RM 116 per day
Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih besar dan berkeinginan untuk memandu sebuah kereta sedikit mewah daripada biasa, anda mungkin boleh berkira-kira untuk menyewa sebuah Honda City yang mewah ini. Model kereta mewah ini dijamin akan memberikan keselesaan untuk anda ketika menggunakannya. Malah kereta mewah ini mempunyai ruang yang luas untuk penumpang di tempat duduk belakang dan juga ruang yang luas untuk barang-barang di bonet belakang.
Honda City (A)
– 5 Seat
– 4 Doors
Kadar Sewa;
1 day : RM 300
3 day : RM 750 / RM 250 per day
1 week : RM 1,500 / RM 214 per day
1 month : RM 3,500 / RM 116 per day
Ada beberapa jenis model MPV yang turut boleh dipilih oleh para pelanggan untuk disewa iaitu Proton Exora dan Perodua Alza. Pilihan kereta sewa jenis MPV ini biasanya sangat sesuai untuk keluarga yang besar yang mana ia boleh memuatkan sehingga 7 orang penumpang. Dengan saiznya yang besar sudah tentu ia memberikan keselesaan kepada penumpang belakang. Disebalik saiznya yang besar, cc enjinnya yang besar mampu memberikan anda pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan dan lebih selesa.
Proton Exora Bold (A)
– 7 Seat
– 4 Doors
Kadar Sewa
1 day : RM 300
3 day : RM 750 / RM 250 per day
1 week : RM 1,500 / RM 214 per day
1 month : RM 3,500 / RM 116 per day
Perodua Alza 1.5 (A)
– 7 Seat
– 4 Doors
Kadar Sewa;
1 day to 6 day : RM 220
1 week : RM 1100 / RM 157 per day
2 weeks : RM 1,700 / RM 121 per day
3 weeks RM 2,200 / RM 104 per day
1 month : RM 2,500 / RM 83 per day
Selain itu MPV mewah juga turut disediakan kepada para pelanggan untuk mereka yang mempunyai bajet besar dan berkeinginan untuk merasai pengalaman memandu MPV mewah. Semestinya ia juga memberikan keselesaan yang lebih kepada pelanggan dan pelanggan akan lebih rasa seronok. Jika anda berminat dan anda mahu mengambil peluang ini untuk memandu MPV mewah ini, anda juga boleh dapatkannya pada harga sewa berpatutan. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan maksimal untuk anda sekeluarga dengan menawarkan ruang dalaman yang luas dan mewah.
Toyota Vellfire
– 7 Seat
– 4 Doors
Kadar Sewa;
1 day : RM 800
1 week : RM 4900 / RM 700 per day
1 month : RM 9600 / RM 320 per day
Tunggu apa lagi, jangan susahkan diri anda untuk memikirkan pengangkutan lagi jika anda ke Ibu Negara. Pagieh Resources memberi anda jaminan bahawa kereta yang anda sewa amatlah selesa dan selamat digunakan. Tunggu apa lagi, hubungi Pagieh Resources melalui atas talian atau hubungi nombor yang tertera di bawah.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang