Review
Oct 16, 2017, 3:50pm

Kereta Sewa Murah di Putra Heights Subang Jaya, Selangor


Adakah anda ingin datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis kenduri, gathering bersama kawan-kawan lama, melancong, shopping ataupun atas tujuan urusan rasmi? Sudah semestinya anda tidak mahu berdepan dengan perjalanan yang jauh ataupun pemanduan yang lama yang sangat memenatkan terutamanya jika berlaku kesesakan di lebuhraya pada hari minggu dan cuti umum terutamanya lebuhraya utara, selatan dan pantai timur semenanjung Malaysia.

bandar-kuala-lumpur

Untuk perjalanan yang singkat, anda boleh menaiki kapal terbang dan dengan sepantas kilat anda akan tiba di Kuala Lumpur tanpa perlu menghabiskan masa yang lama terutamanya bagi orang-orang Sabah dan Sarawak yang sememangnya perlu menaiki kapal terbang untuk sampai ke Kuala Lumpur. Sampai sahaja di lapangan terbang, anda boleh sewa kereta untuk ke mana-mana destinasi yang anda suka.

Dengan Kereta Sewa Anda Boleh Jelajah Selangor dengan Mudah dan Jimat

Ya, anda boleh menggunakan kemudahan awam (LRT, Komuter, ERT dan Monorel), teksi, Uber dan Grabcar. Tetapi dengan menaiki kereta sewa, anda boleh pandu sendiri meronda-ronda seluruh kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor  serta kawasan berdekatan dengan hanya berbekalkan aplikasi seperti Waze. Jadi, anda tak perlu risau tentang soal tidak tahu jalan ataupun sesat di mana-mana.

driving-freedom

Jika anda ingin berada di sekitar berdekatan Subang Jaya Selangor dan ingin menyewa kereta, anda boleh mendapatkan perkhidmatan kereta sewa kereta sewa murah serendah dari RM70 dengan menggunakan perkhidmatan daripada syarikat sewa kenderaan Trinadi Travel & Tours @ Trinadi.my.

Syarikat Trinadi Travel & Tours  terletak di Lembah Klang, Selangor satu-satunya syarikat kereta sewa yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Subang Jaya, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

Kereta Sewa Putra Heights Subang Jaya Hanya dari RM70 Sehari !

trinadi-logo-car

Trinadi Travel & Tours  menawarkan perkhidmatan kereta sewa terbaik dan sangat popular digunakan di Putra Height Subang Jaya kerana harganya  termurah berbanding kereta sewa yang lain samada untuk sewaan jangka masa singkat mahupun jangka masa panjang pada harga serendah RM 70/sehari. Dengan kedudukan Subang Jaya berdekatan dengan KL, KLIA, KLIA2 dan lapangan terbang Subang, sudah semestinya lebih memudahkan untuk penghantaran kereta sewa kepada anda dengan lebih cepat dan pantas tanpa anda perlu menunggu lama.

Bagi memastikan keselesaan para pelanggan, Trinadi Travel & Tours menyediakan kereta sewa yang bersih, selesa dan yang paling penting selamat untuk dipandu oleh para pelanggan mereka.

Kenapa Anda Perlu Pilih Kereta Sewa di Trinadi Travel & Tours ?

  •     18 jenis buah kenderaan pelbagai warna dan spesifikasi
  •     Semua kenderaan diselenggara on-time
  •     Semua kenderaan ditinted
  •     Semua kenderaan diselenggara tepat pada waktunya
  •     Semua kenderaan mempunyai bunga tayar lebih 70%
  •     Bantuan kerosakan seluruh semenanjung Malaysia
  •     Mempunyai loyalty card untuk diskaun hebat

Kelebihan Kereta Sewa di Trinadi Travel & Tours

3 keunikan yang pastinya jarang dijumpai daripada penyedia servis kereta sewa lain, yang menyebabkan kereta sewa di Trinadi Travel & Tours sentiasa menjadi pilihan pelanggannya.

1. Windscreen digilap menggunakan RainX

Semua kereta sewa di Trinadi Travel & Tours digilap menggunakan penggilap cermin rainX, memudahkan pemanduan ketika hujan lebat dan tidak mengganggu pandangan ketika memandu. Faham sajalah cuaca di Malaysia yang hujan dan panas sepanjang tahun.

rainX-for-windshield

2. Menggunakan minyak enjin LiquiMoly

liquomoly-engine-oil

Minyak enjin berteknologi Jerman ini digunakan semasa setiap kereta diservis bagi menjadikan sistem operasi enjin yang berkuasa, seterusnya melancarkan pemanduan pengguna.

3. Diwangikan dengan Ambi Pur 

haris-ambi-pur

Pewangi Ambi Pur digunakan untuk setiap kereta bagi memberikan aroma wangi dalam kereta dan pelanggan lebih selesa ketika berada di dalam kereta. Jadi walaupun kereta ini sering bertukar tangan, tapi kewangian aroma Ambi Pur akan memberikan keselesaan kepada setiap pelanggan.

Trinadi Travel & Tours  menawarkan pelbagai jenis kereta dari pelbagai segmen kenderaan untuk anda pilih, termasuklah kereta kompak, sedan, SUV 4WD, MPV, MPV mewah, trak pickup 4X4 dan sport sedan mewah

Senarai Kereta Sewa Murah di Subang Jaya, Selangor

trinadi-travel-tours

Kereta sewa Trinadi Travel & Tours mempunyai lebih dari 18 jenis kenderaan bagi memenuhi keperluan pelbagai pelanggannya. Berikut adalah senarai ringkas kenderaan yang disediakan oleh Kereta sewa Trinadi Travel & Tours.

  1. Perodua Viva 1.0 Elite
  2. Perodua Myvi 1.3 (A)
  3. Perodua Myvi 1.3 (M)
  4. Perodua Myvi 1.5 (A) SE
  5. Perodua Axia 1.0 (A) G
  6. Perodua Bezza 1.3 (A) X
  7. Perodua Alza 1.5 (A) SE
  8. Proton Exora 1.6 (A) BOLD
  9. Toyota Vios 1.5 (A) G
  10. Toyota Camry 2.0 GX
  11. Honda Accord 2.0 VTi-L
  12. Mercedes CLA 250
  13. BMW 525 E60
  14. BMW 520 F10
  15. Pickup Truck 4×4 Ford Ranger 2.2 (A) XLT
  16. SUV Honda CR-V 2.0 (A) 4WD
  17. NEW MPV Toyota Alphard 2.5 (A) ZG
  18. MPV Toyota Vellfire 2.4 (A) Z Spec

Sewa Kereta Perodua Viva & Perodua Axia Putra Heights Subang Jaya

kereta-sewa-viva-dan-axia-subang-jaya

Perodua Viva dan Perodua Axia adalah antara model kereta yang seringkali menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana kos penggunaanya yang lebih murah dan menjimatkan belanja. Salah satunya, Perodua Viva dan Perodua Axia  mampu memberikan penjimatan minyak yang terbaik iaitu masing-masing pada 14.1km/liter dan 21.6 km/liter.

Tambahan lagi, saiz kereta yang comel memberikan kelebihan untuk lebih mudah masuk parking dan senang untuk dikendalikan semasa menghadapi kesesakan lalulintas. Disebabkan itu, kedua-dua jenis model perodua ini adalah antara model kereta sewa yang terlaris disewa oleh para pelanggan yang mementingkan bajet dan kemudahan untuk mereka. Jadi, duit selebihnya mereka boleh gunakan untuk perbelanjaan yang lain.

Kereta Sewa Perodua Myvi / Proton Iriz Putra Heights Subang Jaya

kereta-sewa-myvi-dan-iriz

Satu lagi model Perodua yang sentiasa menjadi pilihan para pelanggan untuk kereta sewa adalah Perodua Myvi kerana penjimatan penggunaan petrol juga. Begitu juga dengan model kereta Proton Iriz yang juga menjadi pilihan pelanggan selain Perodua Myvi. Kedua-dua model kereta jenis kompak turut mempunyai kelebihan cc enjin yang lebih besar dalam memberikan keselesaan dan pengalaman pemanduan yang terbaik untuk anda ketika memandu di Bandar.

Kereta Sewa Perodua Bezza Putra Heights Subang Jaya

Perodua Bezza adalah sebuah model sedan kompak masih baru lagi dikeluarkan di Malaysia dengan menggunakan enjin 1.5. Dengan kuasa enjin 1.5 mampu memberikan pemanduan yang terbaik untuk anda.

kereta-sewa-perodua-bezza-putra-height-subang

Tambahan lagi, Kelebihan Perodua Bezza mempunyai bonet belakang yang besar juga akan memberikan ruang untuk anda meletakkan barang-barang anda yang banyak selepas membeli belah nanti atau barang-barang keperluan anda. Jadi, ianya tidak akan menggangu ruang tempat duduk belakang untuk anda meletakkan barang anda.

Perodua Bezza juga sangat sesuai untuk kereta seisi keluarga kerana ruang dalamnya yang agak luas jika dibandingkan dengan jenis model perodua yang lain. Jadi, jika anda bercuti bersama keluarga anda boleh menyewa Perodua Bezza untuk penjimatan berbanding menyewa MPV.

Sewa Kereta Toyota Vios Putra Heights Subang Jaya

kereta-sewa-toyota-vios-subang-jaya

Toyota Vios adalah antara kereta sedan yang terlaris digunakan di Malaysia. Memiliki kuasa enjin 1.5 cc VVTI sudah semestinya menjaminkan penjimatan pengunaan petrol kepada anda. Kereta sedan empat pintu ini boleh memuatkan sehingga 5 orang dan ia sesuai untuk anda seisi keluarga kerana saiz dalamnya lebih luas untuk keselesaan.

Kereta Sewa Toyota Camry / Honda Accord Putra Heights Subang Jaya

kereta-sewa-camry-accord-subang-jaya
Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih besar dan berkeinginan untuk memandu sebuah kereta sedikit mewah daripada biasa, anda mungkin boleh  berkira-kira untuk menyewa sebuah Toyota Camry ataupun Honda Accord yang mewah ini. Kedua-dua model kereta mewah ini dijamin akan memberikan keselesaan untuk anda ketika menggunakannya. Malah kereta mewah ini mempunyai ruang yang luas untuk penumpang di tempat duduk belakang dan juga ruang yang luas untuk barang-barang di bonet belakang.

Kereta Sewa 4×4 Ford Ranger / Toyota Hilux Putra Heights Subang Jaya

Kereta-Sewa-Ford-Ranger-Toyota-Hilux

Untuk lebih banyak pilihan, Trinadi Travel And Tours  turut menawarkan sewaan jenis model 4WD untuk kemudahan anda. Terdapat  dua model 4WD yang boleh  anda pilih iaitu Ford Ranger dan Toyota Hilux.

Jenis kenderaan 4WD bukan sahaja sesuai untuk mengangkut barang-barang dalam kuantiti yang banyak, malah boleh di bawa ke off road atau untuk urusan kerja yang memerlukan ke tapak projek. Dengan menyewa kereta jenis 4WD ini akan lebih memudahkan urusan perjalanan kerja anda nanti.

MPV Sewa Putra Heights Subang Jaya – Proton Exora / Perodua Alza / Toyota Innova

perodua-alza

Ada beberapa jenis model MPV yang turut boleh dipilih oleh para pelanggan untuk disewa iaitu Proton Exora, Perodua Alza danToyota Innova. Pilihan kereta sewa jenis MPV ini biasanya sangat sesuai untuk keluarga yang besar yang mana ia boleh memuatkan sehingga 7 orang penumpang.

Dengan saiznya yang besar sudah tentu ia memberikan keselesaan kepada penumpang belakang. Disebalik saiznya yang besar, cc enjinnya yang besar mampu memberikan anda pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan dan lebih selesa.

MPV Sewa Mewah Putra Heights Subang Jaya – Toyota Alphard 2.5 Baru / Toyota Vellfire / Hyundai Starex

kereta sewa toyota alphard 2.5 toyota vellfire hyundai starex

Selain itu MPV mewah juga turut disediakan kepada para pelanggan untuk mereka yang mempunyai bajet besar dan berkeinginan untuk merasai pengalaman memandu MPV mewah. Semestinya ia juga memberikan keselesaan yang lebih kepada pelanggan dan pelanggan akan lebih rasa seronok.

hyundai-starex

Jika anda berminat dan anda mahu mengambil peluang ini untuk memandu MPV mewah ini, anda juga boleh dapatkannya pada harga sewa berpatutan. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan maksima untuk anda sekeluarga dengan menawarkan ruang dalaman yang luas dan mewah.

Sewa Sport Sedan Mewah Putra Heights Subang Jaya – Mercedes CLA 250 / BMW 525 F10 / BMW 525 E60

Mercedes CLA 250

Beberapa model kereta sport sedan mewah turut disediakan sebagai pilihan para pelanggan yang meminati kereta jenis ini. Bagi yang berkemampuan sudah semestinya mampu untuk menyewa kereta ini. Tidak kurang juga bagi mereka yang ingin mencuba untuk memandu sebuah kereta sport atau ingin lebih bergaya memandu kereta mewah ini adalah tempat dan masanya.

BMW 525d F10

Dengan harga berpatutan, tidak mustahil anda mampu merasai pengalaman baru memandu sebuah kereta sport mewah seperti Mercedes CLA 250, BMW 525 F10 dan BMW 525 E60. Pilih sahaja salah satu model kereta tersebut, sudah pastinya akan nampak lebih bergaya ketika memandunya. Bila lagi untuk merasa memandu kereta mewah sebegini dengan harga yang murah.

8 Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan Kereta Sewa Trinadi Travel & Tours

1. Syarikat Yang Dipercayai Ramai

Trinadi Travel And Tours  telah bertapak sejak tahun 2016 lagi dan menyediakan 72 buah kenderaan yang sedia untuk disewa oleh para pelanggan. Ramai pelanggan telah menggunakan perkhidmatan dari Trinadi Travel And Tours  sejak ditubuhkan.

2. Banyak Pilihan Kereta Sewa

Syarikat Trinadi Travel And Tours menyediakan pelbagai jenis model kenderaan, saiz, harga kereta sewa untuk pilihan pelanggan  mengikut bajet masing-masing.

3. Harga kereta sewa yang murah

Trinadi Travel And Tours menawarkan harga kereta sewa yang termurah di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Subang Jaya, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya berbanding dengan tawaran perkhidmatan kereta sewa yang lain. Jika tidak percaya, anda boleh cuba survey untuk memastikannya.

4. Kereta yang terbaik untuk pelanggan

Samada anda sewa untuk kegunaan sendiri mahupun kegunaan korporat, Trinadi Travel And Tours akan menyediakan kereta yang terbaik untuk pelanggan tidak mengira status. Kenderaan yang di sewakan juga telah dipastikan selesa dan selamat untuk digunakan oleh para pelanggan. Mereka juga memberikan kenderaan yang sesuai untuk keperluan setiap pelanggan mereka.

5. Memberikan perkhidmatan kereta sewa yang terbaik

Misi Trinadi Travel And Tours sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan. Selain itu, Trinadi Travel And Tours akan memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kereta sewa yang mereka tawarkan sepanjang menggunakan perkhidmatan mereka.

6. Pakar dalam Menyediakan MPV Mewah

Trinadi Travel And Tours sangat pakar dalam menyediakan MPV mewah seperti MPV seperti  Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Toyota Estima dan Hyundai Starex.

7. Boleh Sewa Kereta Secara Harian, Mingguan dan Bulanan

Di Trinadi Travel And Tours, anda boleh sewa kereta secara harian, mingguan dan bulanan dengan harga yang lebih murah seperti yang ditawarkan sekitar seluruh Lembah Klang. Sebaiknya anda perlu merancang terlebih dahulu berapa lama tempoh untuk menyewa kereta supaya tidak menimbulkan sebarang masalah semasa menggunakannya.

8. Perkhidmatan Tambahan

Trinadi Travel And Tours juga menyediakan kenderaan sewa premium untuk upacara majlis yang istimewa mengikut permintaan pelanggan. Pastikan anda tempah awal untuk memastikan perancangan berjalan lebih lancar bila sampai masanya dan memudahkan pihak Trinadi Travel And Tours untuk merancang dan menyediakan perkhidmatan tersebut lebih awal.

Testimoni Pelanggan Kereta Sewa Di Putra Heights Subang Jaya

Ramai antara pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kereta sewa Trinadi Travel And Tours sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan sepanjang menggunakannya. Pendek kata, Trinadi Travel And Tours memang terbaik dalam soal kereta sewa.

testimoni-pelanggan-kereta-sewa-trinadi-1

testimoni-pelanggan-kereta-sewa-trinadi-2

testimoni-pelanggan-kereta-sewa-trinadi-3

testimoni-pelanggan-kereta-sewa-trinadi-4

Dapatkan Kereta Sewa Murah Di Putra Heights Subang Jaya Sekarang!!!

Anda tidak perlu bersusah payah dan runsing untuk mencari-cari kereta sewa murah ditempat yang lain kerana Trinadi Travel & Tours sentiasa menyediakan perkhidmatan yang terbaik seperti yang anda mahukan. Di jamin puas hati dengan perkhidmatan kereta sewa yang diberikan kepada anda. Malahan menyenangkan kerja anda juga.

Buatlah tempahan segera supaya dapat memudahkan urusan perjalanan anda. Hubungi Trinadi Travel & Tours untuk tempahan kereta sewa anda. Untuk membuat tempahan dan mendapatkan maklumat lanjut , anda boleh berhubungi dengan pihak Trinadi Travel & Tours menerusi :

Sila buat tempahan awal untuk memudahkan penghantaran kereta mengikut jadual tanpa sebarang masalah yang boleh merosakkan mood anda.

Jom sewa kereta SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

40-1, Jalan Putra Mahkota 7/4b, PUTRA HEIGHTS, 47650 Subang Jaya, Selangor

   
Jom sewa kereta SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom sewa kereta SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: