Kereta Sewa Murah di Pulau Langkawi

  • 2
    Shares

Langkawi. Mesti ini yang terlintas bila anda melihat gambar di atas kan? Yup.. Dataran Lang, amat sinonim dengan Langkawi bahkan kalau ke Langkawi tetapi tidak bergambar disini pasti rasa tak lengkap percutian tersebut. Bagi yang merancang nak bercuti ke Langkawi, pengangkutan pasti termasuk dalam salah satu list bajet anda bukan? Jangan risau saya ada tempatnya. Servis menarik, kereta pun selesa. Jom kita lihat koleksi kereta sewa murah di langkawi.

Kereta Sewa di Langkawi

Saya tak tipu baq hang! Dengan harga serendah Rm 70 sehari anda boleh menyewa kereta yang selesa dan menikmati percutian anda di Langkawi. Kan mudah kalau ada transport sendiri. Tak percaya lagi?

 

Langkawi JT Travel & Tours Kereta Sewa Murah di Langkawi

logo-langkawi-jt-car-rental

Taraaa. haa ini lah dia, Langkawi JT Travel & Tours pengusaha kereta sewa di langkawi yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang amat berpatutan dengan pelbagai jenis pilihan kenderaan. Oh! perkhidmatan menyewa skuter pun ada tau. Jadi, senanglah anda membuat pilihan kereta mana yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda sepanjang percutian.

Elok ke kereta dia?” “Nanti murah murah tengok kereta barai je”.

Haa… tertanya2 keadaan kereta yang disediakan? Mai sini kita pakat tengok ok!

Perodua Axia dan Suzuki Alto Kereta Sewa Murah di Langkawi

kereta sewa langkawi

Nampak serupa kan? tapi tak sama ok. Perodua Axia dan Suzuki Alto, kereta comel ini adalah antara pilihan kereta sewa dengan kadar sewa permulaannya Rm70 sehari. Boleh memuatkan 4 orang, jimat minyak dan saiznya yang comel ini pasti akan memudahkan pemanduan. Amat sesuai untuk mereka yang datang berdua atau bertiga. Eh, kalau berempat pula macam mana? Jangan risau boleh jugak. Tak jadi masalah lah.

Perodua Myvi Kereta Sewa di Langkawi

myvi kereta sewa langkawi

Perodua Myvi, model yang tak perlu diperkenalkan lagi. Menjadi model terlaris di pasaran Malaysia selama 9 tahun berturut turut ok! Impressive kan? Haa. nampak kecil tapi dalamannya boleh tahan luas ok. Cik adik manis, mesti ada yang dah berkenan nak pusing Langkawi dengan Myvi ni kan? Jadi bagi mereka yang berminat untuk pusing pusing Langkawi sambil memandu myvi ni, haaa.. Boleh cepat cepat book ya.

Sebab ini antara kereta yang terlaris tau. Menjadi rebutan untuk disewa dek kerana penjimatan minyaknya, saiz yang kecil tetapi kecil kecil cili padi ok, boleh meluncur laju tau. Tapi tidak disarankan untuk memandu terlalu laju,kekalkan pemanduan berhemah ingat, kelajuan membunuh ok.

Sewa Kereta Proton Saga FLX di Langkawi

Saga Kereta Sewa Langkawi

Antara kereta sedan yang ada di tawarkan ialah Proton Saga FLX, ini juga merupakan model yang sering menjadi pilihan pengguna. Sama seperti Myvi, keupayaan dan penjimatan minyak bagi kereta ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Kereta sedan yang praktikal bagi yang sudah berkeluarga atau pun bujang.

Kereta Sewa Mistubishi Attrage di Pulau Langkawi

Attrage Kereta Sewa Langkawi

Mitsubishi Attrage, haaa.. Jangan tak percaya,anda boleh menyewa kereta ini dengan kadar serendah RM80 sehari. Best kan? Bagi yang pergi secara berkumpulan, bahagi seorang sikit berapalah sangat harga yang perlu di  bayar berbanding dengan keselesaan yang anda dapat. Pengendalian kereta ini juga amat mudah dan efisien.

Nissan Almera, Volkswagen Polo

kereta sewa di langkawiv

Haa. Antara kereta sewa dalam kategori sedan yang disediakan di Langkawi JT Travel & Tours. Bagi model model seperti Nissan Sentra, Nissan Almera dan Valkswogen Polo ini, kadar sewaan adalah bermula dari harga serendah RM 90 hingga lah RM 180. Berbaloi weyh! kadar sewaan yang dikenakan dengan jenis kenderaan dan keselesaan yang ditawarkan.

Orang cakap ini antara kereta mahal kan? Haaa. bila lagi nak bagi peluang untuk diri memandu kereta kereta macam ni. Sekali sekala bercuti dengan kawan kawan apa lagi melaramlah sikit.  

Toyota Camry Kereta Sewa di Pulau Langkawi

kereta sewa di langkawi camry

Toyota Camry, kereta sedan yang mewah dengan gaya yang eksklusif. Bagi yang mempunyai bajet lebih, dan sememangnya mementingkan keselesaan dan gaya maka Toyota Camry ini adalah pilihan yang tepat untuk ada. Tetapi untuk yang ingin merasai pemanduan Camry ni sendiri pun apa salahnya, berpakatlah dengan teman cuti anda tentang kadar sewaannya ok!

MPV dan Van Sewa Murah di Langkawi

Eh, tak berpuas hati lagi? Apa? Semua kereta sedan? Nak kereta yang lebih besar? Amboii… awak awak semua,jangan risau di Langkawi JT Travel & Tours ini juga ada menyediakan MPV dan Van.

Van Sewa Murah di Langkawi

Tudiaa! Besaq baq hang. Haaa, bagi yang datang ke Langkawi dalam kumpulan yang besar. Nissan Urvan adalah kenderaan yang amat tepat untuk keperluan anda. Dengan kapasiti 14 orang dalam sebuah van pasti memudahkan perjalanan anda menuju ke destinasi destinasi menarik di sekitar Pulau Langkawi itu. Kadar sewaannya pula bermula dari serendah RM 180 ke RM 350 begantung pada musimnya.

Alza Sewa Murah di Langkawi

Selain dari van, Langkawi JT Travel & Tours juga ada beberapa pilihan MPV untuk anda. Antaranya Perodua Alza, ia memang dikenali sebagai kenderaan yang lebih sinonim bagi mereka yang sudah berkeluarga. Dengan kebolehannya menampung kapasiti muatan antara 5 ke 6 orang dan bahagian dalaman yang luas. Pasti memberi keselesaan untuk ahli keluarga anda sewaktu percutian.

Avanza Kereta Sewa Murah di Langkawi

Selain dari Alza, Avanza juga merupakan MPV yang boleh anda dapati di situ. Juga merupakan kenderaan yang sesuai bagi mereka yang sudah berkeluarga. Secara keseluruhannya Alza dan Avanza ini tidak jauh bezanya selain dari jenama. Kegunaan petrol juga dalam kategori yang menjimatkan. Keselesaan pemanduan? Jangan risau kebiasaannya kenderaan dari Toyota ini tidak pernah mengecewakan.  

Innova Kereta Sewa Murah di Langkawi

Ok.. Toyota Innova ini pula sedikit besar berbanding dengan Alza dan Avanza dengan kapasiti muatan yang boleh memuatkan sehingga 8 orang. Juga amat sesuai bagi yang berkeluarga. Tetapi, sebenarnya bagi mereka yang tidak berkeluarga pon tidak salah untuk menjadikan kenderaan MPV ini sebagai pilihan. Sesuai dengan namanya lah MPV-Multi Purpose Vehicle, jadi buat mereka yang mungkin ke Langkawi dengan tujuan untuk membeli barang haaa… tak salah ok untuk anda jadikan kenderaan mpv ini sebagai pilihan. Boleh angkut barang banyak kan? Set pinggan mangkuk, kain batik, minyak gamat, cokelat.. Eh! banyaklah.  

Harga Kereta Sewa Murah di Pulau Langkawi

langkawi-car-rental-rates

Nampak tak senarai harga tu?? Murahkan?? Serius berbaloi tau. Harga dah tahu. Jenis jenis kereta pun dah tahu. Cara booking? Tengok kat bawah. Apalagi. Rasanya boleh masuk dalam list dah ni Langkawi JT Travel & Tours. Apa? Nak sewa Alphard? Bawa mak ayah? Boleh sangat. Apa salahnya pasti seronok mak ayah anda.

Testimoni Kereta Sewa di Langkawi

Anda masih gusar? Jom lihat wajah gembira penyewa kereta sewa di langkawi ini.

Kereta Sewa murah di langkawi

 

Kereta Sewa murah di langkawi

 

Kereta Sewa murah di langkawi

Cara Sewa Kereta di Pulau Langkawi

Cara Sewa Kereta Murah di Langkawi

Hubungi Kereta Sewa Murah di Pulau Langkawi

langkawi-car-rental-contact

JTravel & Tours | Servis Kereta Sewa Langkawi

Hotline 1 (Koro) : 013-3455599 | Link WhatsApp
Hotline 2 (Lina) : 012-4777579 | Link WhatsApp
Pejabat : 04-9666071

Facebook : @langkawijt
Instagram : @langkawijttravel

Blog : http://langkawijttraveltours.blogspot.my
Email : langkawijttravel@gmail.com

Berminat? Haa. jangan segan jangan malu cepat hubungi Langkawi JT Travel & Tours ok! Untuk pertanyaan lanjut, urusan tempahan atau apa apa yang berkaitan sila hubungi mereka ya.



Exabytes (300x250)

Daftar Percuma Untuk Telegram Channel Prof Hariz

Sertai Group Telegram Prof Hariz untuk dapatkan update dan info terkini mengenai Digital Marketing.

LANGGAN SEKARANG