Review
Aug 24, 2017, 3:30pm

Kereta Sewa Murah di Melaka dengan KLezCar


Melaka, bandaraya bersejarah. Jika anda biasa mendengar Kota A. Famosa, Dataran Pahlawan, dan Museum Baba Nyonya, itu adalah antara tempat-tempat yang biasa di kunjungi oleh pelancong tidak kira sama ada di luar atau dalam negara. Sebenarnya, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang mungkin anda tidak sedar terdapat di Melaka. Lebih-lebih lagi jika anda sewa kereta Melaka untuk bersiar-siar di kawasan sekitarnya.

bandar-melaka

Tahukah anda, Melaka telah diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO pada bulan Julai 2008? Perisytiharan ini mengiktiraf 500 tahun perdagangan dan pertukaran budaya antara Timur dan Barat di Selat Melaka. Tahun depan menandakan 10 tahun Melaka diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia. UNESCO mengisytiharkan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia kerana ia menjadi contoh sebuah bandar warisan yang penuh dengan berbilang bangsa dan budaya.

5 Tempat Menarik di Melaka Yang Anda Wajib Lawati.

Bawalah anak-anak, atau rakan sepejabat anda bersiar-siar pada hujung minggu ini yang akan datang. Lebih sesuai jika anda datang pada musim cuti sekolah. Biasanya banyak aktiviti-aktiviti yang menarik dijalankan pada musim cuti.

Apa-apapun, berikut adalah 5 tempat-tempat menarik yang mungkin anda tidak tahu wujud di Melaka, Bandaraya Bersejarah.

Masjid Kampung Hulu Melaka

masjid-kg-hulu

Masjid yang dibina pada tahun 1728 semasa kedatangan Belanda, adalah masjid tertua di negara ini. Gaya seni bina uniknya adalah gabungan unik seni bina Sumatera, Hindu dan Barat.

Semua struktur kayu asli bangunan kecuali empat tiang utama dan struktur bumbung digantikan dengan konkrit. Di dalam kompleks masjid, anda boleh menemui kubur Sayyid Abdullah Al-Haddad, seorang guru agama yang terkenal, yang dianggap ramai sebagai “Wali” (Saint). Jika anda menyusuri Jonker Street, jangan lupa singgah sebentar Masjid Kampung Hulu di jalan ini bersama dengan Sewa Kereta Murah Melaka.

Melaka Alive 

melaka-Alive

Antara tarikan terbaru di Melaka, taman bertemakan persembahan Teater Muzikal ini memaparkan persembahan Simulasi 5D pertama di Malaysia menggunakan teknologi terkini.

Pertunjukan yang di adakan di atas kapal ini, mempersembahkan kisah Sejarah Malaysia menggabungkan unjuran visual yang menakjubkan, stimulasi air, kesan api, muzik dan lakonan secara langsung yang menceritakan sejarah Zaman Emas empayar Melaka. Dari penubuhan bandar yang terkenal sehingga menjadi negara yang berjaya pada hari ini. Terletak di tengah-tengah tapak Warisan Dunia UNESCO ia adalah Destinasi Pelancongan & Budaya Malaysia.

Menara Taming Sari Melaka

menara-taming-sari

Saksikan pemandangan bandaraya bersejarah Melaka dari ketinggian 80 meter di atas Menara Taming Sari. Menara ini adalah menara pertama di negara ini yang mempunyai struktur putaran lengkap. Kabin pemerhati yang berhawa dingin ,dapat memuatkan 66 orang pada satu masa.

Terletak di Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka, ia dibuka pada 18 April 2008. Dengan ketinggian maksimum 110 meter, rekaannya berdasarkan senjata Lagenda Keris Taming Sari. Pastinya, Menara Taming Sari akan menjadi salah satu destinasi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Taman Mini Malaysia & Mini Asean Melaka

taman-mini-malaysia-asian

Taman Budaya Taman Mini Malaysia terletak beberapa kilometer di luar bandar Melaka, berhampiran Bandar Ayer Keroh.

Jika anda mempunyai minat dengan seni bina tradisional dan gaya hidup, maka ini salah satu destinasi yang perlu anda kunjungi. Terdapat 13 rumah mewakili gaya seni bina dari setiap negeri di Malaysia. Lengkap dengan pelbagai barangan, seni dan kraf yang menggambarkan budaya setiap negeri.

Di dalam setiap rumah, terdapat pelbagai kraftangan tulen yang berasal dari setiap negeri atau daerah. Setiap rumah juga menempatkan model yang mengenakan pakaian tradisional setiap negeri. Daya tarikan lain di taman ini termasuklah pertunjukan kebudayaan dan permainan tradisional. Ini peluang terbaik untuk melihat semua seni bina dan warisan Malaysia

Melaka Cruise

melaka-cruise

Sungai merupakan arus utama perdagangan di Melaka ketika zaman kegemilangannya dengan pedagang dari seluruh pelosok dunia. Sesetengah bangunan dari zaman tersebut masih lagi berdiri dengan kukuh disepanjang sungai. Juga dibarisi disepanjang sungai, kampung-kampung lama dan bangunan zaman moden.

Pelayaran mengambil masa 45-minit disertai dengan ulasan berinformasi yang menghiburkan. Dengan hanya RM8 sahaja, anda dapat lihat sebahagian sejarah Melaka, tanpa perlu berjalan-jalan.

Kereta Sewa Melaka Murah dengan KLezcar

Sudah semestinya apabila anda berkunjung ke Melaka, bagi mereka yang tinggal jauh di Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak, kenderaan diperlukan untuk bergerak dari hotel ke tempat-tempat yang dicadangkan didalam artikel ini. Anda boleh sahaja menyewa teksi, tetapi kosnya lebih mahal berbanding jika anda menyewa sebuah kereta untuk beberapa hari.

klezcar

Satu-satunya syarikat kereta sewa Melaka yang menawarkan kadar sewaan yang murah dan berpatutan  adalah KLezCar Car Rental Pusat Bandar. Syarikat Kereta sewa Melaka yang berdaftar ini menyediakan pelbagai jenis kenderaan untuk disewa dari kereta kompak, sedan sehinggalah MPV dan Van Mewah.

Kereta Sewa Murah Melaka ini meliputi sekitar kawasan Ayer Keroh, Melaka Sentral, MITC, Hospital Melaka, Batu Berendam, Cheng, Airport Melaka, Bukit Katil, Bukit Beruang, Malim, Zoo Melaka, Pusat Bandar Melaka, Bandar Hilir, Taman Merdeka dan juga Aeon Melaka.

No automatic alt text available.

Syarikat kereta sewa murah Melaka ini juga menyediakan perkhidmatan kepada pelajar IPTA dan IPTS di UTeM, MMU Melaka, UiTM Kampus Bandaraya Melaka dan Kolej Yayasan Melaka.

kereta-sewa-melaka

Antara kenderaan-kenderaan yang disediakan adalah Perodua Axia, Perodua Myvi, Perodua Viva Elite, MPV Perodua Alza, Perodua Bezza

Kenapa Perlu Sewa Dengan KLezCar?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kereta yang diterima berada didalam keadaan bersih dan kemas. Anda tidak akan dapat kereta yang kotor atau ruang dalam kereta yang berbau. Syarikat kereta sewa murah Melaka ini memastikan anda berada dalam keadaan selesa sepanjang perjalanan nanti.

kereta-sewa-dijaga-dengan-baik

Anda tak perlu bimbang dengan keadaan kereta yang disewa kerana setiap kenderaan yang disediakan berada didalam keadaan yang baik dan selesa. Setiap kereta di selenggara secara berkala untuk memastikan perjalanan anda nanti tidak menghadapi sebarang masalah kerosakan di tengah jalan raya. Ia amat penting bagi menjamin keselamatan anda.

sentiasa-diselenggara

Syarikat KLezCar  adalah syarikat yang telah lama beroperasi dan ramai pelanggan yang menggunakan khidmat yang diberikan sangat berpuas hati. Lebih-lebih lagi khidmat pelanggan yang terbaik.

Kepuasan Pelangan Sewa Kereta di Melaka Murah

Mungkin anda agak skeptikal. Barangkali terlintas di kepala “kenapa harga sewa kereta murah sangat. Mesti kereta yang disediakan banyak masalah!” Anda tak perlu bimbang kerana KLezCar sentiasa memastikan kenderaan yang disewakan berada dalam keadaan terbaik, bersih dan memuaskan. Lihat sahaja senyuman yang terukir di wajah pelanggan KLezCar, tanda kepuasan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

pelanggan-ezcar

pelanggan-ezcar

Kadar Kereta Sewa Murah Melaka

Kadar kereta sewa yang ditawarkan sangat murah dan berpatutan. Setiap kenderaan yang disediakan boleh disewa secara harian atau mingguan. Apa sahaja kenderaan yang sewa, anda akan menerimanya dalam keadaan bersih dan tidak ada masalah teknikal. Jika ada, anda boleh minta untuk tukar kenderaan yang lebih baik. 

viva-elite-melaka

Kereta yang termurah anda boleh sewa adalah Perodua Viva Elite dengan kadar sewaan RM110 sehari atau RM600 seminggu. Ini diikuti dengan Perodua Axia, RM120 sehari dan RM650 seminggu. Seterusnya bagi Perodua Myvi, kadar sewaan bagi sehari adalah RM130 dan RM700 untuk seminggu.

kereta-axia-melaka

 

Ketiga-tiga kereta kompak ini sangat jimat dari segi minyak dan jarak perjalanan. Sesuai digunakan di Bandar Melaka yang mempunyai jalan yang kecil dan sempit. Adalah disyorkan menyewa Myvi jika anda ingin ruang yang sedikit besar. Jika anda berkeluarga, amat sesuai jika menyewa kereta MPV, Perodua Alza yang boleh memuatkan 7 orang dewasa. Kadar sewaan bagi sehari dan seminggu adalah RM180 dan RM1050.

perodua-bezza

Bagi Perodua Beza, kadar sewaannya adalah RM140 sehari bagi model 1.0 dan RM750 seminggu. Anda boleh upgred ke model Advance dengan tambahan RM20 bagi sewaan harian dan tambahan RM150 bagi sewaan secara mingguan. Bezanya tidak banyak antara model 1.0 dengan model advance. Jika anda tidak bercadang untuk memandu laju, memadailah dengan Perodua Bezza model 1.0.

Dapatkan Kereta Sewa Murah di MELAKA Sekarang !

klezcar-melaka

Itu antara model-model kereta yang menjadi pilihan utama penyewa. Jika anda ingin  menyewa kereta selain dari dinyatakan, anda boleh menghubungi atau menghantar WhatsApp ke nombor yang tertera dibawah untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. KLezCar ada banyak jenis kenderaan yang boleh anda sewa dari kereta biasa sehingga kenderaan mewah.

Kini segalanya mudah dengan klezcar-Pusat Bandar untuk Kereta Sewa Murah di MELAKA Serendah RM80 Sehari.

Jom tempah kereta sewa SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Taman Bukit Piatu 75400 Malacca City

   
Jom tempah kereta sewa SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom tempah kereta sewa SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: