Review
Apr 20, 2018, 4:15pm

Kereta Sewa Murah Di Kuching


Negeri Sarawak menyimpan 1001 rahsia yang ramai tidak tahu. Kecantikan alam semulajadi, kekayaan budaya, sejarah dan penduduk yang ramah tamah bisa memikat hati-hati mereka yang berkunjung ke sana.

melancong ke sarawak dan cari kereta sewa murah di kuching

Kuching yang menjadi ibu negeri ialah sebuah kota yang sibuk dan dilengkapi dengan bangunan moden dan lama sejak zaman kolonial Inggeris lagi. Astana, yang dulunya menjadi kediaman White Rajah dan Fort Margaritha yang dibina untuk mempertahankan diri dari lanun merupakan antara bukti penjajahan tersebut.

8 Tempat Menarik Di Kuching, Sarawak

Di sini kami telah menyenaraikan 8 tempat menarik di Sarawak untuk dilawati anda semasa berada di sana nanti.

1) Kuching Waterfront

kuching waterfront dan kereta sewa murah di kuching

Kuching Waterfront didirikan sepanjang 1 km di pinggir sungai sarawak. Pelbagai daya tarikan boleh dilihat dengan menaiki bot atau water cruise. Hayati keunikan seni bina bangunan parlimen Sarawak dan astana yang merupakan sebuah istana bersejarah peninggalan charles brooke. Bot penambang iaitu bot tradisional yang menjadi pengangkutan sejak zaman dahulu yang wajib anda cuba. Bot donat dan water cruise juga tentunya menarik. Untuk membawa pulang buah tangan, kunjungi kedai kraf tangan dan cenderamata tidak jauh dari waterfront. Pada malam hari pula, terdapat pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan. Mercu kucing yang terkenal itu juga terdapat di sini.

2) Bako National Park

bako national park kereta sewa murah di kuching

Berada 37km dari bandar kuching, Bako National Park seluas 2,727 hektar di penghujung semenanjung muara tebas telah digazetkan sebagai taman negara semenjak tahun 1957 lagi menjadikannya taman negara yang tertua di sarawak. Hutan hujan dengan 25 jenis tumbuh-tumbuhan untuk melengkapkan tujuh jenis hutan, hidupan liar dan 18 trek untuk berjalan dan mendaki membuatkan taman negara ini sangat menarik.

3) Kampung Melayu (Boyan, Gersik, Sourabaya)

kampung melayu sarawak dan tempat kereta sewa murah di kuching

Kek lapis dan sarawak tidak dapat dipisahkan. Lokasi popular di Kuching untuk kek lapis ialah perkampungan melayu yang terdapat di seberang sungai kuching waterfront. Anda perlu menaiki bot penambang untuk ke sana. Terdapat tiga buah kampung utama iaitu Kampung Boyan, Kampung Gersik dan Kampung Sourabaya. Terdapat beberapa kedai menjual kek lapis, tetapi yang paling popular di kalangan pelancong ialah Kek Lapis Dayang Salhah, Mira Cake House Dan Kek Lapis Zaharah. Kesemuanya dikatakan sedap belaka. Anda boleh mencuba dulu sebelum beli. Terdapat lebih daripada 30 jenis kek lapis. Boleh buat rambang mata untuk membeli. Satu lagi makanan utama sarawak ialah ikan terubok masin dan menjadi kemestian untuk pelancong dari semenanjung bawa pulang.

4) Perkampungan Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village)

perkambungan budaya sarawak antara tempat wajib dilawati

Sarawak memiliki 27 etnik yang hidup bertoleransi sejak ratusan tahun dahulu. Sarawak Cultural Village berada di kaki gunung Santubong yang terkenal itu merupakan tempat untuk kita belajar secara pantas tentang budaya kaum-kaum utama di Sarawak. Bentuk rumah mereka, cara hidup, kraf tangan seperti kain puan kumbu dan tambok bidayuh antara yang dipamerkan di sini.

5) Semenggoh Nature Reserve

Tempat ini merupakan harapan kedua bagi orang utan yang kehilangan tempat tinggal, yatim dan diselamatkan dari pemburuan haram. Makhluk istimewa ini dilatih untuk hidup sendiri oleh warden yang berpengalaman sebelum dilepaskan ke habitat asalnya. Elok rasanya anda datang pada waktu orang utan ini diberi makan iaitu antara 9.00-10.00 pagi dan 3.00-3.30 petang. Kadang kala orang utan yang sudah dilepaskan akan datang semula untuk mendapatkan makanan. Jika ada telephoto lens lebih bagus kerana adakalanya mereka tidak mahu turun bila ramai ‘peminat’ datang.

orang utan dan kereta sewa murah di sarawak

Selain itu, Semenggoh Nature Reserve juga menjadi tempat untuk melihat pelbagai hidupan burung yang tidak dijumpai di semenanjung seperti burung enggang.

6) Kampung Annah Rais

perkampuangan annah rais dan sewa kereta di kuching

Terletak kira-kira 60 km dari bandar Kuching, kampung Annah Rais merupakan perkampungan rumah panjang masyarakat bidayuh. pelancong boleh melihat keunikan cara hidup masyarakat bidayuh, serta menghayati kreativiti mereka dalam kesenian kraf tangan dan budaya. Terdapat rumah inap desa disediakan bagi mereka yang ingin bermalam. Di sini juga terdapat kolam mandian panas semula jadi bersebelahan air sungai yang sejuk.

7) Pasar Serikin

tujuan kereta sewa murah di kuching untuk ke pasar serikin

Syurga membeli-belah di Kuching ialah pasar serikin. Pasar ini terletak kira-kira 60 km dari bandar Kuching. Ianya bersempadan dengan Indonesia. jadi tidak hairan kalau anda lihat kebanyakan daripada peniaga berasal dari Indonesia.

Di sini anda boleh tawar menawar untuk mendapatkan harga lebih rendah dari yang ditawarkan. pelbagai jenis barangan baru dan terpakai dijual. selain itu, terdapat barangan basah seperti sayur, ikan dan lain-lain yang menjadi keperluan harian penduduk tempatan.

8) Fairy Caves (Gua Pari-Pari) & Wind Caves (Gua Angin)

fairy caves antara tempat patut dilawati di sarawak

Untuk sampai ke gua pari-pari, perlu memandu kira-kira 50 minit dari bandar Kuching. Ia merupakan gua batu kapur tiga tingkat yang unik. pintu masuk ke dalam gua terletak di bahagian atas. Untuk masuk menerusi mulut gua ini, anda perlu memanjat sebuah menara tangga yang disediakan. Apa yang menarik tentang gua ini, terdapat lumut yang tumbuh berwarna hijau seakan-akan berada di sebuah dunia fantasi.

gua angin di sarawak

Gua angin terletak tidak jauh dari gua pari-pari, bersebelahan sungai Sarawak. Transformasi batu berusia puluhan juta tahun di gua angin juga amat mengagumkan. Ada yang terbentuk seakan-akan haiwan gergasi menyerupai kepala buaya. Seeloknya pengunjung bersedia dengan lampu suluh kerana keadaan dalam gua sangat gelap.

Kereta Sewa Murah Di Kuching, Sarawak

Datang ke Kuching? Swaaf Enterprise adalah salah satu perkhidmatan sewa kereta yang terbaik yang anda akan dapati di Bumi Kenyalang. Anda boleh terus menyewa sebuah kereta sebaik sahaja anda tiba di lapangan terbang dan boleh digunakan untuk membawa anda ke mana sahaja destinasi anda. Penyewa mempunyai pelbagai pilihan model untuk disewa sama ada bas, kereta kompak, sedan, atau mini-van.

syarikat kereta sewa murah di sarawak

Sama ada ia adalah sebuah percutian keluarga, konvensyen perniagaan, atau percutian romantis untuk dua orang, anda kini tidak perlu risau kerana anda pasti akan mempunyai kereta yang anda perlukan untuk percutian anda.

Sewa Bas (40 seater)

sewa bas 40 seater di sarawak

Swaaf Enterprise menyediakan sewaan bas persiaran. Kenapa anda pilih untuk sewa bas Swaaf Enterprise? Harga yang berpatutan sebab Swaaf Enterprise guna bas sendiri, Servis yang bagus, Bas selesa dan bersih, Bas mempunyai 40 tempat duduk, Bas dilengkapi dengan LCD tv untuk menonton movie dan system audio yang baik untuk karaoke, Sedia untuk perjalanan jauh yang selesa dan Bas dilengkapi dengan GPS.

Sewa Van (11 seater)

Sebuah van besar dengan 11 tempat duduk penuh boleh laras, sangat selesa untuk perjalanan jauh dan dekat dengan jumlah penumpang seramai 11 orang termasuk pemandu. Dilengkapi corong air-cond pada setiap baris tempat duduk menjadikan ia pilihan yang baik untuk cuaca Malaysia yang panas. Cermin tinted gelap turut membantu mengurangkan rasa panas di dalam van.

sewa kereta dan van murah di kuching

Dilengkapi enjin berkuasa dan menjimatkan penggunaan minyak dengan daya kilas yang tinggi pada halaju rendah. Khidmat pemandu untuk kawasan semenanjung disediakan. Dengan dipandu oleh GPS, tiada masalah untuk meneroka seluruh Malaysia. Sesuai disewa untuk hantar rombongan perkahwinan atau jemaah haji, student melancong bersama teman, transport budak sekolah dan lain-lain.

Sewa Coaster (20 seater)

van coaster sewa kereta murah di kuching

Salah satu kelebihan sewa coaster adalah ruang tempat duduk yang selesa dan kapasiti yang lebih besar berbanding van. Jika rombongan anda lebih dari 12 orang dan kurang dari 20 orang, makan sewa coaster adalah yang terbaik.

Sewa Kereta Mercedes Benz

sewa kereta mercedez benz murah di kuching

Untuk pengembaraan yang lebih lancar dan mewah, anda boleh menyewa kereta Mercedez Benz. Sudah pastinya keadaan kereta ini sangat berkuasa dari segi enjin dan juga keselesaan sebagai pemandu dan juga penumpang.

Sewa Kereta MPV Vellfire

Untuk pengetahuan semua, Vellfire ada yang datang dengan 7-seater atau 8-seater. Dengan saiz MPV yang besar dan jumlah seater yang tak terlampau banyak, sesiapa yang naik pasti akan terasa selesa. Sesuai digunakan untuk majlis ataupun VIP.

sewa mpv vellfire murah di kuching

Walaupun rekaan berbentuk kotak, namun dari sudut kemewahan dan keselesaan mengatasi rupa bentuk menyebabkan MPV mewah Toyota Vellfire tetap mendapat perhatian dan sambutan ramai pengguna.

Sewa Kereta Proton Perdana

Kereta sewa sedan ni memang sangat sesuai untuk dibawa bercuti bersama keluarga kecil, ke majlis-majlis ataupun untuk menggantikan kereta yang rosak di bengkel. Dengan bonet kereta yang besar, memang sesuai untuk membawa barang-barang seperti bag dan lain-lain.

kereta perdana kereta sewa murah di kuching

Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti beg udara hadapan, Anti-lock Braking System (ABS) dengan Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist, dan juga Sistem Tempat Duduk Kanak-Kanak ISOFIX.

Sewa Kereta Toyota Camry

sewa kereta camry di kuching sarawak

Kereta sewa sedan Toyota Camry, kereta yang besar sesuai untuk dijadikan wedding car, atau pun apa-apa majlis. Kelebihan utama Toyota Camry adalah penjimatan bahan api selain enjinnya yang lebih berprestasi.

Mengapa Anda Perlu Sewa Dengan Kereta Sewa Murah, Kuching?

3 sebab utama kenapa anda patut memilih Swaaf Enterprise. Antaranya adalah;

1. Kadar Sewaan Yang Murah

kereta sewa murah di kuching harga terbaik

Harga bas, van dan kereta sewa ini adalah sangat murah bergantung pada tempat yang anda tuju.

2. Servis penghantaran

penghantaran percuma ke lapangan terbang kuching

Kereta Sewa Swaaf Enterprise menawarkan servis penghantaran pada kadar yang berpatutan atau jika tidak mahu bayar servis tersebut anda boleh ambil kereta tersebut sendiri.

3. Bersih

kereta bersih dan sangat selesa

Kereta Sewa Swaaf Enterprise semua dalam keadaan bersih sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kebersihan Kereta Sewa Swaaf Enterprise, anda boleh inform kepada pihak Swaaf Enterprise.

Jom Kita ke Kuching, Sarawak

Bagi mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang ini atau anda yang ingin pergi ke sana buat kali kedua dan seterusnya, marilah menempah dengan kereta sewa murah Kuching ini kerana harga yang ditawarkan adalah sangat-sangat murah. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kereta Sewa Swaaf Enterprise, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

perkhidmatan kereta sewa murah di kuching

KERETA SEWA MURAH KUCHING
Hotline 1: Tekan untuk telefon (016-2261111) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (011-14888777) | Tekan untuk WhatsApp

Alamat:
SWAAF Enterprise
Lot 2439, Taman Crescent, Jalan Matang, Kuching, Sarawak

Jom booking kereta sewa Kuching SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom booking kereta sewa Kuching SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom booking kereta sewa Kuching SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: