KeretaSewaMachang.com adalah syarikat Perkhidmatan Kereta Sewa Kota Bharu tempatan yang beroperasi di sekitar Machang, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Kota Bharu,Kubang Kerian, Pasir Mas, Jerteh, Besut, Bachok, Pulai Chondong, Kok Lanas, Ketereh, Melor, Pengkalan Chepa dan Lundang. Pendek kata, di seluruh Kelantan. Mereka menawarkan pelbagai kenderaan yang terdiri daripada kereta kompak ekonomi, sedan, MPV, dan van mewah untuk kemudahan anda. Apa yang terbaik mengenai syarikat sewa kereta ini, mereka menawarkan pelanggan dengan pelbagai pilihan kereta yang sesuai untuk sebarang perjalanan, tujuan, jangka masa dan anggaran bermula dari RM50 sehari.
KeretaSewaMachang.com juga menawarkan perkhidmatan pemandu terlatih, dengan harga yang berpatutan. Pemandu terlatih ini akan memandu anda ke mana-mana sahaja yang anda kehendaki, pada masa yang sama, memastikan anda selesa dan sepanjang perjalanan.
Semua kereta di KeretaSewaMachang.com, boleh disewa untuk sehari, seminggu atau sebulan pada kadar yang berpatutan. Anda boleh menyewa Perodua Viva dengan kadar RM50 sehari untuk 30 hari. Kereta kompak boleh menjimatkan wang yang banyak lebih-lebih lagi minyak kereta dan juga jarak perjalanan yang jauh. Sesuai jika anda mempunyai belanjawan yang terhad atau ketat.
Jika anda mempunyai bajet yang besar, anda boleh menyewa kereta Volkswagen Golf, bermula RM450 sehari. Kalau anda yang bujang dan bakal mendirikan rumah tangga, boleh gunakan kereta ini sebagai kereta pengantin. Kereta lain yang ada ditawarkan oleh KeretaSewaMachang.com dalam kategori kompak adalah ialah Myvi dan Axia.
Andai kata anda perlukan ruang bonet kereta yang lebih besar untuk bawa beg pakaian atau untuk perjalanan yang jauh, serta ruang kaki yang sedikit luas, KeretaSewaMachang.com menawarkan 2 kereta sub-kompak sedan iaitu Proton Saga FLX dan Perodua Bezza. Kedua-duanya kereta menggunakan transmisi automatik, membolehkan anda memandu dan menikmati perjalanan yang lancar dan tenang.
Sekiranya anda mempunyai keluarga besar atau mungkin anda memerlukan ruang bonet untuk mengangkut barang-barang di sekitar Kelantan, KeretaSewaMachang.com ada menyediakan kereta MPV Alza dan Avanza, masing-masing dengan sewa harian bermula dari RM 180 hingga RM200. Kalau ikut pengalaman, Alza lebih selesa dan mempunyai ruang yang lebih luas jika dibandingkan dengan Avanza. Lebih-lebih lagi, Alza lebih jimat minyak berbanding dengan Avanza.
Jikalau ruang Alza dan Avanza tidak cukup untuk anda, anda boleh menyewa kereta Proton Exora CFE Bold yang lebih besar ruang dalamnya. Sesuai jika anda nak guna untuk perjalanan yang jauh lebih-lebih lagi bersama keluarga dan dengan kuasa pecutan untuk memotong. Kadar sewaannya, cuma RM250 sehari atau RM1300 sebulan.
Anda perlukan kenderaan yang sesuai untuk bawa klien pusing-pusing sekitar Kota Bahru atau untuk menjemput tetamu kehormat di lapangan terbang? Pada masa yang sama, memastikan penumpang VIP dalam keadaan selesa sepanjang perjalanan dan bajet bukan halangan? Masing-masing dengan kadar sewa RM600 dan RM800 anda boleh menyewa Van Mewah Hyundai Starex atau Toyota Vellfire.
Anda mempunyai 3 pilihan, Ford Spectron, Nissan Urvan, dan Toyota Hiace. Jika anda nak pergi melancong atau pergi kawasan berkelah di dalam Malaysia bersama rakan-rakan sepejabat dengan jumlah yang ramai, eloklah menyewa van pelancong.
Anda dapat jimat banyak terutamanya dari segi minyak kereta kerana dapat berkongsi membayar harga sewa dan tentulah minyak kenderaan. Anda juga tak perlu nak keluarkan kos awal untuk servis kenderaan anda untuk perjalanan yang jauh kerana KeretaSewaMachang.com akan memastikan van yang disewa dalam keadaan “Tip-top”.
Sehubungan dengan itu juga, jika anda rasa perjalanan nanti sangat jauh dan meletihkan, anda boleh sahaja mendapatkan khidmat pemandu terlatih dari KeretaSewaMachang.com supaya anda boleh menikmati pemandangan dan berbual dengan rakan sepejabat sepangjang perjalanan menuju destinasi.
Kesemua pemandu KeretaSewaMachang.com sangat terlatih dan cekap. Pada masa yang sama penjaga yang sangat baik. Mereka bukan sahaja akan memandu anda ke mana anda ingin pergi tetapi mereka juga akan mengambil berat dalam memastikan anda selesa dan baik sepanjang perjalanan anda.
Harga yang ditawarkan termasuk Minyak, Toll, Professional Driver, dan Air Mineral Percuma untuk setiap penumpang.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang