Review
Jul 16, 2018, 8:38pm

Kereta Sewa MPV Jimat Dan Murah Di Selangor


  •  
  •  
  •  
  •  

MALAYSIA bukan sahaja mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa tetapi masa sama, memiliki pelbagai tempat yang indah dan menarik untuk dikunjungi. Antara negeri yang menarik dan sesuai untuk membawa seisi keluarga datang berkunjung adalah di Negeri Selangor.

kereta sewa mpv selangor

Pelbagai tempat menarik di Selangor yang sesuai dijadikan sebagai tempat beriadah bersama keluarga pada musim cuti atau pun hujung minggu. Antaranya ialah;

Pantai Morib

Terletak di Kuala Langat, Pantai Morib merupakan sebuah pantai yang tenang dan memiliki kawasan rumput yang agak luas untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga.

kereta sewa mpv ke pantai morib

Lokasinya yang tidak jauh dari banda raya menjadikan ia destinasi tarikan untuk warga kota yang ingin menenangkan fikiran sambil menghirup udara segar yang menderu-menderu di Pantai Morib.

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang terletak di dalam bangunan kolonial klasik hasil idea A.B. Hubback pada tahun 1909 ini merupakan lokasi yang patut anda lawati sekiranya anda ingin mendapatkan pengetahuan tentang kehidupan Sultan Abdul Aziz Shah yang merupakan Sultan Selangor yang ke-8 pada tahun 1960 dan Yang di-Pertuan Agong yang ke-11 pada tahun 2001.

galeri sultan abdul aziz

Anda dapat melihat pelbagai koleksi peribadi menarik Diraja termasuklah replika mahkota Diraja Selangor.

Trick Art Museum i-City

Pameran lukisan-lukisan di dalam Trick Art Museum i-City ini adalah berdasarkan teknik seni lukisan purba Trompe L’oeil yang mana lukisan-lukisan yang dihasilkan menggunakan teknik ini  kelihatan realistik dan hidup dalam 3 dimensi.

sewa kereta mpv di selangor

Lukisan-lukisan 3D di muzium ini pasti membuatkan anda tertanya-tanya betul ke pandangan mata anda ni, seperti boleh disentuh tapi sebaik anda mendekatinya, ternyata ia hanyalah sebuah lukisan yang menipu mata anda.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Selepas Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini merupakan masjid yang kedua yang terbesar di Asia Tenggara.

kereta sewa mpv dipercayai

Pada awal pembinaan masjid yang berkubah biru ini, jam antik yang telah berusia 600 tahun dan 4 buah lampu chandelier diberikan oleh Sultan Selangor untuk dijadikan sebahagian daripada masjid indah ini.

SnoWalk i-City

SnoWalk i-City yang terletak di Shah Alam ini merupakan sajli indoor yang pertama di Malaysia. Suhu di dalam SnoWalk i-City ini dikawal untuk sentiasa berada di bawah 5 darjah celsius.

snowalk kereta sewa mpv murah

Yang menariknya lagi, terdapat lapisan salji dengan ketebalan 100 mm di lantai, kalau terasa cuaca di luar terlalu panas, datang je ke sini, kalah penyejuk udara di rumah. Pasti menyesal kalau datang dengan slipper, menggigil anda sekeluarga dalam ni nanti. Maka, pakailah kasut yang sesuai dengan musim ya.

Sunway Lagoon

Siapa tak pernah mendengar tentang taman tema air yang terkenal ini, Sunway Lagoon. Wajib dilawati sesiapa sahaja yang datang ke KL atau Selangor.

sunway lagoon kereta sewa mpv

Tarikan yang terdapat di sini bukan hanya water park malahan anda tidak patut melepaskan peluang berseronok dengan aktiviti lain yang bertaraf dunia seperti Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon.

Pantai Tanjung Rhu

Setibanya anda ke Pulau Carey, anda perlu meneruskan perjalanan untuk ke Pantai Tanjung Rhu dalam 10 ke 15 minit. Pantai Tanjung Rhu memiliki kawasan pesisir berkepanjangan 2.5 km yang berpasir putih bersih. Bolehlah anak-anak bermain pasir dan berlari-lari sepuas hati di sekitar pantai yang luas ini.

pantai tanjung rhu

Di samping itu, untuk pengetahuan anda, kawasan pantai ini menjadi tempat pelabuhan nelayan-nelayan yang terdapat di Pulau Carey.

Taman Alam Kuala Selangor

Terbahagi kepada 2 bahagian berbeza, sebahagian besar Taman Alam Kuala Selangor ini merupakan Hutan Hujan Tropika, yang selebihnya pula adalah Hutan Paya Bakau. Bagi pencinta aktiviti memerhati burung, hutan ini sangat kaya dengan pelbagai spesis burung yang bukan sahaja dari dalam negara malahan burung-burung yang berhijrah dari luar negara.

taman alam kereta sewa mpv

Spesis burung yang menyinggah hutan ini dari luar negara biasanya datang setiap tahun mulai bulan September hingga April pada waktu negara asal mereka mengharungi musim sejuk. Antara spesis burung dari negara lain yang boleh ditemui di sini adalah burung Brown Shrike, Warbler, Purple Herow, Great Eagle dan banyak lagi. Spesis-spesis burung tempatan pula adalah seperti burung Raja Udang, bangau, Serandau dan lain-lain.

Kereta Sewa MPV Anggun Car Rental – MPV Yang Murah Dan Jimat Di Selangor

Anda mencari-cari kereta sewa MPV yang murah dan jimat Di Selangor? Jangan Risau Lagi! Anda berada di tempat yang betul untuk mencari MPV yang murah serta menjimatkan duit anda.

kereta sewa mpv anggun car rental

Anggun Car Rental sudah berpengalaman lebih 5 tahun di dalam bidang MPV sewa di Selangor ini dan sentiasa faham akan kehendak pengguna MPV sewa yang semestinya mahukan kenderaan dalam keadaan baik sebelum membuat perjalanan jauh.

4 Kelebihan Kereta Sewa MPV Anggun Car Rental Yang Anda Perlu Tahu

Antara kelebihan syarikat kereta sewa MPV ini ialah;

1) Kereta MPV Diservis Dan Diselenggara Dengan Baik

kereta sewa mpv sentiasa diservis

Sebarang kerosakan pada kereta MPV sewa dibaiki dan diperiksa serta menunjukkan rekod servis dan selenggara asas kepada pengguna (telus). Selain itu, mereka mendapatkan sebarang maklum balas dari pengguna dan bertindak atas makluman atau rungutan pengguna.

2) Mempunyai Kepakaran Urusan Kecemasan (Emergency Response Team)

khidmat kecemasan kereta sewa mpv anggun

Mempunyai Kepakaran Urusan Kecemasan, berpengalaman untuk sebarang respons kecemasan dengan cekap dan pantas.

3) Harga Yang Ditawarkan Murah Serta Berpatutan

harga kereta sewa mpv

Anggun Car Rental berikan harga dalam kategori rendah tapi berpatutan. Lebih lama anda sewa, lebih rendah harga yang anda perolehi.

4) Staf Yang Mesra, Jujur Dan Amanah

staff kereta sewa mpv yang peramah

Setiap pertanyaan dan panggilan anda dilayan dengan baik dan pihak Anggun Car Rental akan pastikan memberi layanan yang mesra untuk setiap urusan.

Pelbagai Jenis Kereta Sewa MPV Disediakan Mengikut Cita Rasa Anda

Antara kereta sewa MPV yang disediakan di Anggun Car Rental adalah;

Kereta Sewa MPV Mewah Hyundai Starex

kereta hyundai starex sewa mpv

Hyundai Starex juga merupakan kereta Luxury yang boleh anda dapatkan di Kereta Sewa Kelantan. Ia mempunyai 11 tempat duduk dan sesuai untuk anda membawa keluarga anda bercuti bersama anda. Hyundai Starex menyediakan tahap ergonomik yang tinggi supaya anda dapat merasai pemanduan yang sangat lancar seolah – olah anda sedang menaiki sebuah kereta sedan. Ruang dalamannya juga sangat luas dan boleh memberikan keselesaan kepada semua orang.

Kereta Sewa MPV Mewah Toyota Vellfire

Toyota Vellfire merupakan sejenis Multi – purpose Vehicle (MPV ) mewah yang ditawarkan oleh Kereta Sewa Kelantan dan ia mempunyai dua jenis, iaitu standard dan juga full specs. Toyota Vellfire full specs dilengkapi dengan pilot seat, electric seat, sunroof dan juga moonroof.

kereta sewa mpv vellfire

Reka bentuk Velfire adalah sporty dan mempunyai lampu hadapan LED automatik. Ia mempunyai rekaan dalaman untuk tempat duduk dengan formasi 2 – 2 – 3 dan ianya boleh diduduki sebanyak 7 orang penumpang. Jadi, ianya sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga yang besar.

Kereta Sewa MPV Alza

MPV Alza ini juga sesuai untuk disewa bagi pasangan suami isteri yang merancang untuk membawa anak-anak untuk bersantai pada hujung minggu ataupun pada cuti-cuti sekolah khasnya. Perodua Alza yang baru dibeli dari kilang ini pastinya akan memberikan satu pengalaman yang sukar dilupakan kepada anda semua yang mengimpikan untuk membawa atau menaiki kereta baru.

kereta sewa mpv alza

Dengan kapasiti penumpang seramai 7 orang, dan keluasan dalaman yang besar, bersama dengan MP3/WMA, USB dan Bluetooth radio, pastinya ia akan memberikan keselesaan kepada anda untuk menempuhi perjalanan anda nanti

Kereta Sewa MPV Exora

Proton Exora mempunyai senarai kelebihan yang cukup untuk menjadikannya sebuah MPV yang sempurna. Ciri-ciri keselamatannya banyak, saiznya elok untuk sebuah keluarga sederhana, pemanduan dan pengendaliannya bagus, enjin yang berprestasi, reka bentuk yang menarik dan dengan harga yang berpatutan.

kereta sewa mpv exora

Iya, MPV ini mempunyai beberapa kelemahan seperti material yang terasa sangat plastik namun banyak lagi kelebihan lain yang mengatasi kelemahan yang ada. Di dalam pasaran domestik, Proton Exora adalah opsyen terbaik di dalam kelasnya.

Kereta Sewa MPV Mewah Alphard

sewa alphard murah setapak

Toyota Alphard 2.4

Alphard merupakan model MPV mewah dan antara yang paling terlaris di Anggun Rental Car mengetengahkan gaya yang lebih moden dan dinamik. MPV ini dihiasi dengan kekemasan krom pada bahagian jeriji hadapan dan juga bonet belakang untuk menampilkan imej yang classy. Selain itu, Alphard ini menawarkan ruang kabin yang lebih panjang dengan kedudukan lantai yang lebih rendah. MPV jenis ini boleh memuatkan 7 penumpang dalam masa yang sama, ruangan kabin Alphard ini juga di tatarias secara mewah dengan imej berkualiti tinggi. Walaupun ia sebuah MPV, namun pemanduannya umpama sedan mewah. Semua butang kawalan diletakkan pada papan pemuka dengan kedudukan yang mudah di capai dan dikendalikan.

Apa Kata Pelanggan?

testimoni pelanggan kereta sewa mpv testimoni pelanggan kereta sewa mpv testimoni pelanggan kereta sewa mpv testimoni pelanggan kereta sewa mpv testimoni pelanggan kereta sewa mpv

Perjalanan Lebih Lancar Kereta Sewa MPV Anggun Car Rental

Bagi mereka yang ingin ke Selangor, anda boleh berurusan dengan pihak Anggun Car Rental kerana harga yang mereka tawarkan adalah sangat-sangat murah dan berpatutan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Anggun Car Rental, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

tempah kereta sewa alza online

ANGGUN CAR RENTAL | KERETA SEWA MPV JIMAT DAN MURAH Hotline: Tekan untuk telefon (011-55004434) | Link WhatsApp Telefon Pejabat: Tekan untuk telefon (03-41311511) Website: www.anggunrentacar.com

Alamat: Anggun Car Rental Jalan Wangsa Niaga, Wangsa Biz Avenue Off Jalan 34/26, 53300 Kuala Lumpur , Malaysia