Review
Jul 17, 2018, 6:00am

Kereta Sewa Cheras Pada Harga Rendah Hanya Dengan Anggun Car Rental


Bohonglah kalau cakap nak kereta sewa tapi tak kisah soal harga! Tok sah nak temberang la. Mana ada orang yang sanggup nak main redah je sewa kereta tanpa ambil tahu soal harga. Bukan setakat soal harga je sekali dengan perkara lain nak di ambil tahu sebelum beri kata putus. Jangan kata orang lain, saya sendiri pun macam tu jugak. 

kereta sewa cheras

Kat kawasan Cheras misalnya ada banyak syarikat yang jalankan perniagaan memberi perkhidmatan kereta sewa ini dan saya sendiri pernah berasa pening kepala dek kerana tak tahu nak pilih syarikat yang mana satu.

lokasi kereta sewa cheras

Tapi, mujurlah berkat kesabaran akhirnya saya dah berjaya mengenali syarikat kereta sewa Cheras yang benar-benar dapat membantu memberikan saya kereta sewa yang bukan hanya tip top dari kadar harga malah terbaik dari segi kondisi keretanya. At least, apabila ada kecemasan kereta rosak ke apa, saya dah tahu di manakah perlu saya hubungi untuk dapatkan servis kereta sewa Cheras dengan kadar harga yang rendah dan berbaloi-baloi.

anggun car rental cheras

Nak tahu servis kereta sewa Cheras harga rendah yang mana telah mampu menawan hati saya? Namanya adalah Anggun Car Rental.

Pelbagai Jenis Kereta Sedang Menanti Para Penyewa

Di Anggun Car Rental ini segala macam jenis kereta ada daripada kereta compact keluaran dalam negara seperti daripada jenama Perodua dan Proton sehinggalah kepada kereta sedan, MPV dan juga koleksi kereta mewah yang cantik dan mahal daripada luar negara.

antara kereta sewa cheras

Kita bebas memilih mana-mana kereta yang kita suka bergantung kepada budget masing-masing dan kegunaan kita untuk kereta terbabit. Bagi saya, kereta yang pelbagai jenis telah memudahkan urusan kita kerana kadangkala meskipun tidak digunakan untuk bercuti tetapi kita masih memerlukan kereta untuk kegunaan lain seperti ingin memindah barangan, urusan perkahwinan, kereta rosak tiba-tiba dan lain-lain lagi. Jadi jangan ingat yang kereta sewa ini hanyalah di perlukan untuk mereka yang ingin bercuti sahaja.

Antara kereta yang paling banyak mendapat permintaan adalah Myvi, Persona, Alza dan lain-lain lagi.

kereta sewa cheras murah

Anda boleh lihat sendiri secara terus dengan mengunjungi premis Anggun Car Rental ataupun melalui lamanweb mereka DI SINI.

Tak dinafikan, setiap kali menyewa kereta ada yang kurang mementingkan urusan kebersihan kereta terbabit. Apa tidaknya itu kan kereta yang di sewa semata bukannya kereta sendiri akan tetapi kereta yang disediakan oleh pihak Anggun Car Rental selalunya sentiasa di dalam keadaan yang baik dan bersih bukan setakat dalaman mahupun luaran juga. Ini kerana pihak Anggun Car Rental ini akan memastikan setiap kereta yang telah digunakan oleh penyewa akan segera dibersihkan semula secara menyeluruh.

penjagaan kereta sewa cheras

Mereka juga akan mengambil berat tahap kondisi enjin kereta dan juga tayar. Kesimpulannya, setiap kereta akan melalui tahap pemeriksaan terlebih dahulu sebelum diserahkan ke tangan penyewa berikutnya. Ini bagi memastikan nama Anggun Car Rental sentiasa berada di tahap yang sepatutnya sebagaimana yang telah diyakini dari dulu hingga kini.

penjagaan kereta sewa cheras

Antara Kereta Yang Ditawarkan Oleh Kereta Sewa Cheras

1.Kereta Sewa Cheras Dari Jenis Ekonomi

Bila di sebut perkataan ekonomi pastinya anda boleh membayangkan kenderaan yang sangat jimat ongkos minyaknya dan tidak hairanlah kenapa kerena begini sangat laris di sewa meskipun sizenya agak kecil dan terhad.

kereta sewa cheras compak dan murah

Antara kereta ekonomi yang sering mendapat tempat dan amat laris di sewa daripada pihak Anggun Car Rental ini adalah seperti Perodua Axia, Perodua Viva, Perodua Myvi dan sebagainya. Selalunya kereta jenis ini mempunyai CC 1,300 dan ke bawah. Meskipun kecil namun ianya amat praktikal bagi anda yang ingin bercuti di dalam kadar bilangan yang tidak ramai dan dalam misi untuk bercuti dengan kadar penjimataan yang sangat minimal.

2. Kereta Sewa Cheras Dari Jenis Sedan

Walaupun kereta jenis sedan ini lebih perlu mengeluarkan kos minyak yang lebih sedikit daripada kereta jenis ekonomi namun disebabkan ianya sangat selesa maka ramai yang ikut sukakan kereta jenis sedan ini untuk di sewa bagi sebuah perjalanan yang agak jauh seperti balik kampung dan sebagainya.

kereta sewa cheras sedan

Kereta sedan yang boleh memuatkan sehingga lima orang penumpang ini bukan saja selesa untuk penumpang tetapi juga sangat selesa untuk pemanduan yang lancar. Antara kereta jenis sedan yang ada di dalam simpanan Anggun Car Rental untuk anda sewa adalah seperti Persona, Vios, Camry, Honda Vios, Honda City dan juga BMW.

3. Kereta Sewa Cheras Dari Jenis MPV

MPV sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ianya sangat-sangat menarik untuk digunakan sebagai kenderaan untuk bercuti secara beramai-ramai baik bersama keluarga mahupun rakan-rakan. MPV bukan hanya mampu memuatkan ramai penumpang tetapi juga boleh memuatkan banyak barangan dan tempat pemandu juga sangatlah luas dan selesa. MPV ini ada yang jenis biasa dan ada juga yang bertaraf mewah.

kereta sewa cheras MPV

Sekiranya anda ingin bercuti di mana-mana destinasi dengan jarak yang agak jauh maka pilihlah mana-mana kenderaan sewa MPV daripada Anggun Car Rental ini dengan hadar harga yang sangat rendah itu. Antara kereta jenis MPV yang ada adalah Exora, Alza, Alphard, Vellfire dan juga Hyundai Starex Royale yang boleh menampung sehingga 11 penumpang pada satu-satu masa.

4. Kereta Sewa Cheras Dari Jenis Pickup Truck

Bukan mudah untuk mencari pickup truck yang masih di dalam kondisi terbaik seakan baru yang boleh disewa dengan harga yang sangat rendah dan inilah juga salah satu keistimewaan yang ada pada Anggun Car Rental.

kereta sewa cheras pickup truck

Pickup truck sebegini sememangnya sangat diminati ramai kerana ia mempunyai fungsi dua dalam satu di mana ianya boleh memberi tahap keselesaan yang sangat memuaskan untuk para penumpang di samping dapat membawa muatan yang agak banyak di belakangnya. Malah, ianya juga sangat lasak dan amat sesuai untuk para penyewa yang ingin pergi bercuti dengan aktiviti yang agak mencabar.

pemandu kereta sewa cheras

Semua kereta yang di tawarkan untuk sewaan ini adalah di dalam versi automatik dan sememangnya itu amat menyenangkan anda untuk memandunya terutama ketika tersangkut di dalam kesesakan jalanraya.

Boleh Menghantar Dan Mengambil Semula Kereta Dari Lokasi Anda

Ini juga patut diberi pujian kerana seandainya perlukan kereta sewa ketika sedang berada di dalam sitausi kecemasan pastinya kita amat memerlukan sebuah kereta secara cepat, mudah dan segera. Bayangkan jika perlukan kereta untuk segera pulang ke kampung tetapi dalam masa yang sama perlu pula bergegas cari kereta sewa bukankah telah membuang masa tu. Maka dengan adanya servis pernghantaran kereta secara terus ke kediaman pasti sangat-sangat memudahkan dan menjimatkan masa.

penghantaran kereta sewa cheras

Malah apa yang lebih mengembirakan lagi, bukan setakat boleh bantu membauat penghantaran secara terus ke kediaman pelanggan tetapi juga boleh datang mengambilnya semula mengikut masa dan tarikh yang telah dipersetuji mengikut perjanjian. Nampaknya pihak Anggun Car Rental ini benar-benar telah memikirkan soal kepentingan para pelangggannya hingga dapat bertungkus lumus demi memberikan servis yang terbaik.

Kereta Sewa Cheras Mempunyai Kepakaran Dalam Bantuan Kecemasan

Malang tidak berbau begitu juga jika melibatkan perjalanan terutama untuk perjalanan yang jauh. Tetapi sekiranya anda memilih untuk menyewa kereta daripada pihak Anggun Car Rental, anda tidak perlu berasa bimbang kerana dengan membuat penyewaan ke atas mana-mana kereta milik Anggun Car Rental, anda sama sekali seakan-akan sedang di beri perlindungan kerana mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan pelbagai pihak sehingga dapat memberi bantuan dengan cepat sebaik saja anda memohon pertolongan.

kepakaran kecemasan kereta sewa cheras

Maka, sekiranya kenderaan yang anda sewa mengalami apa-apa masalah atau kerosakan, jangan risau jangan panik sebaliknya terus saja hubungi pihak Anggun Car Rental dan mereka akan segera bertindak untuk membantu mengeluarkan anda daripada masalah terbabit.

Kereta Sewa Cheras Mesra Pelanggan, Cekap Pengurusan

Setakat harga yang rendah tetapi kereta tidak berada di dalam kondisi yang tidak sepatutnya, tidak guna juga kan? Maka mesra pelanggan dan cekap pengurusan juga perlu di ambil kira dan berdasarkan apa yang Anggun Car Rental tawarkan sememangnya mereka berhak mendapat gelaran antara kereta sewa Cheras yang terbaik.

kereta sewa cheras terbaik

Bagi anda yang ingin berhubung bagi mendapatkan perhidmatan kereta sewa Cheras ini, anda perlu menyiapkan beberapa dokumen penting bagi memudahkan lagi urusan. Pastikan anda menyediakan salinan seperti berikut :

  • Salinan IC penyewa
  • Salinan lesen penyewa
  • Salinan bil utiliti (bil elektrik, bil ASTRO, dan sebagainya)
  • Salinan kad matrik (untuk pelajar sahaja)

Sebahagian Pelanggan Yang Menggunakan Perkhidmatan Kereta Sewa Cheras – Anggun Car Rental

pelanggan kereta sewa cheras pelanggan kereta sewa cheras pelanggan kereta sewa cheras

Nak Booking Kereta Sewa Cheras? Hubungi Anggun Car Rental Sekarang Juga!

Apa yang sedang di tunggu lagi tu? Jom segera dapatkan kereta yang cantik kebaboom dari kereta sewa Cheras dengan harga yang sangat rendah di talian dan WhatsApp seperti tertera.

logo anggun kereta sewa kl

ANGGUN CAR RENTAL | PENYEDIA SERVIS KERETA SEWA CHERAS
Hotline: Tekan untuk telefon (011-55004434) | Link WhatsApp
Telefon Pejabat: Tekan untuk telefon (03-41311511)
Website: www.anggunrentacar.com

Alamat:
Anggun Car Rental
Jalan Wangsa Niaga, Wangsa Biz Avenue Off Jalan 34/26, 53300 Kuala Lumpur , Malaysia

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: