Umum
Oct 29, 2010, 4:06am

Kereta James Bond Dilelong


Salam semua,

Fuhhh agak lama tidak terupdate blog.. Bukan tak nak update.. Tapi.. Kebuntuan idea.. Pandang saja pc.. Tak tahu nak buat ape.. Adakah ini Sindrom Lompat Si Katak Lompat? Ataupun Lompat Cinta? Ohh.. Tidakk… Kereta James Bond Dilelong Dengan Harga RM12.8 Juta.. Korang nak beli ke? Kalau nak beli meh usha bawah ini…

Sebuah kereta Aston Martin DB5 berwarna perak yang pernah dipandu oleh pelakon Connery dalam filem Goldfinger dan Thunderball dilelong di London kelmarin pada harga £2.6 juta (RM12.8 juta).

Kereta unik yang mempunyai mesingan, nombor pendaftaran yang boleh berputar dan gear khas itu dibeli oleh pengumpul kenderaan klasik dari Ohio, Amerika Syarikat (AS), Harry Yeaggy.Yeaggy, seorang ahli perniagaan yang mempunyai sebuah muzium peribadi di Ohio, berkata, dia tidak sabar untuk memandu kereta itu yang boleh bergerak selaju 233 kilometer sejam.

Menurutnya, kereta itu tidak pernah dilelong sebelum ini menyebabkan ia menjadi daya tarikan tinggi kepada pengumpul kereta klasik.Pemilik asal kereta itu ialah pemilik stesen radio WBEB dari Philadelphia, AS, Jerry Lee.Lee membeli kereta itu pada 1969 dengan harga AS$12,000 (RM37,296).

Lee berkata, hasil lelongan itu akan disumbangkan kepada sebuah yayasan miliknya untuk melakukan projek pendidikan dan antijenayah di peringkat antarabangsa. Menurut, Ketua Pengarang majalah Classic & Sports Car Magazine, Mick Walsh, ia merupakan satu-satunya kereta filem James Bond yang tulen. Kereta itu turut dilengkapi dengan alat pengesan, bumbung yang boleh dibuka, penyembur minyak, alat pelindung kalis peluru dan skrin asap.

Semua peralatan itu dikawal oleh togol dan suis tersembunyi. Kereta Aston Martin itu dibuat dengan gabungan reka bentuk Itali dan kejuruteraan Britain. Filem James Bond telah mempopularkan kereta Aston Martin walaupun kenderaan buatan tangan itu dianggap dijual pada harga yang amat mahal. – Agensi

Sumber : Kosmo

ProfHariz :  Anda peminat antik? Hariz tidak 😛

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: