Alhamdullilah.. Tahniah buat Pasukan Harimau Malaya Malaysia yang mendahului Garuda Indonesia dalam Perlawanan Akhir Pusingan Pertama Piala Suzuki AFF..
Dalam perlawanan itu ada penyokong malaysia yang xberapa matang yang menggunakan lazer menyuluh kepada penjaga gol indonesia.. Ini mungkin akan dijadikan isu oleh permain dan penyokong-penyokong indonesia.. Jom Melihat Keputusan Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF Malaysia VS Indonesia
Keputusan Perlawanan Akhir Live Piala Suzuki AFF
Wisel dibunyikan dengan keputusan muktamadMALAYSIA 3-0 INDONESIA
94″: Ingatkan Malaysia dapat penalti setelah Markus menangkap kaki Kunanlan setelah Kunanlan hampir menjaringkan gol one to one
90″: 8 minit masa tambahan diberikan oleh pengadil
85″: Fahmi tidak banyak dicuba pada malam ini tetapi apabila Indonesia menyerang, beliau memainkan peranan yang baik. Permainan maybe akan ditambah at least 5 minit akibat permainan diberhentikan tadi
80″: Amri Yahya dimasukkan dan Safee dikeluarkan. Tendangan percuma oleh Gonzales tersasar tinggi di atas palang. Permainan Gonzales malam ini tenggelam akibat dikawal rapi oleh pemain Malaysia
75″: Safiq dikeluarkan setelah mengalami kekejangan otot
74″: Fahmi menangkap baik bola setelah diasak oleh pemain Indonesia. Satu kominikasi baik antara penjaga gol dan pemain pertahanan Malaysia
72″: Safee menanduk masuk satu lagi gol buat Malaysia menwaskan Markus hasil hantaran jauh Mahali. Malaysia 3-0 Indonesia
67″: Norshahrul memainkan peranan yang penting kali ini menghantar bola dan tekena pemain Indonesia dan disempurnakan oleh Mohamed Ashari, pemain gantian. Kedudukan Malaysia 2-0 Indonesia
60″: Gol pertama buat Malaysia setelah Shahrul menghantar baik kepada Safee dan disempurnakan oleh Safee. Tahniah buat Safee dan juga Shahrul. Memang sebelum ini pemain pertahan Indonesia mengagak Shahrul ingin menjaringkan gol dan of course Shahrul seorang pemain yang mempunyai semangat berpasukan menghantar kepada Safee
Setelah 7 minit permainan diberhentikan, ianya dimulakan kembali dan tendangan percuma oleh Safiq dihantar baik ke belakang tetapi gagal disempurnakan
52″: Tendangan percuma diberikan kepada Malaysia setelah Kunanlan dijatuhkan tetapi pemain Indonesia bertindak keluar padang apabila penjaga gol Indonesia claimed that terdapat sinaran @pancaran laser.
Penonton melempar mercun ke dalam padang akibat marah permainan diberhentikan
51″: Hantaran oleh Safee tepat kepada Shahrul tidak dapat disempurnakan kerana pemain pertahanan Indonesia mengekang dengan baik
48″: Tendangan Okto (Indonesia) berjaya ditangkap oleh Fahmi. Nampaknya Indonesia mengasak dengan lebih kuat kali ini
47″: Gonzales menjaringkan gol tetapi tidak dikira kerana offside
Permainan separuh masa kedua dimulakan dengan pertukaran oleh Malaysia: Amirulhadi dikeluarkan dan diganti oleh Mohammad Ashaari. Sebelum ini Amirulhadi dikenakan kad kuning
Permainan separuh masa berakhir setelah 2 minit masa tambahan dengan keputusan MALAYSIA 0-0 INDNESIA. Jumpa lagi dalam masa 15 minit
Tinggal lagi 5 minit separuh masa pertama, kedudukan masih seri tanpa jaringan. Nampaknya permainan sedikit perlahan oleh Malaysia
32″: Asraruddin dikenakan kad kuning akibat kekasaran dan sepakan percuma oleh Indonesia dapat dikeluarkan oleh pemain Malaysia
27″: Gol nyaris dijaringkan oleh Indonesia setelah mereka melakukan counter-attack setelah Malaysia kehilangan bola di bahagian tengah, nasib baik bola leret sedikit tersasar
Setelah 25 minit permainan, kelihatan Kunanlan banyak merobek gawang Indonesia di bahagian kiri
22″: Mohd Safiq (Malaysia) gagal menjaringkan gol setelah penjaga gol Indonesia keluar jauh daripada gol. Bagus nampaknya Malaysia terus menyerang
18″: Malaysia menggandakan serangan tetapi Mohd Amirulhadi tak dapat melepasi pemain pertahanan Indonesia, rasanya Amirulhadi sepatutnya memberi kepada dua rakannya yang sedang menunggu
16″: Malaysia mendapat sepakan percuma setelah Norshahrul ditolak oleh Maman tetapi sepakan melantun gagal disempurnakan oleh Amar Rphidan dengan menendang tinggi
Sudah 13 minit berlalu, tak banyak percubaan oleh Malaysia. Indonesia banyak menyerang tetapi dapat dipatahkan oleh pertahanan Malaysia
6″: Sepakan sudut pertama buat Malaysia setelah bola dikeluarkan oleh pemain Indonesia setelah Norshahrul diasak oleh 2 pemain Indonesia. Sepakan pendek oleh Shafiq gagal membuahkan hasil
Setelah 3 minit permainan, boleh dikatakan Indonesia lebih menguasai permainan dengan Malaysia membuat hantaran yang tidak begitu kemas dan banyak mengeluarkan bola
Perlawanan baru sahaja dimulakan dengan Malaysia mendapat sepak mula
Keputusan Perlawanan Akhir Suzuki Cup 2010 Malaysia tewaskan Indonesia 3-0
Tapi ingat kita masih ada Perlawanan Akhir Piala Suzuki Pusingan Kedua AFF Malaysia VS Indonesia.. Perjuangan kita masih belum selesai dan saya berharap permain malaysia dapat menunjukkan permainan yang baik buat pusingan kedua di indonesia 🙂
Skuad negara akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua. #malaysiaboleh #malaysiaboleh #malaysiaboleh #malaysiaboleh #malaysiaboleh #malaysiaboleh #malaysiaboleh #malaysiaboleh #malaysiaboleh #malaysiaboleh
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia