Review
Oct 31, 2013, 1:32pm

Keperluan Asas Untuk Latihan Industri (Business Casual)


  •  
  •  
  •  
  •  
Latihan Industri

Sumber gambar : ayieblog.com

InshaAllah pada 4 November 2013 saya akan memulakan Latihan Industri di sebuah syarikat Network solution dimana pada syarikat itu  akan memfokuskan kepada Connectivity, Availability, Security and Virtualization. Maka selepas ini, saya akan tinggal di Wangsa Maju dan menjadi warga Kuala Lumpur (senang dapat job untuk bloggingkan?) selama 6 bulan dan inshaAllah jika ada rezeki saya akan terus bekerja di syarikat tersebut.

Sebelum memulakan¬†Latihan Industri saya perlu menyediakan keperluan asas iaitu etika pemakaian seorang jurutera komputer. Apa yang perlu di pakai? Seluar jeans ke? Baju tshirt ke? Manalah saya ada pengalaman bekerja dalam syarikat-syarikat besar dan alhamdulillah saya bertanya kepada admin di syarikat yang saya akan berlatihan industri dan saya dapat feedback daripada mereka. Pakaian yang perlu dipakai adalah “Business Casual. Meeting then long sleeve“. Apa lagi saya pun sibuk la balik penang dan buat persiapan membeli belah Pakaian Business Casual yang hendak dipakai.

Jenis Pakaian Business Casual

Business casual means something less formal than a suit and tie, not a casual outfit that looks vaguely presentable. Business Casual

Alahai kacaknya andai profhariz dapat berdress-up seperti ini. Tapi perlu mengurangkan lagi 18kg ler.

Baju

Baju

Alhamdulillah dapat 2 kemeja yang kacak ini. Dan jumlah terkumpul kemeja setakat ini adalah 4 pasang. Rasanya dah cukup untuk pakai lima hari seminggu.

Seluar

Seluar

Oleh kerana My Big Bos follow. Maka mereka cadangkan saya untuk beli juga seluar ini. Alhamdulillah nak merasa seluar slack beli punya. Sebelum ini seluar slack selalunya tempah sahaja. Size besar dan gemuk. Faham-faham la ye.

Kasut

Kasut

Alhamdulillah kasut ini dibeli pada june 2012 dan keadaannya masih kacak. Maka tidak perlu lagi beli kasut baru.

Jaket

http://www.zalora.com.my/men/clothing/jackets-and-coats/

Agak-agak jaket ni masuk tak dengan Kemeja yang saya ada tu. Kalau pakai kemeja dengan Double Button Coat by JEFFERSON pasti tampak lebih kacak kan ?

Beg

http://www.zalora.com.my/men/bags/tote-bags/

Terbekenan pula dengan Top Handle Patent tote bag & Sling strap shoulderni. Memang sesuai untuk sumbat laptop dan beberapa peralatan nak masuk Latihan Industri nanti?

p/s : Ehem-ehem, inshaAllah Saya akan dapatkan beg dan juga coat daripada Zalora Malaysia boleh terus hantar ke pintu rumah baru nanti.