Kursus dan latihan dalam pembangunan organisasi dan sumber manusia merupakan aktiviti yang sangat penting. Latihan dan pembangunan adalah bidang yang khusus untuk membantu pihak pengurusan.
Program latihan dan pembangunan keseluruhannya adalah bidang yang rumit dan kompleks dan ianya ternyata dapat mempengaruhi tahap produktiviti pekerja. Motif utama kursus dan latihan ini adalah untuk memperbaiki prestasi pekerja dengan cara yang khusus.
Dalam organisasi yang kecil, latihan dan pembangunan boleh menjadi mudah dengan hanya menerima arahan dari penyelia. Namun untuk syarikat atau organisasi yang lebih besar, mereka memerlukan keadaan yang berbeza untuk semua pekerja. Malah terdapat juga organisasi yang telah menyediakan pusat latihannya sendiri seperti Universiti Motorola yang dioperasikan oleh Motorola, Inc.
Antara kepentingan dengan menyertai kursus dan latihan dalam pembangunan organisasi dan sumber manusia ini adalah :
Menambahkan pengetahuan, kemahiran dan membaiki mutu tingkahlaku yang diperlukan dalam melaksanakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerja. Kemahiran dan pengetahuan yang akan diberikan semasa akan melibatkan konsep untuk memberikan perkembangan psikologi, tahap kematangan dan penambahan peringkat keyakinan diri yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.
Membantu memperbaiki prestasi semasa dan prestasi masa depan pekerja dengan cara meningkatkan kebolehan pekerja untuk melaksanakan segala tugasan nanti supaya segala objektif organisasi dapat dicapai.
Prestasi yang telah bertambah baik akan dapat memberi perubahan yang sangat ketara. Segala pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bertambah baik akan turut meningkatkan prestasi diperingkat individu, kumpulan dan organisasi.
Apabila kecekapan ditingkatkan dan kurang kesilapan maka secara tidak langsung ianya akan dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan penyelenggaraan.
Untuk pengetahuan anda, kursus dan latihan dalam pembangunan organisasi dan sumber manusia ini dapat memberi impak yang sangat besar untuk para pekerja. Dengan adanya kursus dan latihan dalam pembangunan organisasi dan sumber manusia ini pekerja dapat membaiki prestasi diri sendiri bukan hanya untuk membantu memajukan organisasi tempat berkerja tetapi juga untuk meningkatkan mutu persembahan diri sendiri untuk menjadi jauh lebih bagus dari sebelumnya.
Bila diri sendiri lebih bagus dari segi etika kerja dan sikap pastinya majikan akan lebih sayangkan diri anda. Antara pihak yang sering mendapat perhatian untuk tujuan kursus dan latihan dalam pembangunan organisasi dan sumber manusia ini adalah PETAMINDA TRAINING yang semakin dikenali dari hari ke hari.
Petaminda adalah sebuah syarikat yang menganjurkan latihan dan kursus dalam pelbagai bidang terutama untuk Pengurusan Kewangan, Pembangunan Organisasi dan Pembangunan Sumber Manusia. Syarikat ini diperbadankan di bawah Pendaftaran Perniagaan Akta 1956 dan merupakan syarikat milik bumiputera 100%.
Pihak Petaminda menyediakan ruang yang sangat selesa khususnya untuk kursus pembangunan organisasi dan sumber manusia ini. Kursus dan latihan untuk pengurusan dan kemahiran peribadi akan turut diberi keutamaan. Semua peserta akan dibantu untuk terus menumpukan perhatian demi untuk meningkatkan kemahiran berfikir praktikal bagi meningkatkan prestasi untuk berbakti kepada masyarakat dan organisasi nanti.
Pihak Petaminda Training mempunyai jurulatih terpilih yang sangat profesional. Jurulatih ini dipilih antara yang terbaik di antara yang terbaik demi untuk memberikan kursus dan latihan yang sepatutnya mengikut tahap yang telah ditetapkan. Ini bagi memastikan semua peserta dapat di latih dengan baik supaya terus bersedia untuk berkhidmat dengan majikan masing-masing kelak.
Dengan kepakaran dan pengalaman mendalam dalam bidang industri latihan dan kursus penyelenggaraan sejak 2010, pihak Petaminda Training sangat memahami semua cabaran utama yang dihadapi oleh organisasi dalam proses membina bakat berpotensi tinggi. Pihak Petaminda Training akan berusaha memastikan setiap peserta dapat sentiasa fokus supaya kejayaan misi utama dapat dicapai.
Terdapat pelbagai topik tajuk kursus dan latihan yang akan diberikan. Topik untuk setiap kursus dan latihan yang akan diberikan oleh Petaminda Training ini adalah seperti :
i) Pembentukan Pasukan (Team building)
ii) Pengurusan (Management)
iii) Pembangunan Diri (Personal Development)
iv) Teknologi Maklumat (Information Technology)
v) Pengurusan Kewangan (Financial)
vi) Keusahawanan (Entrepreneurship)
vii) Spiritual (Islamic)
Untuk menyesuaikan pekerja dengan sistem baru, prosedur dan cara kerja yang lebih tepat sesuai dengan kemajuan teknologi yang sentiasa akan menyebabkan perubahan dari masa ke semasa. Dengan bantuan Petaminda Training ini juga, pekerja lama dan pekerja baru akan dapat menyesuaikan diri dengan kehendak sesuatu kerja baru dalam organisasi.
Yang pasti, dengan adanya Petaminda Training sebegini, para majikan akan merasa lebih senang dan mudah. Apa tidaknya, para majikan tidak perlu lagi terlalu pening kepala bagaimana untuk membentuk pekerja yang lebih berdedikasi kerana pihak Petaminda Training dapat menyediakan berbagai kursus untuk peringkat pengurusan dan staf sokongan yang meliputi skop peningkatan professionalism, prestasi dan produktiviti tenaga kerja.
Petaminda Academy adalah ruangan yang telah disediakan untuk sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus dan latihan dalam pembangunan organisasi dan sumber manusia. Kelebihan untuk tempat kursus dan latihan yang disediakan oleh pihak Petaminda Training ini adalah :
Ruangan dapat disewa dengan kadar yang sangat bernilai untuk wang tanpa sebarang caj tersembunyi sama sekali.
Pihak Petaminda Training amat menekankan tahap layanan yang baik untuk semua. Hasilnya 100% pelanggan menilai pihak Petaminda Training termasuk stafnya sebagai team yang sangat baik dan cemerlang.
Petaminda Academy direka sebagai cara yang selesa dan kreatif untuk menjalani sebarang kursus , seminar, mesyuarat dan sebagainya dengan penuh gembira dan menjamin keselesaan sepanjang masa dengan adanya kemudahan wifi, ruang beristirehat, ruang makan,surau dan tandas.
Petaminda Academy ini terletak di Bandar Baru Bangi. Dengan lokasi yang sangat maju secara tidak langsung ia dapat memberikan kemudahan tambahan seperti kedai serbaneka, restoran, hotel, klinik dan ruang letak kereta yang sangat mudah untuk di akses oleh semua.
Sama ada anda ingin menganjurkan mesyuarat, bengkel, persidangan, seminar atau acara latihan, bilik serba lengkap boleh disediakan mengikut kehendak anda sendiri. Untuk susun atur dan reka bentuk bilik untuk menjalankan acara anda itu nanti anda boleh maklumlah kepada pihak Petaminda Training dan pihak mereka akan sediakan segalanya mengikut keperluan anda.
Saat ini, pihak Petaminda Training telah pernah bersama-sama dengan agensi kerajaan, sektor awam, sektor swasta, syarikat HRDF, agensi berkaitan keusahawanan dan individu yang berminat untuk menangani keperluan mereka dengan isu yang berkaitan. Pihak Petaminda Training juga sentiasa berusaha untuk memastikan setiap kursus dan latihan yang dianjurkan boleh memberi hasil yang diinginkan.
Segala latihan dan perundingan untuk membolehkan profesional yang bekerja untuk berkembang maju dan mencapai matlamat transformasi perniagaan sentiasa menjadi misi utama. Pembangunan merujuk kepada penambahan keupayaan pekerja dalam mempertingkatkan kerjaya di masa hadapan maka dengan menekankan keyakinan diri dan kemahiran untuk membuat keputusan akan dapat mewujudkan golongan pekerja yang yang lebih bijak demi masa depan bersama yang lebih ceria bersama organisasi.
Ini adalah sebahagian daripada para peserta yang telah selesai mengikuri kursus dan latihan dalam pembangunan organisasi dan sumber manusia bersama pihak Petaminda Training. Masing-masing kelihatan sangat gembira dan teruja sepanjang kursus dan latihan tersebut. Rata-rata kelihatan sangat berpuashati dengan sikap yang jauh lebih berkeyakinan berbanding sebelumnya.
Anda adalah wakil pihak organisasi yang mahukan mutu pekerja yang jauh lebih baik, berdedikasi dan berwawasan daripada sebelum ini? Anda juga mahu majukan diri sendiri untuk menjadi seorang insan dan pekerja yang lebih tajam minda dan yakin pada diri berbanding sebelumnya?
Jangan berlengah lagi, segera hadiri kursus dan latihan dalam pembangunan organisasi dan sumber manusia bersama pihak Petaminda Training untuk kemajuan yang lebih berbanding sebelumnya. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan, anda boleh hubungi pihak Petaminda Training melalui detail di bawah ini :
PETAMINDA TRAINING – TEMPAT KURSUS DAN LATIHAN PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN SUMBER MANUSIA YANG TERBAIK DI SELANGOR
Hotline : Tekan untuk telefon (012-2747498) | Tekan Untuk WhatsApp
Hotline : Tekan untuk telefon (011-61606769) | Tekan Untuk WhatsApp
Website : https://petaminda.com.my/
Facebook : Petaminda Training
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang