Umum
Jul 30, 2010, 3:03pm

Kenapa Mama Berbohong ?



                                               Gambar Mamaku 🙂


Di saat ku masih kecil, aku melihat mama berpeluh balik dari sawah…

“Mama penat?” Mama menjawab..”Tak la, Mama belum penat lagi. Nak masak untuk ayah lepas ni..
” Aku tau Mama penat, dari raut wajahnya…Mamaku berbohong..


Kemudian aku lihat adik lahir. Mama tersenyum riang. Aku bertanya, 
“Mama, sakit tak lahirkan adik?”
Mama menjawab, ” Tak la, kan Mama tengah senyum ni. Happy adik lahir tau!”
Aku tahu Mama sakit sebelum ke hospital….Tapi Mama berbohong lagi….


Saat aku masuk ke sekolah, aku lihat Mama berada di luar kelas. memerhati aku belajar. 
Maklumlah, hari pertama….Selesai kelas, aku bertanya..”Mama risaukan angah?”
Mama menjawab..”Tak lah…Mama cuma tunggu ayah ambik kita. Dia lewat sikit hari ni..”
Aku tahu Mama berbohong lagi….melihat wajahnya yang sungguh risau…


Hari tu, Mama tak turun ke sawah. Aku pasti dia sedang sakit. Namun ku lihat dia gagahkan jua dirinya 
bangun pagi untuk menyiapkan sarapan untuk kami sekeluarga. “Mama demam?”
“Tidak nak, mama cuma nak kemas rumah hari ni. Takut orang datang..
” wajahnya yang pucat menceritakan segalanya..Mama berbohong lagi….


Hari itu aku menduduki peperiksaan awam. Aku lihat Mama di luar dewan memerhatikan aku dari jauh. 
Berpanas, berhujan. dia sanggup tunggu aku. selesai kertas, aku keluar mendapatkan Mama. 
Mama memberikan aku sebotol air untuk meghilangkan haus…..”Mama nak minum?”
“Tak perlu nak. Mama tak haus….” seharian berpanas, berhujan, mustahil Mama tak haus….Mama ku berbohong….


Malam itu, kami makan dengan serba kekurangan. Mungkin tanaman Mama tak menjadi musin ni. Lauk ku sudah habis. 
Namun, aku masih lapar…”nah, ambik lah makanan Mama ni. Mama dah kenyang..” 
kenyang? Mama belum pun menjamah makanan….kenapa Mama? Mama berbohong lagi…..


Apa lagi yang ingin Mama sembunyikan…semuanya aku sudah nampak ma…
Aku tahu, mama buat semua ini, untuk kami.
Tanda kasih yang tulus dari hati..
Yang sentiasa mahukan yang terbaik bagi kami….
Mama, aku sayangkan padamu….


PH : Ya Allah kasihanilah mereka keduanya(Ibu Bapaku) sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: