Umum
Jun 26, 2013, 3:30pm

Kenapa Aku Seorang Blogger Malaysia Gagal


Dalam kehidupan ini, banyak cabaran yang perlu dilalui sebelum mencapai pada satu-satu tingkatan atau fasa. Sebelum kena sasaran “kejayaan” yang diimpikan pelbagai susah senang yang perlu ditempuh. Aku Seorang Blogger Malaysia yang bercita-cita mahu menjadi “Anak Melayu Boleh Berjaya”. Tetapi bagaimana?

Blogger Malaysia

Sedar atau tidak saya sudah hampir empat tahun berkecimpung di dalam arena blogging cuma sekejap timbul sekejap tenggelam. Sebab apa? Haaa, itu yang saya nak kongsikan di dalam artikel Kenapa Aku Seorang Blogger Malaysia Gagal untuk menjadi Blogger Yang Berjaya seperti rakan blogger yang saya kira naik mencipta branding di depan mata seperti BenAshaari.com, Ariffshah.com dan lain-lain.

Faktor Blogger Malaysia Gagal

Takut

Takut berubah merupakan faktor utama mengapa saya gagal dan takut menyahut cabaran. Jadi dalam hal ini saya perlu berubah daripada takut kepada Berani menyahut cabaran !

Menyerah Kalah

Sebelum apa-apa sudah menyerah kalah. Nampak Blogger Malaysia yang selalu menang join sesuatu contest dah mengaku kalah. Takpe malas la nak join. Ini merupakan mindset yang salah. Kita sepatutnya mencuba dahulu. Jika gagal 10 kali tidak bermakna akan gagal untuk kali ke 20.

Bertangguh

Wah ada idea nak buat artikel ni. Takpe-takpe awal lagi, esok jela buat artikel. rileks, rileks, rileks. Abang masa tak tunggu abang. Jadi bila dah ada idea, dapat sesuatu tugasan terus laksanakan jangan bertangguh. Tetapi ingat ! dahulukan yang mana lebih utama.

Mencuba atau tidak

Hanya mencuba untuk mendapatkan apa yang mahukan. Realitinya tidak boleh mencuba untuk melakukan sesuatu. Ia hanya ada 2 pilihan, samada mahu LAKUKAN atau TIDAK.

Bertindak

Banyak seminar dan ilmu yang saya timpa berkaitan dunia blog. Sudah dapat Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati tetapi tak laksanakan, Tidak bermula daripada sekarang. Jadi bila nak bertindak. Ini adalah masalah yang paling besar bagi Aku Seorang Blogger Malaysia Gagal.

Bagi anda pula, yang manakah faktor penghalang untuk anda menjadi blogger malaysia yang berjaya. Sila kongsikan pengalaman anda dengan tinggalkan komen diruangan dibawah supaya kita sama-sama mengambil inspirasi.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: