Bisnes
Feb 22, 2019, 9:37pm

Kenali CEO Felda Global Venture (FGV) Yang Baru, Bukan Calang-Calang Orang!


Bila menyebut tentang FELDA pastinya ada kaitan dengan sektor pertanian. Felda ini juga boleh dikategorikan sebagai salah satu agensi yang banyak mengalami naik turun sejak ia mula beroperasi. Untuk pengetahuan anda, agensi FELDA ini mula dibentuk pada 6 Julai 1956 dan jika dihitung dengan kiraan, ianya telahpun berusia 63 tahun. Lama sangat kan? Malah pengusaha FELDA juga telah mula dilegasikan kepada generasi seterusnya untuk terus mengusahakan tanah pertanian mereka.

Felda Global Ventures 5

Apakah Tujuan Utama FELDA Ini?

Fungsi FELDA ini sebenarnya adalah untuk menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang agak kurang berkemampuan untuk ditempatkan ke kawasan-kawasan yang baru dibangunkan. Ini semua demi untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan terbabit. Agensi ini juga turut menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan.

Felda Global Ventures 3

Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu yang agak susah pada ketika itu malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan juga kaum India. Felda di Sabah dan Sarawak juga turut terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Tapi, pengusaha FELDA kini tidak lagi seperti dulu. Ternyata agensi ini benar-benar telah berjaya menaiktaraf kehidupan para peserta yang terlibat dengan penuh jayanya.

Felda Global Ventures 7

FELDA Membuat Keputusan Menukar CEO Baru Berkuatkuasa Serta Merta

Seiring dengan zaman yang semakin moden, hari demi hari FELDA sentiasa cuba menaiktaraf agensi mereka. Terkini, pihak FELDA atau nama penuhnya Felda Global Ventures Holdings Berhad telahpun mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru. Beliau yang telah dilantik ini adalah Datuk Haris Fadzilah.

Felda Global Ventures 8

Terlintas pula di fikiran, apakah keistimewaan insan yang bernama Datuk Haris Fadzilah ini sehingga boleh dilantik untuk memegang jawatan yang sangat penting itu? Makin teruja untuk tahu bilamana telahpun di buat pengumuman oleh pihak FELDA kepada kepada Bursa Malaysia bahawa syarikat berkenaan memaklumkan pelantikan itu terus berkuatkuasa serta-merta tanpa sebarang penangguhan. Amboi hebat sangatkah CEO baru ni?

Siapakah Sebenarnya CEO Baru FELDA? Hebat Sangatkah Beliau?

Mengikut info daripada sumber yang boleh dipercayai, Datuk Haris Fadzilah yang telah mengantikan menggantikan Datuk Azhar Abdul Hamid merupakan seorang yang sangat berpendidikan tinggi. Beliau juga telah pernah memegang pelbagai jawatan penting dengan banyak pihak.

Felda Global Ventures 6

Sebagai contoh, sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Pengurusan Tanah dan Komersial Transit Aliran Massa (MRT) Corp Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan graduan Universiti Miami dan pernah menjawat jawatan penting dalam sektor minyak dan gas, automotif serta perladangan. Beliau turut mempunyai pengalaman yang sangat luas selama 28 tahun melalui  penglibatannya dalam syarikat Petronas, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Sime Darby dan MRT Corp. Hmm nampaknya Datuk Azhar Abdul Hamid ini memang sangat sesuai dengan jawatan CEO terbabit!

Felda Global Ventures 2

CEO Lama Masih Tetap Bersama FELDA Dengan Jawatan FGV

CEO lama iaitu Datuk Azhar Abdul Hamid masih lagi bersama FELDA dan kini tugasan utama beliau adalah untuk lebih fokus terhadap FGV. Ini bagi memulihkan kembali FGV melalui pelan penstrukturan syarikat bagi menangani kerugian sarikat sebanyak RM850 juta setakat September 2018. Tidak hanya itu, FGV turut mengalu-alukan tiga pengurusan tertinggi iaitu Datuk Mohd Hairul Abdul Hamid, Mazri Abdul Rahim dan Dr. Christina Ooi Su Siang.

Felda Global Ventures 4

“Bagi pihak ahli lembaga pengarah, saya mengalu-alukan penyertaan ahli baharu dalam pasukan pengurusan FGV. Penyertaan mereka bersama dengan pelbagai kemahiran dan pengalaman selain keupayaan yang diperlukan dalam pengurusan,” kata Datuk Azhar Abdul Hamid.

Jangan Pentingkan Pangkat Tapi Pentingkan Tugas !!

Jika ditanya pada pendapat peribadi, pangkat sebagai CEO atau sebaliknya bukanlah isu utama yang patut difikirkan. Sebaliknya tugasan berat yang turut di bawa bersama dengan pangkat tersebut yang perlu di ambil kira. Semakin tinggi pangkat bermakna semakin besar tanggungjawab dan itulah sebenarnya tugasan yang perlu di pikul.

Felda Global Ventures 1

Berjawatan besar tidak boleh kerana jumlah gaji, tidak boleh juga kerana hormat tapi wajib dengan tujuan untuk mendengar suara rakyat yang berkaitan. Itulah sebenarnya tugasan bagi seseorang yang berpangkat besar dan dari jauh didoakan semoga nama FELDA akan kembali gah di persada negara dengan pelbagai peluang yang lebih besar kelak.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: