Review
Nov 16, 2018, 11:52am

Kelebihan Minyak Zaitun Untuk Kesihatan


Umum sudah mengetahui manfaat minyak zaitun untuk kecantikan luaran, namun tidak hanya untuk kecantikan, minyak zaitun mempunyai banyak manfaat lain yang mungkin belum Anda ketahui. Kajian sains menunjukkan antara minyak yang sihat untuk kesihatan adalah minyak zaitun. Minyak zaitun berasal daripada buah zaitun (olea europaea) yang banyak digunakan dalam pemakanan dan juga kegunaan luar untuk disapu pada kulit.

kebaikan minyak zaitun

Minyak Zaitun Bantu Cegah Penyakit Kronik

Nak tahu rahsia Minyak Zaitun dalam membantu mencegah penyakit – penyakit kronik? Antara kelebihan minyak zaitun untuk kesihatan ialah;

1. Membantu Melawan Kanser

minyak zaitun lawan kanser

Minyak zaitun mengandungi kadar antioksidan antara yang tertinggi. Saintis berpendapat yang kemungkinan besar amalan meminum minyak zaitun di antara faktor terpenting yang menyumbang kurangnya kanser bagi mereka yang mengamalkan diet Mediterranean.

2. Membantu Kurangkan Berat Badan Dan Obesiti

minyak zaitun kawal berat badan

Amalan memakan makanan yang kaya dengan lemak sihat ialah kunci kepada mengawal insulin yang berlebihan. Insulin ialah hormon yang mengawal kandungan gula dalam darah yang menjadikan kita lebih gemuk.

3. Melindungi Jantung

Kajian telah mendapati bahawa diet yang mengandungi lemak monotaktepu yang tinggi mengandungi kolestrol LDL yang rendah, kolestrol HDL yang tinggi dan trigiserida yang rendah lebih baik daripada diet rendah lemak, tinggi karbohidrat.

minyak zaitun melindungi jantung

Semua ini disebabkan oleh kandungan antioksidan yang kuat dikenali sebagai polifenol. Selain itu, minyak zaitun ini juga merupakan makanan anti-keradangan dan bertindak sebagai pelindung kardiovaskular. Apabila sistem imun seseorang mula melawan tubuh badannya akibat daripada diet yang tidak sihat, tekanan atau faktor yang lain, maka tindak balas keradangan akan membawa kepada penyakit yang disebabkan olehnya juga.

4. Membantu Mencegah Diabetes

minyak zaitun mencegah diabetes

Menurut Harvard School of Public Health, diet yang kaya lemak mono dan polyunsaturated, (seperti yang terkandung minyak zaitun) dapat membantu mencegah diabetes. Begitu juga dalam satu lagi kajian yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, penggunaan minyak zaitun membuktikan terdapatnya penurunan risiko diabetes terhadap wanita.

5. Mencegah Alzheimer

mencegah alzhemeir

Menurut Scientific American, enzim oleocanthal dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer. Persatuan Kimia Amerika juga menemui hasil yang sama. Extra Virgin Oil didapati dapat meningkatkan pembelajaran dan ingatan pada tikus. Maka, ianya menyokong kepada kemungkinan dapat diaplikasikan kepada penderita Alzheimer.

6. Menguatkan Tulang

Jangan fikir Kalsium dan Magnesium sahaja yang dapat menguatkan gigi dan tulang. Anda mesti tak percaya bahawa minyak zaitun juga dapat menguatkan tulang.

kuatkan tulang

Dalam sebuah kajian yang melibatkan beberapa orang lelaki yang memakan hidangan Mediterranean, makanan tersebut didapati telah menggunakan minyak zaitun. Hasilnya, darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan suatu petunjuk kepada pembentukan tulang yang sihat.

7. Melegakan Sembelit

minyak zaitun melegakan sembelit

Jika anda mengalami masalah sembelit, kerapkan pengambilan minyak zaitun. Minyak zaitun memberi manfaat kepada saluran gastrousus dan usus besar. Minyak zaitun kaya dengan lemak tanpa monounsaturated, vitamin E dan K, besi, omega-3 dan 6 asid lemak dan antioksidan. Konsistensi dan tekstur minyak zaitun membantu merangsang sistem penghadaman anda, menjadikan makanan bergerak dengan lancar melalui kolon.

8. Membantu Memecahkan Batu Buah Pinggang

pecahkan batu karang

Cuba kaedah ini untuk memecahkan atau mengecilkan batu buah pinggang (ginjal). Didihkan 2 liter air dalam periuk. Tutup api dan tambahkan 2 auns jus lemon dan 2 auns minyak zaitun. Biarkan sejuk kemudian minum air tersebut. Jika ada lebihan, simpan dalam peti sejuk dan minum setiap hari sehingga batu tersebut pecah atau mengecil.

9. Menghalang Strok

minyak zaitun menghalang strok

Satu kajian menunjukkan bahawa orang tua yang mengambil minyak zaitun dalam diet mereka mengalami peratusan sebanyak 41 peratus kurang terdedah kepada risiko strok atau angin ahmar. Strok berlaku kerana terdapatnya pembekuan darah dalam saluran darah yang bersambung ke otak. Sekiranya saluran tersebut pecah, maka ia akan menyebabkan kerosakan otak, lumpuh anggota badan dan akhirnya menyebabkan kematian jika lambat dirawat.

Oleh itu, penggunaan minyak zaitun secara konsisten membantu dalam mencairkan gumpalan ini seterusnya melancarkan peredaran darah ke otak.

Cara Pemilihan Minyak Zaitun Yang Berkualiti

Eh, nak pilih minyak zaitun pun ada cara ke? Of course lah.. ianya juga sama seperti kita memilih makanan yang terbaik. Antara pemilihan minyak zaitun yang berkualiti ialah;

Botol Kaca Gelap

minyak zaitun berbotol gelap

Ini kerana musuh utama Minyak Zaitun adalah cahaya. Minyak Zaitun yang berkualiti harus dibotol dalam botol kaca gelap bagi melindungi Minyak zaitun terdedah kepada cahaya UV dan merosakan khasiatnya.

Proses Cold Pressed

kaedah cool pressed

Haba yang tinggi boleh merosakan khasiat Minyak Zaitun, bagi mengekalkan khasiat Minyak zaitun yang tinggi proses perahan sejuk diperlukan. Minyak Zaitun Al’Ard diproses secara perahan sejuk (Cold Pressed)  mengikut standard piawaian International Olive Oil Council.

Nitrogen Injection

nitrogen injection

Pembotolan Nitrogen Injection digunakan bagi  mengekalkan kandungan khasiat serta mengelakkan Minyak Zaitun  dari Teroksida (Oxidation). Minyak Zaitun yang mengandungi oksigen mudah rosak dan tidak tahan lama.

Pokok Tertua

pokok tertua

Pokok Zaitun yang lebih tua akan menghasilkan minyak yang lebih berkualiti dan lebih berkhasiat. Ini kerana pokok yang lebih tua akan menghasilkan lebih khasiat pada buah.

Kawasan Gunung dan Tanah Tinggi

Pokok yang ditanam dikawasan gunung & tanah tinggi  lebih terdedah kepada cahaya dan kurang kandungan air yang menghasilkan buah yang lebih berkualiti.

pokok zaitun kawasan pergunungan

Tapi produk manakah yang sama seperti ciri-ciri di atas tu? ada dijual di Malaysia tak? Sudah semestinya ada!! Nak tahu tak produk apa?

AL’ARD Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil | Minyak Zaitun Terbaik Dunia

AL’ARD Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil – POEVOO dari kota suci Palestine ditanam secara organik mengikut tradisi turun temurun, berkualiti tinggi dari segi rasa dan aroma serta tinggi khasiatnya. AL’ARD Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil merupakan antara keluaran minyak zaitun terbaik di dunia.

minyak zaitun asli dari palestin

Al’Ard adalah syarikat pertama di dunia untuk mendapatkan ISO 22000 bagi pembotolan minyak zaitun, sebagai bukti kecemerlangan dalam menghasilkan dan pembotolan minyak zaitun.

Sijil Perdagangan Yang Adil Dan Organic EU Yang Diiktiraf Di Peringkat Global

Syarikat Al-Ard untuk produk pertanian Palestin mendapat lesen utama untuk perdagangan yang adil. Minyak zaitun Al’Ard adalah organic dan ia datang secara langsung daripada petani untuk kemudahan Al’Ard di mana ia disimpan dan dibotolkan di bawah pengawasan yang ketat, COLD PRESSED.  Minyak Zaitun Berkualiti tinggi ini di proses dan dibotolkan sepenuhnya di Kilang AL’ARD PALESTINIAN AGRI-PRODUCTS yang terletak di Nablus, Tebing Barat, Paletine.

minyak zaitun extra virgin oil

Kepada mereka yang kini mengamalkan produk Minyak Zaitun keluaran Negara Lain yang lebih murah, Anda kini mampu untuk memiliki Produk Minyak Zaitun Palestine, hasil keluaran Petani Islam dari Tanah Berkat, Bumi Ambiya’.

keistimewaaan minyak zaitun al ard

Keistimewaan AL’ARD Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil

  • Minyak Zaitun terbaik ‘AWAL MUSIM’ dari pokok zaitun tua mencecah hingga 500 tahun.
  • Diiktiraf Organik & Fairtrade.
  • Kandungan acidity dibawah 0.5%.
  • Hasil perahan buah zaitun terbaik jenis Nabali, Roomy dan Souri akan dipilih dan diproses dalam tempoh 24 jam selepas dipetik.
  • Hasil tanaman dari 50 ladang di sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.
  • Diproses secara perahan sejuk (cold pressed) mengikut standard piawaian International Olive Oil Council.

minyak zaitun terbaik

Harga

RM85 – Botol 250ml
RM159 — Botol 500ml

Penggunaan AL’ARD Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil

cara menggunakan minyak zaitun al ard

  • Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
  • Anda perlu mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.
  • Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci)
  • Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Testimoni

testimoni minyak zaitun al ard testimoni minyak zaitun al ard testimoni minyak zaitun al ard

Jom Beli AL’ARD Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil Sekarang!!!

Dapatkan minyak zaitun extra virgin palestin

Tunggu apa lagi, dapatkan produk keluaran Al’ard hari ini. Untuk info lanjut, hubungi info yang tertera di bawah ini.

AL’ARD PALESTINE ORGANIC EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
Hubungi: Tekan untuk telefon (019-3337553) | Tekan untuk WhatsApp
Website: https://mrtengkuasmadi.com

Jom Beli AL'ARD Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil Sekarang!!!

Sila telefon ke +60193337553 atau WhatsApp SEKARANG!

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Beli AL'ARD Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil Sekarang!!!

Sila telefon ke +60193337553 atau WhatsApp SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom Beli AL'ARD Palestine Organic Extra Virgin Olive Oil Sekarang!!!

Sila telefon ke +60193337553 atau WhatsApp SEKARANG!