Review
Jan 7, 2018, 1:54pm

Kelas Belajar Mengaji Al-Quran di Selangor Sri Akademi Al Quran At Tirmizi


  •  
  •  
  •  
  •  

Adakah anda sudah membaca surat khabar hari ini? Pasti ada berita tentang anak muda kita membuat onar di dalam surat khabar tersebut . Sama ada berita mengenai kes gaduh , kes pukul , menghisap dadah , mencuri , merompak , merempit dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak sihat. Itu baru sahaja apa yang dilihat di dalam surat khabar. Bagaimana pula dengan kes yang menjadi viral di laman sosial ? seorang anak tergamak memukul ibunya kerana tidak memberi wang sekolah yang lebih , kanak-kanak seusia 9 tahun membawa motor secara berbahaya di jalan raya dan kanak-kanak perempuan yang masih bersekolah rendah membuang bayi di tandas sekolah. Bagaimana semua ini boleh berlaku dalam masyarakat kita?

belajar mengaji alquran di selangor

Hanya satu sahaja kesimpulan yang boleh dikatakan. Kurang bimbingan orang dewasa dan ajaran agama. Ibu bapa pada zaman sekarang sering beranggapan bahawa kelas pendidikan Islam di sekolah sudah cukup dan hanya membazir wang sekiranya menghantar anak mereka ke kelas agama di luar sekolah. Itu sebenarnya adalah satu tanggapan yang kritikal dan salah sama sekali.

belajar mengaji alquran di sekitar selangor

Kelas pendidikan Islam di sekolah hanya menerangkan mengenai Islam secara umum dan tidak cukup untuk meresap ke dalam jiwa kanak-kanak. Jadi , kelas agama adalah sesuatu yang perlu terutama sekali di zaman moden yang membawa pelbagai pengaruh buruk di setiap masa. Tanpa ilmu yang cukup sebagai benteng , pasti pelbagai masalah boleh berlaku kepada kanak-kanak tersebut.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

kafa mengaji alquran upkk

Jawapannya mudah sahaja. Hantarlah anak anda ke kelas belajar mengaji yang bertauliah dan berkesan seperti Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi. Jika anda menghantar anak anda ke kelas agama yang tidak bertauliah dan tidak berkesan , itu barulah pembaziran wang yang nyata lagi jelas. Anak anda bukan sahaja tidak dapat menerima manfaat yang sepatutnya , malah mereka juga mungkin terdedah kepada fahaman ekstremis seperti Al-Qaeda dan ISIS. Kanak-kanak mudah menerima apa sahaja yang diajar kepada mereka ketika usia muda. Jadi anda perlu memilih kelas agama anak anda dengan berhati-hati dan berwaspada. Sebab itulah saya mengesyorkan Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi.

Sri Akademi Al Quran At Tirmizi

belajar mengaji di sri akademi alquran

Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi adalah antara akademi mengaji yang terbaik di Selangor. Mereka telah berjaya mendidik ramai kanak-kanak mengenal Islam dan belajar mengaji. Bahkan , orang dewasa turut menyertai Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi untuk belajar mengaji. Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi telah membuktikan diri mereka sendiri dengan memenagi pelbagai anugerah. Di samping itu , mereka juga menitikberatkan tauliah tenaga pengajar di situ. Setiap tenaga pengajar mempunyai ijazah di dalam bidang masing-masing.

Siapakah Yang Sesuai Belajar Mengaji Di Sri Akademi Al Quran At Tirmizi

  • Anak anak bermur 4 & 5 tahun (fokus kepada pengajian al quran)
  • Murid tahun 1 hingga 6 (kafa/ quran dan kuruikulum yg telah disusun oleh sekolah)
  • Dewasa (Pengajian al quran bersama Ust Tirmizi Ali Johan qari antarabangsa 2014)
kelas belajar mengaji at tirmizi dan transit bukit jelutung

Kelebihan Sri Akademi Al Quran At Tirmizi

Untuk memudahkan anda mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi , mari saya huraikan serba sedikit mengenai mereka.

1. Mempunyai pencapaian terbaik dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama ( PSRA ) & Ujian Penilaian Kelas Kafa ( UPKK ) pada tahun 2015 dan 2016.

Pencapaian tersebut adalah pada peringkat GASIS. GASIS bermaksud Gabungan Sekolah Islam Swasta. Dengan mendapatkan anugerah pencapaian terbaik peringkat GASIS bermaksud Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi adalah sekolah Islam antara yang terbaik di antara sekolah Islam swasta yang lain di Malaysia. Dengan pencapaian ini , kredibiliti Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi sudah terbukti di mata masyarakat.

belajar mengaji di akademi alquran at tirmizi (1)
belajar mengaji di akademi alquran at tirmizi (2)

Selain dua anugerah tersebut , Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi juga berjaya mendapatkan anugerah sekolah terbaik daerah Petaling. Tiada sekolah lain yang lebih baik dari mereka di daerah tersebut. Jadi , anda tidak perlu khuatir untuk menghantar anak anda ke situ.

anugerah sekolah terbaik belajar mengaji sri akademi alquran (1)
anugerah sekolah terbaik belajar mengaji sri akademi alquran (2)

2. Guru Berijazah

Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi hanya akan menyediakan guru yang terbaik bagi setiap anak murid yang mendaftar masuk ke sekolah mereka. Guru-guru yang mengajar di situ lengkap dengan ilmu dan ijazah masing-masing. Ini bermaksud , semua guru di situ adalah bertauliah dan berupaya mengajar anak anda dengan baik.

guru belajar mengaji di sri a akdemi alquran

Tetapi , ia sedikit berlainan dengan kelas mengaji dewasa di mana kelas tersebut akan diajar sendiri oleh pengetua Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi iaitu Ustaz Tirmizi Hj Ali. Ini menunjukkan keprihatinan sekolah tersebut kepada anak murid mereka tidak mengira usia. Tidak hairanlah jika pengetua sendiri mengendali kelas dewasa kerana kelas dewasa memerlukan seorang guru yang lebih berwibawa dan boleh menjawab semua pertanyaan dari murid di dalam kelas itu. Jadi , sekiranya anda tidak bercadang membawa anak anda belajar di situ , anda sendiri boleh pergi dan belajar di Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi. Tidak terlambat bagi seseorang menuntut ilmu kecuali apabila ajal sudah menjemput.

3. Diasaskan oleh Johan Qari Kebangsaan dan Antarabangsa

belajar mengaji dengan johan qari

Sebuah sekolah yang baik pastilah diasaskan oleh seorang yang baik juga. Demikian jugalah seperti insan yang bernama Ustaz Tirmizi Hj Ali. Beliau adalah seorang Qari yang terkenal baik di dalam negara mahupun di luar negara. Pada tahun 2014 , beliau berjaya meraih johan di dalam pertandingan Qari kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu , beliau juga pernah mewakili Malaysia di dalam  tilawah dan hafazan di Morocco dan memperoleh johan di situ. Beliau juga adalah indicator Halaqah di TV9. Beliau mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk menjadi pengasas akademi agama.

4. Ruang Belajar Yang Berhawa Dingin , Selesa Dan Kondusif

kelas mengaji alquran puncak alam bukit jelutung

Dalam musim panas dan hujan yang tidak menentu ini , pasti anda mahu yang terbaik ketika kelas pengajian dijalankan bukan? Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi menyediakan ruang belajar yang optimum untuk anda. Dengan kelas yang berhawa dingin , anda tidak perlu risau cuaca panas atau hujan akan mempengaruhi kelas pengajian tersebut. Kelas mereka juga menyediakan kemudahan yang lengkap seperti kerusi yang bersama meja menulis , papan putih untuk tujuan pengajaran dan bahan pengajaran yang lengkap

5. Penekanan Dalam Aspek Al-Quran Dan Teori Serta Praktikal Ibadah

kelas mengaji intensif

Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi bukan sahaja mengajar di dalam kelas , mereka juga akan mengajar latihan praktikal ibadah seperti sembahyang dan mengaji Al-Quran. Setelah menerangkan secara terperinci mengenai sesebuah topik , mereka akan melatih pelajar pula untuk mengamalkan apa yang diajarkan di dalam kelas. Bayangkan perasaan anda sekiranya anak anda yang berusia seawal 4 dan 5 tahun boleh bersembahyang dan mengaji Al-Quran secara lancar. Malah mereka juga boleh menghafal ayat-ayat Al-Quran. Seandainya saya , pasti saya sangat berbangga dengan pencapaian mereka di usia yang muda tersebut.

kelas-belajar mengaji alquran kanak kanak dan dewasa

6. Menyediakan Kem Motivasi , Seminar Serta Aktiviti Riadah Untuk Murid

Dalam Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi , pelajar bukan sahaja akan diajar ilmu agama , mereka juga akan disediakan dengan kem-kem motivasi dan seminar di mana mereka akan belajar cara yang betul untuk bersosial dengan masyarakat dan memahami perkara-perkara fardhu kifayah yang tidak diterangkan secara terperinci di dalam seminar yang diadakan. Islam juga menitikberatkan nilai kesihatan dalam umatnya , jadi aktiviti riadah turut disediakan untuk para pelajar di Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi berbanding tempat lain yang hanya mementingkan pengajaran di dalam kelas sahaja.

sekolah belajar mengaji dan kem motivasi

Bagaimana Mahu Menyertai Sri Akademi Al Quran At Tirmizi?

Anda sangat bertuah sekarang kerana Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi telah membuka pendaftaran untuk pelajar baru pada tahun 2018 untuk tahun satu sehingga enam. Antara yang ditawarkan adalah:

  • UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa )
  • PSRA ( Penilaian Sekolah Rendah Agama )
  • Pengajian Al-Quran
  • Kelas Hafazan

Dalam pendaftaran ini , pakej keluarga akan disediakan sekiranya anda mempunyai lebih dari seorang ahli keluarga yang ingin mendaftar di Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi.

Sukar Untuk Pergi Ke Kelas Agama Tersebut ?

kelas belajar mengaji dan transit bukit jelutung

Kerisauan anda adalah tidak perlu. Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi juga menyediakan perkhidmatan transit untuk para pelajarnya. Bergantung kepada kawasan tempat tinggal , anda boleh menggunakan kemudahan ini.

Mari Belajar Mengaji Sekarang!!

Sempena tahun 2018 yang bakal datang , bukalah satu lembaran baru buat anda dan keluarga dan binalah hidup anda dengan berdasarkan ilmu agama. Berusahalah untuk mensejahterakan  keluarga anda. Keluarga adalah bagaikan sebuah rumah. Manakala agama adalah tiang-tiang yang menyokong rumah tersebut. Seandainya anda meneruskan hidup tanpa berlandaskan agama , pasti rumah tersebut mudah retak dan runtuh. Walau berapa pun usia anda sekarang , masih belum terlambat untuk anda mula belajar ilmu agama dan mengaji Al-Quran. Seperti yang telah saya sebutkan , tiada istilah terlambat dalam pembelajaran agama kecuali setelah ajal menjemput.

kelas belajar mengaji kafa puncak alam

Sila hubungi pihak Sri Akademi Al-Quran At Tirmizi dengan menggunakan maklumat yang saya sediakan di bawah untuk sebarang pertanyaan atau keraguan. Anda juga boleh menghubungi mereka seandainya ada ahli keluarga anda ingin mendaftar dan mendalami Islam dengan lebih lagi.

SRI AKADEMI AL-QURAN AT TIRMIZI | AKADEMI AL-QURAN DI PUNCAK ALAM / BUKIT JELUTUNG

Hubungi: Ustaz Tirmizi: Tekan untuk telefon (019-9437528) | Tekan untuk WhatsApp

Cawangan Bukit Jelutung Ustazah Fairuz: Tekan untuk telefon (013-364 2623) | Tekan untuk WhatsApp

Cawangan Puncak Alam Puan Nora: Tekan untuk telefon (019-911 1413) | Tekan untuk WhatsApp

Mari Belajar Mengaji Di Sri Akademi Al Quran At Tirmizi SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Mari Belajar Mengaji Di Sri Akademi Al Quran At Tirmizi SEKARANG!