Review
Aug 16, 2018, 10:30am

Kelas Al-Quran Dewasa Di Selangor Dan Kuala Lumpur


  • 185
  •  
  •  
  •  
    185
    Shares
kelas-alquran-dewasa-di-selangor

Orang Islam yang paling mulia dan tinggi darjatnya di sisi Allah Taala ialah mereka yang mempelajari al-Qur’an dengan sebaik-baiknya kemudian mereka mengajar pula kepada orang lain. Tidak lengkap keislaman seseorang apabila dia tidak pernah membaca Al-Quran kerana Al-Quran adalah wahyu yang Allah turunkan khusus buat umat Islam sebagai pedoman hidup di dunia sesuai dengan syari’at Nya. Ibaratnya apabila kita ingin bercakap dengan Allah adalah melalui solat, maka apabila kita ingin Allah bercakap dengan kita adalah melalui bacaan Al-Quran.

Berdosakah Kalau Tidak Pandai Membaca Al-Quran?

kelas belajar alquran di kuala lumpur

Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha ia berkata: “Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda, ‘Orang yang mahir membaca Al-Quran, maka nanti akan berkumpul bersama-sama para malaikat yang mulia lagi taat. Dan orang yang merangkak-rangkak ketika membaca Alquran dan bersusah payah (mempelajarinya), maka ia akan mendapatkan dua pahala’.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Para ulama’ berkata maksud merangak-rangkak dalam membaca Al-Quran adalah mengulang-ulang bacaan kerana kepayahan. Mereka memperoleh dua pahala iaitu satu pahala kerana bacaannya, dan satu lagi karena kesungguhannya mempelajari Al-Quran walaupun dalam keadaan sukar.

Hukum mempelajari ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah bagi umat Islam. Sedangkan hukum membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah Fardhu Ain, iaitu wajib bagi setiap indvidu muslim. Maksudnya, apabila seseorang itu membaca Al-Quran walaupun sedikit, dia membaca membacanya dengan bertajwid, dengan menjaga sebutannya sebagaimana ia diturunkan tanpa membuat perubahan.

Sesiapa yang membaca Al-Qur’an tanpa tajwid sehingga boleh mengubah tafsirannya maka ia adalah berdosa.

Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

Ramai orang yang membaca Al-Quran, sedangkan Al-Quran itu melaknatnya. (Ihya Ulumuddin)

Kesimpulannya, orang yang tidak tahu membaca Al-Quran digalakkan belajar dan mereka akan mendapatkan 2 pahala atas usahanya tersebut.

kelas belajar alquran mudah di kuala lumpur

Kelas Al-Quran Ekspres, Khas Untuk Orang Dewasa Yang Tidak Tahu Membaca Al-Quran

Kelas ini adalah platform bagi golongan dewasa yang malu ingin belajar Al-Quran dan ingin memulakan pengajian di tempat yang sesuai. Kelas Al-Quran Ekspres adalah sebuah pusat pengajian yang berdaftar di bawah Haza Addeen Al-Quran Centre (SA0424827).

kelas al-quran dewasa di selangor

Kepakaran kami adalah membantu umat islam belajar membaca Al-Quran dengan cara mudah dan cepat. Kelas Al-Quran Ekspres adalah pakej pembelajaran lengkap dari asas mengenal huruf hingga boleh membaca Al-Quran dengan makhraj dan tajwid, serta menguasai bacaan unik iaitu bacaan khusus di dalam Al-Quran yang ramai pembaca Al-Quran tidak tahu.

Pembelajaran kami adalah dari peringkat paling asas sekali iaitu cara mudah mengenal huruf hijaiyah serta cara sebutan yang tepat. Kami juga membantu pelajar memahami tajwid dengan cara mudah tanpa perlu menghafal nama-nama hukum tajwid.

Pakej Ekspres yang ditawarkan adalah Pakej Ekspres 3 Bulan dan Pakej Ekspres 6 Bulan.

poster belajar alquran mudah di kuala lumpur

Kelebihan Belajar Al-Quran Bersama Kelas Al-Quran Ekspres

1. Anda Akan Diajar Cara Mudah Mengenal Huruf-huruf Hijaiyah

kelas mengenal huruf alquran dewasa

Antara kesilapan yang paling banyak dilakukan oleh pembaca al-Quran adalah membunyikan huruf-huruf Al-Quran dengan bunyi yang kurang tepat. Ini disebabkan ramai yang tidak tahu hendak mula belajar daripada bab mana. Tambahan pula, apabila wujud banyak istilah yang mengelirukan dan memeningkan!

Sebaiknya kita mulakan daripada mengenal dan memahami fungsi tanda baris iaitu baris atas, bawah dan hadapan, tanwin atas tanwin bawah dan tanwin hadapan. Kemudian pelajar akan diajar cara mudah mengenal huruf-huruf hijaiyah tanpa perlu menghafal nama huruf seperti kaedah tradisional.

2. Anda Akan Diajar Makhraj Huruf Yang Betul

kelas belajar makhraj huruf alquran dengan betul

Seawal pengenalan huruf, pelajar akan di ajar dengan cara menyebut huruf-huruf hijaiyyah berdasarkan tempat keluar yang betul iaitu ada huruf yang keluar dari kerongkong, lidah, bibir, rongga mulut dan rongga hidung. Anda akan diajar secara praktikal langkah demi langkah bagaimana membunyikan setiap huruf mengikut tempat keluarnya.

Penting mempelajari makhraj huruf untuk memperoleh pahala apabila membaca ayat Al-Quran dan mengelakkan dari kesalahan menyebut makhraj huruf yang boleh membawa kepada berdosa.

3. Anda Akan Diajar Kaedah Mudah Faham Tajwid Tanpa Menghafal Nama Hukum

kelas perbaiki bacaan alquran dewasa

Ramai yang tersangkut-sangkut membaca Al-Quran sebenarnya kerana tidak menguasai hukum tajwid. Hukum tajwid pula terlalu banyak yang perlu diingat. Sebenarnya ada cara mudah untuk memahami tajwid panjang pendek bacaan, bunyi dengung, qolqolah dan lain-lain tanpa perlu menghafal nama-nama hukum tajwid.

Hafalan nama-nama hukum bagi orang yang baru mempelajari Al-Quran hanya akan menjadikan mereka keliru.

4. Anda Akan Mempraktikkan Bacaan Al-quran Secara Talaqqi Dengan Guru

kelas talaqqi alquran di selangor

Setelah tamat pelajaran asas hingga pelajaran tajwid, pelajar akan dibimbing membaca surah-surah pendek di dalam Al-Quran. Selain untuk melancarkan bacaan pelajar, juga untuk memperbaiki semula bacaan surah pendek yang selama ini mereka baca di dalam solat melalui hafalan semata-mata tanpa pengetahuan ilmu makhraj dan tajwid.

5. Anda Akan Diajar Bacaan Unik Iaitu Bacaan Khusus Di Dalam Al-quran

cara membaca alquran dengan betul dan tarannum

Bacaan unik adalah bacaan yang tidak boleh dibaca mengikut konsep asas tajwid. Bacaan tersebut mempunyai cara bacaan khusus yang hanya boleh dipelajari dan dikuasai melalui talaqqi musyafahah bersama guru. Dalam pakej kelas Al-Quran Ekspres terdapat 11 bacaan unik yang akan diajarkan.

Adakah Belajar Membaca Al-Quran itu Wajib?

belajar alquran mudah di kuala lumpur makhraj

Di dalam Al-Quran terdapat satu surah yang apabila kita tidak membacanya dengan sebutan makhraj dan tajwid yang betul maka rosaklah seluruh amalan.

Surah Al-Fatihah adalah rukun bacaan solat (syarat sah solat). Apabila rosak bacaan A-Fatihah seseorang itu, maka rosaklah solatnya.

Syarat sah bacaan Al-Fatihah pula adalah perlu dibaca dengan sebutan makhraj dan tajwid yang betul. Ramai orang membaca Al-Fatihah sekadar menghafal tanpa mengetahui tempat keluar bunyi setiap huruf yang dibaca. Hal ini boleh membawa kepada kesalahan besar dalam bacaan Al-Quran iaitu kesalahan menukar huruf kerana huruf-huruf Al-Quran terdapat persamaan bunyi tetapi sebenarnya berbeza tempat keluar (makhraj). Jika dilakukan dengan sengaja hukumnya haram dan berdosa.

Apakah yang dimaksudkan melakukan dengan sengaja? Seseorang yang membaca Al-Fatihah atau ayat Al-Quran tetapi tidak yakin akan bacaannya, dan pada masa yang sama juga tidak berusaha untuk belajar, Maka mereka itulah golongan yang melakukan kesalahan dengan sengaja. Dengan ertikata lain setiap individu muslim mestilah sentiasa mengemaskini bacaan Al Qurannya iaitu dengan belajar bersama guru.

Justeru, setiap individu muslim wajib sekurang-kurangnya mempelajari bacaan Surah Al-Fatihah.

“Amalan yang pertama dihisab daripada seorang hamba pada hari Kiamat ialah solat. Jika baik (solatnya), maka baiklah seluruh amalannya. Jika rosak (solatnya), maka rosaklah seluruh amalannya.” (riwayat al-Thabarani)

Jangan Malu! Al-Quran Ekspres Akan Membantu Anda :

  1. Memberi bimbingan dari pelajaran paling asas sekali.
  2. Kelas khas untuk dewasa dan sama tahap sahaja.
  3. Pembelajaran secara dua hala.
  4. Pembelajaran secara santai, kaedah yang mudah dan menyeronokkan.
  5. Muallaf antara pelajar yang suka dengan kaedah pembelajaran kami.
guru alquran di selangor

Tenaga Pengajar Dari Guru Yang Berpengalaman Dan Bertauliah

Semestinya anda akan dibimbing oleh ustaz dan ustazah yang terlatih dan berpengalaman.

tenaga pengajar belajar alquran mudah di kuala lumpur

Antara Kelas Lain Yang Ditawarkan Oleh Haza Addeen Al-Quran Centre

1. Home Quran (Kelas Al-Quran Di Rumah)

home alquran kelas di rumah

Terdapat rangkaian Guru Al-Quran yang berdaftar di bawah Pusat Pengajian Haza Addeen Al-Quran Centre di seluruh negara serta kawasan yang terpilih.  Seandainya anda memerlukan guru untuk datang ke rumah, hubungi kami untuk menempah Guru yang sesuai dengan keperluan anda.

2. Kelas Al-Quran secara Online (Atas Talian)

kelas alquran secara online

Seiring perkembangan teknologi, kini anda juga boleh mempelajari Al-Quran secara online tetapi masih mengekalkan konsep ‘berguru’. Banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk  menggunakan kaedah pembelajaran ini seperti WhatsApp Video Call, Skype dan sebagainya.

Anda boleh mempelajari Al-Quran dengan bimbingan Guru di mana saja anda berada. Kini tiada lagi alasan tidak mampu belajar Al-Quran kerana kekangan masa, jarak dan lain-lain.

3. Bengkel Bacaan Dalam Solat

bengkel bacaan dalam solat Bengkel ini adalah salah satu lagi keistimewaan Pusat Pengajian Haza Addeen Al-Quran Centre. Ini adalah bengkel yang direka khusus mengupas tentang Rukun Qauli (rukun bacaan) dalam Solat, iaitu syarat sah solat. Dalam bengkel ini akan didedahkan kesalahan bacaan yang biasa dilakukan akibat bacaan yang sekadar hafalan. Dalam bengkel ini peserta akan diajarkan cara bacaan yang betul secara terperinci untuk kelima-lima rukun tersebut iaitu Takbiratul Ihram, Al-Fatihah, Tahiyat Akhir, Salawat dan Salam. kaedah bacaan alquran dengan cepat di selangor

Lokasi Kelas Haza Addeen Al-Quran Centre

  • Saujana Utama, Sg.Buloh Alamat: 01-1, Jalan Bidara 6/2, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
  • Shah Alam Alamat: No.60, Jalan Keluli An7/An Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
  • Kota Damansara Alamat: Encorp Strand, Kota Damansara, 47180 Petaling Jaya, Selangor.
  • Wangsa Maju Alamat: Jalan Dataran Wangsa 1, Seksyen 2 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, KL.
  • Bandar Baru Bangi Alamat: Seksyen 7, 43650 Bangi, Selangor.
kelas alquran ekspress di selangor

Testimoni Kelas Belajar Al Quran Ekspres

belajar alquran mudah di kuala lumpur belajar alquran mudah di kuala lumpur testimoni belajar alquran mudah di kuala lumpur

Jom Sertai Kelas Al-Quran Dewasa Di Selangor Dan Kuala Lumpur! Hubungi Haza Addeen Al Quran Centre Sekarang!

kelas belajar alquran mudah di selangor Jika anda sudah ada niat dan terbuka hati untuk mempelajari Al-Quran, saya dengan besar hati untuk menjemput anda menyertai Kelas Al-Quran Ekspres yang ditawarkan oleh HazaAddeen Al-Quran Centre. Hanya WhatsApp kepada nombor di bawah untuk mendapatkan maklumat kelas dan pertanyaan lanjut yang anda ingin ketahui. Belajarlah Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran adalah mukjizat dari Allah dan Rasul.

HAZAADDEEN KELAS AL-QURAN EKSPRES | KELAS AL-QURAN DEWASA DI SELANGOR & KUALA LUMPUR  Hotline: Tekan untuk telefon (011-26356647) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: Kelas Al Quran Ekspres / HazaAddeen Al-Quran Centre

Jom Sertai Kelas Al-Quran Dewasa Di Selangor Dan Kuala Lumpur! Hubungi Haza Addeen Al Quran Centre Sekarang!

Call Whatsapp Layari Website

Jom Sertai Kelas Al-Quran Dewasa Di Selangor Dan Kuala Lumpur! Hubungi Haza Addeen Al Quran Centre Sekarang!